Cabaran Pembedahan Laparoscopy Kali Kedua Di KPJ Selangor

Sunday, 20 February 2022

Cabaran Pembedahan Laparoscopy Kali Kedua Di KPJ Selangor


 Assalamualaikum and hye readers.




Cabaran pembedahan laparoscopy kali kedua di KPJ Selangor. Lamanya blog Ai ni menyepi. Sibuk dengan duniawi sampai tak sempat nak tulis apa-apa. Tapi seperti yang Ai janjikan dalam entri sebelum ini, Ai nak kongsikan pengalaman pembedahan kali kedua. Amaran! Entri kali ini agak panjang.



Hari ni genap 3 minggu Ai check out daripada KPJ Selangor. Itupun selepas merayu dengan doktor untuk dilepaskan. Ai rasa duduk dalam hospital lama-lama, daripada dah sihat boleh sakit balik. Selagi branula ada kat tangan Ai, selagi tu Ai tak boleh nak sihat.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Ramai yang tanya, kenapa Ai warded? Yang mana dah tau Ai buat pembedahan, tanya kenapa dibedah? Ada yang Ai sempat jawab dan ada yang Ai tak sempat nak jawab. Bukan niat nak biarkan korang dengan tanda tanya, tapi Ai tak larat nak balas semuanya. Tengah sakit kan. Tengok handphone pun tak larat, inikan pula nak update keadaan semasa. Tapi terima kasih sebab korang ambil berat. Ai terharu sangat.



3 tahun lepas Ai buat pembedahan laparoscopy yang pertama disebabkan pcos. Betul-betul genap 3 tahun. Pembedahan kali kedua ini pula disebabkan oleh polip. Pembedahan yang dijalankan adalah laparoscopy dan endometrial polyp. Ai harap sangat, kalau ada jodoh lagi check in di KPJ Selangor hanya untuk perkara yang baik-baik sahaja. Aaminn!



Apa itu polip?


Polip adalah satu lebihan daging yang tumbuh di bahagian dalaman tubuh badan. Tempat paling popular dengan kemunculan polip ini adalah pada rahim wanita. Polip ni sebenarnya tak merbahaya, tapi ada kemungkinan untuk menjadi kanser. Sebab tu kena dapatkan rawatan secepat mungkin.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Tanda-tanda polip


Dipendekkan cerita, Ai memang masih berjumpa dengan Doktor Nazri untuk dapatkan rawatan dan untuk memastikan pcos Ai terkawal. Alhamdulillah pcos Ai tak ada masalah. Tapi sejak 6 bulan kebelakangan ni, Ai kerap bleeding. Tak teruk pun, tapi Ai rasa terganggu dengan darah yang kerap keluar. 



2 minggu sebelum Ai disahkan ada polip, Ai mula kerap sakit perut. Sakit perut macam period pain yang teruk. Boleh bayangkan tak? Sakit perut tu datang sekejap-sekejap tapi kerap. Dan selepas seminggu Ai mula rasa sesuatu benda asing ada pada Ai. Apa yang ada tu Ai tak boleh nak cerita di sini kerana terlalu privasi. Hehehe! Tapi macam biasa, kalau korang ada masalah yang sama korang boleh DM je Ai di instagram @aisyaismail_ai.



Masa Ai perasan kewujudan benda asing tu, Ai memang down sangat. Makan tak lalu tidur tak lena. Nak jumpa doktor tapi temujanji dengan Doktor Nazri lagi seminggu je. Ai amik keputusan untuk tunggu saampai tarikh temujanji tu. 


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Waktu jumpa Doktor Nazri, dia pun terkejut tiba-tiba polip tu ada. Doktor Nazri cadangkan pembedahan untuk buang polip tu dilakukan dengan segera sebab polip tu wujud di dinding rahim tempat telur nak menempel. Kalau dia ada kat situ, telur tak ada tempat untuk menempel. Kami terus set tarikh pembedahan. Kebetulan ada cuti Tahun Baru Cina. Tak payah lah Ai nak cuti panjang-panjang sangat. Hehehe! 



