April 2020

Thursday 23 April 2020

RESIPI BUTTER CHICKEN DI MANA KAN KU CARI GANTI

April 23, 2020 18
RESIPI BUTTER CHICKEN DI MANA KAN KU CARI GANTI
Assalamualaikum and hye readers.



Resipi butter chicken ni daripada BFF ai yang tak jemu bagi ai resipi walaupun kadang-kadang ai tak buat pun. Ai ubah kuantiti sikit-sikit untuk kena dengan selera tekak ai. Kalau korang cuba resipi ni pasti licin. Sedap! Ayam tu selalunya orang guna dada ayam, tapi dalam keluarga ai ramai tak suka makan dada jadi ai campurkan. 



Bahan-bahan

1. 1/2 ayam potong dalam 2 inci (suka hati nak bahagian mana)
2. 1 sudu makan serbuk kunyit
3. Garam secukup rasa
4. Tepung gandum
5. 7 ulas bawang putih dicincang
6. 2 tangkai daun kari
7. 7 biji cili padi potong halus
8. 1 biji bawang holland dihiris
9. 4 sudu makan butter
10. 1/2 tin susu cair
11. Cheese
12. 3 sudu makan gula
13. Sedikit bahan perasa
15. 1/2 cawan air


Cara-cara

1. Gaul ayam dengan kunyit, garam dan tepung. Tepung jangan tebal sangat. Goreng ayam dan toskan.
2. Panaskan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
3. Tuang susu cair dan air. Lepas tu masukkan gula dan bahan perasa.
4. Bila kuah dah cantik, masukkan bawang holland, ayam dan cheese. Gaul sehingga ayam disaluti kuah butter. 
5. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Cheese tu boleh guna apa sahaja jenis cheese kecuali cream cheese. Kuantiti ikut suka korang. Tapi jangan banyak sangat pula.




aisyaismail

Saturday 18 April 2020

MENANG DUIT RAYA RM3,000 DAN DAPATKAN KOD DISKAUN - SOFEAROSE

April 18, 2020 11
MENANG DUIT RAYA RM3,000 DAN DAPATKAN KOD DISKAUN - SOFEAROSE
Assalamualaikum and hye readers.



Jenama hijab dan pakaian muslimah, SofeaRose sudah tidak asing lagi di kalangan pencinta fesyen muslimah di Malaysia. Kalau tanya pada hijabista di Malaysia ni mesti kebanyakkannya kenal akan jenama ini. Pada yang belum mengenali jenama SofeRose, korang pergilah intai-intai instagram @sofearose. Mesti banyak koleksi yang korang gemari.




SofeaRose tidak pernah lupa untuk mengambil berat akan perkembangan kaum wanita di Malaysia terutamanya. Sebab itu mereka nak kongsikan duit raya sebanyak RM3,000 dengan korang. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, korang boleh rebut peluang untuk mendapatkan duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan berturut-turut. Seronoknya.


Macam mana nak dapatkan duit raya tu? Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui website www.sofearose.com atau facebook @sofearose atau instagram @sofearose_hq atau melalui agent dan dropship SofeaRose yang berdaftar.




Untuk pembeli yang terawal, korang akan dapat dua penyertaan untuk memenangi #duitrayaSofeaRose. Ini bermakna peluang korang untuk menang lebih cerah. Pemenang akan dipilih secara LIVE di facebook dan instagram SofeaRose. RM500 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank pemenang setiap 5hb selama 6 bulan berturut-turut.


SofeaRose sudah mula mencipta nama sejak tahun 2014 dan aktif mengeluarkan koleksi Art To Wear yang pernah digayakan di pentas antarabangsa seperti di London pada tahun 2016 dan Madrid pada tahun 2017. Empayar SofeaRose terus melebarkan sayapnya dengan SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona Series. Sekali lagi SofeaRose mencipta nama dengan kolaborasi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020. Terdapat 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah dengan harga yang mampu milik.





