PENGALAMAN MENJAHIT BAJU PPE

Wednesday 3 June 2020

PENGALAMAN MENJAHIT BAJU PPE


Assalamualaikum and hye readers.





Pada awal PKP haritu, ai seperti kebanyakan rakyat Malaysia telah direhatkan di rumah dengan cuti yang panjang akibat COVID-19. Hampir dua bulan juga duduk berkurung dalam rumah. Hilang segala penat lelah tak cukup rehat selama ni.


Mungkin ada di antara korang yang berani untuk sesekali keluar rumah. Tapi ai lebih selesa duduk diam-diam dalam rumah. Diam tak diam, macam-macam menu yang ai rasa leceh nak masak sebelum ni ai dah berjaya masak. Nanti ai akan tulis dari semasa ke semasa resipi tersebut di dalam blog supaya senang untuk buat rujukan lepas ni.


Semasa di dalam tempoh PKP, ai lihat ramai juga kawan-kawan ai yang berkhidmat untuk negara dengan menjahit baju PPE untuk para frontliners. Hebat korang! Ai rasa bangga jadi kawan korang. Hehehe!


Selepas beberapa minggu jadi chef termasyur di dalam rumah, Encik Husband bagitau yang hospital tempat dia bekerja dah mula jahit baju PPE sendiri sebab nak menjimatkan kos. Tenaga kerja adalah dari kakitangan hospital juga. Jangan ingat pendapatan hospital tak terjejas tau. Akibat COVID-19, orang ramai takut nak jejakkan kaki ke hospital. Selagi boleh elak, mesti nak elak.


Beberapa hari lepas dengar cerita Encik Husband, dia minta tolong pula untuk ai jahitkan sekali. Mula-mula memang ai tak nak. Ai tak rajin nak menjahit di dalam kuantiti yang banyak. Nak cepat pula tu. Tapi bila difikirkan semula, ok ai tolong lah. Terus Encik Husband bawa balik sekayu kain. Ai ajar Encik Husband cara untuk potong kain. Dengan mak mertua ai sekali tolong potong kain tu. Ai tinggal nak jahit je.




Selain potong kain, ai ajar juga Encik Husband jahit sikit-sikit. Boleh lah dia tolong ai yang mana patut. Sweet kan laki bini sama-sama berganding bahu siapkan baju PPE tu? Hahaha! Berangan!


Ai kagum betul bila tengok kawan-kawan ai mampu untuk siapkan 50 helai baju PPE dalam masa sehari. Ai nak habiskan 10 helai pun dah terkulat-kulat. Penat tau, dengan sakit belakang lagi sebab tak ada meja potong yang betul. Tapi siap juga. Itu yang penting.


Bila dah mula bekerja semula ni, ai tak bagi Encik Husband bawa balik lagi. Takut tak terjahit pula nanti. Tapi kalau dalam kuantiti yang sedikit ai boleh pertimbangkan untuk isi masa yang terluang. Haaa siapa kata ai duduk rumah duduk lepak tak ada kerja? Korang silap ya. Banyak kerja yang ai nak kena siapkan. Korang nak tolong tak?




aisyaismail

20 comments:

  1. uwahhhh that is one great experience

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah Ai dan suami....

    ReplyDelete
  3. satu pengalaman yang berharga buat AI pastinya kan :)

    ReplyDelete
  4. pengalaman berharga, dan pastinya lubuk pahala atas bakti ni

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. tahniah aisya n suami!
    merasa jgk dpt tolong frontliners kita.. =')

    ReplyDelete
  6. wow..hebat!
    power suami AI menjahit;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Makin lama makin power dari wife nya.

      Delete
    2. susah tak nk ajar laki menjahit??:p

      Delete
    3. Kalau time tak degil tu senang je. Hahaha

      Delete
  7. Alhamdulillah..terbaik! semoga usaha ini dikira jihad juga kerana membantu mereka dalam keadaan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya! Nanti ai ke sana.

    ReplyDelete
  9. Woahhh, Alhamdulillah dapat pengalaman berharga sambil tolong orang yang memerlukan ^_^ Saya ada juga dapat kesempatan untuk tolong potong baju PPE, tapi tak terima sebab fikir tengah batuk2 teruk masa tu, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh kalau dah sihat nanti boleh lah buat.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D