June 2020

Monday 29 June 2020

TARIKAN BARU DI TAMAN TASIK SHAH ALAM

June 29, 2020 35
TARIKAN BARU DI TAMAN TASIK SHAH ALAM
Assalamualaikum and hye readers.



Dari zaman bujang dulu sampailah dah berkahwin, ai dan Encik Husband suka pilih tempat-tempat di luar shopping mall untuk dating. Tapi sejak pembedahan laparoscopy bulan Januari tahun lepas, ai dah mula rasa malas nak berjalan penat-penat dan berpanas. Senaman jauh sekali. Konon-konon tak nak lasak-lasak, padahal memang malas. Teruk!


Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ai nak pergi berkelah. Berkelah tepi tasik je. Jauh nak cari pantai. Rancangan awal memang nak pergi Putrajaya dengan keluarga mertua. Bila dah hari kejadian, semua tak jadi. Batal terus perkelahan idaman ai. Sedih! Hahaha! Tak nak kecewakan ai, Encik Husband ajak ai jalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam. Tasik Shah Alam pun boleh lah.




Imbau kenangan di Taman Tasik Shah Alam 


Siapa yang biasa dengan Shah Alam atau pernah belajar di UiTM Shah Alam mesti biasa dengan Taman Tasik Shah Alam kan? Alaaa tempat pelajar-pelajar UiTM jogging atau dating tu. Termasuk lah ai sekali. Huhuhu. Jalan 1 meter jumpa kawan satu U, jalan lagi 1 meter jumpa acik kerja kat kafe, jalan lagi 1 meter jumpa senior. Memang muka-muka yang dikenali je.


Waktu sampai Tasik Shah Alam tu, ai tengok biasa je. Cuma dah banyak tempat permainan baru untuk kanak-kanak depan tasik. Kanak-kanak bermain dan berlari dengan gembira tanpa hiraukan COVID-19 yang masih berlegar-legar di atas muka bumi ini. Penjarakan sosial tak payah cakap lah. Baik budak-budak, mak budak, kakak budak, abang budak mahupun atuk nenek budak dah lupa terus dengan virus. Tak semua yang terlupa. Ada yang masih beringat jauhkan diri dari orang sekeliling. Tapi kebanyakannya. Haihhh!


Ok berbalik pada Tasik Shah Alam tadi, masa kami sampai tu kami cari tempat duduk dulu. Makan ABC Fredo, tapau di Seksyen 2 sebelum ke tasik. Sedap! Terimbau zaman dating dulu-dulu. Lepak depan tasik makan ABC. Bezanya sekarang dah halal. Alhamdulillah.


Tarikan baru di Taman Tasik Shah Alam


Dah habis semangkuk ABC Fredo, ai pergi ke Jambatan Kanopi yang ai nak pergi dari tahun lepas tapi tak pergi-pergi tu. Jambatan Kanopi ni gabungan jambatan biasa dan jambatan gantung dan dah ada sejak tahun lepas. Tapi tarikan baru untuk ai sebab ai baru dapat tengok depan mata. Ianya terletak di atas darat, bukannya air. Hahaha!




Serius dari tempat ai makan ABC, ai tak perasan dah jambatan tu. Padahal kat belakang je. Sebab sebelum ni seingat ai jambatan tu nampak jelas dan ada pokok menjalar di kaki jambatan. Tapi semalam pokok menjalar tu dah menjalar ke seluruh jambatan. Cantik sangat. Teruja betul ai. Memang cantik untuk ambil gambar.


Siap ada menara tinjau pula tu. Kalau korang nak ambil gambar dengan pemandangan yang lebih cantik, rajin-rajin lah panjat menara tinjau tu. Mesti korang tak menyesal. Alah, bukan tinggi sangat. Macam naik tangga rumah teres dua tingkat je.




Satu benda yang ai tak gemar, sebelum lalu dekat jambatan gantung tu dah terang-terangan tulis maksima 6 orang. Tapi yang lalu melebih-lebih pula. Tau lah jambatan tu tak tinggi. Kalau jatuh sakit sikit je. Tapi tetap sakit dan menyakitkan mata tengok harta awam musnah sebab manusia tak faham bahasa atau memang jenis tak suka ikut peraturan ni. Kalau harta sendiri tak apa lah juga.


