October 2017

Monday 30 October 2017

JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN 2017 KARANGKRAF

October 30, 2017 12
JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN 2017 KARANGKRAF
Assalamualaikum and hye readers~



Jarang benar ai nak pergi event yang berkaitan buku ni. Dah berapa kali sebenarnya ai nampak event Karangkraf, tapi malas nak pergi. Kenapa? Sebab malas. Ai tak suka bersesak dengan ramai orang sebenarnya. Tapi bukan untuk kali ni, bila ternampak iklan event Karangkraf ai terus teruja. Terus ai whatsapp encik husband. Fuhhh nasib dia cakap ok. Sebab encik husband macam ai juga, tak suka tempat yang perlu bersesak. Kecuali wedding.






Jadi, hari Sabtu yang lepas ai dah selamat pergi ke jualan gudang tersebut. Serius murah-murah. Ai beli buku majoriti rm1 dan rm2. Rambang mata. Kalau boleh semua buku rm1 tu ai nak beli. Tapi fikirkan sempat ke tak nak baca semua? So, ai pilih yang ai betul-betul nak. Pilih punya pilih, lebih 10 buah buku juga lah ai amik.



Ada peminat novel ke? Novel serendah rm3 tau. Baik korang pergi borong.



Beraneka buku resepi.



Buku dan majalah yang ai beli. Majoriti yang ai beli rm1 dan rm2 sahaja.



Buku yang ai beli bukan nak baca sangat. Tapi sebab rm1 rm2 ai beli je lah. Ada masa terluang boleh busykan diri dengan membaca. Banyak membaca, bertambah ilmu. Oh ye, jualan gudang ni ada yang di bawah khemah dan ada yang di dalam dewan. Kalau nak beli yang murah, beli di bawah khemah ye. Berbaloi-baloi tau. Sempat lagi kalau korang nak pergi. Jualan gudang akhir tahun karangkraf sehingga Ahad ni. 


Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf

No.1 Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15,
40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

27th October - 5th November 2017
09:00 - 19:00





Friday 27 October 2017

NO MORE CERITAAISYAISMAIL.BLOGSPOT.MY

October 27, 2017 2
NO MORE CERITAAISYAISMAIL.BLOGSPOT.MY
Assalamualaikum and hye readers~



Sewaktu ai mula created second blog ni pada tahun 2015 kalau tak silap, ai masih belum deactive blog lama iaitu aisyaismail.blogspot.my. So, ai tak boleh gunakan url yang sama untuk blog ini. Macam-macam url ai guna and tukar sebab tiada keserasian. Akhirnya ai jumpa keserasian dengan ceritaaisyaismail.blogspot.my. Ai tak berniat nak tukar dengan url lain sampailah hari ini, ai decided untuk gunakan url aisyaismail.blogspot.com. Yang search url ceritaaisyaismail, jangan nervous tau kalau tak jumpa. Ai masih active blogging dengan menggunakan url baru.





CUPCAKE VS MUFFIN

October 27, 2017 7
CUPCAKE VS MUFFIN
Assalamualaikum and hye raders~


Dulu ai selalu confuse dan tak tahu membezakan antara cupcake dengan muffin. Bila pergi kedai kek 'hari ni ada percuma cupcake, nak cupcake apa?'. Bila pergi Kenny Rogers 'nak muffin flavor apa?'. Pada ai cupcake adalah kek di dalam cawan dan muffin sejenis kek gula hangus. Tapi dalam dua kes tadi, dua-dua pun ai dapat kek dalam cawan. Apa yang membezakan cupcake dan muffin? Bukan Cupcake Aisyah youtuber tu tau. Ini makanan =P.






1. Rupa
Cupcake kelihatan seperti kek di dalam cawan. Muffin kelihatan seperti roti di dalam cawan.

2. Ising
Cupcake biasanya akan dihiasi dengan ising yang bermacam-macam corak dan comel. Muffin pula bersaiz besar sedikit berbanding cupcake dan tidak dihiasi dengan ising.

3. Rasa
Cupcake ada bermacam-macam rasa seperti kek birthday yang berada di pasaran. Muffin pula berasa hampir sama untuk setiap perisa. Kekuatan pada baunya yang menusuk ke rongga hidung sebaik sahaja keluar daripada oven.

4. Tujuan
Cupcake disediakan untuk hidangan sesuatu majlis dan dijadikan hantaran. Muffin dijadikan hidangan makan pagi atau makan petang dan sesuai untuk dijadikan doorgift.

