February 2018

Saturday 24 February 2018

TAHUKAH ANDA? #5

February 24, 2018 5
TAHUKAH ANDA? #5
Assalamualaikum and hye readers~



TAHUKAH ANDA? - Fakta tentang buah aprikot







- Buah aprikot kaya dengan serat makanan tidak kira masih segar atau setelah dikeringkan -

- Buah aprikot matang merupakan sumber asli antioksidan -

- Antioksidan dalam buah aprikot mampu memperlahankan proses penuaan -

- Buah aprikot mengandungi kalium dan kalsium dan sudah semestinya baik untuk tulang-

- Penuh dengan vitamin yang dikenali sebagai retinol -

- Retinol dan beta karotena yang turut terdapat dalam buah aprikot dikatakan mampu mengurangkan peluang pembentukkan masalah berkaitan mata -

- Mampu membantu mengurangkan kandungan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik dalam tubuh -

- Buah aprikot baik untuk darah -

- Buah aprikot dapat membantu diet dengan mengambil beberapa biji buah aprikot ketika sedang lapar -





aisyaismail

Thursday 22 February 2018

NAK BERNIAGA TOLONGLAH JAGA KEBERSIHAN

February 22, 2018 10
NAK BERNIAGA TOLONGLAH JAGA KEBERSIHAN
Assalamualaikum and hye readers~



Sejak menyertai JK1M10 ni, ai sangat menjaga makan. Dah belajar tentang makanan sihat, kenapa tidak praktik kan pada diri sendiri kan. Rugi lah! Oh ya, kalau korang tak tau apa itu JK1M10, korang boleh baca entri ai yang lepas kat sini


Cara ai menjaga makan bukan lah ai sekat makan sampai tak makan langsung. Masih banyak makan. Tapi alhamdulillah ai dah kurangkan makan jajan dan lebihkan minum air masak. Ai jaga makan dengan ikut portion kumpulan makanan dengan betul. Terasa semakin sihat dan bertenaga lah pula. Menyesal pula tak jaga makan sejak dulu. Kalau tak mesti badan macam Sharifah Sakinah sekarang ni. Fuhh idola fitness tu.






Bila dah memilih bab makan ni, ai ada masalah besar di mana area office ai ni di kelilingi dengan restoran fast food, kedai mamak dan restoran Chinese. Kedai nasi campur ada, tapi jauh sikit dan berpeluh juga kalau nak ke sana dengan berjalan kaki. Kalau bawa kereta memang rasa tak berbaloi sebab bukan jauh sangat pun. Eh, jauh ke tak ni? Jadi, susah untuk ai nak pilih makanan yang berkhasiat. Jalan yang ai terfikir adalah dengan bawa bekal dari rumah. Sedap pun sedap dan kenyang. Ecewah puji diri sendiri.


Tapi haritu, barang dapur dah habis dan ai tak sempat nak shopping barang dapur disebabkan busy yang terlampau. So ai berjalan lah ke kedai tersebut. Anggap lah macam bersenam je. Sedang pilih lauk, ai terpandangkan sambal paru. Nampak sangat menyelerakan. Bila ai nak senduk sambal paru, ai ternampak telur lalat pada sambal paru tersebut.



Daria-Yakovleva



Korang rasa ai menjerit tak bila nampak telur lalat tu? Mesti lah tak. Telur lalat je pun. Ai pergi ke cashier, sambil bayar ai bagitahu berkenaan telur lalat tu kepada pekerja kedai tersebut. Reaksi wanita tersebut, "yeke?" dengan riak terkejut. Ai tak pasti wanita cashier tersebut adalah owner ataupun ketua di situ. Dah selesai bayar, ai ingatkan dia nak pergi settlekan telur lalat tersebut, tapi sebaliknya. Wanita tersebut terus pergi mengemas meja dan susun kerusi. Macam mana kalau orang lain tak perasan dan termakan telur tersebut? Atau, macam mana kalau orang lain ternampak dan terus viralkan perkara tersebut? Kan dah merosakkan periuk nasi sendiri.


Selepas daripada peristiwa tersebut, ai belum lagi menjejakkan kaki di kedai tersebut. Mungkin itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan pada harri tersebut, tapi ai belum lagi tergerak hati untuk makan di situ lagi.


