September 2020

Thursday 24 September 2020

NIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

September 24, 2020 31
NIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

 Assalamualaikum and hye readers.



Punya lah lama ai pasang niat nak mandi sungai, akhirnya dapat juga menikmati kesejukkan air sungai sambil cuci-cuci mata menikmati keindahan alam semulajadi di Kalumpang Resort & Training Centre. Terima kasih banyak-banyak pada bapa mertua ai sebab teringin nak mandi sungai. Semua bersetuju tanpa bantahan. Hahaha!



Pada mulanya, kami sekeluarga bercadang untuk ke Janda Baik sebab kebanyakkan resort-resort yang menarik yang dicadangkan ada di Janda Baik. Tapi kebanyakkan tempat sudah penuh. Yang tinggal hanyalah tempat-tempat yang tak memenuhi ciri-ciri yang kami cari ataupun mahal. Maklumlah, cuti kan. Ditambah pula dengan geng-geng travel oversea dah tak boleh ke luar negara. Hahaha! Tak apa, kita cari lagi. Jangan putus asa.



Sebelum kami buat keputusan untuk ke Kalumpang Resort, ai dah dapat tempat yang pada ai agak cantik di Janda Baik. Harga di website pun kena dengan bajet kami. Tapi! Customer service dia sangat teruk. Tak pasal-asal ai dah bergaduh. Malaslah nak cerita lebih-lebih, takut kena saman pula. Tapi ada hikmah kenapa kami tak jadi menginap di sana.



Nikmati keindahan semulajadi di Kalumpang Resort & Training Centre


Jalan nak masuk ke Kalumpang Resost agak kecil. Tapi jumlah kereta yang masuk agak banyak. Kalau cuti sekolah mesti sesak. Sampai di sana ada ramai polis sedang meronda. Tapi hanya di luar kawasan resort. Nasib baik ai teringat nak pakai mask, kalau tak melayang seribu. Terus tak seronok nak mandi-manda nanti. Dan macam biasa, di pintu masuk utama kena cek suhu dan scan kod sebelum dibenarkan masuk.





Kawasan Kalumpang Resort ni sangat besar. Terdapat berpuluh pilihan chalet termasuk asrama dan tapak perkhemahan disediakan. Chalet yang kami pilih betul-betul terletak di sebelah sungai. Siap ada tangga untuk terus ke dalam sungai. Untuk sampai ke chalet kena berjalan jauh sedikit. Tapi bila dah nampak sungai tu, terus hilang penat! Tak sabar nak terjun. Perkara pertama yang kami lakukan setelah letak barang-barang adalah bergambar. Dalam pukul 5 barulah kami mulakan aktiviti di situ iaitu berendam dan bbq. 




Kalau tanya pendapat ai pasal chalet, dalam chalet tu biasa sahaja. Tak ada apa yang istimewa. Kalau korang mengimpikan tempat tidur yang selesa, bukan di situ ya. Tapi untuk berehat, in syaa Allah lebih dari cukup. Penghawa dingin pun ada. Kalau pihak Kalumpang Resort menaik taraf tempat tu, mesti lagi cantik dan menarik. Dan mungkin harga tak dapat lah seperti sekarang.



Malam tu pula kami makan lebihan bbq dan nasi pek kembara. Senang je nak masak pek kembara tu. Masukkan air, tunggu sampai masak dan lepas tu dah boleh makan. Ada kedai untuk membungkus makanan. Dalam pukul 9.30 dah tutup. Pilihan lain korang kena keluar dari situ untuk mencari makan. Tapi musim covid ni, korang jangan ingat ada kedai 24 jam pula. Kebulur nanti tak keluar cari makan awal-awal.




Esoknya, selepas subuh mak cik ai dah ajak melawat sekitar kawasan Kalumpang Resort. Memang besar sangat kawasannya. Memang tempat ni sesuai untuk buat team buiding atau hari keluarga. Kalau nak berendam tapi tak nak mandi sungai, kolam renang juga disediakan. Sumber air masih dari sungai. Jadi, kenapa nak mandi kolam kalau ada sungai yang lebih menyeronokkan? Hahaha!



Air sungai di bahagian atas jauh lagi cantik. Penuh dengan batu-batu. Seingat ai, sebelum pukul 8 pagi Encik Husband dah terjun ke dalam sungai tu. Airnya agak deras tapi masih selamat untuk mandi. Jaga anak-anak korang baik-baik lah. Jangan terleka. Tempat yang selamat pun boleh jadi bahaya kalau kita terleka. 




