BARANG YANG DITUNGGU SUDAH TIBA

Saturday, 20 June 2020

BARANG YANG DITUNGGU SUDAH TIBA


Assalamualaikum and hye readers.



Pernah tak korang nak kan sesuatu, tapi setelah survey berpuluh kali korang masih tak beli barang yang korang nak kan tu? Hati memang rasa nak sangat, tapi duit untuk beli barang yang korang nak tu macam lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.


Ai ada satu barang yang ai nak sangat-sangat tapi tak juga beli-beli. Lama dah ai survey. Dari tahun lepas lagi. Ai nak beli 'ring light'. Bukan benda penting pun sebab tu tertangguh bertahun lamanya. Survey tetap survey, cuma beli je tidak. Sampai lah ada sorang kawan ai buat review ring light yang dibeli di media sosial dia. Terus ai buka link yang dia bagi laju-laju.


Kali ni memang dah nekad nak beli. Lepas survey link yang dia bagi, ai tak berkenan pula sebab tripod dia tak berapa tinggi dan ada review yang tak menyenangkan untuk dibaca. Barang nak pakai lama kenalah beli yang betul-betul boleh buat kita puas hati.


Hasil tekun mencari akhirnya ai jumpa dengan ring light yang ai berkenan sangat. Semua kriteria yang ai nak ada pada dia. Lampunya lebih besar dari kebanyakan ring light yang ai dah survey. Siap boleh tunduk-tunduk pula tu. Tripod dia pula boleh naik tinggi. Ai pun tak tahu kenapa ai nak tripod yang tinggi sedangkan ai ni tak tinggi pun.




Masa survey tu, adalah satu dua review yang tak sedap dibaca. Tapi sebab dah nak sangat ai pejamkan mata je. Dalam setandan pisang tak semuanya elok. Mesti ada terselit yang tak boleh dimakan.


Barang yang ditunggu telah tiba


Lepas buat pembayaran, ambil masa 2 minggu lebih juga untuk sampai dari luar negara. Bia dapat bungkusan tu memang teruja. Tapi kecewa tengok cara pembungkusan. Tak terjamin langsung keselamatan ring light idaman ai tu. Dah lah dari luar negara, balutan plastik bubble nipis sangat dan tak ada pelekat 'fragile'. Nasib baik barang dalam keadaan elok. Kalau tak mesti sakit hati.


Cuba punya cuba, ok ai suka sangat. Masalah pembungkusan kita lupakan. Hahaha! Kualitinya sangat bagus  dengan cahaya lampunya yang terang dan boleh diubah dengan tiga warna yang berbeza, warm light, warm white dan white light. Siap boleh laraskan mod cahaya lagi. Kalau nak terang boleh terangkan, kalau tak suka boleh malapkan cahaya.






Barulah syok nak selfie berangan depan kamera. Hari tu ai dah cuba. Hasilnya memang puas hati tengok muka sendiri. Habis semua jerawat jeragat nampak. Hahaha! Nanti kalau ai rajin ai selfie yang elok sikit dengan menggunakan ring light tu dan kongsikan dengan korang. Rajin-rajinlah stalk instagram @aisyaismail_ai. Jangan lupa klik butang 'follow' juga tau.


Kalau korang nak beli juga, korang klik je link shopee ni https://shopee.com.my/product/193185667/6828980624. Beli lah cepat sebelum habis. Lepas ni ai nak beli table top stand dengan backdrop support stand. Kita tengok lah nanti berapa lama pula ai nak survey barang-barang tu.


P/s : Ini bukan review berbayar. Ikhlas dari hati.




aisyaismail

16 comments:

  1. Tahniah dapat apa yang dihajatkan

    ReplyDelete
  2. Yanie pun dok usha ni gak.. leh usha kedai ni lak.. dok survey lagi mana yg ok hihi

    ReplyDelete
  3. Baru tahu ada benda nama ring light. Haha ketinggalan.
    Entah takde kesabaran beli barang secara talian. Hehe apapun alhamdulillah Ai suka barang diterima.

    ReplyDelete
  4. Trend kan lampu ni, tapi bagus untuk yang nak buat video juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, beli pun memang untuk keje-keje juga.

      Delete
  5. wahhhh alhamdulillah.. dpt apa yg dihajati..
    kalo sy biasanya aim nk beli baju baru je keje..
    lepastu tangguh2 nk beli.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju selalunya tak tangguh. Kalau tangguh memang tak beli terus. hahaha

      Delete
  6. Hans beli satu set dengan tripod
    cuma pening sebab light tu nak cucuk dekat phone...
    phone macam x ada tempat untuk cucuk pula
    hahaha stress jap jadinya hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu kena baca review betul2. Ai kalau seller rajin jawab soalan ai baru beli.

      Delete
  7. Dah lama duk survey gak. Tak beli beli pon lagi

    ReplyDelete
  8. wow wow! rancak lee lepas ni selpiak.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Teringin juga cuma itulah masih lagi teragak-agak hehe. Btw tahniah ye dah berjaya dapatkan apa yang dihajati ni

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D