Nasihat ai, kalau korang nak berniaga sila pastikan kebersihan kedai korang terjaga. Bukan sahaja pastikan kedai tidak kotor, malahan pastikan makanan korang bebas daripada telur lalat. Susah nak elak daripada lalat ada dalam kedai makan tu, tapi kalau sampai customer dah complain tentang telur lalat korang tak ambil tindakan, itu sudah lebih. Jangan main-main dengan telur lalat, boleh jadi kawan baik tandas kalau dah termakan.



aisyaismail

Wednesday 14 February 2018

TAMBAH ILMU DAN JUMPA MINAT BARU

February 14, 2018 18
TAMBAH ILMU DAN JUMPA MINAT BARU
Assalamualaikum and hye readers~



Baru-baru ni ai telah menyertai Bengkel Fotofon Bersama SONY dengan kerjasama MATIC dan Cosmoderm. Rasa bertuah sangat apabila ai dapat peluang untuk bersama-sama blogger lain untuk menimba ilmu. Ilmu yang berguna untuk seorang blogger pula tu. Dan sudah pasti ilmu yang sangat berguna.





Apa itu fotofon? Secara ringkasnya fotofon adalah fotografi dengan menggunakan kamera handphone. Sebelum ni minat ai pada fotografi ni biasa-biasa je. Tak adalah nak beriya sangat. Asalkan ada gambar yang clear dan sampai apa yang ai nak tunjuk dalam tu dah ok. Tapi selepas join bengkel fotofon ni, ai rasa fotografi lebih fun kalau kita berjaya ambil gambar yang 'wow'. Apatah lagi bila mendapat pujian, best! Macam orang puji content blog korang best.


Sepanjang bengkel fotofon ini berjalan, ai tak rasa bosan langsung. Mungkinkah minat itu telah berputik? Dalam bengkel tersebut kami telah belajar tentang teknik mengambil gambar daripada seorang photographer SONY iaitu Encik Rahman Roslan. Encik Rahman Roslan banyak menekankan penggunaan line dan perspektif di dalam gambar. Fuh teringat zaman belajar dulu, lukisan perspektif.





Selepas tamat sesi pembelajaran, kami berpeluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dengan menyertai fotofon contest. Tangkap gambar dan muat naik di instagram. Subjek di dalam gambar tersebut adalah produk Cosmoderm. Selaepas itu gambar tersebut diadili satu persatu oleh Encik Rahman Roslan sendiri. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh blogger Mama Kembar Tiga di tempat pertama dan blogger Nina Mirza di tempat yang kedua. Tahniah Kak Hanani dan Kak Nina.


Perkara yang paling best sekali semasa bengkel fotofon ini adalah waktu makan. Makanan semua sedap-sedap sangat. Sarapan dan kudapan dia memang terbaik. Makanan tengahari ai tak makan, sebab menu kambing. Ai tak makan kambing. Terima kasih kepada semua yang telah menaja makanan pada hari tersebut. Perut ai sangat riang dan gembira. Alhamdulillah.






Kalau korang tanya ai lebih suka tangkap gambar menggunakan handphone atau camera, ai rasa camera lebih kepuasan kerana kita tahu fungsi handphone bukan untuk mengambil gambar semata-mata. Tapi, tak kira tangkap gambar menggunakan handphone atau camera, kena tahu skill yang betul untuk kepuasan itu. Ok, dah boleh menabung untuk beli camera pula. Hehehe!


Terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja bengkel fotofon tersebut. Dan terima kasih juga kepada semua ajk yang dah bersusah payah menjayakan bengkel tersebut. Ai harap dapat join lagi event-event macam ni lagi dengan korang akan datang.




aisyaismail

BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?

February 14, 2018 13
BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?
Assalamualaikum and hye readers~



Bagus ke? Bagus ke? Soalan ini selalu diajukan pada ai, tapi baru hari ni ai nak tulis. Entah lah, ai rasa tak bagus pun bercinta lama-lama ni. Kalau ada pilihan untuk berkahwin, better kahwin je. Buat apa nak tunggu lama-lama. Ada calon, ada duit, confirm boleh hidup lepas kahwin, kahwin je lah. Apa yang nak ditunggu lagi? Pahala pun dapat, dosa pun berkurang.



BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?
Gambar hasil carian di google.com.



Selalu je kawan-kawan tanya, macam mana boleh bertahan bercinta lama-lama. Jodoh, alhamdulillah. Seriously ai tak ada jawapan. Ai bukan lah pakar dalam cinta-cinta ni. Zaman percintaan ai pun tunggang terbalik. Ribut, taufan dan badai yang melanda tu tak payah cakap lah. Ngeri! Memang tak terfikir nak back to zaman bercinta. Bukan tak ada yang baik, ada banyak je. Tapi sudah menjadi lumrah manusia akan lebih mengingati yang tak baik kan?