Pagi tu kami sarapan di tepi sungai. Banyak je tempat untuk berkelah dan korang boleh bentang tikar. Sarapan disediakan oleh pihak resort. Dia akan hantar dari bilik ke bilik. Jujur ai cakap, bila dah berendam, nasi goreng tu memang tak cukup. Nasib baik kami ada bawa roti dalam kuantiti yang banyak. Kalau tak, berkeroncong je lah perut masing-masing. Makanan yang pasti tak akan dilupakan adalah maggie!



Dah puas berendam di situ, kami sambung lagi berendam di depan chalet kami. Sampai nak dekat Zohor baru masing-masing reti nak naik. Bersihkan diri, kemas-kemas dan pulang. Oh ya, checkout pukul 12 tau. Tapi disebabkan hari tu bukan hari cuti dan atas budi bicara, kami dapat checkout lambat sikit.



Untuk percutian sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan mandi sungai, ai memang syorkan sangat korang pergi ke Kalumpang Resort & Training Centre ni. Memang puas hati. Kalau tak nak menginap di situ pun korang masih boleh mandi di sungai tersebut dengan bayaran RM10 seorang dewasa. Kanak-kanak ai tak ingat. Tapi, sila lah datang awal kalau pergi waktu cuti sekolah atau korang terpaksa berpatah balik sebab dah penuh.



Kalumpang Resort & Training Centre

Jalan Sg Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor, Selangor.

03-60491087



Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website https://www.kalumpangresort.com.my/.





aisyaismail

Wednesday 9 September 2020

PG MALL 916 CULTURAL DAY, BOOST DAN HEALTH AND BEAUTY ESSENTIAL WEEK

September 09, 2020 44
PG MALL  916 CULTURAL DAY, BOOST DAN HEALTH AND BEAUTY ESSENTIAL WEEK
Assalamualaikum and hye readers.



Sejak dua menjak ni, tangan ai asyik gatal je nak scroll handphone. Banyak sangat promosi shopping online yang menarik hati. Saja-saja je nak cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan dan harga pun berpatutan, boleh lah beli. Bukan nak membazirkan duit, tapi sekadar nak beri ganjaran pada diri sendiri.


Salah-satu kedai online yang ai suka scroll adalah di PG Mall. Banyak sangat promosi yang menarik akhir-akhir ini. Sampai rasa bersalah kalau tak tengok promosi apa yang ada di PG Mall. Sekali masuk, mesti ada yang nak dibelinya. Eh, masih ada lagi ke yang tak tahu apa itu PG Mall?


Apa itu PG Mall?



PG Mall adalah platform e-dagang No.1 di Malaysia. PG Mall bukan kedai online baru tau, tapi dah wujud sejak tahun 2017. Maknanya dah 3 tahun pun kewujudannya dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.


Bukan itu sahaja, PG Mall juga dah tersenarai sebagai top 3 shopping online yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Iprice insight. Untuk memudahkan segala urusan membeli belah korang, PG Mall menerima semua cara pembayaran termasuklah dengan menggunakan e-wallet seperti Touch n' Go dan Boost.


916 Gold Cultural Day (15 - 17 September 2020)



Berita baik untuk semua pencinta emas termasuk ai, bermula dari 15 sehingga 17 September ini, PG Mall ada mengadakan 916 Cultural Day. Persatuan Emas Malaysia (MGA) telah mengistiharkan 9.16 sebagai hari 'Gold Cultural Day' atau 'Hari Kebudayaan Emas' yang jatuh pada 16 September pada setiap tahun.


Objektif 9.16 Gold Cultural Day ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang emas yang sangat sinonim dengan budaya di Malaysia. Selain itu, sebagai langkah meransang ekonomi emas tempatan dan membantu perdagangan dua hala Malaysia.




916 yang mewakili 22 karat emas adalah angka yang sangat istimewa di dalam industri emas. Di hari yang istimewa ini, PG Mall menawarkan pembelian emas perhiasan dengan harga kilang dan penghantaran adalah percuma! Mana-mana peruncit dan pemborong juga boleh membeli dan jual semula dengan harga dari kilang. Wahhh, ai tak sabar! Klik link ni https://pgmall.my/Jewellery-1


Oh ya, jangan lupa untuk tuntut kupon kedai tau. Kalau tak, korang yang rugi nanti.




Touch n' Go (1 - 30 September 2020)



Istimewa untuk pembeli baru di PG Mall! Korang hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM15 dan korang akan mendapat tambah nilai e-wallet sebanyak rm3. Tapi pastikan korang membayar dengan menggunakan eWallet Touch n' Go korang.


Boost (5 September - 4 Oktober 2020)



Korang yang suka membuat pembayaran melalui e-wallet, jangan lepaskan pulangan tunai sebanyak rm3. Bermula dari 5 September sehingga 4 Oktober 2020, dengan perbelanjaan minimum rm15, korang layak untuk mendapatkan pulangan tunai rm3 dengan pembayaran secara Boost e-wallet.


