June 2024

Wednesday 19 June 2024

Ibadah Qurban Ke Korban? Pertama Kali Dalam Sejarah..

June 19, 2024 14
Ibadah Qurban Ke Korban? Pertama Kali Dalam Sejarah..

Selama ni, korang guna ejaan ibadah qurban atau korban? Ai perasan, penggunaan kedua-dua ejaan ni sama banyak. Ada yang gunakan ejaan qurban dan ada juga yang gunakan ejaan korban.


Selalunya bila Ai bertanya, ramai yang jawab kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Jadi, ikutlah keselesaan masing-masing.


Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul adalah ibadah korban yang membawa maksud  'amalan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepas hari tasyrik. Sebahagian daripada daging itu akan diagihkan kepada fakir miskin.'


Korban


Selain tu, korang boleh juga baca penerangannya melalui keratan akhbar My Metro secara online di sini. Memandangkan tak ada sokongan yang jelas dari pihak lain, Ai pilih untuk gunakan ejaan 'korban' sahaja.


Kalau korang ada mana-mana penerangan ejaan yang betul bagi ibadah korban, kongsikanlah di ruangan komen. Kita boleh sama-sama belajar sesuatu yang baru.


Baca juga: Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail


Pengalaman ibadah korban 2024

Tahun ni, Ai dan Coco ada perancangan untuk buat ibadah korban. Tangguh punya tangguh, akhirnya kami tak buat pun. Sebab tu orang tua-tua selalu pesan, buat kerja jangan bertangguh. Selain malas, bertangguh juga adalah penyakit yang akan merugikan.


Korban


Tapi alhamdulillah, 2 minggu lepas Ai dapat tahu bos nak berkongsi rezeki sorang satu bahagian lembu untuk semua staf dan tiada yang terkecuali. Staf baru masuk, staf esok nak berhenti atau staf yang dah veteran, semua dapat. 


Semoga bertambah-tambah rezeki bos. Bolehlah kongsi rezeki dengan kami lagi. Aamiin!


Untuk staf yang bukan beragama Islam, tak dapatlah satu bahagian lembu untuk ibadah korban. Tapi ada rezeki lain untuk mereka. Ai tak pasti apa dia, tapi ada dan mereka dah dapat pun.


Macam biasa, ibadah korban ni ada akad yang perlu dilafaz. Selain tu kita juga disunatkan untuk tidak potong kuku, rambut atau mencabut mana-mana bulu di anggota badan sehingga ibadah korban selesai. Tak apa kalau buat, tapi kalau tak buat dapat pahala. Korang nak yang mana?


Pertama kali dalam sejarah ibadah korban

Setiap kali Hari Raya Aidiladha, Ai tak suka turut serta dalam proses korban. Ai akan tengok sekejap je, lepas tu balik. Kalau rasa nak meriahkan majlis, Ai akan tolong potong daging iaitu proses akhir sebelum dicuci dan dimasak.


korban


Sejujurnya, Ai tak boleh tengok darah banyak-banyak. Tiba-tiba akan rasa mual. Lepas tu, Ai akan mula rasa kesian dekat haiwan yang kena sembelih tu. Sebab tu Ai tak boleh tengok proses korban dijalankan. 


Bila dah ada rasa kesian, jatuh haram untuk makan haiwan yang kita kesiankan tu. Dari tak dapat makan, baik Ai tak payah tengok terus. Tak adalah susah hati, perut pun kenyang. Hehehe!


Hari Isnin lepas, Coco punya Pak Cik buat ibadah korban di rumahnya. Mereka tumbangkan 40 ekor kambing dan 2 ekor lembu. Pertama kali Ai tengok haiwan dikorbankan. Dapatlah tengok 4 ke 5 kambing yang disembelih di situ. Lepas tu Ai dah mula rasa mual dengan darah yang memancut-mancut.


korban


Ai rasa, Ai boleh tengok sebab Ai memang tak makan kambing. Sebab bila tahu tak makan, rasa kesian pun tak ada kesan apa-apa. Tapi bila tengok kambing, tak ada pula timbul rasa kesian. Mungkin juga sebab dia kecik dan tak meronta ganas sangat macam lembu. Entahlah.


Dalam ramai-ramai tu, terselit pula Alif Satar. Hahaha! Dapatlah tengok secara dekat jejaka idaman ramai gadis-gadis Malaysia ni. Nampak baik dan sopan je orangnya.