Tapi satu perkara yang  ai rasa bagus bila bercinta lama-lama ni, banyak memori untuk kita kenang apabila sudah berkahwin nanti. Kalau tak kahwin, ai pasti semua orang akan menyesal kerana membazirkan bertahun-tahun dengan orang yang salah. Betul tak? Tapi kita didatangkan dengan orang yang salah untuk kita lebih rasa bersyukur bila didatangkan orang yang betul.



BAGUS KE BERCINTA LAMA-LAMA?
Gambar hasil carian di google.com.



Perihal PJJ atau program jarak jauh ni, please jangan minta advise dari ai. Sebab ai ada worse memory ever dengan PJJ ni. Ramai juga orang cakap PJJ ni bagus, ok je dan menguji relationship kita. Ai hanya boleh accept point yang terakhir tu. Memang sangat menguji. So, kalau ai diberi peluang PJJ dengan pasangan, ai taknak peluang tu.


Tak bagus pada ai, tak semestinya tak bagus pada orang lain juga. Kalau nak tahu lebih tentang sesuatu perkara tu, lebih baik rasai sendiri. Mungkin nasib korang lebih baik berbanding ai. Ramai je kawan-kawan ai yang berjaya dengan hubungan jarak jauh ni. Malah, mereka suka dan setelah berkahwin pun masih lagi berjauhan. Mental kena kuat. Apa yang penting, bila dah berjauhan tu, mesti saling mempercayai antara satu sama lain. Dan pastikan jangan sesekali mencurangi pasangan korang. Sebab di dalam sesebuah perhubungan, kecurangan adalah kesalahan yang paling sukar untuk dimaafkan oleh pasangan.




aisyaismail

Wednesday 7 February 2018

JK1M10 #2: BASIC NUTRITION

February 07, 2018 12
JK1M10 #2: BASIC NUTRITION
Assalamualaikum and hye readers~



Dalam hidup ni, ramai orang terutamanya wanita yang ingin kurus agar kelihatan cantik dan boleh bergaya dengan kepelbagaian fesyen. Namun, ramai juga yang berusaha untuk kurus tetapi mengabaikan kesihatan. Apa guna kurus jika badan tidak sihat.


Nak kurus itu bagus untuk mengurangkan masalah obesiti dan kolestrol dalam badan. Tapi jika kurus dan tidak sihat, masalah kolestrol itu tetap akan ada. Antara cara untuk kurus yang mengabaikan kesihatan adalah seperti muntahkan makanan selepas makan, makan ubat kurus, tak mahu makan langsung dan bermacam-macam cara yang tidak sihat. Tahukah korang, untuk kurus memerlukan makanan yang cukup tetapi berkhasiat? Jom kita kenali kumpulan makanan.


Gambar hasil carian i google.com.



KARBOHIDRAT
Untuk membekalkan tenaga dalam badan.
Makanan - Nasi, roti, mee oat, pisang, ubi, sweet potato.
Tips - Sweet potato sangat bagus tetapi tidak mengenyangkan.

PROTEIN
Untuk membaiki tisu rosak / otot badan.
Makanan - Ayam, ikan, telur, kekacang, seafood, tuna
Tips - Putih telur boleh di ambil dengan banyak tetapi tidak untuk kuning telur.

FIBER / SERAT
Untuk perlawasan.
Makanan - Semua jenis sayur hijau sangat bagus, buah-buahan.
Tips - Buah cukup diambil tiga hidangan sehari kerana mempunyai kandungan gula.

MINERAL
Makanan - B complex dan fish oil.


Gambar hasil carian di google.com.


Sejak ai mengikuti program JK1M10 dan mengamalkan makan makanan yang sihat, ai kurang membuang kerana kurang perlawasan. Apa yang ai buat adalah dengan lebihkan makan sayur-sayuran hijau. Sayur yang kerap ai makan adalah salad. Senang dimakan dengan pelbagai hidangan. Lagipun tak rumit untuk dimasak. Hahaha! Dasar pemalas.


Bila dah tahu jenis kumpulan makanan, korang kena tahu juga kombinasi makanan yang sesuai agar tidak terlebih kalori di dalam satu hidangan. Di sini ai berikan contoh kombinasi makanan yang korang boleh jadikan sebagai rujukan. Tapi kalau korang malas nak buat sendiri, sekarang dah ramai buat delivery menu makanan sihat. Korang siapkan duit sahaja.