Health & Beauty Essential Week (15 - 30 September 2020)



Emas murah ada, pulangan tunai pun ada. Apa pula yang menarik dengan Health & Beauty Essential Week ni? Dari 15 - 30 September 2020, dengan pembelian minimum sebanyak rm100 korang akan dapat diskaun sebanyak rm25 dan penghantaran percuma terhad kepada rm4. Jangan lupa gunakan kod : LOVEPGHB25.



Nak dapatkan diskaun rm30 pun boleh. Tapi korang kena berbelanja minimum rm150 dan menggunakan kod : LOVEPGHB30. Penghantaran percuma terhad kepada rm4.


Seronok kan nak berbelanja kalau banyak tawaran yang menarik di depan mata. Dari nak cuci-cuci mata terborong pula macam-macam. Siapa macam ai? Ok kita geng! Hahaha! Pada yang belum ada akaun PG Mall, korang boleh daftar akaun korang menggunakan refferal link ini https://bit.ly/3gIhXij.



Jom shopping sekarang!! Rugi kalau tak dapatkan semua promo ini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah ini.


Instagram : www.instagram.com/pgmall.my/


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysianGoldAssociation #Touchngo #boost #healthandbeautyessencialweeek





aisyaismail

Saturday 5 September 2020

W : TWO WORLDS - LEE JONG-SUK, HAN HYO-JOO

September 05, 2020 33
W : TWO WORLDS - LEE JONG-SUK, HAN HYO-JOO
Assalamualaikum and hye readers.



Drama Korea yang dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo ini telah ditayangkan pada Julai 2016 sebanyak 16 episod. Drama ini lain daripada drama Korea yang lain kerana pertembungan dua alam iaitu alam normal dan alam komik.




Sinopsis

W - Two Worlds mengisahkan tentang Oh Yeon-joo ( Han Hyo-joo ), seorang pakar bedah di sebuah hospital dan juga anak kepada pengarang dan illustrator webtoon terkenal, Oh Seong-moo ( Kim Eui-sung ). Yeon-joo sangat meminati karya webtoon ayahnya yang sangat terkenal iaitu W. Suatu hari, Yeon-joo dihubungi oleh pembantu ayahnya dan diberitahu tentang misteri kehilangan Oh Seong-moo. Yeon-joo telah pergi ke studio milik ayahnya dan dengan tidak sengaja Yeon-joo telah masuk ke dalam webtoon yang sedang dilukis oleh Seong-moo.


Webtoon tersebut mengisahkan tentang Kang Chul ( Lee Jong-suk ), seorang budak lelaki yang kacak, bijak dan mahir di dalam sukan menembak. Kang Chul telah memenangi pingat emas semasa menyertai Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 dan menjadi sangat terkenal. Apabila pulang ke rumah, Kang Chul mendapati ibu bapanya telah dibunuh dan dia telah dituduh sebagai pembunuhnya. Walau bagaimanapun, mahkamah telah mengesahkan bahawa Kang Chul tidak bersalah.


Pada awalnya Kang Chul cuba untuk membunuh diri dengan terjun di Sungai Han. Akan tetapi dia mengubah fikiran dengan mencari pembunuh sebenar ibu bapanya. 10 tahun kemudian, Kang Chul berjaya menjadi seorang jutawan yang sangat terkenal. Dia memulakan projek 'W' di mana projek ini adalah usahanya untuk mencari pembunuh kedua ibu bapanya.


Pada suatu malam, Kang Chul telah dihubungi oleh seseorang yang memintanya bertemu di atas bumbung penthouse. Kang Chul telah ditikam dan di situ lah kali pertama Kang Chul bertemu dengan Yeon-joo buat pertama kali. Dan sepanjang kehilangan Seong-moo dan Yeon-joo, webtoon 'W' tetap ditulis dan diterbitkan seperti biasa tanpa pengarang dan pengirim.


Ulasan

Drama ni memang best sebab lain dari yang lain. Lelaki kaya, jutawan dengan muka yang kacak itu memang tak boleh nak dipisahkan. Tapi skurang-kurangnya tak ada heroin miskin dalam cerita ni. Hahaha! Tapi ai banyak sangat persoalan di akhir cerita. Siapa pembunuh sebenar? Kenapa dia membunuh? Apa yang terjadi pada Oh Seong-moo? Macammana dia boleh masuk ke dalam webtoon? Dan siapa yang mengirim email kepada penerbit untuk menerbitkan episod sepanjang Seong-moo dan Yeon-joo berada di dalam webtoon? Semua tu jadi pesoalan. Atau sebenarnya ai yang tak perasan? Itu pun lagi satu persoalan. Hahaha!


P/S : Mungkin ai kena tengok drama ni lagi sekali. Rasa-rasanya, ada season 2 tak?




aisyaismail