November 2020

Sunday 29 November 2020

RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

November 29, 2020 17
RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN
Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini Ai nak kongsikan resipi Kangkung Goreng Belacan. Senang je! Hasil dia sedap sehingga menjilat jari. Nyum nyum!   


Kalau korang jenis yang suka makan Kangkung Goreng Belacan di kedai, apa kata kali ni korang buat je sendiri. Dengan harga sepiring di kedai, korang boleh dapat sepinggan di rumah tau. Kalau tak percaya, cuba lah buat dulu.


RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN




Bahan-bahan


1. 1 ikat sayur kangkung
2. 1 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 1/2 genggam ikan bilis
5. 1 batang cili merah
6. 1/4 belacan bulat (kalau selain ni pandai-pandai agak)
7. Minyak masak
8. Air
9. Garam


Cara-cara


1. Potong sayur kangkung dan cuci bersih-bersih.
2. Tumbuk lumat bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan belacan. Nak kisar pun boleh tapi lagi sedap jika tumbuk menggunakan lesung batu.
3. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
4. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan masukkan setengah cawan air dan garam sesedap rasa. Kalau nak guna bahan perasa pun boleh. Tapi Ai tak guna. 
5. Masukkan sayur dan kacau-kacau sedikit sampai sayur disaluti bahan tumisan tadi dengan sebati.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Bahan-bahan boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing.




aisyaismail

Sunday 15 November 2020

RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!

November 15, 2020 39
RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!
Assalamualaikum and hye readers.



Menu kesukaan seorang Aisya Ismail. Asal entri resipi je mesti menu kesukaan. Hahaha! Ai memang malas sangat nak masak benda yang ai tak suka makan. Apatah lagi nak tulis entri dalam blog.


Nasi ayam salah satu menu yang ai suka. Tapi dari dulu ai tahu beli je, buat nya tak reti. Malas nak belajar sebab macam leceh je. Nak masak nasi, masak ayam, sup, cili, kicap. Eh banyak betul nak kena buat. Tapi sekali dah buat, lah... senang je rupanya. Rugi tak belajar awal-awal.


Lepas sekali dah buat dan berjaya, siap orang puji-puji kesedapan nasi ayam ai, terus nak buat lagi. Hahaha! Bukan ai yang cakap tau, orang yang makan yang cakap sedap. Kalau korang baru nak belajar masak menu mudah nasi ayam roasted , korang ikut je step-step kat bawah ni. Mesti jadi. Kalau tak jadi tu mungkin korang ada tersilap kat mana-mana. Resepi ini untuk 5 ke 6 orang makan.


RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!


Bahan-bahan Ayam Roasted

1. 1 ekor ayam dipotong ikut keselesaan korang
2. Air untuk merebus. Pastikan air rebusan cukup untuk masak nasi dan sup.
3. 5 ulas bawang putih
4. 2 inci halia 
5. 2 sudu teh garam
6. 3 sudu makan serbuk lada hitam
7. 5 sudu makan sos tiram
8. 1 cawan kicap manis

Cara-cara masak Ayam Roasted

1. Siang dan cuci ayam bersih-bersih.
2. Rebuskan di dalam periuk yang bersesuaian bersama bawang putih, halia dan garam sehingga masak.
3. Apabila dah masak, keluarkan ayam di dalam mangkuk.
4. Campurkan serbuk lada hitam, sos tiram dan kicap manis ke dalam mangkuk yang berisi ayam dan gaul perlahan. Jangan rakus sangat, takut ayam hancur.
5. Ayam yang sudah diperap sekurang-kurangnya 1 jam boleh lah di masak menggunakan air fryer selama 5 ke 10 minit dengan suhu 180 darjah. Tak perlu lama sebab ayam dah masak sewaktu direbus.
6. Ketuk-ketu sedikit ayam yang siap di masak menggunakan anak lesung atau penyekkan menggunakan pisau besar (tak buat pun tak pe).
7. Kicap perapan tadi tapis untuk dimakan bersama nasi.


Bahan-bahan nasi ayam

1. 5 pot beras atau boleh ikut sukatan biasa masak nasi
2. Air rebusan ayam yang cukup
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 1 biji bawang merah bersaiz sederhana dihiris
5. 2 inci halia dihiris
6. 2 sudu makan mentega
7. 1 sudu teh serbuk kunyit
8. 1 sudu teh garam
9.  3 helai daun pandan disimpul

Cara-cara masak nasi ayam

1. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia yang telah dihiris menggunakan mentega. Tak perlu minyak ya.
2. Bila sudah naik bau, masukkan satu senduk air rebusan ayam.
3. Cuci beras bersih-bersih kemudian masukan bahan tumisan tadi bersama serbuk kunyit, daun pandan dan air rebusan ayam mengikut sukatan seperti masak nasi biasa.
4. Masak nasi seperti biasa.


