July 2020

Thursday 30 July 2020

PUNCA-PUNCA KULIT KERING DAN CARA MENGATASINYA

July 30, 2020 23
PUNCA-PUNCA KULIT KERING DAN CARA MENGATASINYA
Assalamualaikum and hye readers.



Susah hati betul bila tengok cermin dan nampak kulit yang kering dan suram. Bila dah suram tu, memang akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Terus buat kurang keyakinan diri. Kacau betul! Lagi parah bila make up pun jadi bercapuk-capuk. Daripada nak cantik jadi pelik.

Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Kulit kering juga salah satu punca timbulnya jeragat dan bintik hitam selain berjerawat. Jangan ingat kulit berminyak sahaja punca jerawat tau. Asalkan kulit tak sihat, memang jerawat, jeragat dan bintik hitam suka bermaustatin. Lepas tu nampak berusia. Pening.. pening..


Punca-punca kulit kering dan cara mengatasinya


Badan kekurangan air


Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Selalu je kan kita dengar atau baca yang badan kita memerlukan air yang secukupnya. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kalau selalu duduk dalam penghawa dingin, minum lebih sikit. Jangan terlebih pula, nanti kembung perut rasa tak selesa.

Air yang korang minum tu dapat membantu melembab dan menyihatkan kulit. Ada banyak lagi khasiat lain minum air secukupnya. Minum lah banyak-banyak untuk kesihatan diri. Tapi pastikan air masak tau. Air manis-manis nanti dapat penyakit lain pula. Air berkafein juga penyebab kulit menjadi kering.


Penggunaan penghawa dingin


Kalau boleh elakkan lah guna penghawa dingin terlalu lama. Memang lah sejukkan korang, tapi sejuk tu juga membuatkan korang punya kulit menjadi kering. Kalau dah tak boleh nak elak sangat penggunaan penghawa dingin seperti bekerja di dalam pejabat atau pun cuaca yang panas, korang boleh lebihkan minum air masak.


Cuaca panas


Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Cuaca yang panas juga salah satu punca kulit menjadi kering. Janganlah main panas. Duduk di tempat yang teduh agar kulit tak terdedah sangat dengan cahaya matahari. Biasakan diri dengan memakai sunblock. Bolehlah membantu kulit dari terdedah terus dari sinaran UV. Dah lah cuaca panas kulit jadi kering, guna penghawa dingin lagi bertambah kering. Aduh duh.. Tapi, jangan langsung tak kena matahari pula. Nanti penyakit lain pula datang menyinggah.


Pemilihan produk penjagaan kulit


Punca-punca kulit kering, cara-cara mengatasi masalah kulit kering, kulit kering


Salah-satu perkara yang kita sering terlepas pandang, betul ke produk yang kita pilih sesuai untuk kulit kita? Orang cadangkan yang ni, terus nak beli. Tengok iklan produk yang tu terus nak guna. Lepas tu guna secara konsisten sebab penjual kata kalau ada kesan sampingan tu tanda kulit dah bertidak-balas dengan kulit kita. Mungkin ada betulnya, tapi kalau dah berbulan-bulan dan ada yang bertahun masih macam tu juga, baik jangan teruskan. Cuba lah produk lain. Kalau ai pakai sesuatu produk dan timbul kegatalan, itu adalah petanda ai kena bertukar kepada produk lain.


Sekarang ni, ai cuba disiplin untuk minum air secukupnya. Tak ada dah minum dalam cawan, guna botol je terus. Senang sikit nak sukat kuantiti air yang ai minum. Dan takde masalah 'hari ni dah minum berapa gelas ea?'. Produk pun ai masih 'try and error'. Memang tak boleh pakai satu jenama je. Mesti nak campur-campur. Cuaca dan penghawa dingin, hurmm.... memang lambat lagi ai nak elakkan. Hahaha!




aisyaismail

Saturday 25 July 2020

TAMAN LEMBAH BUKIT SUK SHAH ALAM - CANTIK DAN TAK RAMAI ORANG

July 25, 2020 21
TAMAN LEMBAH BUKIT SUK SHAH ALAM - CANTIK DAN TAK RAMAI ORANG
Assalamualaikum and hye readers.



