November 2018

Friday 30 November 2018

PENGALAMAN MENGINAP DI CAMP MURNI DAN MENJELAJAH GUA TEMPURUNG

November 30, 2018 3
PENGALAMAN MENGINAP DI CAMP MURNI DAN MENJELAJAH GUA TEMPURUNG
Assalamualaikum and hye readers.



Dalam entri yang lepas, ai ada bagitahu bahawa ai dan Encik Husband ada membuat 'road trip' selama 9 hari sempena ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Rancang daripada sebelum kahwin, tapi selepas dua tahun perkahwinan baru lah terlaksana. Seronok percutian selepas berkahwin ni. Sebab dah ada kad hijau!





3 November, perjalanan kami dimulakan dengan menuju ke Gopeng, Perak. Sebenarnya Gopeng ini tidak termasuk di dalam perancangan kami. Ini adalah aktiviti dari tempat kerja Encik Husband. Masa Encik Husband tanya nak pergi ke tak, ai macam 'serious lah nak pergi honeymoon ke nak ikut aktiviti tempat kerja?' Tapi bila Encik Husband cakap pasal aktiviti Gua Tempurung, terus ai ok.


Di Gopeng, kami menginap di Camp Murni. Kami bergerak ke Camp Murni malam, dan tiba di sana dalam pukul 1 pagi. Ai dan Encik Husband tidur di dalam chalet sementara yang lain-lain tidur di dalam dorm. Bukan ai kekwat tau, tapi ai pun tak pasti kenapa mereka letakkan ai di chalet sedangkan ai boleh je tidur di dorm bersama yang lain-lain.


Dorm depan sungai.

Chalet


4 November, aktiviti dimulakan di pagi hari. Bersemangat ai bangun pagi sebab nak masuk Gua Tempurung di ulang tahun perkahwinan ai dan Encik Husband. Memang itu sahaja pun sebab utama ai nak ikut aktiviti ni. Selain dari itu, boleh lah ai berkenal-kenalan dengan rakan-rakan pejabat Encik Husband. 


Kalau korang nak tahu, Camp Murni ni berhampiran dengan sungai. Dorm yang mereka duduk betul-betul di hadapan sungai. Masa baru sampai ai tak dapat nak melihat keadaan sekitar kerana gelap. Bila dah terang baru lah dapat tengok. Cantik sangat kawasan Camp Murni ni. Macam dalam kampung. Bunyi air sungai yang mengalir memang menenangkan.


Selepas sarapan pagi, kami senaman ringkas sebelum menuju ke Gua Tempurung. Untuk ke sana, kami perlu menaiki lori. Pengalaman baru untuk ai. Semua orang berdiri di bahagian belakang lori. Lepas tu menjerit-jerit menggamatkan suasana. Orang di kampung itu mungkin sudah terbiasa dengan keadaan riuh dari pengunjung seperti kami.


Lori yang kami naiki ke Gua Tempurung.


Sebelum masuk ke dalam Gua Tempurung, kami diberi sedikit taklimat ringkas. Seorang ranjer, Pak Manan dipertanggungjawabkan untuk membawa dan memperkenalkan keadaan dan kawasan sekitar Gua Tempurung kepada kami. Pak Manan adalah bekas Komander. Dia sangat arif dengan Gua Tempurung. Dengan bantuan beberapa orang pembantu, kami selamat menyelesaikan semua cabaran.


Pada mulanya ai ingatkan aktiviti Gua Tempurung ini dalam satu jam sahaja. Rupanya makan masa selama empat jam. Berjalan, merangkak, masuk air, tengok kelawar, gelungsur dan penat semua ai berjaya lalui. Macam mana pun memang kena teruskan juga sebab tiada jalan pintas untuk keluar daripada gua itu.



Keadaan di dalam Gua Tempurung


Untuk orang perempuan, kalau korang datang bulan dan tidak selesa berendam di dalam air sila elakkan aktiviti ini. Atau korang boleh amik pakej yang tidak perlu berendam di dalam air. Gua Tempurung ada menyediakan 4 pakej. Pakej yang kami ikut ini adalah pakej yang keempat di mana pakej yang paling jauh perjalanannya. Di bahagian yang tidak mencabar di dalam gua ada disediakan kerusi jika korang penat.


