October 2020

Wednesday 28 October 2020

BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE

October 28, 2020 50
BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE

 Assalamualaikum and hye readers.




Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tak sangka Ai dah merasa gaji daripada Google Adsense. Selama ini hanya berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan je, kali ini Ai pula dapat merasa rezeki yang sama. Alhamdulillah.


BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE


Mula blogging pada tahun 2008


Jika nak imbas kembali zaman Ai menceburkan diri sebagai blogger adalah pada tahun 2008. Masa tu blogging tengah popular macam Myspace. Ramai kawan-kawan di kolej ada blog sendiri. Aktif dengan tidak je. Ai pun tak ketinggalan nak mencurahkan idea dengan menulis di dalam blog. Tapi tulisan Ai lebih kepada diari kehidupan. Alaaa macam korang tak pernah tulis diari kehidupan dalam blog kan.



Ai ingat lagi zaman tu blog masing-masing berwarna-warni. Belum lagi yang sukakan blink-blink. Theme pun bermacam-macam corak latar belakang. Wiget penuh siap ada lagu-lagu. Jujur Ai cakap, ramai sangat yang kreatif untuk mencantikkan blog masing-masing macam deko bilik.



Bila habis belajar, Ai dah mula tak aktif dengan blog. Ada banyak je masa yang terluang tapi Ai tak ada internet. Masa zaman tu, blog tak lepas nak buka melalui telefon bimbit. Telefon belum pintar lagi. Kalau nak update blog Ai kena pergi ke cyber cafe. Ai pula sejenis yang tak suka lepak lama-lama di cyber cafe.



Mula aktif semula setelah lama berehat


Pada tahun 2015, Ai mula blogging semula bila duduk di rumah sewa. Banyak sangat masa terluang. Dan masa ni Ai perasan blog dah tak sama macam dulu. Dah ramai orang beralih arah daripada diari kepada lifestyle atau niche-niche tertentu. Malah siap boleh buat duit dengan blog. Theme pun dah tak berwarna-warni macam dahulu. Banyak yang Ai nak kena ubah untuk mengikuti trend semasa. Akhirnya Ai delete blog lama dan Ai buat blog baru. 



Pada tahun 2017 Ai mula betul-betul aktif berblogging. Pada tahun yang sama Ai mohon Google Adsense, Ai sertai KBBA9 sampai lah sekarang dan pada tahun yang sama juga Ai bertukar daripada ceritaaisyaismail.blogspot.com kepada aisyaismail.com. Kalau tak silap, Ai mohon Google Adsense 2 bulan selepas Ai mula aktif. Dalam kurang 2 minggu selepas Ai mohon, iklan dah mula berjoget-joget di blog Ai.



Bayaran pertama daripada Google Adsense


Masa tu Ai fikir, senang betul nak buat duit dengan Adsense ni. Tapi bukan semudah yang Ai fikir ya. Nak kumpul 100USD tu bukan senang. Siap kena block sebab ada trafik yang mencurigakan. Dari tahun 2017, sekarang dah hujung tahun 2020 baru Ai merasa rezeki daripada Adsense ni. Alhamdulillah. 


BAYARAN PERTAMA DARIPADA GOOGLE ADSENSE



Rezeki yang tak di sangka bila sejak PKP yang lepas, trafik blog Ai pun tak macam sebelum-sebelum ni. Pendapatan Adsense Ai pun cepat je naik. Alhamdulillah! Ai harap lepas ni Ai boleh lah cash out setiap bulan. Aamiin!





aisyaismail

Saturday 24 October 2020

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

October 24, 2020 24
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

  Assalamualaikum and hye readers.




Selama melalui alam pekerjaan, inilah pertama kali Ai bekerja dari rumah. Semasa PKP bulan Mac haritu, Ai dicutikan sementara tanpa perlu bekerja. Tapi lain pula PKPB kali ni. Kerja tetap kerja walaupun hanya duduk di rumah tanpa perlu ke tempat kerja. Dan hari ini sudah masuk hari kedua Ai bekerja dari rumah.


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)


Sebelum arahan bekerja dari rumah dikeluarkan, di sosial media banyak perbalahan yang ai nampak. Ada yang nak bekerja dari rumah dilaksanakan dan ada yang tak mahu. Ai tak kisah yang mana satu. Kalau bekerja dari rumah, banyak kelebihannya. Tapi ada juga kekurangannya. Jadi kalau bos kata 'Aisya, you work from home', maka Ai kerja lah dari rumah dan begitu juga jika sebaliknya.



Kelebihan bekerja dari rumah


Mengelakkan penularan COVID-19

Bila kita terlalu yakin yang kita dah menjaga SOP sebaik yang mungkin, tapi macam mana dengan orang lain? Setiap kali pergi ke pejabat, kita tak tahu apa aktiviti rakan-rakan sepejabat di luar waktu bekerja. Begitu juga jika kita singgah di kedai atau bertemu dengan supplier atau client, macam mana jika salah seorang dari mereka sudah dijangkiti? Lebih baik duduk di rumah sahaja tanpa perlu risau akan risiko yang tinggi.