Satu lagi taman tasik yang cantik dan terletak di Shah Alam. Orang Shah Alam mesti tahu tempat ni. Dekat tengah-tengah Shah Alam je. Tapi kalau korang tak biasa di Shah Alam, mesti korang baru tahu adanya Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam


Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Betul-betul di sebelah Kompleks Mahkamah Shah Alam. Mungkin kerana jalan masuknya yang agak tersorok membuatkan taman ini tidak menjadi perhatian pengunjung.


Taman ini tidak sebesar Taman Tasik Shah Alam. Tapi tumbuhan yang menghijau di taman ini sangat mendamaikan mata yang memandang. Macam hutan kecil  di tengah bandaraya. Taman ni sangat sesuai untuk korang yang sukakan kehijauan pokok-pokok tapi malas nak ke Taman Botani Negara Shah Alam.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Sebelum ni ai pernah ke sini, ai masuk melalui jalan jambatan. Kali ni ai masuk ikut laluan kiri di sebelah tandas awam. Dari situ ai terus naik ke atas bukit. Baru ai perasan, besar rupanya taman SUK ni. Penat juga lah nak buat satu pusingan taman sebab kawasannya yang berbukit.


Di sebelah kiri kawasan berbukit tu ada 2 laluan menaiki bukit yang lebih tinggi. Laluan pertama adalah laluan bertangga. Kami langkau laluan tu sebab ai takut. Kiri kanan tangga tu macam dipenuhi pokok yang banyak sangat. Dan ai tak tahu apa yang ada di atas tu. Hahaha! Penakut!


Tugu Peringatan Negeri Selangor


Laluan kedua adalah laluan jalan bertar. Sama macam laluan-laluan yang lain. Yang ini ai berani. Sebab tak menakutkan. Hahaha! Gigih ai naik sampai atas. Nak tengok apa ada di puncak bukit tersebut. 


Jeng jeng jeng.... ada Tugu Peringatan Negeri Selangor. Tugu tersebut dibina untuk memperingati perajurit-perajurit dan pahlawan-pahlawan yang telah terkorban bagi menegakkan kedaulatan, kebebasan, kemerdekaan dan kemakmuran negeri Selangor Darul Ehsan.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Ini adalah kali pertama ai tiba di tugu tersebut. Hanya ai dan Encik Husband je yang berlegar-legar di kawasan tu bersama monyet-monyet yang berkeliaran. Pak cik guard pun ada, tapi sekejap je dah hilang. Pergi meronda lah tu. Tak lama lepas tu ada orang lain. Tempat tu sunyi dan bersih. Perlu berpakaian sopan dan dilarang berkelakuan sumbang di tugu tersebut.


Lepas dah pusing-pusing di tugu tu, ai turun balik ke bawah. Encik Husband ajak pula naik tangga yang kami langkau tadi. Beriya-iya dia nak tahu apa yang ada kat atas sana. Ai ikut je lah sebab ai pun nak tahu. Hahaha! Tapi baru naik separuh jalan, ai dah mengah. Tangga tersebut berakhir di sebelah banggunan SUK. Kalau korang jalan ke kanan, korang akan sampai ke Tugu Negeri Selangor tadi.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Selepas dah berpuas hati dah tahu apa yang ada kat atas tu, kami turun balik ke bawah. Masa nak turun ni ai dah tak takut sebab dah tahu ke mana arah tuju kami. Cuma berjaga-jaga je lah takut monyet keluar daripada kawasan pokok-pokok di kiri kanan tangga tersebut.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Ai sambung lagi beriadah di kawasan bawah taman tersebut. Cantik sangat Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni. Bagus juga tak ramai orang, tak adalah nak bersesak-sesak di situ. Maklum lah musim COVID-19 kan, ai ada masalah panik bila terlalu ramai berdekatan dengan ai. Tapi lepas pukul 6 baru lah ai nampak ramai yang mengunjungi taman tersebut. Kebanyakannya bawa anak-anak beriadah. Yang bawa kucing beriadah pun ada.