Sebelum zohor, kami selamat keluar daripada Gua Tempurung. Keadaan di luar gua hujan renyai. Sebaik sahaja kami keluar, hujan turun dengan lebatnya. Kami terus pulang ke Camp Murni untuk membersihkan diri, makan tengahari dan berehat. Petang itu diadakan aktiviti 'Food Survival'.


Kami sudah. Korang bila lagi?


'Food Survival' adalah aktiviti di mana korang akan dibahagikan di dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan menu dan korang kena masak menu yang telah ditetapkan. Kumpulan ai, Honey Bee kena masak Sambal Udang Petai dan Ikan Masin Goreng. Makanan ini akan dijadikan menu makan malam. Jadi, kenalah masak sedap-sedap.


Malamnya selepas makan malam kami ada satu lagi permainan. Selepas habis permainan, pemenang diumumkan dan Honey Bee mendapat tempat pertama. Fuhh tak sangka kumpulan ai menang. Jarang-jarang terjadi.


5 November, aktiviti hari kedua adalah Water Rafting. Akan tetapi ai tak sertai Water Rafting disebabkan hari ini juga kami akan bergerak ke Pulau Pinang. Ai tunggu mereka habis aktiviti sambil berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil mengambil gambar pemandangan di Camp Murni dan menghabiskan masa bermain air di sungai. 


Sungai betul-betul di hadapan dorm.




Sebaik sahaja yang lain-lain tiba di Camp Murni, kami beramai-ramai mandi di dalam sungai sebelum bersiap-siap untuk pulang. Ai dan Encik Husband memulakan perjalanan ke Pulau Pinang selepas makan tengahari.


Pada ai, pengalaman di Gopeng memang sangat menarik. Kalau korang sukakan aktiviti yang lasak, korang boleh cuba untuk lakukan aktiviti ini. Seronok dan kalau dapat peluang, ai nak sertai lagi aktiviti ini. Ok, ai akan sambung berkongsi mengenai percutian di Pulau Pinang dalam entri yang lain.


P/s : Di Camp Murni ada terdapat banyak pokok buah-buahan. Kalau nasib korang baik pokok berbuah rimbun, korang boleh makan je buah tersebut.




aisyaismail

Wednesday 28 November 2018

8 TIPS UNTUK MERANCANG PERJALANAN 'ROAD TRIP' ANDA

November 28, 2018 35
8 TIPS UNTUK MERANCANG PERJALANAN 'ROAD TRIP' ANDA
Assalamualaikum and hye readers.



Alhamdulillah, pada 4 November yang lepas ai dan Encik Husband sudah pun dua tahun mendirikan rumah tangga. Happy Anniversary sekali lagi Encik Husband. Kalau hari jadi boleh sambut selama sebulan, apa salah nya sambut ulang tahun selama sebulan juga kan.





Ulang tahun yang kedua ini, kami telah merancang untuk mengadakan road trip selama sembilan hari. Destinasi yang dituju adalah ke Gopeng, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan juga Cameron Highlands. Dah lama sebenarnya merancang, tapi kami hanya mampu merancang dan baru sahaja dapat melaksanakannya.


Hari ini jom ai kongsikan 8 tips untuk merancang perjalanan 'road trip' sepeti kami.


1. Tiada perjalanan tanpa duit

Setiap kali merancang sebarang percutian atau perjalanan, duit menjadi keutamaan kami. Jika tiada duit kami tidak akan merancang sebarang perjalan. Pastikan duit cukup. Kalau macam ai, ai akan pastikan duit yang kami sediakan melebihi kira-kira bajet yang dibuat. Sebagai persediaan sebarang masalah yang tidak diduga. Pastikan juga korang jangan bawa cash yang banyak. Kalau nasib tak baik, duit hilang akan hilang semua.