PAGI
- 2 keping roti wholemale + 3 putih telur + 1 kuning telur + sayur
- Oat / yougart / susu / buah

TENGAHARI
-Nasi segenggam + dada ayam / ikan + sayur.
Jika makan makanan berkuah, jangan hirup kerana kandungan garam banyak di dalam kuah. Bagus jika memasak menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

MALAM
- Tidak memerlukan karbohidrat untuk hidangan malam.

SNACK (jarak di antara waktu makan)
- Kekacang / epal hijau / teh hijau / biskut kurang daripada 150kcal / buah pear

KETIKA BERPUASA
- Untuk bersahur minum air lebih 1 liter dan ambil hidangan sarapan.
- Untuk berbuka minum air lebih 1 liter dan ambil hidangan makan tengahari.





Perkara penting yang korang jangan lupa adalah minum air. Air kosong tau! Bukannya air manis. Minum sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari. Kalau korang dapat minum lebih apa salahnya. Kalau korang kerap ke tandas tidak mengapa kerana itu bagus untuk badan. Korang anggap je ulang alik ke tandas tu seperti senaman korang. Selain itu, kopi o tanpa gula bagus terutamanya sebelum workout. Sayangnya ai tak minum minuman berkafein.


Sebenarnya menu makanan sihat ni sangat menarik. Lebih-lebih lagi ayam panggang. Ai memang lebih kan dada ayam dalam diet sebab ai tak berapa gemar makan ikan. Oh ye, kalau korang nak ubah corak pemakanan korang, pastikan buat secara perlahan. Jangan terlalu mendadak ya. Bimbang jika badan terkejut, korang pula demam. Diet ke mana, sihat pula entah ke mana. Ubah perlahan-lahan dan lama-lama korang akan biasa.


Kepada korang yang nak mulakan makan makanan sihat, selamat maju jaya ai ucapkan. Cekalkan hati korang dan jangan mudah berputus asa. Nak kurus bukan mudah. Fikirkan tentang kesihatan dahulu, in syaa Allah korang berjaya.




aisyaismail

Monday 5 February 2018

UNTUK KALI YANG KEDUA

February 05, 2018 51
UNTUK KALI YANG KEDUA
Assalamualaikum and hye readers~



Bulan December lepas ai ada cerita tentang Showcase Gempak Giler yang diadakan di Bangi Wonderland. Sebenarnya ai tak puas mandi manda masa tu. Sebab banyak rides yang ai teringin nak cuba tapi ai tak cuba. Takutttttt! Terutamanya Magic Funnel. So, minggu lepas ai repeat untuk kali kedua. 





Kali ni ai pergi dengan adik-beradik ai. Pada awalnya kami plan nak pergi ramai. Tetapi, makin nak dekat tarikhnya, seorang demi seorang tak dapat nak turut serta. Kalau semua dapat join hari tu, mesti lagi seronok. Ye lah, jarang-jarang dapat berkumpul kan. Hehehe!


Kalau sebelum ni ai takut nak cuba rides di Bangi Wonderland, tapi tidak untuk kali ini. Rasanya hampir semua rides ai cuba. Mula-mula kami warm up di Typhoon River. Menyusuri sungai keliling Bangi Wonderland. Ai tak suggest korang susur sungai tu waktu panas. Hitam! Hahaha! Tangan ai belang sampai sekarang. 


Selepas selesai mengelilingi sungai, kami beralih kepada Kids Adventure. Kami bawa tiga orang kanak-kanak, takkan nak main permainan orang dewasa je kan, Kesian kat budak-budak tu. Sebelum kita happy, kita bagi diorang happy dulu. Barulah mereka tak meragam. Selepas tu barulah kami beralih kepada Anaconda Trail. Tapi ai tak naik pun. Takutt!


Tengoklah budak ni. Dia sorang yang turun macam Superman.



Insane Racer! Ni favorite ai. Satu-satunya slide dewasa yang mesra pengunjung dan boleh naik ramai-ramai serentak. Kenapa ai cakap mesra pengunjung? Sebab tak takut sangat, dan budak pun boleh main. Lepas tu diorang nak cuba Magic Funnel pula. Ai? Mesti lah taknak. Hahaha! Terus ai suruh anak buah ai yang ikut sebab walaupun budak tapi badan dia besar. Ok lah kot. Hehehe! Ai ikut juga sebab nak amik video. Bila sampai sana, anak buah ai tak dibenarkan sebab untuk budak ada had tinggi dan berat yang ditetapkan. Kesian dia. Lagi kesian pada ai, sebab ai dipaksa jadi pengganti. 😢



Insane Racer. Kredit gambar kepada Bangi Wonderland youtube.