Kisah seram Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam


Nak tau cerita seram tak? Masa dah nak balik tu, ai lalu di tepi tasik. Tasik tu dipenuhi dengan pokok teratai. Tiba-tiba ai macam nampak kepala orang dalam tasik tu tapi ai tak pasti sebab ai tak pakai cermin mata. Makin dekat makin ai pasti tu kepala orang. Terus ai tanya pada Encik Husband 'awak-awak, tu orangkan?'. Habis je soalan tu, terus kepala tadi bergerak-gerak. Macam tau-tau ai tengah bercakap pasal dia. Dengan kuatnya ai tanya 'kenapa dia kat dalam tu?'. Hahaha! Orang rupanya. Ai ingatkan kepala orang je.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html


Ada abang kat situ ketawa tengok muka ai yang panik. Rupa-rupanya orang kat dalam tasik tu tengah cari drone dia yang jatuh ke dalam tasik tersebut. Terus rasa kesian. Kalau korang kat tempat dia, korang terjun tak ke dalam tasik untuk selamatkan drone korang? Masa ai balik, dah pukul 7 dia masih ada kat dalam tu. Harap-harap dia jumpa lah drone tu dan dia dan drone dalam keadaan yang baik. Kalau tak, sia-sia je dia terjun ke dalam tasik tu.


Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam cantik dan tak ramai orang


Oh ya, disebabkan Taman Lembah Bukit SUK ini dipenuhi dengan pepohon, maka banyak lah nyamuk di situ. Nyamuk memang suka kawasan yang lembab macam tu. Ada air ada pokok, ngam. Mungkin sebab tu juga tak ramai yang suka ke situ. Kalau kulit korang jenis yang sensitif dengan nyamuk, pakai lah losyen atau krim siap-siap dari rumah.


https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html

https://www.aisyaismail.com/2020/07/taman-lembah-bukit-suk-shah-alam-cantik-dan-tak-ramai-orang.html



Ada juga kawasan yang tak lembab. Pilihan di tangan korang nak beriadah di kawasan yang mana satu. Kalau tanya ai, ai suka kedua-duanya. Sebab semua tempat di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam ni sangat cantik




aisyaismail

Saturday 18 July 2020

SHOE CITY MALAYSIA DAH BOLEH DIBELI SECARA ONLINE!

July 18, 2020 29
SHOE CITY MALAYSIA DAH BOLEH DIBELI SECARA ONLINE!
Assalamualaikum and hye readers.



Ada ke peminat tegar Shoe City Malaysia yang tengah baca ni? Atau korang tak tau pun kewujudan Shoe City Malaysia di Malaysia ni? Kalau korang tak tau dan nak tau apa itu Shoe City Malaysia, korang wajib baca entri ni sampai habis. Mana tahu jatuh cinta terus. Hehehe!


Shoe City Malaysia, kedai kasut, kedai kasut viral, kasut cantik, kasut lelaki, kasuk perempuan, kasut budak, kasut cantik dan selesa.


Shoe City Malaysia?


Shoe City Malaysia adalah kedai yang menjual kasut dan telah bertapak selama 11 tahun di Malaysia. Oh, kedai kasut! Ya, kedai kasut. Di Shoe City Malaysia, ada beraneka pilihan kasut untuk korang pilih. Dari kanak-kanak sampailah ke warga emas. Untuk lelaki, untuk perempuan, semuanya ada.


Rekaan kasut-kasut di Shoe City Malaysia sangat menarik dan sesuai untuk korang yang suka bergaya. Ada kasut tumit tinggi, kasut flat, sandal, kasut kerja, boot dan sneakers yang mesti buat korang rambang mata kalau masuk kedai kasut Shoe City Malaysia. Kalau tak percaya, cuba pergi cepat. Kalau dah pergi tu, jangan lupa beli sepasang dua. Hehehe!


Outlet Shoe City Malaysia


Buat masa ni Shoe City ada 7 outlet di Semenanjung Malaysia. In syaa Allah nanti akan makin bertambah.




  • Shoe City, Aeon Metro Prima
  • Shoe City, Aeon Bandaraya Melaka
  • Shoe City, Aeon Station 18
  • Shoe City, Aeon Bandar Dato' Onn
  • Shoe City, Aeon Cheras Selatan
  • Shoe City, Pontian
  • Shoe City, Leisure Mall
Outlet yang mana satu yang paling dekat dengan korang? Balik kerja kejap lagi dah boleh singgah tu. Tukar kasut kerja yang baru. Hahaha! Tidak pun belilah untuk Hari Raya Haji. Dengar kata raya haji tahun ni meriah. Nak beli untuk saja-saja pun boleh. Berbaloi-baloi.


Shoe City Malaysia dah boleh dibeli secara online!