2. Destinasi pilihan

Dah ada duit, baru pilih destinasi yang ingin dituju mengikut bajet yang ada. Jangan lah bajet cukup untuk bercuti ke Melaka selama dua hari satu malam, tetapi korang pilih untuk ke perlis selama tiga hari dua malam. Kan dah terlebih bajet tu. Nak berseronok jangan sampai meminjam tau. Bila dah ada tempat untuk dituju, korang jangan lupa Google Maps tau. Sekurang-kurangnya korang tau jalan mana yang korang pilih sebelum memulakan perjalanan. Kalau dah biasa dengan jalan tu, tiada masalah lah. Tapi kami memang akan tengok jalan melalui Google Maps sebelum membuat perjalanan. Saja nak buat persediaan lebih sedikit.


3. Kenderaan berada dalam keadaan baik

Walau apa pun kenderaan pilihan korang, tak kisah lah kereta ke, van ke, mototorsikal atau lori sekalipun, pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik. Periksa minyak hitam, bateri, tayar dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. Kalau perlu service kenderaan, pergilah service dahulu. 


4. Buat tempahan awal

Adalah lebih baik jika korang buat persediaan awal seperti cari tempat untuk menginap, tempat makan dan juga tempat-tempat yang ingin dituju sepanjang road trip. Ini akan menjimatkan masa korang. Tak perlulah dah di sana baru nak buat carian di internet. Terutama sekali hotel. Zaman sekarang adalah zaman di mana orang ramai suka pergi bercuti. Jika tidak bernasib baik, hotel pilihan korang akan penuh. Jadi, buatlah tempahan awal.


5. Rancang Masa

Masa itu sentiasa berharga. Rancanglah masa sebaik-baiknya. Dari pengalaman ai, mulakan segala aktiviti dari pagi. Banyak tempat dan perkara yang kita boleh lakukan. Kalau petang baru nak keluar dari hotel, kita belum tahu petang itu cuaca mengizinkan atau tidak. Atau jika berlaku perkara seperti kerosakan kereta contohnya, korang masih ada banyak masa untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut.


6. Kesihatan dalam keadaan baik

Nak berjalan, kesihatan perlulah di dalam keadaan yang baik. Jaga kesihatan itu. Jika tidak sihat tidak perlu lah berjalan. Ini akan memudaratkan diri sendiri. Pergi boleh, tapi untuk melakukan aktiviti korang mungkin tidak larat. Bila nak dekat hari perjalanan korang, jangan lakukan sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan badan korang.


7. Peralatan yang mencukupi

Bawalah peralatan dan barangan kelengkapan diri yang cukup. Tidak perlu bersusah payah untuk habiskan waktu untuk mencari barangan keperluan diri di lokasi percutian. Kadang-kadang barang yang korang nak tak ada pun di sana.


8. Lebih ramai lebih meriah

Kalau boleh elakkan lah pergi bercuti seorang diri. Terutama sekali kepada golongan wanita. Bukan wanita lemah, tetapi untuk keselamatan. Kan lebih baik mencegah daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Memang seronok berjalan seorang diri. Boleh buat keputusan sendiri tanpa meminta persetujuan orang lain. Tetapi kalau boleh elakan lebih baik dielakan.


Ada dua soalan yang ditanya kepada ai, kenapa pandu sendiri dan kenapa tak ke luar negara? Kami memilih untuk memandu sendiri kerana percutian kami bukannya seperti backpackers. Leceh nak bawa barang-barang turun naik kenderaan awam. Belum lagi ditambah dengan beg yang beranak pinak sepanjang percutian kami.


Siapa yang tidak mahu bercuti ke luar negara. Memandangkan dalam negara pun kami tak habis pusing lagi, biarlah kami habiskan di dalam negara dahulu. Ada rezeki lebih nanti, in syaa Allah kami akan ke luar negara pula. Ai akan kongsikan pengalaman percutian di dalam entri yang lain. Tunggu tau.




aisyaismail

Wednesday 21 November 2018

'CHRISTMAS EVE BUFFET 2018' - THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-City SHAH ALAM

November 21, 2018 28
'CHRISTMAS EVE BUFFET 2018' - THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-City SHAH ALAM
Assalamualaikum and hye readers.



