February 2022

Sunday 20 February 2022

Cabaran Pembedahan Laparoscopy Kali Kedua Di KPJ Selangor

February 20, 2022 25
Cabaran Pembedahan Laparoscopy Kali Kedua Di KPJ Selangor

 Assalamualaikum and hye readers.




Cabaran pembedahan laparoscopy kali kedua di KPJ Selangor. Lamanya blog Ai ni menyepi. Sibuk dengan duniawi sampai tak sempat nak tulis apa-apa. Tapi seperti yang Ai janjikan dalam entri sebelum ini, Ai nak kongsikan pengalaman pembedahan kali kedua. Amaran! Entri kali ini agak panjang.



Hari ni genap 3 minggu Ai check out daripada KPJ Selangor. Itupun selepas merayu dengan doktor untuk dilepaskan. Ai rasa duduk dalam hospital lama-lama, daripada dah sihat boleh sakit balik. Selagi branula ada kat tangan Ai, selagi tu Ai tak boleh nak sihat.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Ramai yang tanya, kenapa Ai warded? Yang mana dah tau Ai buat pembedahan, tanya kenapa dibedah? Ada yang Ai sempat jawab dan ada yang Ai tak sempat nak jawab. Bukan niat nak biarkan korang dengan tanda tanya, tapi Ai tak larat nak balas semuanya. Tengah sakit kan. Tengok handphone pun tak larat, inikan pula nak update keadaan semasa. Tapi terima kasih sebab korang ambil berat. Ai terharu sangat.



3 tahun lepas Ai buat pembedahan laparoscopy yang pertama disebabkan pcos. Betul-betul genap 3 tahun. Pembedahan kali kedua ini pula disebabkan oleh polip. Pembedahan yang dijalankan adalah laparoscopy dan endometrial polyp. Ai harap sangat, kalau ada jodoh lagi check in di KPJ Selangor hanya untuk perkara yang baik-baik sahaja. Aaminn!



Apa itu polip?


Polip adalah satu lebihan daging yang tumbuh di bahagian dalaman tubuh badan. Tempat paling popular dengan kemunculan polip ini adalah pada rahim wanita. Polip ni sebenarnya tak merbahaya, tapi ada kemungkinan untuk menjadi kanser. Sebab tu kena dapatkan rawatan secepat mungkin.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Tanda-tanda polip


Dipendekkan cerita, Ai memang masih berjumpa dengan Doktor Nazri untuk dapatkan rawatan dan untuk memastikan pcos Ai terkawal. Alhamdulillah pcos Ai tak ada masalah. Tapi sejak 6 bulan kebelakangan ni, Ai kerap bleeding. Tak teruk pun, tapi Ai rasa terganggu dengan darah yang kerap keluar. 



2 minggu sebelum Ai disahkan ada polip, Ai mula kerap sakit perut. Sakit perut macam period pain yang teruk. Boleh bayangkan tak? Sakit perut tu datang sekejap-sekejap tapi kerap. Dan selepas seminggu Ai mula rasa sesuatu benda asing ada pada Ai. Apa yang ada tu Ai tak boleh nak cerita di sini kerana terlalu privasi. Hehehe! Tapi macam biasa, kalau korang ada masalah yang sama korang boleh DM je Ai di instagram @aisyaismail_ai.



Masa Ai perasan kewujudan benda asing tu, Ai memang down sangat. Makan tak lalu tidur tak lena. Nak jumpa doktor tapi temujanji dengan Doktor Nazri lagi seminggu je. Ai amik keputusan untuk tunggu saampai tarikh temujanji tu. 


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Waktu jumpa Doktor Nazri, dia pun terkejut tiba-tiba polip tu ada. Doktor Nazri cadangkan pembedahan untuk buang polip tu dilakukan dengan segera sebab polip tu wujud di dinding rahim tempat telur nak menempel. Kalau dia ada kat situ, telur tak ada tempat untuk menempel. Kami terus set tarikh pembedahan. Kebetulan ada cuti Tahun Baru Cina. Tak payah lah Ai nak cuti panjang-panjang sangat. Hehehe! 