5. Tekstur
Cupcake mempunyai tekstur yang lebih lembut dan moist berbanding dengan muffin. Muffin lebih keras dan crumble.


Kalau tanya ai, minat ai lebih kepada cupcake. Ai kurang berminat dengan muffin. Mungkin juga kerana ai memang penggemar kek.





Wednesday 25 October 2017

DASHBOARD BUTTON

October 25, 2017 12
DASHBOARD BUTTON
Assalamualaikum and hye readers~



Sejak ai gunakan responsive template ni, ada satu perkara yang ai tak berapa suka. Setiap kali ai nak pergi ke dashboard, ai kena open new tab dan kena masuk ke www.blogger.com secara manual. Kalau dah bookmark sekalipun, ai masih rasa lambat untuk masuk ke dashboard. Ai rasa itu melambatkan segala urusan kerana ai lebih suka klik pada button dashboard yang sedia ada seperti template lama. 


Ishkkk banyak cekadak pula ai ni kan. Takkan nak tukar balik ke template lama pula. Nasib baik boleh letak button dashboard tu secara manual. Korang boleh tengok di bahagian kanan atas blog ai. Kalau korang ada masalah yang sama seperti yang berlaku pada ai, meh sini ai ajar cara-cara nak letak dashboard button tu.





1- Pergi ke dashboard.

2- Pilih layout.

3- Pergi ke add a gadget dan pilih html/javascript.

4- Masukkan code di bawah dan save.

<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>

5- Siap! Boleh check jadi ke tidak.





Berjaya ke tidak? Kalau tak berjaya cuba lagi. Hehehe! Selamat berjaya semua.






Tuesday 24 October 2017

SIAPA PEMINAT CHOCLATE?

October 24, 2017 13
SIAPA PEMINAT CHOCLATE?
Assalamualaikum and hye readers~



Entri hari ini untuk penggemar chocolate sahaja. Yang tak gemar, sila abaikan. Yang penggemar chocolate tu, gemar sangat ke korang dengan chocolate? Serius? Ok kalau korang penggemar chocolate, jangan klik link di bawah ni. Jangan klik! 😈













Sunday 22 October 2017

ENDANG HYDER POWER!

October 22, 2017 16
ENDANG HYDER POWER!
Assalamualaikum and hye readers~



Masa ai blogwalking baru-baru ni, ai ada masuk blog sorang blogger ni, blogger Nieyl namanya. Actually ai memang selalu singgah blog http://seindahcerita.blogspot.my milik blogger Nieyl ni. Tapi baru-baru ni baru ai perasan yang blogger Nieyl ada letak lagu di blog beliau. Lagu apa? Lagu jampi. Tapi yang buat ai tertarik adalah, lagu tu dimainkan dengan alunan violin. Sedap je dengar kat telinga ai ni. Mendayu-dayu! Kalau korang terjah blog blogger Nieyl sekarang, lagu tu dah tukar kepada lagu titian cinta.



Sila klik banner untuk terjah blog seindah cerita.



Terus ai google lagu jampi versi violin tu. Ai terjumpa pula youtube chanel milik Endang Hyder. Wow! Banyak dah dia cover lagu versi violin ni tau. Jampi? Ai dah tolak tepi. Ai dah jadi rambang mata dengan lagu-lagu yang lain. Last-last sepanjang office hour ai dengar lagu-lagu cover by Endang Hyder ni. Feel weh! Tenang je ai bekerja hari tu.


Bezanya lagu yang Endang Hyder cover dengan lagu jampi yang ai dengar di blog seindah cerita tu adalah lagu jampi tu fully violin tapi lagu-lagu yang Endang Hyder cover mix dengan muzik dan suara penyanyi asal. Tapi bagi ai, kalau nak dengar untuk hiburan ai pilih Endang Hyder. Tapi, kalau nak feeling-feeling macam nak termenung sorang-sorang mengenang nasib crush keluar dengan lelaki lain, better dengar lagu jampi tu.






Ai tengah tunggu kalau-kalau Endang Hyder cover lagu Zombie by Cranberries. Mesti best.





Friday 20 October 2017

JOM MERIAHKAN CLEARANCE BUNDLE SALE DI PANTAI DALAM!

October 20, 2017 11
JOM MERIAHKAN CLEARANCE BUNDLE SALE DI PANTAI DALAM!
Assalamualaikum and hye readers~



Pada 21 dan 22 October bersamaan Sabtu dan Ahad ini, sesiapa yang free jom lah gegar Clearance Bundle Sale di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Walaupun bundle, tapi banyak sangat tau baju-baju yang cantik-cantik. Selain baju, ada juga dijual stokin, kasut, baju lelaki dan macam-macam lah. Kalau nak tahu, datang tau. Harga bermula daripada 50sen! Kalau nasib baik, dapat barang baru siap ada tag dengan harga yang terlajak murah. Save the date!










