August 2019

Tuesday 27 August 2019

ENVIDIA FLAWLESS ON-THE-GO UNTUK SOLEKAN YANG RINGKAS DAN PANTAS

August 27, 2019 19
ENVIDIA FLAWLESS ON-THE-GO UNTUK SOLEKAN YANG RINGKAS DAN PANTAS
Assalamualaikum and hye readers.



Sebagai seorang wanita, sudah semestinya ai salah seorang daripada yang tak lari dari mengenakan solekan setiap hari. Akan tetapi, ai lebih selesa dengan solekan yang ringkas. Bukan tak mahu bercantik-cantik untuk ke pejabat, tapi tak sanggup nak duduk berjam-jam di hadapan cermin setiap hari. Sukar untuk mencari produk kecantikan yang sempurna tetapi tidak rumit dan tidak memakan masa.


Baru-baru ini ai baru tahu wujudnya produk solekan semudah ABC. Tak perlu nak ambil masa yang terlalu lama di hadapan cermin. Produk itu adalah ENVIDIA FLAWLESS ON-THE-GO. Bila pertama kali dengar nama ENVIDIA ni, ai membayangkan produk kosmetik dari luar negara.  Rupa-rupanya tidak. ENVIDIA merupakan produk kosmetik dalam negara yang semakin dikenali.




ENVIDIA Flawless On-The-Go dicipta khas untuk wanita-wanita di luar sana yang gemarkan solekan yang ringkas tapi wajah tetap nampak flawless dan berseri. Dengan menginspirasikan jenama antarabangsa, ENVIDIA diyakini mesra solat dan sudah pun mendapat kelulusan daripada KKM. Produk dari ENVIDIA juga 100% vegan, tiada paraben dan alkohol. Bahan-bahan yang digunakan adalah rose canina, minyak aprikot, kelapa dan avocado yang diimport dari Eropah dan Amerika Utara.


Semua produk ENVIDIA telah dikilangkan dengan menggunakan kemudahan teknologi dan terkini di Korea Selatan yang mempunyai sijil GMP dan ISO yang telah disahkan. Mengapa di Korea Selatan? Kenapa tidak di Malaysia sahaja? Kerana Korea Selatan sememangnya terkenal dengan produk kecantikan dan sentiasa dipantau oleh pihak berwajib Korea agar sentiasa terjamin mutunya dan selamat untuk pengguna.

Baca juga: Bio Essence Rose Gold Water


Produk-produk Envidia Flawless On-The-Go

5 in 1 Cream Foundation




Krim foundation 5 dalam 1 yang merangkumi SPF 50 PA +++, consealer, moisturizer, essence dan balm ini pernah memenangi 'Harper's Bazaar Beauty Arward 2018' dan 'Marie Claire Beauty Award 2019'. Dengan sapuan krim foundation 5 dalam 1 dari ENVIDIA ini mampu menutup cela dengan sempurna dan korang boleh skip banyak turutan solekan. Mudah dan menjimatkan masa. Krim foundation ini tahan lama dan didatangkan dengan span anti bakteria.

Flirty Pearl Shadow Stick




Shadow stick ini didatangkan dengan span khas untuk memudahkan sapuan pada mata. Kalis air dan tahan sehingga 8 jam.

Gorgeous Cream Cheek Stick




Blusher ini yang paling ai suka. Mengandungi balm untuk menyegarkan kulit dan didatangkan dengan berus sapuan microfiber yang lembut. Teksturnya licin dan tidak melekat. Gorgeous Cream Cheek Stick ini pernah memenangi 'Hot 100 Bazaar Beauty Award 2018' dan juga 'Marie Claire Beauty Award 2019'. Sangat-sangat mudah unuk digunakan.

Matte Liquid Lipstick




Matte liquid lipstick ini berpigmentasi tinggi dan ringan. Tahan sehingga 8 jam lamanya. Mudah kering dan tidak mengeringkan bibir.

No Smudge. Stay All Day Waterproof Gel Liner




Gel liner yang kalis air ini didatangkan dengan span khas untuk memudahkan sapuan. Hujungnya yang tajam dan lembut mudah untuk digayakan. Tahan sehingga 24 jam dan kalis air.