Pengalaman pembedahan laparoscopy kali kedua


28 Januari 2020, pagi-pagi lagi buat pertama kali, hidung Ai ternoda. Hahaha! Sebelum warded kenalah buat swab test terlebih dahulu. SOP warded sekarang. Alhamdulillah negatif. Lepas dapat keputusan swab test, nurse bawa Ai ke dalam bilik. Ai minta bilik yang ada 2 katil. Tak nak sunyi lah kononnya sebab tak nak bazirkan duit untuk Coco buat swab test. Huhuhu!



Dalam bilik tu nurse dah siap-siap bagi baju untuk Ai pakai. Pembedahan akan dijalankan selepas solat jumaat. Sementara nak menunggu tu, nurse masukkan ubat untuk Ai buang air besar. Masukkan dari belakang tau. Kali ni Ai tak tunggu atas katil macam dulu. Sebelum terasa nak buang Ai dah masuk dalam tandas. Persediaan awal. Hahaha!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Pukul 2 petang Ai ditolak ke kawasan menunggu sebelum ditolak masuk kedalam operation theatre. Ditolak dengan katil-katil sekali. Ai tak dibenarkan berjalan walaupun Ai dalam keadaan yang ok dan sihat. Masih mampu untuk berjalan. 



Di kawasan menunggu tu sejuk. Nasib baik selimut hospital tebal. Sementara menunggu, nurse asyik datang untuk pastikan Ai ok. Ai tak pasti pada pukul berapa mereka tolak masuk ke dalam operation theatre. Yang pasti dalam operation theatre tu 3 kali ganda sejuk daripada kawasan menunggu. Dan lagi parah, Ai tak boleh pakai selimut. Hahaha!



Selepas tukar baring atas katil pembedahan, pakar bius masukkan ubat melalui branula dan bagi bius untuk Ai tidur. Ai cuma ingat Ai sempat baca Al-fatihah, selawat dan mengucap. Lepas tu Ai dah mamai dan tak ingat apa-apa. Tahu-tahu bangun Ai rasa kepala berat sangat.



Bila dah sedar, nurse tolak Ai masuk ke dalam bilik semula. Entah kenapa mereka tukarkan Ai ke bilik seorang. Dah tak ada jiran sebelah katil. Tapi sebab Ai tengah mamai, Ai tak banyak tanya. Tidur sorang pun tak rasa apa-apa. Ai tak boleh nak fikir dah sebab masih mamai. Esok pagi baru Ai betul-betul sedar dan rasa lapar.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Kali ni Ai dah tak buat drama menangis sebab tak dapat makan tau. Dah set dalam kepala memang akan lambat dapat makan. Tapi dia punya lapar tu, Allah je tahu. Alhamdulillah petang tu dah boleh makan. Tapi Ai tak ada selera sebab tekak masih rasa pahit. Petang tu Coco bawa Ai jalan-jalan. Doktor Nazri kata, kalau Ai boleh jalan dia nak bagi Ai balik. Tak larat pun pura-pura larat. Hehehe!



Malam tu Coco tak ada pilihan, dia kena teman Ai dalam bilik sebab Ai sorang-sorang dan Ai dah sedar. Dia je yang tidur. Ai dah tak boleh nak tidur. Hari ketiga, Ai minta Doktor Nazri lepaskan Ai untuk balik. Doktor Nazri ok sebab Ai nampak dah kuat. Bermulalah tugas Coco menjaga Ai di rumah. Nurse garang!



Cabaran pembedahan laparoscopy kali kedua di KPJ Selangor


Buat keputusan dalam masa yang singkat

Memang tak banyak masa untuk Ai nak fikir sama ada nak setuju atau tidak. Ai hanya fikir, lagi lambat Ai tangguh lagi lambat lah Ai nak sihat dan dapat teruskan TTC.


SOP baru

Masuk hospital kali ni sunyi. Tak ada sesiapa dibenarkan untuk melawat. Nak melawat boleh, tapi kena swab test dahulu. Ai sendiri kena swab test sebelum boleh masuk dan jalani pembedahan.


MC vs kerja

Sebelum ni Ai pernah tulis yang Ai baru bekerja di tempat yang baru. Ini adalah ujian untuk Ai. Baru kerja dah nak kena cuti panjang. Sampai doktor pun terkejut Ai nak cuti seminggu je. Tapi hari Ai mula bekerja, Ai dah pastikan Ai ok dan mampu untuk bekerja. Tak nak lah menyusahkan semua orang.