Lepas dah puas kat atas tu, ai turun bawah dan bagi peluang orang lain pula nak nikmati keindahan alam dari atas jambatan dan menara tinjau tu. Buat pusingan separuh tasik dulu sebelum balik. Konon-konon bersenam lah tu, sampai rumah pengsan terus. Sakit otot sampai hari ni. Hahaha!


Lepas ni ai nak ajak Encik Husband jalan-jalan kat tasik selalu lah. Dengan harapan badan sihat minda cerdas. Kalau boleh ai nak jejak tasik 1 Malaysia. Boleh lah ai tulis dalam blog untuk korang baca. Harap-harap Encik Husband akan sokong minat baru ai ni. Aamiin! Hahaha! Ok, ai nak buat senarai tasik-tasik di Malaysia.




P/s : Lain kali kalau pergi, ai amik gambar rupa paras jambatan tu. Tak pun korang google je lah. Huhuhu!




aisyaismail

Tuesday 23 June 2020

TERINGIN MAKAN DI BRUH KITCHEN, MELAKA. TAPI.....

June 23, 2020 24
TERINGIN MAKAN DI BRUH KITCHEN, MELAKA. TAPI.....
Assalamualaikum and readers.



Bukan main teringinnya. Ada apa-apa ke tu? Hahaha! Tak ada apa nya. Bukan ai yang teringin, tapi Encik Husband yang teringin. Daripada beberapa bulan lepas dia dah sebut-sebut. Siap paksa ai tengok instagram Bruh Kitchen lagi. Tapi nak buat macam mana, dah PKP dan dari Selangor tak boleh merentas ke Melaka.




Kalau tengok kat instagram Bruh Kitchen tu, memang lah semuanya nampak sedap. Lebih-lebih lagi kambing dia tu. Tapi ai tak makan kambing jadi ai tak adalah beriya nak makan kat situ.


Teringin makan di Bruh Kitchen, Melaka. Tapi.....


Jumaat lepas, Encik Husband buat surprise bila pagi-pagi dia dah sampai di Melaka. Masa tu ai dengan mak dan baba tengah bersarapan. Ingatkan bangla mana lah bagi salam kot nak jual carpet. Hahaha! Lepas tu tak habis-habis ajak ai keluar tapi taknak bagitahu pergi mana. Katanya nak dating. Tapi ai kenal sangat Encik Husband ni, kalau beriya sangat ajak keluar, mesti dia dah ada lokasi yang nak dituju.


Bila dah balik Melaka tu, memang liat sangat lah nak keluar. Malas je memanjang. Lepas Asar baru kami keluar. Lepas beli barang sikit, kami nak teruskan perjalanan ke destinasi yang belum tahu hala tuju tu. Tapi malang tak berbau. Tayar kereta bocor pula. Nasib baik ada tayar simpanan.


Bersungguh Encik Husband tukar tayar kereta tepi jalan. Ramai pula yang menegur. Baik-baik orang Melaka ni. Love korang.




Masa ni kitorang memang dah batalkan 'dating' petang tu. Nak cari kedai tayar je sekarang ni. Dah siap tukar tayar, tayar simpanan pula tak ada angin. Kereta tak boleh nak bergerak. Encik Husband buka lagi sekali dan pergi pam di stesen minyak. Nasib baik ada Petron yang berhampiran. Dah selesai semua, kami terus pergi ke kedai tayar di Malim, Melaka. Langgar kaca kata orang yang tampal tayar tu.


Malam tu lepas makan malam, Encik Husband ajak keluar lagi sekali. Kali ni baru lah dia cakap betul-betul nak pergi cari Bruh Kitchen. Ok, jom. Dah balik KL nanti bila pula lah nak pergi. Kalau balik sekejap-sekejap ai memang malas nak keluar.


Makan di Bruh Kitchen, Melaka


Bruh Kitchen ni macam kafe hipster juga. Tapi kalau korang nak makan dalam kedai yang ada penghawa dingin, di sini bukan tempatnya. Menu dia, ada pelbagai. Lamb Chop, Chicken Chop, Meatball, Spaghetti dan macam-macam lagi lah.