Produk ENVIDIA boleh dibeli di mana?

Produk ENVIDIA boleh dibeli di outlet-outlet di AEON dan SOGO. Untuk pembelian secara online boleh ke instagram dan facebook @envidiabeauty. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.envidia.com.my.




Sekarang tak perlu lagi nak buang masa dengan turutan solekan yang banyak. ENVIDIA Flawless On-The-Go dah cukup untuk membuatkan korang berasa yakin umtuk keluar rumah. Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat beli produk dari ENDIVIA untuk memudahkan solekan korang.




aisyaismail

Wednesday 21 August 2019

DUA HARI SATU MALAM SERAMAI 22 ORANG DI VILLA 969, PORT DICKSON

August 21, 2019 8
DUA HARI SATU MALAM SERAMAI 22 ORANG DI VILLA 969, PORT DICKSON
Assalamualaikum and hye readers.



Masih terasa penat badan ai lepas balik dari bercuti di Port Dickson hujung minggu yang lepas. Pergi Port Dickson je pun, tapi dua hari satu malam di sana penuh dengan aktiviti. Yang pasti semua pun seronok.


Percutian pendek kali ini bersama keluarga Encik Husband. Selepas merancang dan memilih beberapa tempat selama beberapa bulan, akhirnya kami memilih Villa 969, Port Dickson sebagai destinasi hari keluarga kami. Jumlah semua sekali seramai 17 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak.




Villa 969, Port Dickson

Villa 969 terletak di tanah lot perumahan. Jalan masuknya betul-betul berhampiran Pantai Teluk Kemang yang popular tu. Kalau berjalan kaki dari villa ke pantai, memang berpeluh lah ketiak. Apa yang menarik di Villa 969 ini adalah kolam renang. Memang sesuai sangat untuk korang nak habiskan masa dengan keluarga di situ.


Terdapat 5 buah bilik yang selesa di villa ini. Setiap bilik diberi gelaran sebagai mummy, abang, kakak, adik dan juga baby. Kalau nak bandingkan dengan Erly Villa di Kuala Selangor yang kami pergi tahun lepas, Erly Villa jauh lebih besar dan cantik. Tapi macam ai cakap tadi, tarikan di Villa 969 adalah kolam renang selain ianya terletak di Port Dickson. Destinasi yang sangat popular untuk percutian di dalam Malaysia.


Di Villa 969 juga terdapat halaman yang luas untuk lakukan aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti yang kami lakukan di halaman tersebut adalah permainan seperti tiup belon sampai pecah, baling belon, muzikal chair dan beberapa permainan lagi.


Gambar dari website Villa 969.

Selepas tamat semua permainan untuk petang Sabtu, semua menghabiskan masa berendam di dalam kolam sebelum sambung permainan di waktu malam pula. Yang lelaki pula sudah mula membakar arang untuk menu bbq. Tempat pemanggang, kipas dan arang sudah disediakan.


Malam itu juga kami adakan aktiviti tukar-tukar hadiah. Semua aktiviti di waktu malam kami lakukan di dalam rumah sahaja. Selepas tamat segala aktiviti, ada yang sambung berendam di dalam kolam, lepak sambil berborak dan ada yang masuk ke dalam bilik untuk tidur. Ai salah seorang daripada yang nak masuk tidur.


Bukan apa, ai ni sejenis susah nak tidur kat tempat baru. Memang dah tau akan terjaga beberapa kali di tengah malam, jadi ai cuba lah tidur awal walaupun hakikatnya mata ni tak nak lelap pun. Ai tetap tidur selepas pukul 12 juga.


Keesokkan harinya, selepas bersarapan dan berendam lagi di dalam kolam, kami bersiap-siap untuk pulang. Tepat pukul 12 tengahari kami keluar dari villa dan menuju ke Pantai Seri Purnama. Ai pertama kali pergi ke pantai ini.