Jaga pemakanan

Polip ni boleh datang balik. Bukan hilang terus selepas buat pembedahan. Doktor nasihatkan Ai untuk menjaga pemakanan Ai. 3 benda yang doktor nasihat untuk kurangkan makan adalah makanan segera, makanan berunsurkan soya dan juga daging merah. Sedih Ai dah tak boleh makan daging merah. Tapi tak apa, kesihatan perlu diutamakan.



Alhamdulillah semakin sihat


Hari ini sudah 3 minggu selepas pembedahan. Follow up selepas 2 minggu hari tu pun Doktor Nazri cakap luka luar dan dalam ok, cantik. Sakit pun dah tak ada. Cuma sakit-sakit badan tu masih ada lagi. Nak kena pergi berurut dulu baru ok kot. Selepas pembedahan kali ini, Ai pilih untuk menjaga pemakanan. Tak nak dah laparoscopy untuk kali ketiga.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Nasihat Ai pada korang yang sedang baca ni terutamanya pada perempuan-perempuan yang ada rasa perubahan atau apa-apa yang tak kena dengan diri korang, jumpa pakar secepat yang mungkin. Kalau tak mampu untuk ke hospital swasta, hospital kerajaan pun ada juga pakar yang mungkin jauh lebih baik. Jangan fikirkan sakit pembedahan tu, tapi fikirkan kesihatan yang berpanjangan.





aisyaismail

Monday 7 February 2022

Hobi Baru Memanah Untuk Hilangkan Stress di Dayak Boi Playground

February 07, 2022 11
Hobi Baru Memanah Untuk Hilangkan Stress di Dayak Boi Playground

 Assalamualaikum and hye readers.




Hobi baru memanah untuk hilangkan stress di Dayak Boi Playground. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak memanah pula. Macam-macam lah Aisya Ismail ni. Kalau aktiviti keluarkan peluh, jarang nak tolak. Tapi kalau aktiviti kena bercantik-cantik, 10 kali fikir nak pergi ke tak. Tak cantik takpe, janji sihat!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Tipu je. Gila tak cantik tak apa. Asalkan Ai tengok muka sendiri sedap mata memandang, dah ok sangat lah. Tapi untuk make up tebal-tebal selalu, boleh migrain tau. Lebih-lebih lagi masa nak cuci make up tu. Allah.. boleh tertidur sambil cuci muka. Kalau tak cuci betul-betul, muka Ai cepat menggelupas. Tu yang bertambah malas nak make up.



Jalan-jalan hujung minggu


Minggu lepas Ai keluar dengan Coco. Plan asal kami sebenarnya nak beli baju kerja untuk Ai. Maklum lah dah kerja di tempat baru kan, dah tak boleh nak pakai sesuka hati pergi kerja. Ada dress code bagai. Kalau dulu, pakai jeans dengan t-shirt pun bos buat-buat tak nampak. Asalkan pakai baju, dah boleh masuk office. Sekarang dah tak boleh. Nak kena nampak 'nur' tu bila datang ke pejabat.



Pukul 8 pagi kami dah keluar. Pergi jalan-jalan cuci mata di Pasar Tani di Stadium Melawati, Shah Alam. Sambil cuci mata sambil beriadah. Nak pergi panjat bukit tak sempat lah. Lagipun malas nak balik rumah tukar baju, lepas tu nak keluar semula. Jalan santai-santai je.



Dalam pukul 10.30 kami terus ke Aeon Shah Alam. Masih tak ramai orang. Memandangkan kami parking di tingkat atas, Coco ajak Ai main bowling dulu. Ai on je. Dah lama tak main bowling. Kali terakhir main beberapa tahun lepas. Nasib baik masih boleh strike walaupun hanya kebetulan. Hahaha!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Masa tengah main bowling tu lah Coco ajak pergi memanah. Ada tempat baru buka katanya. Macam biasa, Ai on je. Tak cerewet kan? Untung lah siapa yang dapat Ai ni. Ok je memanjang. Hahaha! Jangan bagi Ai mula membebel je. Kalau dah mula membebel, susah nak berhenti.