Thursday 19 October 2017

BUKAN TAKUT, TAPI GAYAT

October 19, 2017 17
BUKAN TAKUT, TAPI GAYAT
Assalamualaikum and hye readers~


Alhamdulillah.. Pada 16 October yang lepas, ai telah pun meningkat usia ke 25 tahun. *rolling eyes*. Selalunya ai tak ada wishlist pun untuk birthday. Cukup lah sekadar orang masih ingat dekat ai dan mendoakan perkara yang baik-baik untuk ai. Terutamanya parents ai. Tapi mana pernah diorang lupakan ai. Sayang mak baba sampai bila-bila lah. 💋


Mungkin disebabkan tahun ni first time ai sambut birthday sebagai seorang isteri, tiba-tiba ada wishlist bagai. Mengadanya lahai. Hahaha! Ai nak berada di tempat yang tinggi sambil menikmati permandangan. Seriously itu yang ai nak? Ai tak tipu, ai takut dengan ketinggian. Gayat! Setiap kali berada di tempat tinggi, ai akan rasa macam ai nak terjatuh ke bawah. Tak tahu lah macam mana ai boleh terlepas hiking ke Bukit Tabur dan flying fox di Skytrex sebelum ni. Encik husband kata dia busy, so tak ada masa nak bawa. Ok, tak apa. Lain kali pun boleh.


Hari ai berjalan dengan sangat baik. Semasa tengah busy di office, ai dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Masa bekerja, nombor yang ai tak kenal memang ai jarang angkat. Terus pemilik nombor whatsapp ai. Rupa-rupanya delivery service, dah ada kat bawah pun. Patut lah call tak henti-henti. Surprise!! I'm crying. Hantu ayam dapat ayam. Mahu tak teruja?



Thank you bestfriends #theketums



Balik dari office, encik husband pula cakap ada nak bawa pergi somewhere. Wuuhuuuu kemana tu? Dia tak nak bagitahu pun. Encik husband just suruh ai siap-siap lepas maghrib. Ok, ikut kan jelah. Lepas maghrib tu ai terus siap-siap and sebelum pukul lapan kami dah keluar. Ye, ai memang siap cepat. Yang buat lambat selalunya ai tak tahu nak pakai baju apa. Dalam perjalanan tu, ai macam dah dapat agak kami nak ke mana. And yesss!! Another surprise for me!! Thank you, husband. 


ONE CITY


Drama juga lah ai nak sampai ke tengah tu. Ai nak tengok permandangan, tapi encik husband paksa juga ai naik atas tu. Ai menangis ok. Dekat sejam baru lah ai dapat beranikan diri naik atas tu. Tak malu pun. Sebab bukan ai sorang je yang penakut atas tu. Hehehe! Actually, lantai tu bukan daripada kaca, tapi plastik apa ntah yan tebal tu ai dah lupa. Tapi memang ada notice 'do not jump'. Janagan nak cari pasal melompat-lompat atas tu ok!


Yeayyy da boleh duduk


Walaupun tak sampai lima minit ai kat atas tu disebabkan gayat terlampau, at least adalah pengalaman kan. So kalau orang tanya 'kau pergi One City, dah pijak lantai yang boleh nampak bawah tu?' Dengan bangga ai boleh jawab "dah!!!!!!!!!". Hahaha! Bagi korang benda ni mungkin biasa. Tapi bagi ai yang ada masalah acrophobia ni suatu kebanggaan tau.


Alhamdulillah dapat juga tengok permandangan di tempat yang tinggi.


P/s : Dah boleh tak kalau nak start fikir nak apa next year?





Tuesday 17 October 2017

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA?

October 17, 2017 10
ADAKAH KERANA FAKTOR USIA?
Assalamualaikum and hye readers~



Pagi ni semangat betul ai bangun pagi. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Tapi sebab celik-celik mata je tengok jam baru pukul lima pagi. Wahhh ini jarang-jarang berlaku. Selalunya celik mata je mesti dah pukul 6.30 pagi. Ingat sempat ke nak bersiap? Bersiap memang tak lama, tapi nak termenung lagi, mengenang nasib, dan yang paling penting nak pakai baju apa. Semua time tu lah nak fikir.