Magic Funnel. Kredit gambar kepada Travelog.com.


Bila dah cuba, ai boleh katakan Magic Funnel tu memang best. Ya, seram sampai ai nak terlepas pelampung tu. Tapi best, best sangat. Yang tak bestnya, bontot ai terhentak-hentak atas slide. Sakit wehhh!! Bila diorang ajak main Green Pearl, ai surrender. Ai tunggu mereka untuk meneruskan adventure di Anaconda Trail. Kalau berani naik Magic Funnel, Anaconda Trail tu apa lah sangat kan. Hahaha! Kami repeat, kali ni ai join. Best, tapi Magic Funnel masih the best.


Beralih pula kepada Spiralax. Ai tak dapat main slide yang ni. Penat tau panjat tangga bertingkat-tingkat. Sampai atas, penjaga tu cakap ai tak boleh naik dengan encik husband. Better seorang dewasa dan seorang kanak-kanak untuk tujuan keselamatan. Bila semakin berat, potensi pelampung tu terbang tinggi ada. Dia suruh naik dengan seorang budak yang ai tak kenal. Oh tak apa lah, ai rasa tak selamat bila ai yang kena jaga budak tu. Hahaha! So, ai turun menggunakan Body Slides.


Dah selesai mencuba semua slides yang menggerunkan tu, kami beralih ke Kids Adventure semula. Slides The Fall dan Wonder Loop kami abaikan. Seram teruk. Di Kids Adventure ada banyak slides. Yang tinggi yang rendah, tertutup, terbuka semua ada. Dan semua slides ni mesra pengunjung. Bila dengar je bunyi siren, kami terus berlari-lari anak ke Pirates Bay. Main ombak.





Ombak di Pirates Bay bukan sentiasa ada. Ombak jadian kan, mesti lah nak kena berehat juga. Bunyi siren tu menandakan ombak nak bermula. Bila ada ombak, masa ni lah Pirates Bay dipenuhi dengan pengunjung. Dengan pelampungnya yang besar-besar. Macam pesta air pula. Hahaha! Tapi kalau tanya ai, masa ombak ni ai lebih suka duduk dekat-dekat dengan gigi air. Ombaknya masih kuat, tapi ai pening bila lama-lama dekat ombak besar bahagian air dalam. Nasib tak termuntah. Pirates Bay ni pun ai tak galakkan korang berendam masa panas. Nanti berbelang macam ai.


Ombak habis, Pirates Bay mula ditinggalkan pengunjung sebab dah jadi macam kolam biasa tanpa ombak. Hehehe! Panas pula tu. Masing-masing lebih memilih Kids Adventure. Sebelum kami beralih ke Kids Adventure, Encik Husband, kakak dan abang ipar ai pergi mencuba Boomeriang. Ai tak mahu dah main slides yang menggunakan pelampung. 


Dalam perjalanan ke Kids Adventure, anak buah ai ajak repeat main Insane Racer. Nak tebus kekalahan katanya. Kami pun layan kan saja. Tapi dia tetap kalah. Hahaha!


Sebelum balik, ai teringin nak cuba Water Cannon. Masa pergi sebelum ni lagi ai dah teringin nak main Water Cannon tu, tapi tak ada keberanian. So, kali ni kena cuba. Dan setelah mencuba, itulah pertama dah terakhir kali ai cuba Water Cannon. Perasaan dia macam korang kena campak sekuat hati masuk ke dalam kolam. Ting tong sekejap. Lepas tu kami habiskan masa bermain di Kids Adventure sebelum bersiap untuk pulang.


Tercabut life jacket hakak.



Kali ni ai memang puas hati sangat bermain di Bangi Wonderland. Buat masa ni belum terfikir untuk ke mana-mana waterpark lagi. Hahaha! Mungkin bila belang ni dah hilang baru ai akan terfikir lagi kot. Oh ya, sediakan mental dan fizikal tau untuk naik tangga tinggi setiap kali nak main slide. 


Harga untuk masuk ke Bangi Wonderland adalah rm58 untuk dewasa dan rm48 untuk kanak. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Bangi Wonderland, korang boleh masuk ke website Bangi Wonderland. Selalu ada promosi, tapi korang kena rajin survey.




aisyaismail