Tidak perlu tergesa-gesa untuk bersiap ke tempat kerja

Bila bekerja dari rumah, kalau terbangun lambat daripada kebiasaan pun tak pelu risau kerana kita tak perlu nak tergesa-gesa untuk bersiap. Pakai baju tidur pun boleh mula bekerja. Make up pun jimat.


Tidak perlu gosok baju

Siapa yang pakai baju formal ke tempat kerja, mesti faham betapa pentingnya gosok baju. Yang bertudung kena lah gosok tudung. Bila bekerja dari rumah tak perlu dah nak menggosok. Tapi Ai tetap kena juga gosok baju sebab Coco bekerja macam biasa.


Jimat minyak dan tambang ke tempat kerja

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

Haa ini satu lagi kelebihan bekerja dari rumah. Jimat minyak dan duit tambang. Setiap hari Coco akan hantar dan ambil Ai dengan menaiki motor. Minyak motor wajib diisi penuh beberapa kali dalam seminggu. Tapi bila Ai bekerja dari rumah, minyak motor isi seminggu sekali je. Itu pun ada lagi lebihan dan boleh guna sampai minggu hadapan.



Kekurangan bekerja dari rumah


Kena menyediakan ruang untuk bekerja

Bayangkan lah setiap hari nak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Takkan nak kerja atas katil sahaja kan. Sakit pinggang oi. Silap hari bulan tertidur. Mesti nak kena ada ruang kerja yang selesa untuk bekerja dengan efisyen setiap hari. Yang rumah yang dah memang ada ruang bekerja tu, sangat-sangat membantu.


Perlukan internet berkelajuan tinggi

Kalau selalunya data telefon 8GB cukup untuk korang bertahan selama 1 bulan. Sepanjang bekerja di rumah, silap hari bulan sehari pun tak cukup. Dengan zoom meetingnya, emailnya, download kerjanya dan itu belum lagi termasuk nak bersosial media dan youtube selepas waktu bekerja. 


Kurang komunikasi dua hala

Lebih mudah sebenarnya bekerja kalau kita berjumpa dengan rakan sekerja depan-depan. Nak bagi penerangan dan menerangkan pun mudah. Bila berkomunikasi melalui gajet, kadang-kadang apa yan kita nak sampaikan tak sampai pada orang lain. Begitu juga sebaliknya.


Kurang berdisiplin

Jujurnya bila bekerja dari rumah, perasaan malas tu akan ada. Rumah kan tempat untuk berehat selama ni. Tiba-tiba kena bekerja. Apatah lagi bila meja kerja di dalam bilik. Katil tu memanggil-manggil tau. Mak Ai kata pasang tirai jangan bagi nampak katil tu. Hahaha! Nasib baik kerja ai kejar dateline, kalau tak hari-hari Ai nak cuba menu baru macam PKP sebelum ni. 


Rasa bersalah duduk dalam bilik

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BEKERJA DARI RUMAH (WORK FROM HOME)

Kalau korang pembaca setia aisyaismail.com mesti korang tahu yang Ai masih lagi menetap dengan mak mertua. Ai tak ada masalah dengan mak mertua mahupun bapa mertua. Alhamdulillah, itupun satu rezeki. Tapi bila Ai bekerja dalam bilik dan mak mertua Ai yang kena masak, Ai jadi serba-salah. Tau-tau turun makan tengahari. Nak kurang kan rasa bersalah, Ai nak cuba masak menu baru hujung minggu ni. In syaa Allah. Hehehe!



Baru Ai tahu macam mana dugaan bekerja dari rumah ni. Kalau bagi pilihan, Ai memilih untuk bekerja di pejabat macam biasa je. Sebelum mula bekerja dari rumah, Ai ingatkan Ai boleh buat kerja sambil layan Running Man. Tak sempat rupanya. Hahaha! Sama je macam bekerja di pejabat. Kerja banyak juga.



aisyaismail

Friday 16 October 2020

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

October 16, 2020 25
HAPPY BIRTHDAY TO ME!

 Assalamualaikum and hye readers.




Alhamdulillah.. Berganjak lagi satu tahun umur seorang Aisya Ismail. Berapa umurku? Korang teka lah sendiri. Kalau Ai bagitahu takut korang tak percaya pula nanti. Hihihi! 


HAPPY BIRTHDAY TO ME!



Sepatutnya hari ni hari di mana Ai dan Coco (Encik Husband) jalan-jalan tepi pantai sambil berpegangan tangan dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Tapi apakan daya, tiba-tiba sahaja PKPB di lancarkan di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami hanya mampu merancang.



Seperti tahun-tahun lepas, tahun ni Ai berharap akan sentiasa dikurniakan rezeki kewangan yang kukuh, sihat tubuh badan, dipanjangkan usia, berjaya dalam apa jua kebaikan yang Ai lakukan dan sentiasa bahagia bersama insan-insan yang tersayang. Korang pun doakan Ai juga ya.



Oh ya! Tak lupa juga, semoga Ai terus rajin menulis blog. Terasa macam dah nak dekat sebulan Ai tak buka blog ni. Hehehe! COVID19? Semoga berakhir dan hilang dari dunia buat selama-lamanya. Aamiin!!



Happy birthday to me!





aisyaismail