Assalamualaikum and hye readers.
Tips untuk elak perut kembung
Pakai pakaian yang longgar
Jangan makan sehingga terlalu kenyang
Banyakkan minum air masak
Di mana nak beli Surya Apple Cider Vinegar?
Sejak azali lagi, ai cukup dikenali dengan kecik molek dan kurus. Perut jangan cakap lah, memang sentiasa flat. Nak derma darah memang tak pernah lepas sebab tak cukup berat. Ai masih ingat lagi masa zaman sekolah dulu, selalu dapat susu percuma di sekolah sebab cikgu kata ai tak cukup zat.
Selepas berkahwin ai mula mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Ai ok je. Tapi ai mula jadi tak ok bila perut ai makin kembung dan orang asyik tanya 'pregnant ke?'. Bila tak mengandung tapi orang asyik bertanya disebabkan perut yang kembung tu, boleh murung tiga hari tiga malam dibuatnya tau.
Tips untuk elak perut kembung
Pakai pakaian yang longgar
Untuk menutup perut ai yang kembung, ai lebih selesa memakai pakaian yang longgar. Pilihan pakaian ini tidak akan menonjolkan bahagian perut ai. Jadi, perut yang kembung itu dapat disembunyikan dengan baik.
Jangan makan sehingga terlalu kenyang
Menjadi kewajipan setiap hari untuk kurangkan kuantiti makanan yang ai ambil terutamanya nasi. Cukuplah sekadar kenyang. Tidak perlu makan sehingga kembung perut. Akan tetapi, ai hanyalah manusia biasa yang tidak tahan dengan godaan makanan yang terhidang. Selepas sejam pasti lapar semula.
Banyakkan minum air masak
Air masak banyak khasiatnya. Kalau korang dah kurus macam lidi sekalipun, air masak penting untuk diminum secukupnya. Setiap hari ai akan minum air masak sekurang-kurangnya 1.5 liter. Tapi tak pernah lebih daripada 3 liter. Ai cuba untuk disiplinkan diri untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak setiap hari.
Minum Surya Apple Cider Vinegar setiap hari
Pertama kali tahu pasal Surya Apple Cider Vinegar ni daripada kawan-kawan blogger yang review produk ini. Kata mereka memang bagus. Tapi ai takut untuk mencuba benda-benda yang kena makan dan minum ni.
Kebetulan bulan lepas Encik Husband tertengok di youtube akan kebaikan Apple Cider Vinegar dan dia nak cuba untuk masalah kembung perutnya yang lagi dasyat dari ai. Ai apa lagi, terus syorkan Surya Apple Cider Vinegar pada dia. Dan kebetulan juga dua minggu lepas ai buat rawatan susulan berkenaan pembedahan yang ai jalani tiga bulan lepas. Doktor syorkan ai ambil Apple Cider Vinegar dan campurkan dengan madu untuk masalah perut ai ni.
Dah alang-alang Encik Husband serasi dengan Surya Apple Cider Vinegar, ai pun tumpang lah sekaki. Lagipun Surya Apple Cider Vinegar memang ada campuran madu. Lebih memudahkan kerja ai kerana tidak perlu lagi membeli madu. Jimat! Buat masa ni ai boleh katakan, ai pun serasi dengan Surya Apple Cider Vinegar. Perut pun dah nampak perubahan.
Kelebihan Surya Apple Cider Vinegar
Surya Apple Cider Vinegar ini adalah minuman berkhasiat yang sedap. Rasanya seperti minum air zapple. Diformulasi khas dengan madu asli dan tanpa bahan pengawet. Diyakini HALAL dan diperakui oleh HACCP. Terdapat juga pelbagai khasiat serta manfaat untuk tubuh badan korang.
- Membantu sistem penghadaman
- Menurunkan berat badan
- Meningkatkan tenaga
- Melegakan sakit tekak
- Menurunkan paras glukosa dalam darah
- Menjadikan rambut lebih sihat
- Boleh menggantikan asam jawa dan gula di dalam masakan.
Di mana nak beli Surya Apple Cider Vinegar?
Nak beli Surya Apple Cider Vinegar ni senang sahaja. Korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons, butik Himalaya dan farmasi-farmasi yang berdekatan korang kecuali Guardian. Jangan tanya kenapa kerana di luar pengetahuan ai. Nak beli online pun boleh tau. Korang pergi je cari di Lazada atau Shopee.
Ai beli pek berkembar 2 botol dengan harga RM35 sahaja di Lazada. Sangat jimat tau. Ai juga dah ulang beli beberapa kali. Sebotol Surya Apple Cider Vinegar boleh tahan selama dua minggu. Dua botol cukup untuk penggunaan selama sebulan. Korang tekan di sini untuk pembelian pek berkembar dari Lazada.
Ai dan Encik Husband memang serasi dengan Surya Apple Cider Vinegar ini. Kembung perut kami memang ada menampakkan perubahan. Harap-harap masalah kembung perut ini akan terus lenyap dan kami lebih sihat. korang pun cubalah Surya Apple Cider Vinegar.
Untuk keterangan lanjut:
Facebook : Surya Malaysia
Instagram : surya.malaysia
aisyaismail