May 2020

Tuesday 26 May 2020

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AISYAISMAIL.COM

May 26, 2020 22
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AISYAISMAIL.COM
Assalamualaikum and hye readers.



Selamat hari raya maaf zahir dan batin ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com. Macam mana hari raya korang pada tahun ini? Meriah tak macam tahun-tahun lepas? Baju berpasang-pasang atau guna pakai baju raya tahun-tahun lepas? Soalan cliche ai setiap tahun. Hahaha!




Sangat berbeza sambutan hari raya kita pada tahun ini. Tak boleh bebas kunjung-mengunjung ke rumah lain, tidak boleh menerima tetamu dan tiada lagi bersalaman jauh sekali berpelukan. Meriah atau tidak, pandai-pandai lah kita mencorakkan hari raya pada tahun 2020 tanpa melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


Hari raya pada tahun ini mungkin akan menjadi hari raya yang paling ai akan ingat sampai bila-bila. Mana taknya, kalau sebelum PKP ai tak pernah tak balik ke kampung lebih dari sebulan. Paling lama pun dalam 3 minggu. Itu pun sebab ada halangan dari jadual kerja Encik Husband atau ada aktiviti lain di sebelah pihak keluarga mertua. Kalau tak ada apa-apa halangan, setiap minggu pun ai nak balik.


Tapi selepas diumumkan PKP pada bulan Mac yang lalu sampai ke hari ini ai masih lagi di sini tanpa peluang untuk pulang ke kampung. Ai masih faham dan bersabar. Demi keselamatan bersama, ai akur.


Tapi yang sedihnya, 2 hari sebelum hari raya baba dimasukkan ke hospital. Mak ai tinggal sorang-sorang kat rumah tanpa penjaga. Tapi kami adik-beradik yang berada jauh dari mereka tidak dibenarkan balik disebabkan rakyat Malaysia yang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk sambutan perayaan. Kelonggaran merentas negeri yang kerajaan berikan diperketatkan semula. Aduh!


Sedih sangat-sangat. Bukan saja-saja nak balik ke kampung sambut hari raya. Tapi memang ada hal kecemasan yang kebetulan terjadi 2 hari sebelum hari raya. Hilang terus mood nak beraya pada tahun ni. Tapi ai tak boleh nak ikutkan hati sangat sebab ai masih ada keluarga mertua. Hati Enik Husband kena juga jaga. Jadi kita beraya lah secara berserdahana sahaja pada tahun ini. Kita jaga kita, sama-sama gembira.


Ai tak kisah pun tak keluar beraya atau tiada yang datang ke rumah untuk beraya. Dah biasa dari dulu memang kurang berjalan raya. Tapi ai nak lah tengok muka mak baba dan adik beradik ai. Itu dah lebih dari cukup.


Itulah sahaja cerita ai untuk pengalaman hari raya pada tahun 2020. Apa-apa pun ai masih tetap bersyukur dalam kesedihan ada juga keindahan Syawal pada tahun ini. Harapan ai, Syawal tahun hadapan jauh lebih indah daripada tahun ini.




aisyaismail

Tuesday 19 May 2020

MUDAH SANGAT MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

May 19, 2020 8
MUDAH SANGAT MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT  FITRAH SECARA ONLINE
Assalamualaikum and hye readers.



Pejam celik dah masuk hari ke-26 umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Pejam celik juga lagi empat hari sahaja lagi kita nak menyambut Syawal yang bakal tiba. Sayu rasa hati bila mana Syawal kali ini kita tak dapat nak menyambutnya seperti tahun-tahun yang lepas. Terlalu rindu pada mak dan baba yang berada jauh dari mata.


Kalau ikutkan hati yang degil, nak saja balik ke kampung beraya bersama mak dan baba. Tapi bila memikirkan risiko-risiko yang mungkin akan terjadi, ai pasrah untuk tak balik ke kampung. Lagi pun sekarang ai dah mula bekerja semula dan ai pun tak pasti apa yang ai bawa balik dari tempat kerja. Baik mencegah dari merawat.


Apa itu Zakat Fitrah?



Walaupun tahun ini sambutan hari raya kita tidak seperti sebelumnya, namun jangan lupa untuk menunaikan Zakat Fitrah. Korang dah bayar ke Zakat Fitrah? Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas individu muslim dengan syarat-syarat yang tertentu.


Zakat Fitrah ni perlu dibayar oleh ketua keluarga pada bulan Ramadan sehingga 1 Syawal sebelum Solat Sunat Aidilfitri. Kalau korang masih belum bayar Zakat Fitrah, jangan bimbang. Masih ada masa lagi untuk korang tunaikan kewajipan yang satu ini.


Bayar zakat secara online




Dalam keadaan dunia sedang dilanda virus COVID-19, nak keluar rumah pun rasa was-was. Apatah lagi nak bersentuhan dengan orang. Tapi itu bukan alasan tau, kerana korang boleh tunaikan Zakat Fitrah secara online. Mudah sangat!


Masalahnya, sah ke jika bayar Zakat Fitrah melalui online sahaja? Jawapannya adalah sah. Islam itu mudah, banyak cara boleh di ambil untuk mempermudahkan urusan kita. Kalau tak pasti, rajin-rajin lah bertanya pada yang pakar. Jangan main hentam je. Takut jadi sia-sia pula ibadah kita.