Hukum Ibadah Korban

Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya, wajib ke buat ibadah Korban? Kalau tak ada duit macam mana? Yelah, nak buat korban bukannya murah untuk orang yang tak berkemampuan.


korban


Ibadah korban ni, hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Jadi, tak apa kalau korang tak buat. Jangan risau, tak berdosa. 


Ai tak mahir bab hukum ni, korang boleh baca info yang lebih jelas tentang hukum ibadah korban di sini.


Ibadah korban setiap tahun

Insya-Allah kalau ada peluang, Ai nak buat korban setiap tahun. Tak ada rezeki nak buat sendiri, tengok orang lain buat pun ok juga. Dan Ai juga berharap, Ai jadi salah seorang dari mereka yang berada di Makkah pada Hari Raya Aidiladha dan dapat tengok Ibadah Korban yang dijalankan di sana. Doakan impian Ai tercapai. Amin!


korban


Berangan tak salah kerana dari angan-angan, jika ada usaha pasti berjaya! Yang salah kalau kuat berangan tapi mengata angan-angan orang lain.  Tak mau macam tu tau. Jom berangan sama-sama.

Thursday 13 June 2024

Bekas Pemain Bola Sepak Inggeris, Michael Owen Nak Pergi Ke AEON Mall?

June 13, 2024 1
Bekas Pemain Bola Sepak Inggeris, Michael Owen Nak Pergi Ke AEON Mall?

Betul ke bekas pemain bola sepak Inggeris, Michael Owen nak pergi ke AEON Mall? Peminat Michael Owen, peminat Liverpool dan peminat tegar England, korang tak boleh terlepas peluang ni tau!


AEON Mall dengan sukacitanya nak bawakan bintang bola sepak legenda ini kepada korang sebagai sebahagian daripada kempen Active Beat AEON yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos. Ini mungkin peluang korang dalam seumur hidup untuk berjumpa sendiri Michael Owen depan mata.


Bukan jumpa je, korang pun berpeluang untuk makan malam secara eksklusif bersama beliau. Wahhh ruginya siapa yang tak nak tu.


AEON Mall


Baca juga: 12 tempat menarik di Hatyai


Bagaimana nak berjumpa Michael Owen di AEON Mall?

Caranya mudah sahaja dengan dua langkah di bawah.


1. Beli-belah di AEON

Buat pembelian dari pelbagai jenama dan penyewa di AEON Mall. Resit tu mestilah resit dari AEON Mall tau. Kalau jenama ada dalam AEON, tapi beli di luar tidak diterima sama sekali.


2. Tebus tempat anda

Tunjukkan resit pembelian korang di Kaunter Maklumat AEON Mall dan tebus pas korang untuk bertemu dengan Michael Owen. Mudah kan?


Atur cara dan syarat bertemu Michael Owen

1. Meet & Greet


28 Jun 2024 di AEON Mall Ipoh Station 18

29 Jun 2024 di AEON Mall Cheras Selatan

30 Jun 2024 di AEON Mall Bukit Indah

1 Julai 2024 di AEON Mall Nilai


Korang perlu berbelanja sebanyak RM300 untuk pemegang kad UOB untuk jenama yang terpilih atau RM500 untuk yang bukan pemegang kad UOB untuk semua jenama. Pembelian mestilah maksimum gabungan 3 resit sahaja pada hari yang sama.


2. Exclusive Dine-In


28 Jun 2024 di AEON Mall Kinta City

29 Jun 2024 di AEON Mall Bukit Indah

30 Jun 2024 di AEON Mall Tebrau City

1 Julai 2024 di AEON Mall Shah Alam


Korang perlu berbelanja sebanyak RM600 untuk pemegang kad UOB dengan jenama yang terpilih atau RM800 untuk yang bukan pemegang kad UOB dengan semua jenama. Pembelian mestilah maksimum gabungan 3 resit sahaja pada hari yang sama.


AEON Mall


Tertakluk pada terma dan syarat

Jangan lepaskan peluang berjumpa dengang Michael Owen pada tarikh yang di atas. Tunggu apa lagi? Jom membeli-belah di AEON Mall untuk peluang dapatkan tiket secara eksklusif ini. 


Kalau bukan kali ini, tak tahu bila lagi. Bagi tau mak ayah kakak abang adik kawan mak cik pak cik dan semua kenalan korang. Benda baik perlu dikongsikan!


Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari...


Facebook: @AEONMallMY

Instagram: @aeonmallmalaysia

TikTok: @aeonmall.malaysia

Website: www.aeonmallmy.com