MY GIRLFRIEND IS GUMIHO - LEE SEUNG GI, SHIN MIN AH

Sunday 5 July 2020

MY GIRLFRIEND IS GUMIHO - LEE SEUNG GI, SHIN MIN AH


Asslamualaikum and hye readers.



Lama betul ai peram cerita ni. Setiap kali nak tengok mesti tak jadi sebab tak ada aura nak menonton hero dan heroin tu. Hahaha! Tapi lepas tengok Oh My Venus, baru ada hati nak tengok drama ni. Sebab heroin dia comel sangat. Siri televisyen yang silakonkan oleh Lee Seung-Gi dan Shin Min-ah ini telah ditayang kan pada tahun 2010 iaitu 10 tahun yang lepas.




Sinopsis

My Girlfriend is Gumiho mengisahkan tentang Cha Dae-woong ( Lee Seung-gi ), seorang pelajar kolej yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon terkenal. Dae-woong yang dibesarkan oleh datuk dan mak ciknya tetap meneruskan cita-citanya itu walaupun ditentang oleh datuknya, Cha Poong ( Byun Hee-bong ). Suatu hari, secara tidak sengaja Dae-woong telah melepaskan Gu Mi-ho ( Shin Min-ah ), seekor rubah yang cantik dan mempunyai 9 ekor dari dalam lukisan di sebuah kuil. Rubah itu dikurung di dalam gambar oleh Nenek Samshin. Oleh kerana ketakutan, Dae-woong melarikan diri ke dalam hutan sehingga mengalami kemalangan yang mengancam nyawanya. Mi-ho menyelamatkan Dae-woong dengan memberikannya "fox bead".


Pada mulanya Dae-woong menyangkakan Mi-ho adalah seorang gadis yang mempunyai masalah mental. Setelah mengetahui bahawa Mi-ho adalah seekor rubah dengan 9 ekor, Dae-woong cuba untuk melarikan diri. Dae-woong berasa takut kerana mengikut mitos, gumiho akan memakan lelaki. Mi-ho menggunakan ketakutan Dae-woong sebagai satu cara untuk dia sentiasa bersama lelaki itu. Dae-woong memgelarkannya sebagai Mi-ho dan menjaganya. Mi-ho meminjamkan "fox bead" kepada Dae-woong. Dengan adanya "fox bead" itu, Dae-woong mampu melakukan aksi lagak ngeri yang luar biasa dan diterima sebagai pelakon utama.  Sebagai balasannya, Dae-woong perlu membantu Mi-ho untuk menjadi seorang manusia.


Ulasan

Pada ai biasa-biasa je cerita ni. Tapi ai tengok jugalah sampai habis sebab ai  suka tengok Gu Mi-ho tu. Yang selebihnya sama sahaja. Jumpa, bergaduh, jatuh cinta, seronok-seronok, ada masalah, lari dari masalah konon itu yang terbaik untuk orang yang dicintai, masalah masalah masalah, selesai masalah, berpisah, selesai masalah, bersama balik dan akhirnya bahagia. Tapi kalau ai tengok 10 tahun yang lepas mungkin drama ni jadi salah satu drama yang ai suka.



aisyaismail

13 comments:

  1. best drama ni. kalau tengok balik sekarang maybe dah tak rasa excited sgt..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak tengok lagi kot. banyak list lain tengah tunggu tu. Hehehe.

      Delete
  2. best jugak layan drama gini yang kelakar simple tak stress heheheh

    ReplyDelete
  3. alamak! kena layan ni hihihi

    ReplyDelete
  4. Best cerita nie.. teringat layan mse zaman takde anak dulu.. hehe

    ReplyDelete
  5. Suka cerita ni tapi lupa dah jalan cerita =__='

    ReplyDelete
  6. Ada tengok drama ini tapi lama dah.. Kelakar gila drama ini.. syok layan..

    ReplyDelete
  7. To be honest, sampai sangat GV tak dapat nama pelakon penyanyi korea kerana nama mereka seakan sama semua. Pelakon lelaki ini rasa pernah berlakon cite drama Sun Wu Kong versi korea kan kak. huhu

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D