Makan Sate Lembut Di Muar - Satay Warisan, Muar

Saturday, 19 March 2022

Makan Sate Lembut Di Muar - Satay Warisan, Muar


 Assalamualaikum and hye readers.




Makan sate lembut di Muar. Sejak baik daripada pembedahan haritu, macam-macam yang Ai teringin nak makan. Maklumlah, haritu lama sangat tak ada selera makan. Merasa lah kurus sekejap, dapat pakai baju lama balik.



Ai memang dah rancang nak balik Melaka pada minggu ni. Bila Ai bagitau nak makan sate lembut, Coco ok je. Ai pun apa lagi, yak yak yeayy! Kalau teringin nak makan, tapi tak ada orang nak layan pun tak jadi juga kan.



Makan Sate Lembut Di Muar - Satay Warisan, Muar


Pagi semalam, lepas subuh Ai dah bersiap nak ke Muar, Johor. Ai pilih untuk makan di Satay Warisan, Muar sebab Ai dah pernah makan di situ sebelum covid menyerang dunia. Malas nak cuba di tempat lain. Kalau dapat yang tak sedap nanti, dah kena susah-susah nak cari sate di tempat lain.


https://www.aisyaismail.com/2022/03/makan-sate-lembut-di-satay-warisan-muar.html

https://www.aisyaismail.com/2022/03/makan-sate-lembut-di-satay-warisan-muar.html


Satay Warisan, Muar dibuka seawal pukul 8 pagi setiap hari. Pastikan pergi awal tau sebab ia ditutup pada pukul 3 petang. Awal kan? Banyak kedai makan di Muar tutup awal.  Tak ada apa yang pelik di sana. 



Dulu masa pertama kali mak dan baba ajak Ai makan di sana, Ai terkejut sebab ajak makan waktu pagi. Siapa  yang makan sate waktu sarapan? Tapi di sana, tak ada apa yang pelik. Ramai je makan sate waktu pagi walaupun ada menu lain yang lebih biasa untuk  sarapan pagi. Orang sekarang kan memang suka benda-benda yang luar biasa. Nasib baik tak ada sate cheese je. Korang jangan nak mulakan tau!


https://www.aisyaismail.com/2022/03/makan-sate-lembut-di-satay-warisan-muar.html


Menu di Satay Warisan, Muar


Di Satay Warisan hanya ada 3 jenis sate sahaja. Sate ayam, sate lembu dan sate perut yang berharga RM1 secucuk. Kalau korang tak nak makan sate, ada juga menu lain seperti mee rebus, soto, lontong dan juga nasi lemak. Mee bandung Muar tak ada ya. Korang kena cari kat tempat lain.



Mee rebus Satay Warisan, Muar pun sedap juga. Mak Ai cerewet bab makan ni, tapi dia boleh habiskan sebungkus mee rebus yang kami beli dari situ. Cuba lah, mana tahu kena dengan selera korang juga.



Kalau korang nak makan sate di kedai, korang tak perlu order kerana mereka akan terus hantar 3 jenis sate ke setiap meja. Alaa, macam korang lepak kedai mamak lepas tu ada orang hantar otak-otak. Konsep dia sama macam tu. Korang makan berapa cucuk yang korang nak lepas tu kira ikut berapa cucuk yang korang dah makan.  Air dan menu lain je korang order macam biasa.


https://www.aisyaismail.com/2022/03/makan-sate-lembut-di-satay-warisan-muar.html


Amaran keras, jangan kotorkan sate yang korang tak nak makan. Kalau bawa anak kecil, jangan bagi mereka pegang-pegang sate tersebut. Kalau korang tak boleh nak handle keadaan tu, habiskan je sate dalam pinggan. Tak banyak pun. Hehehe!



Jalan-jalan cari sate


Perjalanan dari rumah Ai ke Satay Warisan, Muar mengambil masa selama 45 minit. Satu hala tau, bukan pergi dan balik.  Kami memang tak rancang nak makan kat kedai. Nak beli dan bawa balik makan di rumah je. Tapi sementara nak tunggu order kami siap, kami makan beberapa cucuk sate yang dihantar ke meja. Tak lama pun tunggu, pantas pekerja di sana buat kerja.



Dah datang jauh-jauh tu, singgah lah sekejap di sungai belakang perhentian bas Muar. Datang tempat orang kena lah selfie sekeping dua dulu. Baru boleh balik. Hehehe! Pemandangan cantik, tapi sayang banyak sampah sarap dalam sungai. Bila lah orang Malaysia ni nak ada mentaliti tak buang sampah merata-rata. Mencacatkan pemandangan yang indah.


https://www.aisyaismail.com/2022/03/makan-sate-lembut-di-satay-warisan-muar.html


Tak sia-sia cari sarapan sampai ke Muar. Kena dengan selera mak dan baba. Hehehe! Sampai malam pun masih sedap lagi. Korang boleh cuba Satay Warisan di Muar kalau teringin nak makan sate lembut untuk sarapan atau makan tengahari. 





aisyaismail

10 comments:

  1. Sarapan gan sate?? Memanglah pelik bagi kita yang tak pernah dengar kan..tapi bagi siapa yang dah biasa. Biasa ajelah..janji lepas rasa teringin tu

    ReplyDelete
  2. Kat muo memang biasa satay buat sarapan

    ReplyDelete
  3. di muar memang terkenal dengan sarapan pagi makan sate, dah lama tak sampai ke muar rindu pulak dengan mee bandungnya

    ReplyDelete
  4. One of KA punya favourite food all time. Sate!

    ReplyDelete
  5. nanti g muar boleh laa cari heheheh

    ReplyDelete
  6. ala.. rindu nak sarapan sate dan mee rebus kat muo

    ReplyDelete
  7. Dah dekat. Hehe rindu jalan-jalan cari makan.

    ReplyDelete
  8. kemain sampai ke muar tp memang nampak sedap dan popular kt sana

    ReplyDelete
  9. nampak sedap sataynya..lama tk makan sate perut...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D