Paling best, dia ada Manggo Cheesecake yang sedap. Ai memang pencinta Manggo Cheesecake, tapi setakat hari ini baru ada tiga tempat je yang betul-betul kena dengan selera ai. Kulacakes, air tangan BFF ai dan yang terbaru di Bruh Kitchen.


Kami order Manggo Cheesecake, set meatball dan juga strawberry smoothies. Bungkus je, malas makan kat situ. Nanti macam-macam nak di beli. Dah lah sebelum keluar dah makan malam. Kami beli dan makan di Pantai Klebang. Haaaa.. ni baru lah namanya dating! Hehehe!




Sedap juga meatball dia. Cuma kuah dia cair sikit. Kalau pekat tu, memang ngam sangat-sangatlah. Tak apa, nanti lain kali kami nak repeat makan kat situ. Tapi nak pergi ramai-ramai, baru lah meriah. Kalau korang nak usha-usha Bruh Kitchen, korang pergi teengok intagram @bruhkitchen je. Tengok gambar je pun dah rasa lapar.




aisyaismail

Saturday 20 June 2020

BARANG YANG DITUNGGU SUDAH TIBA

June 20, 2020 17
BARANG YANG DITUNGGU SUDAH TIBA
Assalamualaikum and hye readers.



Pernah tak korang nak kan sesuatu, tapi setelah survey berpuluh kali korang masih tak beli barang yang korang nak kan tu? Hati memang rasa nak sangat, tapi duit untuk beli barang yang korang nak tu macam lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.


Ai ada satu barang yang ai nak sangat-sangat tapi tak juga beli-beli. Lama dah ai survey. Dari tahun lepas lagi. Ai nak beli 'ring light'. Bukan benda penting pun sebab tu tertangguh bertahun lamanya. Survey tetap survey, cuma beli je tidak. Sampai lah ada sorang kawan ai buat review ring light yang dibeli di media sosial dia. Terus ai buka link yang dia bagi laju-laju.


Kali ni memang dah nekad nak beli. Lepas survey link yang dia bagi, ai tak berkenan pula sebab tripod dia tak berapa tinggi dan ada review yang tak menyenangkan untuk dibaca. Barang nak pakai lama kenalah beli yang betul-betul boleh buat kita puas hati.


Hasil tekun mencari akhirnya ai jumpa dengan ring light yang ai berkenan sangat. Semua kriteria yang ai nak ada pada dia. Lampunya lebih besar dari kebanyakan ring light yang ai dah survey. Siap boleh tunduk-tunduk pula tu. Tripod dia pula boleh naik tinggi. Ai pun tak tahu kenapa ai nak tripod yang tinggi sedangkan ai ni tak tinggi pun.




Masa survey tu, adalah satu dua review yang tak sedap dibaca. Tapi sebab dah nak sangat ai pejamkan mata je. Dalam setandan pisang tak semuanya elok. Mesti ada terselit yang tak boleh dimakan.


Barang yang ditunggu telah tiba


Lepas buat pembayaran, ambil masa 2 minggu lebih juga untuk sampai dari luar negara. Bia dapat bungkusan tu memang teruja. Tapi kecewa tengok cara pembungkusan. Tak terjamin langsung keselamatan ring light idaman ai tu. Dah lah dari luar negara, balutan plastik bubble nipis sangat dan tak ada pelekat 'fragile'. Nasib baik barang dalam keadaan elok. Kalau tak mesti sakit hati.


Cuba punya cuba, ok ai suka sangat. Masalah pembungkusan kita lupakan. Hahaha! Kualitinya sangat bagus  dengan cahaya lampunya yang terang dan boleh diubah dengan tiga warna yang berbeza, warm light, warm white dan white light. Siap boleh laraskan mod cahaya lagi. Kalau nak terang boleh terangkan, kalau tak suka boleh malapkan cahaya.