Jam di dinding terus berdetak ahhhhhhh 🎵🎵🎵



Macam hari-hari sebelum ni, rutin ai sama je. Dah siap-siap, terus turun bawah. Ai dengan encik husband memang selalu siap serentak walaupun dia bangun lima belas minit sebelum nak keluar rumah. Pantas ke laju dia bersiap?


Disebabkan bangun awal, nak pergi kerja pun bersemangat. Kami keluar rumah seiring. Encik husband pakai kasut, ai pakai jacket. Encik husband warm up motor, ai buka pagar. Kasut ai sarung je. Lepas tu kami pun mulakan perjalanan ke destinasi. Tapi ai rasa macam ada yang tak kena. Hati ai rasa tak sedap je. Tapi, biarlah. Maybe perasaan je tu. 


Kami berhenti di gerai makcik di kawasan perumahan tu untuk beli sarapan. Gerai tu gerai favourite kami beli sarapan. Kuih masih 3 rm1. Sedap dan padat. Cekodok pisang rm1 boleh dapat sepuluh ketul. Karipap dia paling best. Lepas borong cekodok pisang kami mulakan perjalanan semula. Hati ai rasa tak sedap sangat. Kurang 500m nak keluar ke jalan besar, tiba-tiba..........................


"Husband, saya memang tak pakai helmet ea masa keluar rumah tadi?" tanyaku kepada encik husband.


Jeng jeng jeng! Patut lah rasa tak sedap hati je. Rupa-rupanya naik motor tapi helmet tak ada atas kepala. Korang rasa encik husband senyum ke gembira kena patah balik? Terus taknak bercakap dengan ai sepanjang atas motor. Kalau tak mesti pot pet pot pet je. Tu belum lagi menyanyi kuat-kuat sepanjang perjalanan. Hahaha! Nasib baik bila dah sampai office dia dah ok. Kalau tak, balik jalan kaki lah ai hari ni. Korang rasa masalah ni berpunca daripada faktor usia ataupun faktor banyak benda nak kena fikir? Banyak lah sangat. *rolling eyes*





Saturday 14 October 2017

JENIS BLOG YANG SAYA TAKKAN FOLLOW

October 14, 2017 31
JENIS BLOG YANG SAYA TAKKAN FOLLOW
Assalamualaikum and hye readers~


Entri ini bukan nak ngumpat mana-mana blogger, tapi sama-sama lah kita perbaiki blog kita agar lebih mesra pembaca. 😉 Siapa yang sedang membaca entri ai ni rajin blogwalking? Sila cakap 'saya! saya! saya!' di dalam hati ye. Blogwalking dan blogger memang tak boleh nak dipisahkan. Cuba korang cari tips famouskan blog ke, tingkatkan PV ke atau cari kawan melalui blogging atau apa-apa yang sewaktu dengannya, mesti terselit juga blogwalking ni.





Ai tak nafikan ai juga mengamalkan blogwalking ni. Dengan cara ini ai dapat banyak pengetahuan yang dikongsikan oleh blogger-blogger lain. Senarai kawan blogger ai pun dah semakin berkembang ramainya. Mana tak ramai, jalan-jalan follow jalan-jalan follow. Tapi kan, ada juga jenis-jenis blog yang ai tak akan follow atau dalam erti kata lain, malas nak follow. Apakah itu?


1- Dah Lama Tak Update Entri
Blog yang dah bersawang ai memang tak nak follow. Ai follow sebab nak baca entri, tak ada entri buat apa nak follow. Betul tak?

2- Blog Yang Berat
Blog berat ni kadang-kadang content dia tip top tau. Memang baca ayat pertama je dah tahu entri tu best. Tapi kalau nak open pun tak boleh asyik loading je, macam mana kita nak baca. Tekan button follow pun loading lima belas minit. So ai tak jadi nak follow.

3- Followers Button Tersembunyi
Hide and seek. Ai tak rajin nak mencari. Paling gigih pun, ai akan scroll sampai ke bawah. Kalau tak ada, tak mengapa. Maybe next time ai rajin ai main lah cari-cari tu.

4- Asyik Cari Kesalahan Blogger Lain
Blog yang asyik hentam entri blogger lain. Ada je yang tak kena dengan blog orang lain. Lepas tu tulis entri untuk kutuk blogger tersebut. Macam yang ai tengah buat ni. Hehehe! Tapi ai tak kutuk-kutuk tau. Entri ni general. Ai tak tujukan pada orang tertentu. Tak baik. Kecik hati blogger tersebut. Paling hebat pun ai akan joyah joyah dengan encik husband je.

