Hobi Baru Memanah Untuk Hilangkan Stress di Dayak Boi Playground

Monday 7 February 2022

Hobi Baru Memanah Untuk Hilangkan Stress di Dayak Boi Playground


 Assalamualaikum and hye readers.




Hobi baru memanah untuk hilangkan stress di Dayak Boi Playground. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak memanah pula. Macam-macam lah Aisya Ismail ni. Kalau aktiviti keluarkan peluh, jarang nak tolak. Tapi kalau aktiviti kena bercantik-cantik, 10 kali fikir nak pergi ke tak. Tak cantik takpe, janji sihat!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Tipu je. Gila tak cantik tak apa. Asalkan Ai tengok muka sendiri sedap mata memandang, dah ok sangat lah. Tapi untuk make up tebal-tebal selalu, boleh migrain tau. Lebih-lebih lagi masa nak cuci make up tu. Allah.. boleh tertidur sambil cuci muka. Kalau tak cuci betul-betul, muka Ai cepat menggelupas. Tu yang bertambah malas nak make up.



Jalan-jalan hujung minggu


Minggu lepas Ai keluar dengan Coco. Plan asal kami sebenarnya nak beli baju kerja untuk Ai. Maklum lah dah kerja di tempat baru kan, dah tak boleh nak pakai sesuka hati pergi kerja. Ada dress code bagai. Kalau dulu, pakai jeans dengan t-shirt pun bos buat-buat tak nampak. Asalkan pakai baju, dah boleh masuk office. Sekarang dah tak boleh. Nak kena nampak 'nur' tu bila datang ke pejabat.



Pukul 8 pagi kami dah keluar. Pergi jalan-jalan cuci mata di Pasar Tani di Stadium Melawati, Shah Alam. Sambil cuci mata sambil beriadah. Nak pergi panjat bukit tak sempat lah. Lagipun malas nak balik rumah tukar baju, lepas tu nak keluar semula. Jalan santai-santai je.



Dalam pukul 10.30 kami terus ke Aeon Shah Alam. Masih tak ramai orang. Memandangkan kami parking di tingkat atas, Coco ajak Ai main bowling dulu. Ai on je. Dah lama tak main bowling. Kali terakhir main beberapa tahun lepas. Nasib baik masih boleh strike walaupun hanya kebetulan. Hahaha!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Masa tengah main bowling tu lah Coco ajak pergi memanah. Ada tempat baru buka katanya. Macam biasa, Ai on je. Tak cerewet kan? Untung lah siapa yang dapat Ai ni. Ok je memanjang. Hahaha! Jangan bagi Ai mula membebel je. Kalau dah mula membebel, susah nak berhenti.


Hobi Baru Memanah Untuk Hilangkan Stress di Dayak Boi Playground


Lepas dah cari baju tapi tak jumpa dan dah makan, kami terus menuju ke Dayak Boi Playground yang terletak di Shah Alam. Memang tempat baru. Batu-batu parking pun masih nampak putih bersih lagi. Nak order bow dan arrow kena scan code terlebih dahulu. 


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Lepas dah isi borang dan pilih pakej yang kita nak, barulah bayar di kaunter. Nak bayar secara transfer pun boleh. Debit belum ada ya. Staff dia baik sangat. Ramah je. Harap-harap bila dah famous nanti, kekalkan sikap yang sama ye. Jangan sombong tau. Kalau tak sombong Ai akan jadi pelanggan tetap di Dayak Boi Payground.



Lepas dah buat pembayaran, staff Dayak Boi Playground bagi bow dan arrow pada kami. Sebelum dia lepaskan kami ke tempat memanah, dia tunjuk dahulu bagaimana cara memanah yang betul. Apa yang kami kena lakukan dan apa yang kami tidak boleh lakukan. Tekun Ai dengan Coco dengar penerangan daripada dia.



Mula-mula Ai cemas. Biasalah Ai, memang ratu cemas tak bertempat. Huhuhu! Tapi bila dah mula memanah, best pula. Yang tak bestnya, tangan Ai sampai luka-luka. Berparut sampai sekarang. Tapi staff dia cakap, itu adalah perkara biasa. Jadi Ai gigih lah memanah walaupun sakit. Hahaha! 