Barulah syok nak selfie berangan depan kamera. Hari tu ai dah cuba. Hasilnya memang puas hati tengok muka sendiri. Habis semua jerawat jeragat nampak. Hahaha! Nanti kalau ai rajin ai selfie yang elok sikit dengan menggunakan ring light tu dan kongsikan dengan korang. Rajin-rajinlah stalk instagram @aisyaismail_ai. Jangan lupa klik butang 'follow' juga tau.


Kalau korang nak beli juga, korang klik je link shopee ni https://shopee.com.my/product/193185667/6828980624. Beli lah cepat sebelum habis. Lepas ni ai nak beli table top stand dengan backdrop support stand. Kita tengok lah nanti berapa lama pula ai nak survey barang-barang tu.


P/s : Ini bukan review berbayar. Ikhlas dari hati.




aisyaismail

Thursday 18 June 2020

SYAWAL 2.0? DI MANA PENJARAKAN SOSIAL?

June 18, 2020 31
SYAWAL 2.0? DI MANA PENJARAKAN SOSIAL?
Assalamualaikum and hye readers.



Yeayy! Dapat juga beraya bersama keluarga di dalam bulan Syawal tahun ni. Syawal 2.0. Walaupun tak cukup adik-beradik yang berkumpul, tapi dah cukup untuk mengubat rindu pada keluarga yang dah 3 bulan tak jumpa. Chewah! Macam lah 3 tahun tak jumpa. Hahaha!




Sebelum PM umumkan rakyat Malaysia dah boleh rentas negeri, ai memang dah rancang nak ambil cuti selama seminggu dan mohon untuk rentas negeri di balai polis. Bukan niat nak beraya atau berdegil nak duduk bawah ketiak mak tau. Hahaha! Tapi ai nak sambung jaga baba yang baru keluar hospital. Cuti kakak ai dah habis.


Pada yang mendoakan kesihatan baba masa dia dalam hospital, terima kasih banyak-banyak ai ucapkan. Baba dah keluar hospital pada 5 Jun haritu. Setengah bulan baba duduk dalam hospital. Doktor sahkan luka dalam perut baba adalah ulser. Nampaklah perkembangan yang positif pada baba bila dapat cari punca penyakit tu.


Orang kata, kalau niat tu dah baik, in syaa Allah akan dipermudahkan segala urusan. Tiba-tiba PM umumkan yang kita semua dah boleh rentas negeri. Ini sudah baik. Tak payahlah ai nak beratur kat balai polis. Terus ai dan adik-beradik pakat balik kampung pada hari Sabtu lepas.


Alang-alang ramai yang kebetulan cuti, kami sambutlah raya beramai-ramai. Kalau tak kena tunggu hari raya Aidiladha nanti. Lepaslah rindu selama 3 bulan tak berjumpa. Ramai kami tu, masih tak melebihi 20 orang tau. Sah di sisi undang-undang.




Syawal 2.0? Di mana penjarakan sosial?


Sebelum ni, bila ai tengok gambar raya kawan-kawan bersama keluarga, terdetik di hati ni di mana penjarakan sosial? Bergambar rapat-rapat macam tak ada masalah. Tapi masa ai sampai di kampung hari Sabtu yang lepas, ai cuba tak dekatkan diri dengan keluarga yang dah sampai lebih awal. Tidak bersalaman dan tak ada peluk cium seperti biasa di antara kami.


Selepas semalaman duduk di bawah satu bumbung, barulah berani bersalam-salaman, bermaafan dan bergambar tanpa penjarakan sosial di pagi 22 Syawal. Begitu juga dengan kawan-kawan yang bergambar sebelum ni, mungkin ada cerita di sebalik setiap gambar tanpa penjarakan sosial rakan-rakan ai di media sosial.


Moral cerita, kalau kita rasa tak puas hati simpan je dalam hati atau terus luahkan pada mereka yang kita tak puas hati tu. Sebab kita tak tahu kisah di sebalik apa yang kita lihat di media sosial tu. Kalau ada yang silap, lebih baik tegur pada tuan yang empunya badan daripada naikkan status yang belum tentu dapat mengubah apa-apa. Annoying sangat tau! Peringatan untuk diri ai sendiri juga yang selalu bersangka buruk pada orang lain. Lepas tu mengeluh di twitter. Hihihi!