5- Si Blogwalker Penipu
Haaa jangan tak tahu. Ada tau blogwalker penipu. Blogwalking kat blog ai lepas tu tinggalkan jejak di chat box 'saya follow, jangan lupa follow back' 'done follow please follow back' etc. Perkataan follow back tu tak ada masalah, tapi yang jadi masalah, si blogwalker penipu ni tak follow pun blog ai. Better ai follow yang tinggalkan jejak 'please follow my blog and i will follow you back' daripada si blogwalker penipu ni.


Ai paling geram dengan nombor lima tu. Tak perlu kot nak menipu untuk gain follower. Cheap sangat usaha tu. Bukan nak menghakimi cara dia, tapi siapa suka orang menipu kan. Even benda kecik pun boleh gaduh dua tiga hari tau. Haaa so semua pembaca ceritaaisyaismail yang disayangi, jangan lah menipu untuk famous. Sangat tak bagus.






Thursday 12 October 2017

PAKAIAN PELIK UNTUK SIAPA?

October 12, 2017 14
PAKAIAN PELIK UNTUK SIAPA?
Assalamualaikum and hye readers~


Apa pakaian paling pelik yang korang pernah gayakan? Untuk ai, ai rasa tak pernah lagi ai gayakan pakaian yang pelik-pelik. Sebab? Ai tak suka fesyen pelik-pelik ni. Macam jadi tarikan untuk orang pandang ai. Nononono! Bila dah pandang, mesti segala cacat cela diorang nampak.


Comelnya! Gambar hasil carian di google.com.


Ai lebih selesa dengan gaya yang simple. Kalau over sikit tu, boleh lah dimaafkan kot. Tapi kan, ai suka tengok keunikkan dalam berfesyen yang orang lain gayakan. Cantik dan menarik. Ai suka dengan confident level mereka. Berani betul mereka gayakan pakaian yang pelik-pelik tu. Dulu ai selalu jumpa seorang hamba Allah ni di Pavilion. Sampai sekarang ai tak pasti dia perempuan or lelaki sebab tak pernah bertegur sapa. Setiap kali terserempak, dia mesti menggayakan kasut tinggi ala-ala Lady Gaga. Yang menjadi perhatian bukan kerana design kasut itu, tetapi ketinggian kasut itu yang menarik tumpuan semua. Plus minus ai rasa adalah dalam lapan inci kot. KOT! Kalau salah ai minta maaf ye. Tapi korang bayangkan lah sendiri ketinggiannya.


Bila bercakap pasal pakaian pelik, dalam kepala ai terus terbayang Lady Gaga dan Didie Alias. Hebatnya mereka berani menggayakan pakaian sedemikian. Salute lah. Tapi kan, ai tak rasa hari-hari biasa pun diorang sanggup pakai macam tu. Penat kot nak bawa baju berat-berat. Tapi boleh kurus!


Gambar hasil carian di google.com.


Mesti korang pernah terfikir, setiap kali tengok fesyen show designer-designer famous, baju mereka kebanyakkannya mengarut. Terutama sekali jenama-jenama besar daripada luar negara. Avant Garde gittuww. Ada ke orang nak pakai? Tapi sebenarnya baju rekaan mereka ok je dan boleh diterima pakai. Cuma mereka selitkan keunikkan untuk mencantikkan lagi pentas peragaan. Kalau tak ada unsur-unsur yang lain daripada lain, ada ke orang nak tengok? Kalau ada pun mesti hambar. Sedangkan makanan pun ada presentation, inikan pula pakaian. Tapi kalau dah nama pun designer yang hebat, sudah tentu ada peminatnya yang tersendiri.




Gambar hasil carian di google.com







Tuesday 10 October 2017

CHICKEN SALAD FANTASIA BULAN MADU

October 10, 2017 20
CHICKEN SALAD FANTASIA BULAN MADU
Assalamualaikum and hye readers~



Hari ni sebenarnya ai tak ada idea nak update entri apa. Tapi tangan ni nak juga taip something untuk dibaca oleh pembaca sekalian. 😅


Since ai pun tak tahu apa yang nak dikongsikan untuk hari ni, apa kata ai kongsi resepi. Chicken salad fantasia bulan madu ni sebenarnya ai buat dah lama. Dalam dua bulan lepas. Tapi tak tahu lah kenapa ai tak update lagi. Duduk diam-diam dia dalam draft. Tadi masa tengok-tengok gallery phone baru ai perasan gambar-gambar chicken salad yang dah jadi jeruk tu.