Pantai Seri Purnama, Port Dickson

Kalau korang tak suka bersesak di Pantai Teluk Kemang, korang boleh pergi ke Pantai Seri Purnama. Orang tak ramai. Sama ada mereka tak tahu atau pun tak mahu ke situ. Tapi pantai ini tiada jualan barangan seperti di Pantai Teluk Kemang. Hanya ada sebuah kedai makan sahaja. Pergi ke mana-mana pun ada baik dan buruknya. Tak ada yang sempurna.




Selepas bermain layang-layang dan sesi bergambar, kami pulang ke rumah masing-masing dengan keletihan. Dan keletihan itu ai rasakan sehingga ke hari ini. Huh, faktor usia agaknya. Walau bagaimanapun, percutian bersama keluarga sentiasa menjadi percutian yang meriah dan menyeronokkan kalau korang bukan seorang yang anti sosial.




aisyaismail

Saturday 17 August 2019

BLACK

August 17, 2019 8
BLACK
Assalamualaikum and hye readers.



Selain daripada drama Goblin, drama Black juga pernah viral semasa ditayangkan sekitar tahun 2017. Macam biasalah, ai tak layan benda-benda viral mengikut musim. Ai lebih kepada ikut mood. Kalau dah tak nak tu, korang pujuk lah macam mana pun, jarang ai terpedaya dengan pujuk rayu korang. Hehehe! Setahun selepas itu, barulah nak tengok sebab terbaca sinopsis macam best je. 




Sinopsis

Black mengisahkan tentang Kang Ha-ram (Go Ara), seorang gadis yang boleh meramal dan melihat cara kematian seseorang. Kebolehannya diketahui oleh seorang detektif, Han Moo-gang (Song Seung-heon) dan memintanya membantu dalam menyelesaikan satu kes. Pada mulanya Ha-ram enggan membantu, tetapi lama kelamaan beliau akur. Walau bagaimanapun, Moo-gang terkorban di dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat membeli belah.


Selepas kematian Moo-gang, Grim Reaper #444 (Kim Tae-woo) yang sedang menjejak kehilangan rakannya yang melarikan diri, memasuki ke dalam badan Moo-gang untuk memudahkannya menjejak rakannya tersebut. Orang lain ingatkan Moo-gang yang telah mati hidup kembali, hakikatnya itu adalah Grim Reaper #444 yang digelarkan sebagai Black. Black (Song Seung-heon) mula mengambil alih tugas Moo-gang sebagai detektif sambil menjejak roh tersebut.


Dalam mencari rakannya yang melarikan diri, pelbagai peristiwa dan tanda tanya terungkai. Black mula ingin mencari siapa dirinya sebelum menjadi Grim Reaper #444 dan apa kaitan dia dengan orang-orang di sekeliling Moo-gang. Ada juga diselitkan cerita cinta di antara Black, Ha-ram dan juga pengobanan. 


Ulasan

Mula-mula ai nak cakap cerita Black ni lambat. Banyak kali ai cepatkan drama tersebut. Haa, inilah kelebihan bila tak tengok di tv. Hehehe! Tapi, jalan cerita dia menarik sangat dan ai syorkan untuk korang tengok. Walaupun ai asyik cepatkan, tapi lepas tengok satu episod, nak tengok episod seterusnya sebab tertanya-tanya apa yang terjadi pada itu dan ini. Tipu lah kalau tak ada kisah cinta. Drama Korea kot. Tapi sikit je, sebab cerita ni memang tak fokus tentang cinta.


Lagi satu yang menariknya cerita Black ni, setiap watak yang diwujudkan bukanlah saja-saja. Semua watak berkait di antara satu sama lain yang akhirnya merungkai kepada satu persoalan yang paling besar, bagaimana kematian Black. Kelainan plot yang berubah dari semasa ke semasa menambahkan keseronokan dalam menonton. Kalau korang tak tengok lagi cerita Black ni, mesti korang tak akan menyangka punca kematian Black yang sebenarnya. 




aisyaismail

Thursday 15 August 2019

BERCUTI DALAM LADANG - AGROFARMSTAY MELAKA

August 15, 2019 10
BERCUTI DALAM LADANG - AGROFARMSTAY MELAKA
Assalamualaikum and hye readers.



