RESIPI MUDAH : TOM YAM AYAM PADU TANPA PES

Saturday, 29 August 2020

RESIPI MUDAH : TOM YAM AYAM PADU TANPA PES


Assalamualaikum and hye readers.



Bila sebut je Tom Yam, terus buat ai kecur liur. Sedapnya! Tambah lagi bila dapat Tom Yam yang masam-masam sikit. Makan pula dengan sayur kailan ikan masin  dan telur bungkus. Sempurna hari ai. Hehehe! Tak kisah lah Tom Yam ayam, daging atau campur sekalipun, semuanya ok. Yang penting rasa Tom Yam tersebut padu dan bahan-bahannya tidak berbau hanyir. Hidangan Tom Yam ini untuk 5 orang dan tidak menggunakan pes.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/resipi-tom-yam-ayam-saat-yang-bahagia-bahagia.html


Bahan-bahan


1. 1/2 ekor Ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan cili kisar (boleh letak lebih kalau nak lagi padu)
3. 2 biji bawang merah ditumbuk
4. 2 biji bawang putih ditumbuk
5. 1 inci halia ditumbuk
6. 1 inci lengkuas ditumbuk
7. 2 batang serai ditumbuk sedikit
8. 4-5 helai daun limau dikoyakkan (buang urat tengah)
9. 1/2 tapak tangan asam jawa
10. Kubis bunga ikut nak banyak mana
11. 1 biji tomato
12. 1/2 batang lobak (boleh letak lebih)
13. Garam
14. Bahan perasa jika nak guna
15. Air secukupnya
16. 9 biji limau kasturi diperah airnya


Cara-cara


1. Bancuh air asam jawa. Kemudian tapis air asam jawa ke dalam periuk. Dalam setengah periuk dah cukup. Nyalakan api dan terus masukkan cili kisar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Tunggu sehingga kuah mendidih.
2. Bila dah mendidih masukkan ayam dan daun limau.
3. Bila dah nampak ayam dah masak, korang boleh tambah air jika kuah berkurangan dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan pula kubis bunga, lobak, garam , bahan perasa serta air perahan limau kasturi.
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan tomato.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lagi pedas boleh guna cili padi. Dan kalau tak nak ayam boleh tukar dengan daging, seafood, sayur atau apa sahaja yang korang suka.




aisyaismail

31 comments:

  1. Tom yam menu kegemaran PC sekaluarga baik keluarga sendiri atau keluarga mertua,memang tak tolak.

    ReplyDelete
  2. wah tak pakai pes. guna bahan fresh lagi sedap rasanya tomyam ni :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Ni tom yam original sendirian berhad kan kak. pasti sedap. huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya tomyam! pedas2 masam..

    ReplyDelete
  5. Hujan-hujan nie bestnya dapat makan tomyam panas-panas.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tomyam. Favourite ni tapi itulah kalau masak sendiri memang tak sama dengan kat kedai. Tak pernah lagi try masak tanpa pes. Suka tomyam yang pekat kaw.

    ReplyDelete
  7. wow..sedap..akak suka tomyan cair gini.Yang pekat2 tu tak sesuai nak hirup2 kuah nya..kan?

    ReplyDelete
  8. Senang betul bahan-bahan dan cara masak tom yam walaupun tanpa pes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senang pun. Cuma kena agak2 qty takut rasa pelik. Lagi2 kalau terlebih lengkuas.

      Delete
  9. tq ai.. sedapnya hirup tomyam panas2.. boleh mama cuba nanti

    ReplyDelete
  10. ingat mcm nak buat asam pedas tadi... boleh la try nanti

    ReplyDelete
  11. adoiii laa laa kite tgh lapar ni dia tunjuk tomyam pulak hehehe

    ReplyDelete
  12. menarik juga resepi ni..tanpa pes tu..shida jrg buat tomyam cmni..
    selalu shida buat tomyam santan je ^_^

    ReplyDelete
  13. Bila tak berapa selera nak makan, memang cari tom yam saja....

    ReplyDelete
  14. Sedap tom yam akak masak kat atas. hihi. nice resepi kak. :)

    ReplyDelete
  15. tomyam mmg banyak bahan2 dia.. itu yg buat dia sedap kan.. tq sharing

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D