Pengalaman pembedahan laparoscopy kali kedua


28 Januari 2020, pagi-pagi lagi buat pertama kali, hidung Ai ternoda. Hahaha! Sebelum warded kenalah buat swab test terlebih dahulu. SOP warded sekarang. Alhamdulillah negatif. Lepas dapat keputusan swab test, nurse bawa Ai ke dalam bilik. Ai minta bilik yang ada 2 katil. Tak nak sunyi lah kononnya sebab tak nak bazirkan duit untuk Coco buat swab test. Huhuhu!



Dalam bilik tu nurse dah siap-siap bagi baju untuk Ai pakai. Pembedahan akan dijalankan selepas solat jumaat. Sementara nak menunggu tu, nurse masukkan ubat untuk Ai buang air besar. Masukkan dari belakang tau. Kali ni Ai tak tunggu atas katil macam dulu. Sebelum terasa nak buang Ai dah masuk dalam tandas. Persediaan awal. Hahaha!


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Pukul 2 petang Ai ditolak ke kawasan menunggu sebelum ditolak masuk kedalam operation theatre. Ditolak dengan katil-katil sekali. Ai tak dibenarkan berjalan walaupun Ai dalam keadaan yang ok dan sihat. Masih mampu untuk berjalan. 



Di kawasan menunggu tu sejuk. Nasib baik selimut hospital tebal. Sementara menunggu, nurse asyik datang untuk pastikan Ai ok. Ai tak pasti pada pukul berapa mereka tolak masuk ke dalam operation theatre. Yang pasti dalam operation theatre tu 3 kali ganda sejuk daripada kawasan menunggu. Dan lagi parah, Ai tak boleh pakai selimut. Hahaha!



Selepas tukar baring atas katil pembedahan, pakar bius masukkan ubat melalui branula dan bagi bius untuk Ai tidur. Ai cuma ingat Ai sempat baca Al-fatihah, selawat dan mengucap. Lepas tu Ai dah mamai dan tak ingat apa-apa. Tahu-tahu bangun Ai rasa kepala berat sangat.



Bila dah sedar, nurse tolak Ai masuk ke dalam bilik semula. Entah kenapa mereka tukarkan Ai ke bilik seorang. Dah tak ada jiran sebelah katil. Tapi sebab Ai tengah mamai, Ai tak banyak tanya. Tidur sorang pun tak rasa apa-apa. Ai tak boleh nak fikir dah sebab masih mamai. Esok pagi baru Ai betul-betul sedar dan rasa lapar.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Kali ni Ai dah tak buat drama menangis sebab tak dapat makan tau. Dah set dalam kepala memang akan lambat dapat makan. Tapi dia punya lapar tu, Allah je tahu. Alhamdulillah petang tu dah boleh makan. Tapi Ai tak ada selera sebab tekak masih rasa pahit. Petang tu Coco bawa Ai jalan-jalan. Doktor Nazri kata, kalau Ai boleh jalan dia nak bagi Ai balik. Tak larat pun pura-pura larat. Hehehe!



Malam tu Coco tak ada pilihan, dia kena teman Ai dalam bilik sebab Ai sorang-sorang dan Ai dah sedar. Dia je yang tidur. Ai dah tak boleh nak tidur. Hari ketiga, Ai minta Doktor Nazri lepaskan Ai untuk balik. Doktor Nazri ok sebab Ai nampak dah kuat. Bermulalah tugas Coco menjaga Ai di rumah. Nurse garang!



Cabaran pembedahan laparoscopy kali kedua di KPJ Selangor


Buat keputusan dalam masa yang singkat

Memang tak banyak masa untuk Ai nak fikir sama ada nak setuju atau tidak. Ai hanya fikir, lagi lambat Ai tangguh lagi lambat lah Ai nak sihat dan dapat teruskan TTC.


SOP baru

Masuk hospital kali ni sunyi. Tak ada sesiapa dibenarkan untuk melawat. Nak melawat boleh, tapi kena swab test dahulu. Ai sendiri kena swab test sebelum boleh masuk dan jalani pembedahan.


MC vs kerja

Sebelum ni Ai pernah tulis yang Ai baru bekerja di tempat yang baru. Ini adalah ujian untuk Ai. Baru kerja dah nak kena cuti panjang. Sampai doktor pun terkejut Ai nak cuti seminggu je. Tapi hari Ai mula bekerja, Ai dah pastikan Ai ok dan mampu untuk bekerja. Tak nak lah menyusahkan semua orang.