Bila bercakap tentang destinasi percutian, jarang sangat terlintas dalam kepala ai untuk bercuti di Melaka. Mana tidaknya, tak perlu bercuti pun ai memang dah selalu balik ke Melaka untuk melepaskan rindu pada mak dan baba di sana. Bila dah masuk rumah tu, memang berat kaki ai nak keluar balik.


Tanpa dirancang, ai dan Encik Husband telah pun membuat keputusan untuk menginap di Agrofarmstay Melaka pada cuti merdeka tahun lepas. Ya, ini cerita tahun lepas tapi ai baru nak ceritakan kat korang.




Kemas-kemas baju, kami balik rumah mak baba dulu dan keesokkannya barulah kami bergerak ke Agrofarmstay Melaka. Dekat je, dalam lima belas minit perjalanan. Tapi kami berdua sesat ya. Hahaha! Perjalanan terus jadi dekat satu jam. Semua waze punya pasal bawa jalan salah. Hahaha!


Di Agrofarmstay, korang boleh pilih untuk duduk di villa jika datang beramai-ramai atau di bilik untuk yang tidak ramai. Ai pilih bilik sahaja. Untuk dua orang je kan, tak kan lah ai nak duduk villa berdua je. Tapi jujur ai cakap, villa dia cantik dan besar. Tapi di bahagian dalam tak tahu lah sebab ai tak masuk.


Bilik yang kami duduk biasa-biasa je. Bayangkan macam korang duduk dalam homestay dekat kampung. Suasana di Agrofarmstay Melaka ni memang macam dalam kampung. Malam-malam sejuk dan bunyi cengkerik memang tak putus-putus. Pemandangan dia, segar mata memandang. Terutamanya di waktu pagi. Ahhhh! Rindunya suasana kampung!






Agrofarmstay ni pada ai lebih sesuai untuk korang yang sukakan aktiviti. Kalau datang secara berkumpulan memang seronok sebab konsep dia macam homestay dan bukannya hotel. Makan minum korang kena cari di luar kerana tiada kafe atau restoran di situ. Tapi untuk yang duduk di villa, ada dapur dan korang boleh masak sendiri. Kalau korang malas nak masak, khidmat katering ada disediakan. Tapi dah nama pun katering, kalau datang berdua, takkan nak katering juga.


Kalau korang pergi Agrofarmstay ni, jangan lupa bawa tuala mandi ya kerana tuala tidak disediakan. Jangan datang dengan harapan dilayan macam di hotel pula. Kalau nak layanan yang macam tu, lebih baik korang cari hotel je.




Perkara yang korang tak perlu risau di sini adalah aktiviti. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, sukaneka, berkayak, aktiviti kerohanian dan macam-macam lagi. Korang hanya perlu tempah aktiviti itu terlebih dahulu sahaja. Kolam renang pun ada. Tapi macam ai cakap tadi, jangan lupa bawa tuala mandi sendiri. Nak menunggang kuda pun ada. Tapi masa ai pergi tahun lepas, jurulatih kuda tak ada, jadi ai tak boleh nak naik kuda. Sekarang ai tak pasti lah dah ada ke belum.


Kawasan di Agrofarmstay Melaka memang sangat luas. Sesuai sangat untuk buat hari keluarga atau reunion. Ada dusun dan haiwan ternakan seperti kuda, kambing, ayam, itik dan arnab. Bolehlah kenalkan kat anak-anak korang. Yang duduk kat bandar tu, asyik tengok dalam buku je kan. Kalau nasib korang baik datang semasa musim buah-buahan, korang boleh makan buah di situ. Tapi tak boleh bawa keluar.






Oh ya, ai suka konsep dewan di Agrofarmstay Melaka. Dewannya berkonsepkan terbuka. Macam pondok yang besar. Dan di sana juga korang boleh adakan acara bergambar di pelbagai lokasi. Tapi sila perhatikan anak-anak korang setiap masa. Seronok memang seronok, keselamatan harus dijaga. Jangan bagi mereka bermain sendirian. Lebih-lebih lagi berhampiran tasik.