Actually, chicken salad yang ai buat ni lebih kurang macam resipi coleslow. Cuma coleslow banyak bahan dan sayur wajib halus. Kalau tidak, tak nikmat rasanya. Hehehe. Kalau nak resipe coleslow yang sedap dan yummy, ai ada tulis di SINI.


Bahan-Bahan (kuantiti boleh ikut suka):

1. Dada ayam dipotong dadu.
2. Salad.
3. Kubis ungu.
4- KEWPIE roasted sesame sauce.


Cara-cara:

1- Rebus dada ayam dan potong kecil-kecil. Jangn terlalu halus, takut tak ada rasa ayamnya.
2- Potong sayur. Jangan potong halus.
3- Campurkan KEWPIE roasted sesame sauce dan gaul rata. 
4- Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam.
5- Siap untuk dinikmati.




Senangkan? KEWPIE sauce tu boleh beli di pasaraya. Ada macam-macam perisa. Pilih je yang mana berkenan di hati. Macam ai, ai pilih roasted sesame. Next time kalau beli lagi ai nak pilih yang lain pula.


P/s : Sebenarnya ayam kat atas tu dah terentung. So ai edit untuk nampakkan gambar itu sangat menyelerakan. Selera ke? Tapi serious sedap!





Sunday 8 October 2017

BLOGGER DAN CONTEST

October 08, 2017 22
BLOGGER DAN CONTEST
Assalamualaikum and hye readers~


Hampir setiap hari ada je blogger yang menang contest lah, cabutan bertuah lah. Hebat-hebat rupanya blogger ni ya. Nak jadi blogger memang kena hebat ea? Hehehe!


Bila blogwalking tu, ai selalu nampak blogger ni join contest, blogger tu masuk pertandingan, anak blogger sana masuk lumba lari. Lepas tu ai blogwalking lagi, blogger tu menang contest, anak blogger ni menang pertandingan nyanyian, blogger sana menang cabutan bertuah. Seronok tengok blogger lain seronok.


Gambar hasil carian di google.com


Jangan sesekali berdengki dengan kejayaan orang lain tau. Tak mau tak mau! Tak baik.


Ramai juga blogger yang rajin buat contest sana-sini. Macam-macam contest lah. Yang ai sempat join ai dah join. Kalau busy sangat tak sempat lah nak buat entry untuk contest or segmen. Ada sekali tu, ai ingat ai dah buat entry untuk segmen and copy paste link. Tapi bila senarai peserta keluar, tak ada pun nama ai. Bila check balik, laaa tak buat pun entry nya. Link yang ai paste tu link blog je.

Hurmmm pity you aisya! 😢


Ai mengaku, masa baru-baru ai mula nak active blogging, kalau boleh semua segmen and contest ai nak join. Rajin je tangan ni nak buat entri. Yes, memang ai kejar follower. Ai rasa macam tak best je follower tak banyak. Lagipun ada lah modal ai nak update entri kan.


Tapi sekarang, tidak lagi tau. Mind set ai dah matang sikit. Ai dah tak kisah pasal follower tu. Ye laa, even segmen yang ai join mewajibkan semua participants follow each other, ada je yang tak follow peserta lain. So sekarang, kalau ai join mana-mana segmen or contest tu, means ai nak support blogger tu sendiri. Niat nak tambah follower ai dah buang jauh-jauh. Biarlah mereka datang secara natural. Kalau korang nak follow, jemput lah follow. Kalau tak nak ai ok je. Tapi selalunya kalau yang follow ai tu, memang ai akan follow balik. Entah, habit kot. So, yang follow ai tapi ai tak follow back tu, inform lah kat chatbox ok. Jangan cakap ai sombong pula.


Untuk blogger yang invite ai join contest or segmen korang tu, Insyaallah bila ada masa terluang ai mesti akan join. Ai tak sombong tau. Hehehe!


































Friday 6 October 2017

KENANGAN YANG MENGINSAFKAN

October 06, 2017 19
KENANGAN YANG MENGINSAFKAN
Assalamualaikum and hye readers~


Dulu ai active sebagai crafter. Best tapi rumit. Yelah nak belek benda kecik-kecik kan. Disebabkan minat, ai redah je. Tapi terlalu banyak saingan, so tahun ni ai stop dari menjadi seorang crafter. Bukan takut dengan saingan, tapi ai rasa ai lebih serasi dengan design and tailoring. Nak all out untuk semua sekali, tak menang tangan dibuatnya.