Tapi dah pakai plaster lah. Yang peliknya Coco tak luka pula. Dia cuma sakit tangan je. Banyak kali Coco tanya ok tak, boleh habiskan memanah? Mestilah ok! Tengah syok! Nak ambil anak panah kita lah tu. Hahaha! Gurau-gurau.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Sebenarnya rasa tak puas memanah hari tu. Tapi disebabkan kami nak ambil adik Coco di KLIA, tak dapat nak sambung main lagi. Tak apa, next time boleh repeat lagi. Kita bawa adik Coco main sekali. Perkara yang baik kenalah kongsi kan.



Ada 3 perkara kena tahu sebelum memanah


1- Tangan korang akan sakit dan potensi untuk luka sangat tinggi untuk pemanah baru. Kalau tak sakit maknanya korang tergolong dalam golongan yang kebal.

2- Memanah ni ada cara dan peraturan yang korang kena patuhi  supaya tak tercedera dan mencederakan. Tapi jangan risau kalau tak tahu. Staff dia akan ajar cara-cara dan apa yang boleh dan tak boleh korang buat.

3- Semasa orang lain memanah, korang jangan gatal kaki nak pergi kutip anak panah korang. Macam tu juga masa orang lain tengah kutip anak panah, korang jangan nak memanah pula. Kita tak tau bila anak panah tu nak tersasar walaupun sorang di barat sorang di timur. Lebih-lebih lagi orang yang baru belajar macam Ai ni.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html

https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html



Kalau tanya Ai nak memanah lagi ke tidak lepas ni? Mesti lah nak. Best tau memanah. Lagipun memanah adalah sunnah. So, Ai dan Coco nak jadikan memanah ni hobi baru kami. Kalau konsisten hobi ni, kami nak beli bow dan arrow sendiri. Memanah kat kebun. Siapa kena anak panah tu, nasib korang lah. Huhuhu!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html


Korang berminat tak nak memanah juga? Kalau minat, Ai memang syorkan Dayak Boi Playground ni. Harga jauh lagi murah daripada memanah di dalam pusat membeli-belah. Staff pun baik sangat. Silap hari bulan korang boleh buat kawan dengan staff kat situ.



Dan..... seminggu selepas Ai bersuka-ria memanah, Ai check in di hospital untuk menjalani pembedahan yang kedua selepas 3 tahun berlalu. Yang pertama dulu pun pada bulan yang sama. Hehehe! Sekarang dah seminggu dari tarikh Ai jalani pembedahan. Alhadulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sedang dalam proses pemulihan. Nanti Ai ceritakan pengalaman pembedahan kali kedua ni di entri yang akan datang.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/memanah-di-dayak-boi-playground.html


Nampak tak kenapa Coco bawa Ai pergi bersuka-ria? Hahaha!





aisyaismail

11 comments:

  1. Waa..best2..lps ni share tips2 memanah pulak ye..
    Speedy recovery AI..Syafakillah..Semoga Allah swt memberi kesembuhan padamu..

    ReplyDelete
  2. Baju kalau kita cari nak beli selalu tak jumpa yg cantik tp kalau tak nak beli mesti jmp cantik2 😅 btl ke memanah best dpt mengatasi sakit luka kat tgn? 😜

    Semoga cpt sembuh dari sakit 😊 sy tunggu cerita ttg sakit awak. Nak tahu jgk 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul best. Gian. Btw entri baru dah up. Jangan lupa baca tau.

      Delete
  3. Seronok memanah kalau minat. Bagus juga ada tempat memanah yang best. Tengok member member yang suka memanah mesti kadang injured. Mencabar betul sukan memanah ni.

    ReplyDelete
  4. seronok gak belajar memanah tu. mana tahu boleh jadi pemanah negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Tunggu ada anak nantii lah boleh hantar belajar awal-awal.

      Delete
  5. Lamanyaaa tak bt aktiviti outdoor sejak ada anak ni

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Aisya blogging pasal Dayakboi Playground. Harap-harap yang terluka dah pulih.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D