Baru-baru ini juga SofeaRose terkesan dengan berita keluarga yang kurang dan tidak berkemampuan kerana pandemic COVID-19 dan melancarkan tabung COVID19 SofeaRose. Sebanyak 5% daripada hasil jualan akan didermakan kepada keluarga yang kurang bernasib baiik. SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dopship untuk membantu mereka yang terkesan dari COVID-19 untuk mencari pendapatan sampingan. Inilah masa korang nak jadi droppship tanpa yuran.


Jom sama-sama kita support jenama SofeaRose. Sambil-sambil kita membeli-belah, kita juga dapat bersedekah dan merebut peluang untuk memenangi duit raya. Dan yang paling penting, produk daripada SofeaRose best!








Nak lagi best? Dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk pembelian baju raya dengan mneggunakan COUPON CODE AISYA10 semasa pembelian di website SofeaRose. Kod diskaun ini khas untuk pembaca blog www.aisyaismail.com sahaja tau. Jangan lepaskan peluang menarik ini.



aisyaismail

Friday 17 April 2020

RESIPI JAGUNG BAKAR GETARAN JIWA MENGGUNAKAN AIR FRYER

April 17, 2020 11
RESIPI JAGUNG BAKAR GETARAN JIWA MENGGUNAKAN AIR FRYER
Assalamualaikum and hye readers.



Jagung bakar adalah salah satu menu kegemaran ai. Kalau dapat yang kena dengan selera, tiga batang jagung bakar tu pun ai boleh habiskan dengan sekelip mata. Rasa taknak tinggalkan untuk orang belakang pun ada. Hahaha! Tapi nak main bakar-bakar tu malas betul. Bila dah ada air fryer ni, macam lagi senang nak bakar jagung tu. Tanpa api pun boleh jadi.




Bahan-bahan

1. 4 tongkol jagung
2. 2 sudu makan mentega / butter
3. 1 sudu makan madu
4. 1 sudu makan gula
5. 1 sudu teh garam
6. 2 sudu makan mayonnaise


Cara-cara

1. Bersihkan jagung terlebih dahulu dan potong jagung menjadi 2 bahagian.
2. Satukan mentega, madu, gula, garam dan mayonnaise di dalam satu mangkuk. Panaskan dalam 15 saat di dalam microwave dan kacau bagi rata. 
3. Sapukan bahan tadi pada jagung dan biarkan bahan sapuan meresap masuk ke dalam agung.
4. Masukkan jagung di dalam air fryer dan setkan suhu 180° selama 10 minit.
5. Terbalikkan jagung dan tambah lagi 10 minit masa memasak. 
6. Sapukan lebihan bahan sapuan pada jagung yang dah siap dimasak.
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau suka lagi kehitaman boleh tambah masa memasak jagung tesebut.




aisyaismail

Monday 13 April 2020

SERONOK MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN AIR FRYER

April 13, 2020 12
SERONOK MEMASAK DENGAN MENGGUNAKAN AIR FRYER
Assalamualaikum and hye readers.



Perasan tak sekarang ramai isteri-isteri di rumah rajin mencuba menu-menu baru? Ai pun tak terkecuali daripada membuat eksperimen masakan di dapur. Tapi ai tak adalah hebat macam korang. Dapat makan kenyang perut dan Encik Husband makan bertambah pun ai dah bersyukur.


Selepas diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa negara akan mengenakan perintah kawalan pergerakan, ai ajak Encik Husband beli air fryer. Semuanya gara-gara Kak Shehan tunjuk Burnt Cheesecake yang dibuat dengan mudah menggunakan air fryer. Ai bagi alasan nak buat Burnt Cheesecake untuk Encik Husband. Hahaha!



Bila Encik Husband luluskan je, tak cakap banyak. Terus ai pilih air fryer yang berkenan di hati. Beli secara online je. Siap kongsi beli dengan adik ipar. Kami pilih yang harga mampu milik je. Asalkan boleh guna dan bertahan lama ok lah kan. Mula-mula kami nak beli air fryer jenama Khind, tapi model tu habis pula. Ada pun tinggal yang mahal je.