Waktu ai jadi crafter, pembekal keperluan craft ai random. Ai tak tumpukan pada satu supplier je. Yang mana ada barang baik dengan harga yang berpatutan dan yang ai perlukan ai terus roger. Ada sekali tu, ai perlukan pvc dan kebetulan ada seorang supplier ni ada barang yang ai nak tu. Tempat dia dengan ai pun sekangkang kera je. Lepas dah deal, ai terus proceed payment. Dari sehari ke seminggu, dari seminggu ke sebulan, namun barang ai tak juga kunjung tiba. Ai pm supplier tu pun tak ada respon. Rasa tertipu tau.






Jangan tanya lah kenapa ai tak serang supplier tu walaupun ai tahu alamat dia. Sebab ai sendiri tak tahu kenapa ai lembut hati dengan dia. Still fikir positive yang dia akan hantar barang tu. Cuma ai ada juga pm dia dua minggu sekali kot. Last-last ai cakap kat adik ai, takpe lah kalau ada rezeki adalah, kalau tak nak buat macam mana kan. Suddenly ai dapat mesegge daripada supplier tu.



-salam
-saya suami dia
-apa2 awak boleh msg terus fb saya -
-pemilik akaun ini telah meninggal dunia 02/02/2016
-kalau ada apa2 yg ingin dituntut dari pihak awak, beritahu saya...
-terima kasih dan maaf krn saya baru check msg2 fb ni sblm deactivate



Ai terdiam masa tu. Rasa menyesal pula ai push dia tanya status barang ai waktu dia sedang bertarung nyawa. Walaupun ai cakap dengan cara baik, but entah lah. Moral of the story, sebelum nak maki hamun serang orang tak tentu pasal, selidik lah dulu keadaan orang tu macam mana. Ada juga ai terfikir, betul ke dia tak menipu. Tapi biar lah, tu antara dia dengan Tuhan. Bagi ai, tak kan lah dia nak menipu dah meninggal dunia kan. Baik dia cakap stok tak ada and nak refund duit. Think positive. Sejak dapat messege tu ai dah tak fikir dan ingat pun sampai lah ai dapat notifications memory status facebook.





Wednesday 4 October 2017

FIRST EXPERIENCE WITH CHILINDO

October 04, 2017 20
FIRST EXPERIENCE WITH CHILINDO
Assalamualaikum and hye readers~



Finally ai terpedaya juga dengan Chilindo. Ni semua salah film board clapper tu lah. Masa blogger sana sini asyik cerita pasal Chilindo ni, ai ada juga jenguk-jenguk website ni and terpandang clapper tu. Tapi masa tu ai macam, taknak lah takut lah barang tak elok kan. Tiba-tiba last week ai macam gatal tangan tertengok website Chilindo sekali lagi. Bila tertengok tu, terbid pula. Haihhhh jari ni! Naughty tau. Dah bid, dah menang, apa lagi? Bayar lah.






Ai sebenarnya berdebar-debar juga hati ni masa tunggu barang sampai. Yelah, barang murah sangat. Korang rasa? Sesiapa yang bid tak rasa benda yang sama, korang memang terbaik lah. Alhamdulillah selepas tiga hari bekerja, barang pun sampai. Tinggi kotak je hampir separuh badan ai. Amboi, apa yang dibeli tu agaknya? Hahaha! Bila open kotak, tinggi barang dalam tu tak sampai suku kotak pon. Hurmmm bazir tau bagi kotak besar-besar. Ataupun Chilindo memang tak ada kotak kecil? Entahlah.


Alhamdulillah barang semua sampai dengan baik. Tak ada kerosakkan. Even clapper yang ai nak sangat tu pun tak nampak macam murah walaupun ai dapat dengan harga yang murah. Tapi ada juga lah satu barang tu ai nampak macam cheap. Tapi tak apalah sebab memang murah sangat ai menang bid tu. Tak sampai rm5 pun. Ai consider, memang padan lah dengan harga. 


So kalau ada yang ragu-ragu dengan Chilindo ni, tak payah lah nak ragu-ragu dah. Chilindo tak menipu pun. Cepat pula tu sampai. Tapi adat lah bila shopping online ada terkurang sana-sini. Kalau ada apa-apa yang korang tak puas hati, korang boleh terus call je customer service Chilindo. Baik staff nya. Nanti diorang akan guide untuk masalah korang tu. Macam ai hari tu, tersalah pilih cara pembayaran. Nervous tau. Yelah berkaitan dengan duit kan. Hahaha! Ai terus call customer service. Alhamdulillah, settle!