Cara-cara bayar Zakat Fitrah secara online


Zakat Fitrah boleh dibayar secara online melalui beberapa cara seperti melalui eZakatPAY, aplikasi GoPAYZ, Boost dan juga melalui Perbankan Internet. Kalau tanya pada ai, yang paling mudah sudah semestinya melalui aplikasi e-Wallet. Tapi ai lebih selesa melalui eZakatPAY. Duduk depan pc puas sikit nak baca berbanding pegang telefon.

eZakatPAY


Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu layari https://fpx.zakatselangor.com.my dan ikuti langkah-langkah di bawah ini.

1. Isi dan lengkapkan butiran diri dan semak semula supaya tiada kesilapan.
2. Tekan "bayar sekarang" dan pilih kaedah pembayaran. Macam membeli-belah secara online.
3. Jangan lupa simpan resit untuk rujukan akan datang.
4. Korang berpeluang dapat hadiah daripada Lembaga Zakat Selangor.




Aplikasi E-Wallet


1. Fitrah Mobile App
2. GoPayz
3. Boost
4. Touch n Go

Selain daripada pembayaran zakat melalui eZakatPAY, korang juga boleh memilih 4 kaedah pembayaran melalui aplikasi seperti di atas. Segalanya di hujung jari. Sebelum masuk tidur pun korang boleh lakukan pembayaran.


Korang hanya perlu install semua atau salah satu daripada aplikasi di atas pada telefon pintar korang. Daftarkan butiran diri korang di aplikasi tersebut dan korang sudah boleh mula membuat pembayaran.







Myeg


Korang boleh juga membuat pembayaran melalui Myeg. Ini adalah cara pembayaran zakat secara online terbaru daripada Lembaga Zakat Selangor.

1. Korang hanya perlu layari www.myeg.com.my atau log masuk melalui aplikasi myeg.
2. Pilih pembayaran zakat Lembaga Zakat Selangor.
3. Buat pembayaran.



Korang boleh semak pembayaran dan dapatkan penyata zakat di https://ezo.zakatselangor.com.my.


Senang je kan? Boleh lah korang bayar tanpa ragu-ragu nak keluar rumah. Atau mungkin korang tiada masa untuk lakukan pembayaran, inilah kaedah yang sesuai untuk korang. Tunggu apa lagi? Jangan sampai terlupa tau! Makruh buat pembayaran selepas sembahyang hari raya dan haram memuat pembayaran selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.


Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai!




aisyaismail

Tuesday 5 May 2020

STRONG WOMAN DO BONG SOON - PARK BO YOUNG, PARK HYUNG SIK

May 05, 2020 4
STRONG WOMAN DO BONG SOON - PARK BO YOUNG, PARK HYUNG SIK
Assalamualaikum and hye readers.



Pernah terfikir tak macam mana kalau di dunia ini ada wanita yang sangat kuat? Macam superhero. Korang bayangkan yang perempuan tu adalah seorang yang comel dan penyelamat dunia ataupun perempuan yang garang dan pantang ditegur habis binasa lah korang? Kalau ai, ai bayangkan habis lah mana-mana lelaki kat dunia ni yang jadi kekasih dia. Mesti ikut je cakap awek dia. Langsung tak membantah. Mesti tak ada isu bergaduh 'nak makan kat mana' sebab lelaki dah siapkan jawapan awal-awal untuk soalan itu.




Sinopsis

Strong Woman Do Bong Soon mengisahkan tentang Do Bong-soon (Park Bo-young) yang dilahirkan di dalam keluarga yang setiap ahli wanita mempunyai kuasa luar biasa iaitu sangat kuat. Walaupun dilahirkan dengan kekuatan yang luar biasa, Bong-soon tetap mahu menjadi seorang wanita yang lemah lembut kerana ingin menawan hati rakannya yang juga seorang anggota polis, In Guk-doo (Ji Soo). Tapi malangnya, Guk-doo sudah mempunyai teman wanita, Jo Hee-ji (Seol In-ah), seorang pemain Cello.


Cita-cita Bong-soon adalah untuk menjadi seorang pencipta permainan video di mana di dalam permainan video itu dia adalah sebagai watak utama. Permulaan yang baik buat Bong-soon apabila dia ditawarkan pekerjaan sebagai pengawal peribadi kepada Ahn Min-hyuk (Park Hyung-sik), seorang CEO syarikat terkemuka Ainsoft. Min-hyuk seorang yang tidak serius dan suka melanggar peraturan berjanji untuk memberi jawatan yang diinginkan sekiranya Min-hyuk berpuas hati dengan kerja Bong-soon. Dengan bantuan Min-hyuk juga, Bong-soon belajar mengawal kekuatannya dan hanya digunakan untuk tujuan yang baik sahaja.


Ulasan

Drama ni adalah drama superhero Korea. Kalau superhero, messti ada watak orang jahat dan pergaduhan. Kematian tu, ai rasa satu kewajipan dalam drama Korea. Ada ke drama Korea yang tak ada watak yang mati? Kalau ada, tolong komen di bawah. Nanti ai nak tengok. Selain Park Bo-young dan Park Hyung-sik yang comel, jalan cerita Strong Woman Do Bong Soon ini juga tidak bosan. Sebab ai boleh layan sehingga episod akhir tanpa lompat episod.


aisyaismail