Bahan-bahan sup nasi ayam

1. 2 ulas bawang putih dihiris halus
2. 3 biji bawang merah dihiris halus
3. Air rebusan ayam secukupnya
4. 1 sudu teh gula perang
5. Garam secukupnya

Cara-cara masak sup nasi ayam

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ayam, gula perang dan garam. Kacau sehingga rata dan tunggu sup mendidih boleh tutup api.


Bahan-bahan sos cili

1. 9 biji cili merah
2. 3-5 biji cili padi
3. 3 sudu makan gula perang
4. 2 sudu makan cuka
5. 1/2 cawan air rebusan ayam
6. Semua halia dan bawang putih di dalam air rebusan ayam

Cara-cara masak sos cili

1. Mesin semua bahan-bahan di atas sehingga lumat.
2. Keluarkan di dalam kuali dan masak di atas dapur. Kacau-kacau sehingga pekat sedikit.


Bahan-bahan sos kicap

Tapis kicap perapan ayam dan boleh terus dimakan.


Siap untuk dihidangkan dan dimakan seisi keluarga. Jangan lupa sertakan salad, timun dan tomato! Selamat mencuba!




aisyaismail

Wednesday 11 November 2020

SEDAP HINGGA MENJILAT SUDU - KOKO JAR SHAKE!

November 11, 2020 36
SEDAP HINGGA MENJILAT SUDU - KOKO JAR SHAKE!

  Assalamualaikum and hye readers.




Entri ini bukan nak promote mana-mana penjual tapi Ai nak promote produk yang ai sendiri jual. Eh, Ai dan Coco yang jual. Hehehe!



Apa benda Koko Jar Shake ni? Sedap sangat  ke? Koko Jar Shake ini adalah campuran bubble rice dan mini coco crunch dan disiram dengan limpahan chocolate yang sedap. Kemudian di shake-shake dan terhasil lah Koko Jar Shake! Kalau korang peminat chocolate, korang mesti suka. Yang tak minat pun boleh jadi minat.


SEDAP HINGGA MENJILAT SUDU - KOKO JAR SHAKE!


Dari membeli kepada menjual


Sebelum ai jual Koko Jar Shake ni, Ai adalah pembeli juga. Coco lah yang asyik nak beli je. Masa pertama kali Coco cakap nak beli Koko Jar, ai ok je walaupun harga agak mahal. Boleh tumpang sekaki makan manis-manis ni. Bila dah sampai, mak oii besarnya botol. Padan sangat dengan harga. 



Dari satu botol ke satu botol. Dari perisa chocolate ke mocha dan yang terbaru durian musang king. Coco terus cakap dengan ai dia nak jadi agent. Ai panik sekejap. Nak jadi agent bukan boleh beli sebotol, tapi berbotol-botol dan bermodalkan ratusan ringgit. Kalau tak laku macam mana? Haihhh macam-macam pula Coco ni.



Sedap hingga menjilat sudu


Alhamdulillah dengan niat Coco nak meniaga, bila kami ada rezeki lebih terus kami jadi agent sah Koko Jar Shake. Coco pun nampak rajin nak menjual dan mempromosikan Koko Jar Shake ni.  Sambil jual, beli sendiri untuk makan di rumah. Hehehe!



Korang tak nak cuba ke Koko Jar Shake ni? Meh lah cuba beli dengan ai. RM15 sahaja!! Botol Koko Jar Shake setinggi botol air 1 Liter. Confirm sedap and tak menyesal beli. Sedap hingga menjilat sudu! Buat masa ni hanya perisa chocolate sahaja ada. Yang dekat boleh COD, yang jauh boleh post. Yang penting, korang kena beli tau. Kalau berminat, klik link whatsapp di bawah. Atau boleh DM instagram @aisyaismail_ai.



http://www.wassap.my/60148469239/Saya%20nak%20Kokojarshake





aisyaismail

Friday 6 November 2020

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

November 06, 2020 15
TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

  Assalamualaikum and hye readers.




Ingat tak entri Ai pasal Taman Botani Negara Shah Alam, cantik tapi banyak tempat yang tak terjaga dah? Kalau tak ingat atau belum baca, korang boleh baca di sini. Sebelum PKPB haritu Ai pergi lagi sekali. Kalau sebelum-sebelum ni ai selalu explore laluan sebelah kanan, kali ni Ai explore yang di sebelah kiri pula. 


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Mana satu pilihan hati?


Ai pernah je ikut laluan sebelah kiri ni. Tapi jarang sangat. Dan ini adalah kali pertama Ai masuk sampai ke penghujung jalan. Kalau nak dibandingkan kedua-dua laluan ni, Ai rasa laluan di sebelah kiri ni lebih penat dan lebih jauh. Yeke? Rasanya lah. Hahaha!