Untuk ke Agrofarmstay Melaka, korang hanya perlu waze je. Jangan terlepas simpang macam kami tau. Lepas tu salahkan waze yang bagi salah jalan. Hahaha!




aisyaismail

Thursday 8 August 2019

AYAM SWEET SOUR ADUHAI SERIBU KALI SAYANG

August 08, 2019 9
AYAM SWEET SOUR ADUHAI SERIBU KALI SAYANG
Assalamualaikum and hye readers.



Rasa Ayam Sweet Sour Aduhai Seribu Kali Sayang yang ai nak kongsikan ni ada ala-ala rasa ayam masak merah. Cuma resipi ni masam sikit lah. Dah nama pun sweet sour kan, tak kan nak rasa masin pula. Hehehe! Ai suka sangat makan ayam masak merah, tapi setiap kali masak sendiri mesti rasa dia pelik. Dapat yang lebih kurang rasa pun dah ok lah kan.




Bahan-bahan

1. 1/4 ekor ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan serbuk blackpeper
3. Minyak masak
4. 2 sudu makan cili kisar
5. 1 biji sederhana bawang merah diracik kecil
6. 1 ulas bawang putih diracik kecil
7. 1 biji bawang besar dipotong besar
8. 1 sudu makan sos tomato
9. 2 sudu makan so cili
10. 1 sudu makan minyak ikan
11. 1 inci halia dihiris
12. Air secukupnya
13. Garam secukup rasa
14. 1 sudu teh gula
15. Sedikit sayur



Cara-cara

1. Gaulkan ayam bersama serbuk blackpaper dan perapkan dalam setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi. Kalau suka garing boleh garingkan, kalau tidak cukup sekadar ayam itu masak.
3. Keluarkan minyak gorengan ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih yang telah diracik sehingga garing.
4. Masukkan halia, sos cili, sos tomato dan minyak ikan dan gaulkan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air dan kacau-kacau sehingga mendidih. Air ikut sukatan kuah yang korang nak. Tapi jangan banyak sangat, nanti kuah jadi cair. Kalau air korang terlebih, biarkan lama sedikit sehingga kuah pekat semula.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul-gaulkan sehingga sebati.
7. Masukkan bawang besar, gula dan garam secukup rasa dan sedikit sayur. Sayur tu ikutlah korang suka sayur apa. Ai letak sayur hijau je. Sebab sayur tu memang ada dalam peti ais. Gaul-gaulkan sehingga sempurna.
8. Siap untuk dihidang.




aisyaismail

Sunday 4 August 2019

SEMANGAT UNTUK HARI ESOK

August 04, 2019 13
SEMANGAT UNTUK HARI ESOK
Assalamualaikum and hye readers.



Akhir-akhir ni badan ni rasa lesu je. Lemau! Rasa macam nak buat apa-apa pun malas. Mungkinkah kerana faktor usia? Tak mungkin! Ada makcik pakcik yang berumur lewat 50an pun masih aktif dan bertenaga. Apalah sangat kita yang masih muda walaupun bukan di dalam kategori belia lagi.


Dalam tahun ni, ai rasa ai dah menjaga makan sebaik mungkin. Ai dah kurangkan makan makanan segera dan juga makanan ringan. Mee segera tu, boleh dikira dengan jari berapa kali je ai makan. Nak terus buang tabat makanan tak sihat tu memang susah lah sebab pergi mana-mana pun ai akan jumpa makanan-makanan yang tak sihat ni.


Bila ai termenung dan merenung ke luar jendela, mulalah banyak berfikir. Ai tak sihat ke? Sakit ke? Macam-macam perkara negatif masuk dalam kepala ni. Tak ada benda yang baik. Sebab tu ai tak suka mula berfikir. Tapi apa nak jadi kalau tak nak berfikir?


Mungkin badan ai lesu kerana ai tak bersenam. Bukan kurang ya, tapi memang langsung tak bersenam. Setakat naik turun tangga je lah. Nak jalan kaki lebih sikit pun malas. Cuaca panas kan. Hehehe! Kena buat sesuatu ni. Esok nak mula berjogging lah. Buat masa ni senaman ringan dulu kat rumah. Takut terkejut pula tiba-tiba berjogging.