Ehem-ehem! Nak bagitahu ni, Shoe City Malaysia dah boleh dibeli secara online tau. Bestnya! Mana tak best, musim-musim COVID-19 ni malasnya nak keluar rumah. Apatah lagi nak pergi ke shopping mall. Kalau boleh beli dari rumah kan senang. Pilih, bayar dan tunggu barang sampai di depan pintu.




Nak lagi best  tak? Penghantaran adalah percuma! Best ke tidak? Hahaha! Ada 3 cara korang boleh beli produk Shoe City Malaysia secara online. Melalui facebook Shoe City Malaysia, instagram @shoecitymy ataupun di Shopee @shoecity. Pilih lah mana yang korang selesa. Yang penting, ketiga-tiganya penghantaran adalah percuma.

Facebook : https://www.facebook.com/shoecitymy/
Instagram : https://www.instagram.com/shoecitymy/
Shopee : https://shopee.com.my/shoecity


Dah ushar-ushar Shoe City Malaysia? Ada yang berkenan tak? Jangan tunggu lama-lama tau kerana stok adalah terhad. Nanti korang menyesal pula kalau tak dapat kasut idaman hati.




aisyaismail

Thursday 16 July 2020

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM, CANTIK TAPI...

July 16, 2020 29
TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM, CANTIK TAPI...
Assalamualaikum and hye readers.



Taman Botani Negara Shah Alam ke Bukit Cerakah? Atau Bukit Cahaya? Yang mana satu nama yang betul? Atau ketiga-tiganya adalah tempat yang berlainan?




Haaa.. Kalau korang nak tahu, pada awal penubuhan Taman Botani Negara Shah Alam, taman ini dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kemudian ia dikenali pula sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam dan kini dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam.


Taman Botani Negara Shah Alam


Selain sebagai tempat riadah, Taman Botani Negara Shah Alam juga ditubuhkan adalah bertujuan sebagai tempat pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan. Ai suka sangat dengan Taman Botani Negara Shah Alam ni. Pada ai, ianya unik dengan berkonsepkan alam semulajadi yang betul-betul semulajadi. Macam masuk hutan, tapi hutan yang terjaga dan rasa selamat bila masuk untuk aktiviti riadah.




Pertama kali ai jejakkan kaki ke Taman Botani Negara Shah Alam ni masa zaman belajar di UiTM. Lama dah. Bukan joging atau senaman tau, tapi pergi dating. Hahaha! Orang lain pergi shopping mall tengok wayang, ai dengan Encik Husband pergi Taman Botani keluarkan peluh. Lepas tu terus ai jatuh cinta dengan Taman Botani Negara Shah Alam ni.


Dulu ada Skytrex, tapi sekarang dah ditutup kerana telah musnah akibat dilanda ribut. Ai tak pasti ia akan dibaik pulih atau tidak. Ye lah, banyak pokok yang tumbang akibat ribut. Ingat senang ke nak baiki kerosakan alam. Tapi kalau korang nak pergi juga, korang boleh pergi ke Skytrex di Sungai Congkak.


Aktiviti di Taman Botani Negara Shah Alam


Ahad yang lepas, ai dan Encik Husband sempat pergi beriadah di Taman Botani Negara Shah Alam setelah bertahun tak jejakkan kaki ke sana. Kami pergi pada sebelah pagi. Hujan pula. Nasib baik dalam kereta ada dua buah payung. Boleh lah kami redah hujan sambil nyanyi lagu hindustan. Hahaha!




Dulu ai dan Encik Husband memang rajin ke sana. Banyak tarikan yang menarik. Boleh berbasikal, berenang, memancing, tengok haiwan, joging, hiking dan sebagainya. Selain itu ada terdapat juga rumah empat musim, menara tinjau, empangan yang mempunyai pelbagai jenis spesis ikan dan Chalet Kampung Idaman.


Sekarang dah ada tarikan baru tau di Taman Botani Negara Shah Alam. Korang boleh main flying fox dan berkayak. Harga untuk setiap satu adalah RM10. Kalau nak merasa main flying fox boleh lah ke sana.






Taman Botani Negara Shah Alam, cantik tapi...


Taman Botani Negara Shah Alam masih cantik, tapi banyak kawasan yang sudah ditutup. Seperti rumah empat musim, menara tinjau dan Kampung Idaman. Dan taman-taman yang cantik pun dah tak terjaga dengan rumput dan semak samun. Mungkin disebabkan PKP yang lalu dan tiada orang yang bekerja untuk menjaga kawasan sekitar.