Akhirnya selepas baca review semua, kami pilih air fryer jenama Russell Taylors AF-34 saiz XL yang berkeluasan 4.8L. Daripada review yang ai baca, ramai pengguna kata kalau beli air fryer lagi besar lagi tahan lama. Jadi, ai amik yang besar terus. Puas hati.


Air fryer ni ai beli di Lazada dengan harga RM260 termasuk cas penghantaran. Kalau korang nak beli, korang kena rajin baca review dan bandingkan harga. Ada penjual yang jual dengan harga mahal sampai 400 lebih. Tak kurang juga yang jual dengan harga yang murah tetapi scammer. Sebab tu baca review tu penting.


Buat masa ni macam-macam ai dah masak dengan menggunakan air fryer tu. Burnt Cheesecake, ayam goreng, ayam grill, ikan goreng, nugget goreng, keropok lekor dan juga jagung bakar. Paling seronok guna untuk goreng makanan frozen lah sebab tak payah guna minyak dah. Rasa pun lebih sedap. Minyak pun jimat. Kalau lah air fryer boleh mengukus, lagi ceria hari ai sepanjang PKP ni.



Kalau korang ada air fryer tetapi buntu nak masak apa, google je menu masakan menggunakan air fryer. Macam-macam menu akan keluar beserta resipi sekali. Video pun banyak. Kebanyakkan resipi ringkas sahaja. Yang penting kerajinan tu kena ada. Hehehe!




aisyaismail

Sunday 5 April 2020

OH MY VENUS - SO JI SUB, SHIN MIN AH

April 05, 2020 1
OH MY VENUS - SO JI SUB, SHIN MIN AH
Assalamualaikum and hye readers.



Seorang cantik dan seorang lagi macho. Ok ngam! Drama komedi romantik yang dibintangi oleh So Ji-sub dan Shin Min-a ini telah ditayangkan pada tahun 2015 sebanyak 16 episod. Popular juga cerita ni masa ditayangkan. Ai suka sangat tengok muka Shin Min-ah ni. Comel sangat-sangat.





Sinopsis

Oh My Venus mengisahkan tentang seorang jurulatih peribadi kepada artis-artis Hollywood, John Kim (So Ji-sub). John Kim mempunyai penyakit sejak kecil. Dia percaya dia akan mampu hidup dengan lebih lama jika mengamalkan gaya hidup yang sihat. Makanan sihat dan senaman yang betul adalah keutamaannya. John Kim duduk di luar negara bertahun lamanya. Namun, scandalnya bersama seorang pelakon Hollywood menyebabkan John Kim pulang semula ke Korea.


Di dalam penerbangannya pulang ke Korea, John Kim telah menyelamatkan Kang Joo-eun (Shin Min-ah) yang sesak nafas di dalam kapal terbang. Joo-eun seorang peguam yang bertubuh agak gempal. Lain sungguh daripada perwatakkannya semasa zaman belajar. Joo-eun merupakan seorang gadis yang cantik dan dianggap ratu di kampungnya. John Kim dan Joo-eun bertemu sekali lagi di sebuah hotel di mana John Kim berlakon sebagai teman lelaki Joo-eun untuk ,menjaga air muka Jo-eun. Kang Joo-eun bertekad untuk menguruskan badannya. Dia ingin kembali seperti zaman kurusnya dahulu. John Kim membantunya untuk menguruskan badan walaupun pada mulanya dia enggan. 