Hobi Baru Memanah Untuk Hilangkan Stress di Dayak Boi Playground


Lepas dah cari baju tapi tak jumpa dan dah makan, kami terus menuju ke Dayak Boi Playground yang terletak di Shah Alam. Memang tempat baru. Batu-batu parking pun masih nampak putih bersih lagi. Nak order bow dan arrow kena scan code terlebih dahulu. 


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Lepas dah isi borang dan pilih pakej yang kita nak, barulah bayar di kaunter. Nak bayar secara transfer pun boleh. Debit belum ada ya. Staff dia baik sangat. Ramah je. Harap-harap bila dah famous nanti, kekalkan sikap yang sama ye. Jangan sombong tau. Kalau tak sombong Ai akan jadi pelanggan tetap di Dayak Boi Payground.



Lepas dah buat pembayaran, staff Dayak Boi Playground bagi bow dan arrow pada kami. Sebelum dia lepaskan kami ke tempat memanah, dia tunjuk dahulu bagaimana cara memanah yang betul. Apa yang kami kena lakukan dan apa yang kami tidak boleh lakukan. Tekun Ai dengan Coco dengar penerangan daripada dia.



Mula-mula Ai cemas. Biasalah Ai, memang ratu cemas tak bertempat. Huhuhu! Tapi bila dah mula memanah, best pula. Yang tak bestnya, tangan Ai sampai luka-luka. Berparut sampai sekarang. Tapi staff dia cakap, itu adalah perkara biasa. Jadi Ai gigih lah memanah walaupun sakit. Hahaha! 



Tapi dah pakai plaster lah. Yang peliknya Coco tak luka pula. Dia cuma sakit tangan je. Banyak kali Coco tanya ok tak, boleh habiskan memanah? Mestilah ok! Tengah syok! Nak ambil anak panah kita lah tu. Hahaha! Gurau-gurau.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Sebenarnya rasa tak puas memanah hari tu. Tapi disebabkan kami nak ambil adik Coco di KLIA, tak dapat nak sambung main lagi. Tak apa, next time boleh repeat lagi. Kita bawa adik Coco main sekali. Perkara yang baik kenalah kongsi kan.



Ada 3 perkara kena tahu sebelum memanah


1- Tangan korang akan sakit dan potensi untuk luka sangat tinggi untuk pemanah baru. Kalau tak sakit maknanya korang tergolong dalam golongan yang kebal.

2- Memanah ni ada cara dan peraturan yang korang kena patuhi  supaya tak tercedera dan mencederakan. Tapi jangan risau kalau tak tahu. Staff dia akan ajar cara-cara dan apa yang boleh dan tak boleh korang buat.

3- Semasa orang lain memanah, korang jangan gatal kaki nak pergi kutip anak panah korang. Macam tu juga masa orang lain tengah kutip anak panah, korang jangan nak memanah pula. Kita tak tau bila anak panah tu nak tersasar walaupun sorang di barat sorang di timur. Lebih-lebih lagi orang yang baru belajar macam Ai ni.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html

https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Kalau tanya Ai nak memanah lagi ke tidak lepas ni? Mesti lah nak. Best tau memanah. Lagipun memanah adalah sunnah. So, Ai dan Coco nak jadikan memanah ni hobi baru kami. Kalau konsisten hobi ni, kami nak beli bow dan arrow sendiri. Memanah kat kebun. Siapa kena anak panah tu, nasib korang lah. Huhuhu!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html


Korang berminat tak nak memanah juga? Kalau minat, Ai memang syorkan Dayak Boi Playground ni. Harga jauh lagi murah daripada memanah di dalam pusat membeli-belah. Staff pun baik sangat. Silap hari bulan korang boleh buat kawan dengan staff kat situ.



Dan..... seminggu selepas Ai bersuka-ria memanah, Ai check in di hospital untuk menjalani pembedahan yang kedua selepas 3 tahun berlalu. Yang pertama dulu pun pada bulan yang sama. Hehehe! Sekarang dah seminggu dari tarikh Ai jalani pembedahan. Alhadulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sedang dalam proses pemulihan. Nanti Ai ceritakan pengalaman pembedahan kali kedua ni di entri yang akan datang.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html


Nampak tak kenapa Coco bawa Ai pergi bersuka-ria? Hahaha!





aisyaismail