Ni haa siapa yang tak tau film board clapper tu apa.




Monday 2 October 2017

HARUMAN BELAIAN MENAWAN SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN

October 02, 2017 40
HARUMAN BELAIAN MENAWAN SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN
Assalamualaikum and hye readers~


Barang yang ditunggu dah sampai! Ai memang sukakan bauan daripada product ENCHANTEUR ni. Sebelum ni ai pakai body mist Charming from ENCHANTEUR. Bau dia perghhh wangi. Kalau pakai tu mesti ada yang tanya, kau mandi perfume ke apa? Hahaha! Kali ni first time ai nak cuba losyen pula. Tapi bukan charming lagi tau, sebaliknya romantic and alluring. Kedua-duanya wangi sangat dan ada keunikan bauan yang tersendiri.






Enchanteur adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian yang berkualiti dan mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan bagi seorang wanita. Ahaaa memang bau dia tu boleh feel bau-bau romantic tu tau. Harum semerbak.


Korang semua mesti tahu bahawa badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tetapi, ai percaya ramai yang tidak sedar dengan hanya minum air tidak cukup untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan. Wanita di luar sana ramai yang mengalami masalah kulit kering akibat daripada kerja-kerja dan faktor sekeliling. Penggunaan losyen boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!






Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
•          Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
•          Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•          Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 







Kini, korang semua yang selalu sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh memanjakan kulit dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 



Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Sunday 1 October 2017

5 PERKARA SAYA MENYESAL LAKUKAN

October 01, 2017 9
5 PERKARA SAYA MENYESAL LAKUKAN
Assalamualaikum and hye readers~


Sebelum ni ai pernah update entri tentang lima perkara yang ai tak menyesal lakukan kan. Kali ni ai nak tulis tentang lima perkara yang ai menyesal lakukan. Korang anggap je lah ini sesi suai kenal kita ye. Ok kita mulakan.





1- Tak Jadi Cikgu
Dulu ai nak sangat jadi cikgu and accountant. Kalau dapat jadi cikgu akaun lagi baik. Tapi since minat ai tiba-tiba berubah kepada art and design, ai tak lanjutkan pelajaran di dalam bidang akaun pun. Ai pun tak menyesal dengan bidang kerja ai sekarang. Cuma, kadang-kadang ai tertanya-tanya, kenapa ai tak usaha jadi cikgu sebelum ni. Maybe cikgu art and design ke. Heh!

2- Buang Kad Laporan Kesihatan Gigi
Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan ikut perangai kak ai! Ya, ai pernah buang kad kesihatan gigi. Alaaa, yang check gigi free kat school tu. Dah kerja ni baru lah rasa menyesal. Dulu check gigi free pun taknak. Sekarang nak check gigi mahal oiii! Government pun dah tak dapat rm2 macam dulu. Actually ai tak takut pun dengan doctor gigi tu. Comel betul diorang berbaju putih. Tapi ai ada masalah dengan jarum. Fikiran ni asyik fikir dia nak cucuk gusi ai and cabut semua gigi ai tinggal gusi je. Padahal tak pun.

3- Membeli Sebelum Survey
Ya! Korang pun jangan lah buat perangai macam ni. Menyesal tu tak sudah bila jumpa barang yang lebih better tau.

4- Tak Kumpul Duit Sejak Gaji Pertama
Tak dinafikan, ai selalu lalai dalam bab menyimpan ni. Kalau dari dulu ai fikirkan masa depan, Silap-silap dah cukup duit untuk beli kereta cash. Sekarang baru nak sedar diri bahawa duit itu bukan sahaja penting di masa sekarang, malah di masa hadapan juga kita perlu bersedia. Memang lah tak ada duit pun boleh hidup, tapi hidup tanpa kemajuan lah. Jangan kecam saya.


5- Lambat Pakai Tudung
Dosa pahala tu semua orang tahu dan ai taknak ulas dalam entri ni. Tapi jujur ai katakan, ai jelous tau bila scroll facebook and tengok kawan-kawan throwback gambar lama-lama. Sebab ai tak boleh nak throwback gambar-gambar lama ai. Bukan lah nak sangat up gambar lama-lama tu. Tapi kadang-kadang ada moment yang kita cuba nak refresh balik dengan kawan-kawan. Jadikan bahan untuk modal komunikasi sesama sendiri. Korang boleh faham tak?


Ok itu lah lima perkara yang ai menyesal lakukan. Nak tau lebih lagi? PM tepi. Hehehe! Apa pula lima perkara yang korang menyesal lakukan?