Nak rapikan balik Taman Botani tu memakan masa. Kawasannya sangat luas. Mungkin hujung tahun ni dah cantik balik kot. Ai harap tempat tu tak dibiarkan begitu sahaja. Sayang kalau orang ramai tak dapat menikmati keindahan alam di sana.


Oh ya, kalau korang baru pertama kali ke sana, korang jangan risau sesat kat dalam tu tau. Banyak peta laluan yang disediakan di sana. Line telefon pun tak ada masalah kat dalam tu. Kalau penat, banyak pondok-pondok rehat yang disediakan. Tandas dan surau pun ada.




Tapi jangan cuba-cuba masuk ke tempat di luar daripada trek perjalanan. Kalau jadi apa-apa nanti, dah menyusahkan orang lain.




P/s : Nanti nak berkelah kat tepi tasik bila dah dibenarkan berkelah di Taman Botani Negara, Shah Alam.




aisyaismail

Friday 10 July 2020

SHOPPING SAKAN DAN DAPATKAN CASHBACK SERTA PELBAGAI TAWARAN MENARIK DI PG MALL!

July 10, 2020 39
SHOPPING SAKAN DAN DAPATKAN CASHBACK SERTA PELBAGAI TAWARAN MENARIK DI PG MALL!
Assalamualaikum and hye readers.



Tips nak buat hati seorang wanita gembira, bagi mereka shopping sakan. Mesti berbunga-bunga bila dengar perkataan shopping tu. Terus terbayang-bayang apa yang nak dibeli. Silap hari bulan dah ada senarai barangan yang nak dibeli panjang berjela. Tambah mengembirakan bila dapat pelbagai tawaran yang menarik.


Niat dan semangat nak shopping dah ada, tapi mengenangkan musim COVID-19 yang sedang melanda dunia ni, malas pula nak keluar rumah. Tapi, korang tau kan sekarang ni tak payah keluar rumah pun korang boleh shopping sakan. Pergi je ke website www.pgmall.my. Mesti penuh troli korang beli. Mana tak nya, banyak tawaran yang menarik di PG Mall. Siap dapat cash back pula tu.


Shopping sakan dan dapatkan cashback serta tawaran yang menarik di PG Mall




Apa itu PG Mall


PG Mall ni merupakan platform e-dagang nombor 1 di Malaysia. PG Mall yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. ni dah wujud sejak tahun 2017.


Jangan risau, PG Mall memang platform shopping online yang boleh dipercayai. Siap tersenarai sebagai top 3 shopping online yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Iprice insight.


Terdapat pelbagai pilihan barangan yang terdapat di PG Mall. Daripada barangan elektronik, fesyen, buku, barangan kelengkapan rumah, makanan dan minuman, peralatan sukan, produk kesihatan dan kecantikan, automotif sehingga lah e-voucher ada di PG Mall. Korang cakap je lah nak apa, mesti ada. Oh ya, sekarang tengah popular aktiviti menanam pokok kan? Korang boleh juga dapatkan kelengkapan pertanian di PG Mall.


Apa yang menarik di PG Mall


WOW Stores!



Dengan diskaun sehingga 15% dan penghantaran percuma untuk kedai-kedai yang terpilih, korang boleh shopping di mana-mana sahaja dan hanya memerlukan PC atau telefon pintar korang sahaja. Lepas tu klik klik, dan terus bayar. Tunggu sampai barang sampai depan pintu rumah. Senang kan? Paling best, hujung minggu ada lagi pelbagai diskaun tambahan yang hebat!


Hot Day Sales!


Siapa je yang tak suka diskaun? Lebih-lebih lagi bila setiap hari akan ada diskaun sehingga 80%. Tapi bukan sepanjang masa. Ada 3 slot setiap hari. Pada pukul 10 pagi, 4 petang dan 9 malam. Korang boleh tunggu depan PC atau telefon pintar korang supaya tak terlepas harga yang dijamin terendah. Ruginya kalau terlepas.


Love You 3000!




Dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas, korang akan layak untuk menyertai Love You 3000 Campaign yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM3000! Lagi banyak korang shopping lagi cerah peluang korang nak menang. Pemenang akan diumumkan setiap bulan pada 15 dan 30 hari bulan.