Jaga pemakanan

Polip ni boleh datang balik. Bukan hilang terus selepas buat pembedahan. Doktor nasihatkan Ai untuk menjaga pemakanan Ai. 3 benda yang doktor nasihat untuk kurangkan makan adalah makanan segera, makanan berunsurkan soya dan juga daging merah. Sedih Ai dah tak boleh makan daging merah. Tapi tak apa, kesihatan perlu diutamakan.



Alhamdulillah semakin sihat


Hari ini sudah 3 minggu selepas pembedahan. Follow up selepas 2 minggu hari tu pun Doktor Nazri cakap luka luar dan dalam ok, cantik. Sakit pun dah tak ada. Cuma sakit-sakit badan tu masih ada lagi. Nak kena pergi berurut dulu baru ok kot. Selepas pembedahan kali ini, Ai pilih untuk menjaga pemakanan. Tak nak dah laparoscopy untuk kali ketiga.


https://www.aisyaismail.com/2022/02/cabaran-pembedahan-laparoscopy-kali-kedua-di-kpj-selangor.html



Nasihat Ai pada korang yang sedang baca ni terutamanya pada perempuan-perempuan yang ada rasa perubahan atau apa-apa yang tak kena dengan diri korang, jumpa pakar secepat yang mungkin. Kalau tak mampu untuk ke hospital swasta, hospital kerajaan pun ada juga pakar yang mungkin jauh lebih baik. Jangan fikirkan sakit pembedahan tu, tapi fikirkan kesihatan yang berpanjangan.





aisyaismail

25 comments:

  1. Semoga Aishah cepat sembuh. Adeh, teringat juga masa masuk dewan bedah. Kena bius satu cucuk kat tulang belakang dan satu lagi masuk branula. Allah ngeri betul.. semoga AI diberi kekuatan ya atas ujian Allah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak Ina. Aduhhh tak boleh nak ingat balik. Fobia. Huhuhu!

      Delete
  2. Aduh lagi sekali ke Ai... Sis yangs ekali dulu tu, rasa fobia lagi.. moga Ai sembuh dan sihat-sihat yaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis =( Ai dah double fobia dah ni. Tapi sebab yang first hari tu Ai kenal dengan Sis Lin. Hehehe!

      Delete
  3. Allahuakbar...syukur semuanya berjalan dengan lancar. Kena betul betul jaga pemakanan lepas ni. Semoga AI cepat sembuh. Take care AI.

    ReplyDelete
  4. moga cepat sembuh sepenuhnya. kat KPJ Selangor ye. dah lama tak ke sana. kalau tak tiap2 minggu ke sana.

    ReplyDelete
  5. Semoga segera sembuh dan terus kuat dan bersemangat melawan penyakit. Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. syafakillah ai, polyps kat usus ke. alhamdulillah dpt detect awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo baru mama tahu kat rahim pun ada polyps. mujur detect awal kan.

      Delete
  7. Semoga cepat sembuh.. seminggu saja cuti cpt sembuh ke? mcm sy tak kuat lagi nak bt kali ke2.. masih hold utk ulangan, selagi tak sakit tu selagi tu tak bersedia lg 😅 appointment pun x pg lg sejak pkp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai kena buat juga sebab tempat dia duduk tu tak bagus.

      Delete
  8. 1st time dgr nama ketulan tu. Lebih kurang cyst. Boleh dtg balik tp bab mkn kena jaga sbb hormon mempengaruhi kesihatan kita.

    Harap Ai sihat dan boleh dpt baby suatu hari nanti. Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ai tak ada masalah tu, Ai pun tak pernah dengar. Hehehe btw thank you Nina.

      Delete
  9. Nasib baik cepat pembedahannya.

    ReplyDelete
  10. Thank you so much for sharing your experience. Alhamdulillah boleh tambah ilmu. Dan Alhamdulillah, everything went well during the surgery and recovery. Semoga Ai diberikan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi pengalaman. kalau tak kami pun tak tahu. semoga aisya cepat sembuh. aminnn

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D