Masa nak buat keputusan laluan tu payah sangat. Rasa macam nak naik flying fox, tapi kalau dah ikut sebelah kiri, agak jauh nak ke tempat flying fox tu. Memang tak mungkin lah Ai nak tawaf satu Taman Botani Negara Shah Alam tu. Mahu sampai ke petang Ai berkampung kat dalam tu nanti. Kalau berbasikal masih boleh dipertimbangkan lagi. Tapi Ai jalan kaki je. Nanti lah ada rezeki lebih Ai dan Coco beli lah basikal sorang satu.


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Taman buah-buahan tapi tak ada buah


Dah suku perjalanan, baru kami tengok peta yang disediakan. Banyak peta di sepanjang perjalanan tu. Kami nak tahu apa yang menarik di sepanjang laluan tersebut. Jadi kami tahu lah sampai mana kami nak berjalan. Ada taman buah-buahan! Ai tak pernah tahu pun adanya taman buah-buahan di situ. Terus rasa teruja. 



Tapi bila sampai kat taman tu, Ai rasa kecewa sikit. Dalam perjalanan tu banyak taman-taman yang sepatutnya cantik dah jadi menakutkan. Ada taman paku-pakis kalau tak silap. Penuh dengan rumput-rumput tinggi. Jambatan pun dah rosak. Ai percaya, taman tu mesti cantik kalau dijaga dengan baik.


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Tapak Skytrex yang dilanda ribut pun dah menjadi usang. Tapi ai faham, tempat besar macam tu makan masa untuk dinaiktaraf semula. Taman buah-buahan pun hanya ada pokok-pokok tanpa buah. Itu yang paling kecewa! Hahaha! Kalau ada buah pun, ciku yang belum masak dan kelapa yang tinggi. Taman buah-buahan tu ai rasa untuk buat kajian je. Sebab tak besar pun kawasan tu. Ingatkan adalah orang jual buah sekali kat situ. Hahaha!


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Taman kaktus gersang di Taman Botani Negara Shah Alam


Paling best adalah taman kaktus. Tolong jangan berharap terlalu tinggi ya semua. Taman Kaktus tu pun dah menjadi gersang. Tak ada pun pokok kaktus. Ada lah sebatang dua je. Jadi lah dripada tak ada langsung kan. Tapi Ai tak pernah sampai kat situ. Jadi, taman kaktus tu jadi taman yang paling menarik yang ada. Batu-batu yang merah dia mendamaikan mata ni. Pada Ai, cantik lah walaupun gersang.


TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN KAKTUS GERSANG - TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Sepatutnya seminggu dua selepas Ai pergi ke Taman Kaktus tu, Ai dan Coco dah rancang nak panjat Bukit Sapu Tangan sekali lagi. Nak pergi beriadah sekeluarga. Tapi apa kan daya, tiba-tiba Selangor kena PKPB. Hiking kat rumah je lah.





aisyaismail

Sunday 1 November 2020

TERPENGARUH DENGAN BLOGGER QASEH DALIA

November 01, 2020 25
TERPENGARUH DENGAN BLOGGER QASEH DALIA

 Assalamualaikum and hye readers.




Ai ni jarang sangat nak terpengaruh kalau rakan-rakan blogger kongsikan apa yang mereka beli di Shopee. Ai lebih memikirkan kepentingan barangan itu untuk Ai dan juga kondisi duit dalam poket ni. Hehehe! Kalau benda tak penting tak payah lah nak bazirkan duit musim-musim jaminan kerjaya tak tahu sampai bila ni.



Baru-baru ni blogger Qaseh ada beli stand holder untuk nak ambil gambar menggunakan kamera telefon. Yang menariknya, stand tersebut hanya perlu klip pada meja. Korang susun lah produk yang korang nak ambil gambar atas meja dan snap. Tak payah susah-susah nak pegang telefon tu. Masalah gegaran pun kurang.


TERPENGARUH DENGAN BLOGGER QASEH DALIA


Stand ni memang sangat berguna untuk Ai bila dapat produk untuk review. Sebelum ni ada juga Ai cari, tapi tak jumpa pun dalam bajet yang Ai nak. Masa Qaseh kongsikan di story instagram, siap ada link sekali. Terus Ai klik dan teruja. Mana tidaknya, hanya RM20 lebih je. Lebih tu Ai lupa berapa.



Terfikir-fikir juga nak beli ke tak. Memandangkan barang pun tak banyak, Ai beli je lah. Dalam masa 2 hari dah sampai rumah. Kali ni Ai tak nak bagi link sebab masa Ai tengok tadi tinggal 1 item je lagi. Tapi korang cuba lah cari di Shopee. Cuba cari 'Mobile Phone Tablet Holder Stand Lazy Bed Desk Support' di ruangan 'search'. Nanti akan keluar banyak pilihan lain.




Tak sabar nak guna dan review produk dengan menggunakan stand holder baru ni. Harap-harap sangat berguna nak berbaloi Ai membelinya.






aisyaismail