Korang ada tak masalah bila korang minat baca sesuatu blog tapi korang tak boleh nak follow? Ai ada je masalah yang macam tu. Ai suka, tapi tak ada button follow. Tapi ai tetap nak masukkan blog tersebut ke dalam senarai bacaan (reading list). Memang ai sejenis yang suka follow blog. Lebih-lebih lagi blog yang banyak memberikan informasi dalam gaya bahasa yang santai.
Kalau korang ada masalah yang sama tapi tak tau nak buat macam mana, cuba korang ikut cara ini. Senang je. Semudah ABCDE. Tapi untuk blogspot sahaja tau. Boleh pilih untuk follow satu persatu atau banyak sekali gus.
1. Pergi dekat dashboard masing-masing, lepas tu klik dekat reading list.
2. Klik dekat ikon pensel belah kiri atas tu.
3. Klik pada kotak add di sebelah kiri atas tu. Lepas tu akan muncul kotak step 1: add blogs to follow. Korang masukkan je blog yang korang teringin sangat nak follow tu. Kalau ada lebih dari satu blog, korang klik dekat add another bawah url tu.
4. Lepas tu akan keluar kotak step 2: following options pula. Pilih lah nak follow secara terbuka ataupun diam-diam je. Dah pilih, klik follow.
5. Dah siap! Kalau korang curiga ada atau tidak blog yang korang follow tu, korang check je ada ke tidak dalam senarai blogger korang tu. Kalau tak ada, refresh lah browser korang tu. Kalau korang sejenis yang suka follow lepas tu unfollow, korang boleh delete blog yang yang korang tak nak tu dekat ikon tong sampah di sebelah kiri tu.
Senang kan? Sekali lagi ai bagitau, tutorial ini hanya untuk blogspot sahaja. Tapi korang boleh follow apa-apa blog yang korang nak. Masalah ai selalu pada blog yang menggunakan wordpress. Walaupun ada button subscribe, tapi tak masuk pun dekat senarai bacaan ai. Jadi ai lebih senang dengan cara ini. Selamat mencuba.
aisyaismail
Sejak ai gunakan responsive template ni, ada satu perkara yang ai tak berapa suka. Setiap kali ai nak pergi ke dashboard, ai kena open new tab dan kena masuk ke www.blogger.com secara manual. Kalau dah bookmark sekalipun, ai masih rasa lambat untuk masuk ke dashboard. Ai rasa itu melambatkan segala urusan kerana ai lebih suka klik pada button dashboard yang sedia ada seperti template lama.
Ishkkk banyak cekadak pula ai ni kan. Takkan nak tukar balik ke template lama pula. Nasib baik boleh letak button dashboard tu secara manual. Korang boleh tengok di bahagian kanan atas blog ai. Kalau korang ada masalah yang sama seperti yang berlaku pada ai, meh sini ai ajar cara-cara nak letak dashboard button tu.
1- Pergi ke dashboard.
2- Pilih layout.
3- Pergi ke add a gadget dan pilih html/javascript.
4- Masukkan code di bawah dan save.
<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>
5- Siap! Boleh check jadi ke tidak.
Berjaya ke tidak? Kalau tak berjaya cuba lagi. Hehehe! Selamat berjaya semua.
Ramai yang masih tidak tahu cara-cara download video daripada youtube. Ai tak tahu jika ada aplikasi tertentu, tetapi ai menggunakan cara manual untuk download video di youtube. Jom ai kongsikan caranya.
 |
| Gambar hasil carian di google.com |
1- Pergi ke website youtube iaitu
https://www.youtube.com/. Klik je link yang ai bagi tu. Terus masuk website youtube.
2- Taip video yang korang nak di ruangan search. Jangan lupa enter.
3- Letakkan ss di hadapan url seperti di bawah dan enter.
4- Akan dapat seperti di bawah ini. Klik download. Tunggu loading. Siap! Check downloads file. Dah boleh didengar berulang kali tanpa ke halaman youtube.
Senang je kan? Cara ini boleh juga digunakan melalui handphone. Tapi nanti handphone korang confirm berat. Selamat mencuba!
Buat apa tu? Dah makan ke belum? Kalau belum pergi lah sekarang. Jangan tunggu lama-lama. Nanti perut tu masuk angin. Kan dah susah.
Baru-baru ni ada seorang reader minta ai buat tutorial untuk letak button untuk follow instagram tu. Seriously, what? Fuhh tak sangka ada juga reader yang nak ai buatkan tutorial. Hehehe! So dengan penuh bersemangat ai menulis untuk entri kali ni. Pssttt! cuba klik gambar kat bawah ni.