Perayaan Hari Krismas disambut di seluruh negara setiap tahun pada 25 Disember. Untuk ai dan orang-orang yang tidak menyambut perayaan ini tetap menantikan kehadiran 25 Disember. Untuk apa? Sudah semestinya untuk cuti!


Oh ya, sambutan hari Krismas seperti perayaan Tahun Baru Cina juga kan? Di mana akan ada makan besar sehari sebelum perayaan. Korang dah ada tempat untuk dituju? Kenapa tidak pergi ke The View Cafe, Best Western, i-City Shah Alam? The View cafe ada menyediakan buffet makan malam pada 24 Disember 2018 dengan harga yang sangat berbaloi iaitu hanya RM55 setiap satu kepala.




Murahnya!  Korang boleh menikmati sambutan makan malam bersama orang-orang yang tersayang sambil menikmati keindahan lampu-lampu di i-city. Menarik kan? Bukan senang nak dapatkan keunikkan tempat makan begini. Yang tak sambut Krismas pun boleh datang kerana makanannya dijamin halal.


The View Cafe, Best Western, i-City Shah Alam tak pernah kalah dengan menunya. Sentiasa meriah tau. Datang bawa perut kosong dan pulang dengan perut yang penuh. Kecuali kalau korang datang dan tak makan. Macam mana datang begitu juga lah korang pulang.


Hidangan Utama

Beef Stew bersama kentang dan lobak, Kambing Mongolian, Ayam Panggang Au Jus, Ikan Sweet Sour, Oven Baked Herb bersama minyak zaitun dan Kuey Teow Seafood. Hidangan utama yang memang membuka selera. Baca pun dah terliur ni.


Carving Station

Butter Herb Roasted Turkey dan Salmon bersama Puff Pastry, Roti dan Puding Mentega, Kek Buah, Kek Yule Log, Chocolate Fauntain, pelbagai French Pastries dan banyak lagi. Macam manalah tak kenyang kalau ke The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam ni.


Menu baru

Butter Herb Roasted Turkey adalah menu baru untuk sambutan Krismas di The View Cafe tahun ini. Ayam belanda yang dipanggang sempurna dengan herba dan rempah ratus pasti akan diingati. Menu ini juga boleh dibeli dan dibawa pulang dari 22 sehingga 31 Disember 2018.


Dengan harga RM280 untuk 5kg, korang akan bawa bersama menu sampingan seperti Kentang Panggang, Baked Vege and Brown, Cranberry and Giblet sauce. Tempahan perlu dibuat seawal tiga hari dan bayaran penuh perlu dibuat semasa tempahan.


Gingerbread House, Program CSR

Kalau korang lalu di lobi hotel, korang akan nampak Gingerbread House yang bertemakan perak dan keemasan. Di situ korang akan nampak nama anak-anak daripada rumah anak-anak yatim bersama permintaan hadiah krismas mereka. Kalau korang berminat untuk menunaikan hadiah tersebut, korang boleh bertanyakan lebih lanjut kepada pekerja di sana.


Ini adalah sebahagian daripada program CSR yang dianjurkan oleh pihak hotel Best Western, i-City Shah Alam. Manalah tau kan, dengan hadiah yang korang tunaikan membawa seribu senyuman di wajah mereka.


Harga Christmas Eve Buffet 2018

RM55 satu kepala
35% diskaun untuk warga emas 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.
24 Disember 2018, 6.30pm to 10.00pm.


Oh ya, di kawasan tempat makan luar alfresco akan terdapat pokok krismas setinggi 12 kaki. Pokok krismas ini akan dihiasi cantik dengan lampu yang bewarna-warni dan perhiasan yang memeriahkan lagi malam krismas. Ada juga disediakan permainan dan hadiah yang menarik. Untuk anak-anak anda juga ada tau.


Best Western i-City Shah Alam

A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia,
CityPark, i-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-55219000
www.bestwestern-icity.my

IG & FB : @bwicity





aisyaismail