ConsuMerchant Concept!


Ehem! Ini yang ai paling suka ni. Dengan shopping di PG Mall, korang bukan setakat dapat barangan yang korang idamkan malah korang boleh dapat cashback sehingga 3.5%. Siapa yang tak seronok kalau dapat cashback?


Senang je nak dapat cashback ni. Korang hanya perlu shopping dan kongsikan referral link korang pada keluarga dan kawan-kawan korang atau sesiapa sahaja. Setiap pendaftaran dengan menggunakan referral link korang tu, korang akan layak untuk mendapatkan cashback sebanyak 3.5%. Senang kan? Boleh buat duit sambil berbelanja. Kat bawah ni referral link ai, daftar lah guna link di bawah ni. Hehehe!




Haaa mcam mana, tertarik menarik tak PG Mall ni? Cepat-cepat lah pergi shopping di PG Mall. Berbaloi-baloi! Silap hari bulan, semua benda korang nak borong. Kalau korang nak info lanjut pasal PG Mall ni, korang klik je link kat bawah ni. Ok, ai nak sambung shopping!




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Wowstore # Loveyou3k




aisyaismail

Sunday 5 July 2020

MY GIRLFRIEND IS GUMIHO - LEE SEUNG GI, SHIN MIN AH

July 05, 2020 13
MY GIRLFRIEND IS GUMIHO - LEE SEUNG GI, SHIN MIN AH
Asslamualaikum and hye readers.



Lama betul ai peram cerita ni. Setiap kali nak tengok mesti tak jadi sebab tak ada aura nak menonton hero dan heroin tu. Hahaha! Tapi lepas tengok Oh My Venus, baru ada hati nak tengok drama ni. Sebab heroin dia comel sangat. Siri televisyen yang silakonkan oleh Lee Seung-Gi dan Shin Min-ah ini telah ditayang kan pada tahun 2010 iaitu 10 tahun yang lepas.




Sinopsis

My Girlfriend is Gumiho mengisahkan tentang Cha Dae-woong ( Lee Seung-gi ), seorang pelajar kolej yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon terkenal. Dae-woong yang dibesarkan oleh datuk dan mak ciknya tetap meneruskan cita-citanya itu walaupun ditentang oleh datuknya, Cha Poong ( Byun Hee-bong ). Suatu hari, secara tidak sengaja Dae-woong telah melepaskan Gu Mi-ho ( Shin Min-ah ), seekor rubah yang cantik dan mempunyai 9 ekor dari dalam lukisan di sebuah kuil. Rubah itu dikurung di dalam gambar oleh Nenek Samshin. Oleh kerana ketakutan, Dae-woong melarikan diri ke dalam hutan sehingga mengalami kemalangan yang mengancam nyawanya. Mi-ho menyelamatkan Dae-woong dengan memberikannya "fox bead".


Pada mulanya Dae-woong menyangkakan Mi-ho adalah seorang gadis yang mempunyai masalah mental. Setelah mengetahui bahawa Mi-ho adalah seekor rubah dengan 9 ekor, Dae-woong cuba untuk melarikan diri. Dae-woong berasa takut kerana mengikut mitos, gumiho akan memakan lelaki. Mi-ho menggunakan ketakutan Dae-woong sebagai satu cara untuk dia sentiasa bersama lelaki itu. Dae-woong memgelarkannya sebagai Mi-ho dan menjaganya. Mi-ho meminjamkan "fox bead" kepada Dae-woong. Dengan adanya "fox bead" itu, Dae-woong mampu melakukan aksi lagak ngeri yang luar biasa dan diterima sebagai pelakon utama.  Sebagai balasannya, Dae-woong perlu membantu Mi-ho untuk menjadi seorang manusia.


Ulasan

Pada ai biasa-biasa je cerita ni. Tapi ai tengok jugalah sampai habis sebab ai  suka tengok Gu Mi-ho tu. Yang selebihnya sama sahaja. Jumpa, bergaduh, jatuh cinta, seronok-seronok, ada masalah, lari dari masalah konon itu yang terbaik untuk orang yang dicintai, masalah masalah masalah, selesai masalah, berpisah, selesai masalah, bersama balik dan akhirnya bahagia. Tapi kalau ai tengok 10 tahun yang lepas mungkin drama ni jadi salah satu drama yang ai suka.



aisyaismail