P/s : Baju raya ai dari Lubna




aisyaismail

Friday 12 June 2020

TIDUR TAK LENA? CUBA TIPS INI

June 12, 2020 30
TIDUR TAK LENA? CUBA TIPS INI
Assalamualaikum and hye readers.



Sejak dicutikan dari berkerja Mac yang lalu, ai rasa dah jadi tunggang terbalik masa tidur ai. Selalu sangat tidur lambat. Lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan. Mentang-mentang lah cuti, ai tidur lepas Subuh terus. Ish.. ish.. Teruk betul. Bukan apa, dah alang-alang tidur lambat baik sahur terus.


Bila dah mula berkerja semula, nak kena betulkan balik masa tidur tu, payah nya. Sampai tak lena tidur malam bila nak kena ubah semula ke jadual tidur yang asal. Tapi, penting untuk kita dapatkan tidur yang lena dan cukup setiap malam. Barulah bangun pagi terasa segar. Nak berkerja pun tak terasa mengantuk sepanjang masa. Sekadar rehat tanpa tidur pun tak cukup untuk mengembalikan tenaga korang. Badan akan tetap terasa penat. Tau pun!




Dengan tidur yang cukup setiap hari, badan boleh terhindar dari pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Percaya atau tidak, tidur yang cukup juga boleh melancarkan proses pembuangan korang keesokkan harinya. Sebab tu kalau korang perasan korang akan buang air kecil atau besar bila bangun tidur. Tidur pun boleh mengelakkan stress tau! Jom lah sama-sama amalkan tips tidur lena supaya kita dapat tidur yang cukup setiap malam.


Kosongkan fikiran sebelum tidur


Bila korang dah baring nak tidur tu, jangan lah memikirkan hal dunia. Fikir nak tidur dan nak bangun keesokkan harinya sahaja. Bila banyak berfikir sebelum tidur, ditakuti akan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Seolah-olah korang masih sedang berfikir sambil tidur. Bila bangun keesokkan harinya, korang akan berasa lesu dan penat macm tak tidur semalaman. Siapa yang pernah macam ni?


Letak telefon pintar jauh-jauh


Masalah zaman sekarang ni bila terlalu ramai yang mengadap telefon tanpa had. Sebelum tidur tu dikatakan waktu yang baik nak layan telefon sambil tunggu mata nak terlelap. Tapi sebenarnya, makin korang layankan telefon tu makin lama korang terhanyut. Kalau sekadar sosial media ok lagi, jangan mulakan dengan bermain game. Sejam kemudian pun belum tentu korang tidur.


Udara yang segar




Udara dalam bilik yang segar dapat membantu kita untuk tidur dengan lebih mudah dan cepat. Sekarang kan ada aroma terapi yang bentuk burung hantu tu. Beli lah satu. Kalau nak jimat duit, korang bakar je lah lilin aroma terapi. Nak jimat lagi? Tak perlu bau pun boleh tidur juga.


Bilik tidur kemas dan bersih


Keselesaan adalah perkara yang penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Sebab itu lah pentingnya memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih. Barulah udara dalam bilik tu segar dan wangi. Beraroma terapi pun tak guna tau kalau bilik kotor.


Bantal yang selesa


Pada ai, keselesaan bantal ini adalah subjektif. Ada yang suka tidur guna bantal lembut, ada yang suka keras. Ada yang suka kecil ada juga yang sukakan bantal besar. Ai sendiri ada kriteria bantal yang ai selesa. Kalau tak dapat, bangun pagi selalunya mesti sakit leher.


Cahaya yang sesuai


Jangan tidur di dalam cahaya yang terlalu terang. Sudah memadai jika tidur menggunakan lampu tidur yang malap.


Warna bilik tidur




Ada kena-mengena ke? Ya, mestilah ada. Warna bilik tidur juga mempengaruhi keselesaan seseorang untuk mendapatkan tidur yang lena. Warna yang sesuai adalah warna-warna yang lembut. Warna lembut mampu menjadikan suasana bilik lebih sejuk dan menenangkan berbanding warna terang dan garang. Warna gelap pula membuatkan bilik korang kelihatan lebih kecil.