Harapnya azam ni bukan hanya tinggal azam seperti azam-azam yang sebelum ni. Dah nekad habis nak amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan jaga senaman, in syaa Allah badan ni akan lebih bertenaga. Ada juga rasa nak ikuti program kuruskan badan, tapi sebab nak stamina je lah. Bukan nak kurus pun. Tapi memandangkan ai susah nak ikut jadual yang ditetapkan, ai jadi malas. Malas lagi!


Kita tengok je lah esok jadi nak jogging ke tak. Harap mood tak kelaut. Dan semoga lepas ni takde lah rasa malas lagi nak buat semua benda. Chaiyokk!




aisyaismail

Friday 2 August 2019

WAJAH BARU BEDAK AGNESIA DENGAN WANGIAN YANG MENYEGARKAN

August 02, 2019 12
WAJAH BARU BEDAK AGNESIA DENGAN WANGIAN YANG MENYEGARKAN
Assalamualaikum and readers.



Sebut sahaja bedak Agnesia, ai terus teringatkan bedak dalam tin empat segi yang mak ai akan lumur di kulit ai setiap kali ai mengalami kegatalan. Sampai sekarang pun ai masih gunakannya, tapi dah tak jumpa lah yang dalam tin macam dulu.


 Bedak Agnesia


Lebih 80 tahun berada di pasaran

Bedak Agnesia ni dah boleh sangat kalau nak digelarkan sebagai bedak legend. Kenapa ai cakap bedak legend? Sebab jenama Agnesia sudah lebih 80 tahun berada di pasaran. Maknanya zaman atuk nenek kita dulu pun dah ada bedak ni.


Selalunya, barang yang bertahan lama di pasaran adalah barang yang lebih bagus dari yang baru. Kalau tak, takkan lah produk itu bertahan berpuluh tahun lamanya. Betul tak? Banyak je produk yang tak kekal di pasaran dan tak banyak yang bertahan. Agnesia salah satu jenama yang mampu bertahan  di dalam pasaran.


Wajah baru dengan wangian yang menyegarkan

Bedak Agnesia sekarang sudah berwajah baru di bawah rangkaian Beau Care dengan haruman lavender dan ros yang pasti menenangkan. Ai lebih suka bau lavender. Tapi, ada juga yang lebih gemarkan bau ros. Ikut selera bau masing-masing.


 Bedak Agnesia


Jenama bedak Agnesia tidak mengandungi asbestos dan terbukti mampu untuk membasmi 99.9% bakteria. Rumusan bedak Agnesia Hygiene Care memang terkenal dengan melegakan dari kegatalan kerana ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine.


Bedak ini juga mampu menyerap lembapan yang berlebihan pada kulit. Maklum sahaja lah, cuaca di Malaysia ni memang senang buat badan kita berpeluh. Bedak Agnesia merupakan pilihan yang terbaik kerana mampu menyegarkan dan mengeringkan kulit. Kering daripada kelembapan dan gatal tau. Bukan kering yang sampai dehidrasi. Jangan silap ok.


Bedak Agnesia disahkan halal

Paling penting, bedak Agnesia sudah disahkan Halal. Jadi, tak perlu perlulah korang nak risaukan tentang isu halal dan haram bedak ini. Bedak Agnesia sangat sesuai dan elok digunakan setiap kali selepas mandi. Bedak ini juga selamat dan sesuai untuk kegunaan anak dan juga seisi keluarga.

Kebetulan kakak ai tengah mengandung anak yang ketiga. Masa ai letak gambar bersama bedak Agnesia di instagram, dia minta ai hadiahkan satu set bedak ini untuk kelahiran anaknya nanti kerana dia memang gunakan bedak ini sejak anak yang pertama. Bedak Agnesia mampu milik, jadi ai tak ada masalah untuk hadiahkan kepadanya.


 Bedak Agnesia



Di mana bedak Agnesia boleh didapati?

Tak susah pun nak cari bedak Agnesia ni. Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan juga 99 Speedmart. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/AgnesiaMY/.




aisyaismail