TARIKAN BARU DI TAMAN TASIK SHAH ALAM

Monday, 29 June 2020

TARIKAN BARU DI TAMAN TASIK SHAH ALAM


Assalamualaikum and hye readers.



Dari zaman bujang dulu sampailah dah berkahwin, ai dan Encik Husband suka pilih tempat-tempat di luar shopping mall untuk dating. Tapi sejak pembedahan laparoscopy bulan Januari tahun lepas, ai dah mula rasa malas nak berjalan penat-penat dan berpanas. Senaman jauh sekali. Konon-konon tak nak lasak-lasak, padahal memang malas. Teruk!


Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ai nak pergi berkelah. Berkelah tepi tasik je. Jauh nak cari pantai. Rancangan awal memang nak pergi Putrajaya dengan keluarga mertua. Bila dah hari kejadian, semua tak jadi. Batal terus perkelahan idaman ai. Sedih! Hahaha! Tak nak kecewakan ai, Encik Husband ajak ai jalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam. Tasik Shah Alam pun boleh lah.




Imbau kenangan di Taman Tasik Shah Alam 


Siapa yang biasa dengan Shah Alam atau pernah belajar di UiTM Shah Alam mesti biasa dengan Taman Tasik Shah Alam kan? Alaaa tempat pelajar-pelajar UiTM jogging atau dating tu. Termasuk lah ai sekali. Huhuhu. Jalan 1 meter jumpa kawan satu U, jalan lagi 1 meter jumpa acik kerja kat kafe, jalan lagi 1 meter jumpa senior. Memang muka-muka yang dikenali je.


Waktu sampai Tasik Shah Alam tu, ai tengok biasa je. Cuma dah banyak tempat permainan baru untuk kanak-kanak depan tasik. Kanak-kanak bermain dan berlari dengan gembira tanpa hiraukan COVID-19 yang masih berlegar-legar di atas muka bumi ini. Penjarakan sosial tak payah cakap lah. Baik budak-budak, mak budak, kakak budak, abang budak mahupun atuk nenek budak dah lupa terus dengan virus. Tak semua yang terlupa. Ada yang masih beringat jauhkan diri dari orang sekeliling. Tapi kebanyakannya. Haihhh!


Ok berbalik pada Tasik Shah Alam tadi, masa kami sampai tu kami cari tempat duduk dulu. Makan ABC Fredo, tapau di Seksyen 2 sebelum ke tasik. Sedap! Terimbau zaman dating dulu-dulu. Lepak depan tasik makan ABC. Bezanya sekarang dah halal. Alhamdulillah.


Tarikan baru di Taman Tasik Shah Alam


Dah habis semangkuk ABC Fredo, ai pergi ke Jambatan Kanopi yang ai nak pergi dari tahun lepas tapi tak pergi-pergi tu. Jambatan Kanopi ni gabungan jambatan biasa dan jambatan gantung dan dah ada sejak tahun lepas. Tapi tarikan baru untuk ai sebab ai baru dapat tengok depan mata. Ianya terletak di atas darat, bukannya air. Hahaha!




Serius dari tempat ai makan ABC, ai tak perasan dah jambatan tu. Padahal kat belakang je. Sebab sebelum ni seingat ai jambatan tu nampak jelas dan ada pokok menjalar di kaki jambatan. Tapi semalam pokok menjalar tu dah menjalar ke seluruh jambatan. Cantik sangat. Teruja betul ai. Memang cantik untuk ambil gambar.


Siap ada menara tinjau pula tu. Kalau korang nak ambil gambar dengan pemandangan yang lebih cantik, rajin-rajin lah panjat menara tinjau tu. Mesti korang tak menyesal. Alah, bukan tinggi sangat. Macam naik tangga rumah teres dua tingkat je.




Satu benda yang ai tak gemar, sebelum lalu dekat jambatan gantung tu dah terang-terangan tulis maksima 6 orang. Tapi yang lalu melebih-lebih pula. Tau lah jambatan tu tak tinggi. Kalau jatuh sakit sikit je. Tapi tetap sakit dan menyakitkan mata tengok harta awam musnah sebab manusia tak faham bahasa atau memang jenis tak suka ikut peraturan ni. Kalau harta sendiri tak apa lah juga.


Lepas dah puas kat atas tu, ai turun bawah dan bagi peluang orang lain pula nak nikmati keindahan alam dari atas jambatan dan menara tinjau tu. Buat pusingan separuh tasik dulu sebelum balik. Konon-konon bersenam lah tu, sampai rumah pengsan terus. Sakit otot sampai hari ni. Hahaha!


Lepas ni ai nak ajak Encik Husband jalan-jalan kat tasik selalu lah. Dengan harapan badan sihat minda cerdas. Kalau boleh ai nak jejak tasik 1 Malaysia. Boleh lah ai tulis dalam blog untuk korang baca. Harap-harap Encik Husband akan sokong minat baru ai ni. Aamiin! Hahaha! Ok, ai nak buat senarai tasik-tasik di Malaysia.




P/s : Lain kali kalau pergi, ai amik gambar rupa paras jambatan tu. Tak pun korang google je lah. Huhuhu!




aisyaismail

34 comments:

  1. Akak tak pernah sampai sana... heheheh takat tasik titiwangsa pernahla sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dah cantik tempat ni sekarang bertambah cantik.

      Delete
  2. Sama lama tak jalan-jalan (brisk walking) sejak terseliuh.

    ReplyDelete
  3. wah lawanya boleh buat lokasi OOTD

    ReplyDelete
  4. best dh jalan-jalan berriadah eh..alaa risau juga nk beriadah ni biarpun open air. sebab semua tempat sesak sekarang

    ReplyDelete
  5. Seronok sangat nampaknya tu kat Seremban pun ada tasik-tasik kalau nak brisk walk eh!

    ReplyDelete
  6. cantik la pokok yang menjalar kat jambatan gantung tu...Tapi takut pulak kalau ada serangga. Akak ni rama-rama pun takut. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerengga banyak. Jangan rapat sangat ngan daun tu.

      Delete
  7. Bestnya, tapi mengenang jem nak sampai tu, adududu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau jauh tak berbaloi datang semata tempat tu.

      Delete
  8. wahhhhhh ada tarikan baru,rindunyaaaa taman tasik shah alam.port zaman bujang2 tahun2 awal merantau cari rezki hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk Shah Alam and bujang memang situ lah port nya.

      Delete
  9. Cantik tempat dia.. Jambatan gntung tu dh lama.. Yang poko2 tu.. Woww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah jambatan tu tahun lepas dah ada. Pokok tu yang menarik sangat.

      Delete
  10. kiut je badan pon nk exercise erk., hehehe

    ReplyDelete
  11. hish pakai sport wear pun lawa kakak kita ni

    ReplyDelete
  12. Lama sungguh tak ke sana. Time study/bujang selalu la ke sana. ni dah kawen memang jarang tunggu shah alam.

    ReplyDelete
  13. aduh..jejak tasik 1 Malaysia la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Minat baru. Jadikan hobi.

      Delete
    2. mula kan la dulu dgn tasik dpn opis tu..haha

      Delete
  14. Menarik.. lama dah x joging n bersukan ni.

    ReplyDelete
  15. rasanya pernah pergi tempat ini dulu

    ReplyDelete
  16. Kita kat Shah alam kejap je dulu. Jawabnya memang tak pernah sampai lagilah kat sana hehe

    ReplyDelete
  17. bertahun berkurun lamanyaaaa tidak kesana !!
    dulu adela pegi sesekali haha..

    ReplyDelete
  18. Tak pernah ke sini. Pernah lalu je

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D