Jam penggera / alarm


Kalau korang jenis yang susah nak bangun tidur tanpa penggera, tak salah korang nak setkan di telefon pintar masing-masing. Tapi set lah di waktu korang betul-betul nak bangun. Bunyi jam penggera yang berulang kali akan mengganggu tidur lena korang. Elakkan juga bunyi-bunyian yang membuat korang tidak selesa untuk tidur.


Waktu tidur inilah peluang untuk badan dan minda berehat dan membuat persediaan untuk memulakan hari yang lebih baik keesokkan harinya. Korang nikmatilah tidur yang secukupnya setelah berkerja keras sepanjang hari. Barulah korang sentiasa cergas dan kurang stress.




aisyaismail

Sunday 7 June 2020

RESIPI TELUR BUNGKUS ENGKAU LAKSANA BULAN

June 07, 2020 36
RESIPI TELUR BUNGKUS ENGKAU LAKSANA BULAN
Assalamualaikum and hye readers.



Telur bungkus adalah salah-satu menu yang wajib order bila ai makan di kedai tom yam. Kalau tak ada telur bungkus ni rasa macam tak lengkap lah pula. Siapa yang sama macam ai? Tom yam campur, sayur kailan ikan masin dan telur bungkus. Sempurna menu atas meja. Hahaha!


Sejak pertama kali cuba-cuba dulu, rajin pula ai masak telur bungkus ni. Senang sahaja. Menu telur bungkus engkau laksana bulan ni untuk 5 orang makan. Memang saja ai bungkus satu-satu supaya senang nak ambil sorang satu.




Bahan-bahan

1. 1 - 2 ketul dada ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan cili kisar
3. 1/2 biji bawang besar dihiris halus.
4. 1 biji bawang besar dihiris kasar
5. 2 ulas bawang putih dihiris halus
6. 3 sudu makan sos cili
7. 2 sudu makan sos tiram
8. 2 sudu makan sos tomato
9. Sayur-sayuran potong kecil-kecil
10. Garam
11. Air secukupnya
12. 3 sudu makan minyak masak
13. 5 biji telur ayam

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris halus bersama cili kisar.
2. Setelah cili garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan dalam 50ml air berserta dada ayam yang telah dipotong kecil. Gaul rata. Fungsi air tu supaya sos tadi tak rentung.
4. Agak-agak ayam dah sebati dengan sos, masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan air setakat kuantiti kuah yang dikehendaki. Macam ai suka kuah lebih, jadi ai letak air lebih. Kacau sampai air dan sos sebati.
5. Masukkan sayur dan garam. Kacau. Agak-agak sayur dah masak boleh matikan api.
6. Goreng telur dadar dan letakkan telur di atas pinggan.
7. Letak bahan-bahan yang dah dimasak tadi di atas telur dan lipat. Kuah letak sikit je dalam telur.
8. Lepas tu susun telur yang dah dibungkus tadi dalam mangkuk.
9. Curah baki kuah ke atas telur yang telah di susun di dalam mangkuk.
10. Siap dan sedia untuk dihidangkan.


P/s : Tips lipat telur kalau nak buat telur bungkus besar terus, lepas goreng telur dadar letakkan di atas pinggan yang boleh makan berkuah tu. Lepas lipat, tutup dengan pinggan atau mangkuk yang korang nak guna untuk hidang dan terlangkupkan. Tadaaaa siap!




aisyaismail

Friday 5 June 2020

2 STATES ( FILEM HINDUSTAN ) - ARJUN KAPOOR, ALIA BHATT

June 05, 2020 4
2 STATES ( FILEM HINDUSTAN ) - ARJUN KAPOOR, ALIA BHATT
Assalamualaikum and hye readers.



Asal review filem dan drama je mesti ai akan pilih cerita Korea. Bosan pula asyik tengok cerita oppa. Kali ni ai nak review cerita Hindustan pula. Saja nak tukar selera. Cerita Melayu bukan ai tak tengok, tapi dah banyak sangat review dari blogger lain, korang google je mesti jumpa. Hahaha! Cerita Hindustan pertama yang bertuah adalah 2 States lakonan Arjun Kapoor dan Alia Bhatt. 2 States adalah adaptasi novel dan telah ditayangkan pada tahun 2014. 