Ulasan

Klise drama ni sebab John Kim mula-mula tak nak tolong Joo-eun. Tapi dalam hati macam suka. Lepas tu tolong juga sampai dah tersuka. Tapi selain rahsiakan pasal penyakit dia, John Kim ni sangat 'gentleman'. Biasanya kalau gadis-gadis tengok watak John Kim ni memang akan terus suka. 



aisyaismail

Thursday 2 April 2020

KITA TOLONG KITA DUDUK RUMAH JANGAN KELUAR - COVID19

April 02, 2020 10
KITA TOLONG KITA DUDUK RUMAH JANGAN KELUAR - COVID19
Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini sudah masuk hari yang ke-15 perintah kawalan pergerakan disebabkan COVID-19. Ai masih di rumah dan tak keluar ke mana-mana. Alhamdulillah ai masih ok. Banyak rupanya aktiviti yang boleh dibuat di rumah ni. Sesekali tu ada juga bosan. Kalau dah tak tau nak buat apa, tido je lah.


Gambar hasil carian di google.com.

Selama duduk kat rumah ni ai banyak habiskan masa menjahit, main game, blog, instagram dan facebook walking selain duduk termenung memikirkan masa depan. Harap-harap keadaan akan kembali pulih seperti sedia-kala. Takut nak fikirkan kalau syarikat ai bekerja tak dapat nak buat jualan. Apa nasib gaji kami sebagai pekerja yang makan gaji. Sob!


Dalam kerisauan tentang diri sendiri, ai juga berasa kagum dengan petugas-petugas front liners di Malaysia. Mereka sanggup berkorban jiwa raga, masa dan keluarga untuk memastikan Malaysia menuju ke arah 0 kes COVID-19.


Ai kecewa sangat bila ada orang yang sanggup menipu dan memudaratkan front liners ini. Datang hospital dengan simptom  COVID-19. Tapi taknak mengaku ada kontak rapat dengan orang-orang yang sudah positive. Bila dah dimasukkan ke dalam wad, dan positive COVID-19 barulah nak mengaku.


Kan bagus kalau mengaku dari awal. Boleh mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Doktor dan nurse nak membantu bukan nak cederakan pun. Bila menipu, tak pasal-pasal doktor dan nurse kena dikuarantin kan sekali. Berkurang lagi jumlah nurse dan doktor yang diperlukan khidmat mereka. Korang tak rasa bersalah ke?


Gambar daripada facebook rasmi KPJ Selangor Specialist Hospital.

Apa-apa pun ai nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua petugas front liners kerana telah bertungkus-lumus berjuang memerangi COVID-19. Ai sebagai rakyat Malaysia menyumbangkan diri untuk duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana jika tiada perkara yang mustahak.


Kalau dipandang daripada sudut positive sebenarnya ada banyak juga kebaikan daripada semua perkara yang terjadi ini. Ramai yang selalu sibuk dengan kerja dah boleh berehat. Yang tak pernah solat berjemaah dengan keluarga, dah mula solat berjemaah. Mengaji, solat hajat, live-live keagamaan di social media. Tak ada lagi yang merungut tiada masa nak buat semua itu.


Baru-baru ni pun ai mula ikut live Ustaz Fakhrul UNIC di instagram. Setiap malam ada. Dalam pukul 10  rasanya. Korang pun join lah sekali. Ustaz Fakhrul akan buat live dengan artis-artis di Malaysia. Santai dan korang boleh tanya soalan-soalan mengenai keagamaan. Kalau dia perasan dan soalan koang terpilih, dia akan jawab soalan korang secara live.


Apa yang penting sekarang ni jangan berhenti berdoa. Duduk rumah diam-diam dan tak perlu lah nak keluar kalau tak ada perkara yang penting. Bantu kerajaan dengan duduk di rumah. Senang kan? Kita tolong kita. Ringankan beban orang lain dengan hanya duduk di rumah sahaja. Jaga kebersihan juga.


Dan korang tolonglah, selain duduk di rumah jangan sentiasa nak jadi yang pertama kongsikan maklumat tentang COVID-19 tanpa pastikan kesahihan maklumat yang korang kongsikan. Maklumat yang tak sahih boleh menimbulkan panik orang lain. Kalau tak mampu nak mengurangkan masalah, tolong jangan menambahkan masalah.




aisyaismail