W : TWO WORLDS - LEE JONG-SUK, HAN HYO-JOO

Saturday 5 September 2020

W : TWO WORLDS - LEE JONG-SUK, HAN HYO-JOO


Assalamualaikum and hye readers.



Drama Korea yang dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo ini telah ditayangkan pada Julai 2016 sebanyak 16 episod. Drama ini lain daripada drama Korea yang lain kerana pertembungan dua alam iaitu alam normal dan alam komik.




Sinopsis

W - Two Worlds mengisahkan tentang Oh Yeon-joo ( Han Hyo-joo ), seorang pakar bedah di sebuah hospital dan juga anak kepada pengarang dan illustrator webtoon terkenal, Oh Seong-moo ( Kim Eui-sung ). Yeon-joo sangat meminati karya webtoon ayahnya yang sangat terkenal iaitu W. Suatu hari, Yeon-joo dihubungi oleh pembantu ayahnya dan diberitahu tentang misteri kehilangan Oh Seong-moo. Yeon-joo telah pergi ke studio milik ayahnya dan dengan tidak sengaja Yeon-joo telah masuk ke dalam webtoon yang sedang dilukis oleh Seong-moo.


Webtoon tersebut mengisahkan tentang Kang Chul ( Lee Jong-suk ), seorang budak lelaki yang kacak, bijak dan mahir di dalam sukan menembak. Kang Chul telah memenangi pingat emas semasa menyertai Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 dan menjadi sangat terkenal. Apabila pulang ke rumah, Kang Chul mendapati ibu bapanya telah dibunuh dan dia telah dituduh sebagai pembunuhnya. Walau bagaimanapun, mahkamah telah mengesahkan bahawa Kang Chul tidak bersalah.


Pada awalnya Kang Chul cuba untuk membunuh diri dengan terjun di Sungai Han. Akan tetapi dia mengubah fikiran dengan mencari pembunuh sebenar ibu bapanya. 10 tahun kemudian, Kang Chul berjaya menjadi seorang jutawan yang sangat terkenal. Dia memulakan projek 'W' di mana projek ini adalah usahanya untuk mencari pembunuh kedua ibu bapanya.


Pada suatu malam, Kang Chul telah dihubungi oleh seseorang yang memintanya bertemu di atas bumbung penthouse. Kang Chul telah ditikam dan di situ lah kali pertama Kang Chul bertemu dengan Yeon-joo buat pertama kali. Dan sepanjang kehilangan Seong-moo dan Yeon-joo, webtoon 'W' tetap ditulis dan diterbitkan seperti biasa tanpa pengarang dan pengirim.


Ulasan

Drama ni memang best sebab lain dari yang lain. Lelaki kaya, jutawan dengan muka yang kacak itu memang tak boleh nak dipisahkan. Tapi skurang-kurangnya tak ada heroin miskin dalam cerita ni. Hahaha! Tapi ai banyak sangat persoalan di akhir cerita. Siapa pembunuh sebenar? Kenapa dia membunuh? Apa yang terjadi pada Oh Seong-moo? Macammana dia boleh masuk ke dalam webtoon? Dan siapa yang mengirim email kepada penerbit untuk menerbitkan episod sepanjang Seong-moo dan Yeon-joo berada di dalam webtoon? Semua tu jadi pesoalan. Atau sebenarnya ai yang tak perasan? Itu pun lagi satu persoalan. Hahaha!


P/S : Mungkin ai kena tengok drama ni lagi sekali. Rasa-rasanya, ada season 2 tak?




aisyaismail

33 comments:

  1. Menarik jugak. Saya ni setia sangat dengan drama melayu astro citra je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, dah tak tengo tv so kurang layan drama melayu.

      Delete
  2. Dah tengok.Memang best drama ni.Jangan terlepas satu episod pun.Nanti pening. sebab dia macam ada dunia berbeza tu kena fokus betul2.

    ReplyDelete
  3. Dah tengok cerita ni. Memang best sangat!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi citer ini. Cam menariks jer

    ReplyDelete
  5. selalunya kalau buat ending macam tu akan ada season 2. Template drama ni macam drama Extraordinary you lah

    ReplyDelete
  6. kalau plot macam ni suka juga tgk ai :)
    kena cari juga nnt nih..utk tgk sndri..

    ReplyDelete
  7. dah tengok drama ni.
    suka dengan drama ni coz hero heroin I like.
    ekeke.
    jalan cerita pun nice.

    ReplyDelete
  8. Han Hyo-joo nampak lain pulak bila rambut panjang dan nampak feminin. Ada masa boleh tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  9. lebih krg mcm what's wrong with secretary kim ke?

    ReplyDelete
  10. best cerita nie, dah tgk drama nie.. komik dan dunia sebenar.. jln cerita dia mmg lain dari yg lain.. rugi kot spe tak layan.. suka Jong-suk berlakon.. cerita dia mst wajib ngk

    ReplyDelete
  11. Rasanya tak da season 2 kot ... Apapun, drama ni not bad, banyak persoalan.

    ReplyDelete
  12. layan jg cerita ni dl. mmg best. tertunggu2 tiap episod

    ReplyDelete
  13. Haha. setuju mengenai takde heroin miskin tu kak. GV mmg dah lama tak tgk drama korea. last tgk pun beberapa tahun lepas. tp mmg betul kalau hero tak kaya, heroin kaya dan begitu juga sebaliknya. huhu. jarang nak tgk hero dan heroin mmg awal awal dah kaya. huhu.

    ReplyDelete
  14. wow mama mmg suka cerita mcm ni.. rare

    ReplyDelete
  15. best..dah 2 or 3 kali dah layan movie ni..
    dah tgk lum Hotel De Luna? pun best...cita yg x logik, tapi layannn...
    he he he..

    ReplyDelete
  16. geram betul klu drama yg tinggal tanda tnya last skali..tapi base on some people.. drama mcm tu la best

    ReplyDelete
  17. suka gila cerita ni! dan ciksun adalah peminat lee jong suk..hihihihi

    ReplyDelete
  18. Kita suka sangat citer ni. Dah la dua2 my favorite actor and actress ♥

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D