Sinopsis

2 States mengisahkan tentang percintaan di antara Krish Malhotra (Arjun Kapoor) yang berketurunan Punjabi dan berasal daripada Delhi dengan Ananya Swaminathan (Alia Bhatt) yang berketurunan Tamilian dan berasal daripada Chennai. Krish merupakan seorang pemuda yang pemalu dan pendiam manakala Ananya merupakan seorang gadis yang cantik dan urban. Mereka bertemu di universiti semasa mengambil MBA. Mereka boleh dikatakan pasangan yang popular di universiti itu. Semasa di akhir pengajian mereka, Krish telah melamar Ananya dan ingin berkahwin dengannya. Mereka mempertemukan ibu bapa masing-masing di hari konvokesyen mereka. Pertemuan itu gagal kerana adat dan budaya yang sangat berlainan di antara kedua belah pihak.


Setelah tamat pengajian, Krish dan Ananya sama-sama bekerja di Chennai. Krish bekerja di bank manakala Ananya bekerja di sebuah syarikat syampu. Kedua-kedua mereka berusaha keras untuk menambat hati bakal mertua mereka. Usaha mereka menemui jalan buntu apabila ibu bapa mereka tetap tiada sefahaman di antara satu sama lain yang akhirnya membuatkan mereka berpisah. Ibu Krish seorang yang kasar dan mementingkan harta manakala ibu bapa Ananya pula sangat sopan dan tidak banyak bercakap. Perpisahan mereka menyebabkan hubungan Krish dan ibunya menjadi renggang kerana perpisahan itu berpunca daripada keegoan ibunya.

Ulasan

Pada ai cerita ni tak berat sangat walaupun ada elemen-elemen budaya dan keagamaan. Cerita santai sahaja. Pengakhiran cerita ini juga bahagia. Pelakon pun tak banyak sampai pening kepala korang nak ingat satu-satu watak dalam cerita ni. Paling ai suka, tempat Krish dan Ananya langsungkan perkahwinan mereka. Cantik! Ai tak pasti itu adalah kuil atau bukan. Tapi cantik tepi laut. Nampak lah perkahwinan ala-ala kampung di India tetapi penuh dengan adat dan kemeriahan. 


Tapi kan, satu benda yang ai perasan, cerita hindustan sekarang dah macam tengok cerita Korea juga. Hubungan pasangan yang belum kahwin tak ada beza dengan yang sudah berkahwin. Tapi masih perlukan restu ibu bapa untuk berkahwin. Hahaha!




aisyaismail

Wednesday 3 June 2020

PENGALAMAN MENJAHIT BAJU PPE

June 03, 2020 20
PENGALAMAN MENJAHIT BAJU PPE
Assalamualaikum and hye readers.





Pada awal PKP haritu, ai seperti kebanyakan rakyat Malaysia telah direhatkan di rumah dengan cuti yang panjang akibat COVID-19. Hampir dua bulan juga duduk berkurung dalam rumah. Hilang segala penat lelah tak cukup rehat selama ni.


Mungkin ada di antara korang yang berani untuk sesekali keluar rumah. Tapi ai lebih selesa duduk diam-diam dalam rumah. Diam tak diam, macam-macam menu yang ai rasa leceh nak masak sebelum ni ai dah berjaya masak. Nanti ai akan tulis dari semasa ke semasa resipi tersebut di dalam blog supaya senang untuk buat rujukan lepas ni.


Semasa di dalam tempoh PKP, ai lihat ramai juga kawan-kawan ai yang berkhidmat untuk negara dengan menjahit baju PPE untuk para frontliners. Hebat korang! Ai rasa bangga jadi kawan korang. Hehehe!


Selepas beberapa minggu jadi chef termasyur di dalam rumah, Encik Husband bagitau yang hospital tempat dia bekerja dah mula jahit baju PPE sendiri sebab nak menjimatkan kos. Tenaga kerja adalah dari kakitangan hospital juga. Jangan ingat pendapatan hospital tak terjejas tau. Akibat COVID-19, orang ramai takut nak jejakkan kaki ke hospital. Selagi boleh elak, mesti nak elak.


Beberapa hari lepas dengar cerita Encik Husband, dia minta tolong pula untuk ai jahitkan sekali. Mula-mula memang ai tak nak. Ai tak rajin nak menjahit di dalam kuantiti yang banyak. Nak cepat pula tu. Tapi bila difikirkan semula, ok ai tolong lah. Terus Encik Husband bawa balik sekayu kain. Ai ajar Encik Husband cara untuk potong kain. Dengan mak mertua ai sekali tolong potong kain tu. Ai tinggal nak jahit je.




Selain potong kain, ai ajar juga Encik Husband jahit sikit-sikit. Boleh lah dia tolong ai yang mana patut. Sweet kan laki bini sama-sama berganding bahu siapkan baju PPE tu? Hahaha! Berangan!


Ai kagum betul bila tengok kawan-kawan ai mampu untuk siapkan 50 helai baju PPE dalam masa sehari. Ai nak habiskan 10 helai pun dah terkulat-kulat. Penat tau, dengan sakit belakang lagi sebab tak ada meja potong yang betul. Tapi siap juga. Itu yang penting.


Bila dah mula bekerja semula ni, ai tak bagi Encik Husband bawa balik lagi. Takut tak terjahit pula nanti. Tapi kalau dalam kuantiti yang sedikit ai boleh pertimbangkan untuk isi masa yang terluang. Haaa siapa kata ai duduk rumah duduk lepak tak ada kerja? Korang silap ya. Banyak kerja yang ai nak kena siapkan. Korang nak tolong tak?




aisyaismail

Tuesday 2 June 2020

HARI INI HARI YANG KE-13

June 02, 2020 38
HARI INI HARI YANG KE-13
Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini sudah masuk hari yang ke-13 baba duduk bersendirian kat dalam hospital. Bersendirian maksud ai adalah tak boleh menerima pelawat sepanjang berada di dalam wad. Setiap kali telefon baba, baba akan mula bercerita macam-macam pengalaman sepanjang berada di hospital. Ceria je suara. Tapi ai tahu, baba runsing tapi tak nak kami susah hati.




Baba ceria, ai gembira. Ai tak nak tunjuk kerisauan, tak nak baba bertambah runsing. Punca baba dikejarkan ke hospital haritu adalah disebabkan tekanan darah rendah. Baba dah dehydrated dan sakit perut yang berpanjangan. Sebelum tu pun baba dah asyik pengsan. Tapi biasalah orang tua, selagi boleh tak nak jumpa doktor. Tapi akhirnya baba kecundang juga.


Dari awal baba masuk hospital iaitu pada 21 Mei 2020, doktor nak masukkan kamera ke dalam badan baba untuk melihat masalah di dalam perut. Namun, baba ada masalah darah tak stabil. Kalau tak silap ai, sehingga semalam ada lah dalam 4 beg darah dimasukkan dalam badan baba. Banyak betul!


Akhirnya semalam baba dah berjaya dimasukkan kamera di dalam badan untuk mencari punca penyakit. Terdapat luka sebesar 4cm di usus baba. Ya Allah, besarnya. Seram ai nak bayangkan. Doktor dah ambil sampel luka dan tukarkan baba daripada wad biasa ke wad surgical agar baba dapat dipantau dengan lebih teliti.


Sampel luka yang di ambil adalah  untuk memastikan ianya adalah luka biasa atau sebaliknya. Ai dan ahli keluarga memang berharap luka tu hanyalah luka biasa. Tapi sepanjang baba di hospital, baba tak ada pula mengadu sakit perut.


Terima kasih pada doktor dan nurse yang merawat dan menjaga baba sepanjang kami anak-anak tak dapat nak menjaga di hospital. Baba tak pernah mengeluh benda-benda yang tak baik di dalam jagaan mereka. Syukur alhamdulillah. Itu pun sesuatu yang menyenangkan hati kami juga.


Ai harap, keputusan sampel akan keluar dalam masa yang terdekat dan baba boleh balik ke rumah dan terus berada dalam keadaan yang sihat. Dan ai berharap, korang semua tolonglah juga doakan mak dan baba ai sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat. Aamiin.



aisyaismail