RESIPI BUTTER CHICKEN DI MANA KAN KU CARI GANTI

Thursday, 23 April 2020

RESIPI BUTTER CHICKEN DI MANA KAN KU CARI GANTI


Assalamualaikum and hye readers.



Resipi butter chicken ni daripada BFF ai yang tak jemu bagi ai resipi walaupun kadang-kadang ai tak buat pun. Ai ubah kuantiti sikit-sikit untuk kena dengan selera tekak ai. Kalau korang cuba resipi ni pasti licin. Sedap! Ayam tu selalunya orang guna dada ayam, tapi dalam keluarga ai ramai tak suka makan dada jadi ai campurkan. 



Bahan-bahan

1. 1/2 ayam potong dalam 2 inci (suka hati nak bahagian mana)
2. 1 sudu makan serbuk kunyit
3. Garam secukup rasa
4. Tepung gandum
5. 7 ulas bawang putih dicincang
6. 2 tangkai daun kari
7. 7 biji cili padi potong halus
8. 1 biji bawang holland dihiris
9. 4 sudu makan butter
10. 1/2 tin susu cair
11. Cheese
12. 3 sudu makan gula
13. Sedikit bahan perasa
15. 1/2 cawan air


Cara-cara

1. Gaul ayam dengan kunyit, garam dan tepung. Tepung jangan tebal sangat. Goreng ayam dan toskan.
2. Panaskan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
3. Tuang susu cair dan air. Lepas tu masukkan gula dan bahan perasa.
4. Bila kuah dah cantik, masukkan bawang holland, ayam dan cheese. Gaul sehingga ayam disaluti kuah butter. 
5. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Cheese tu boleh guna apa sahaja jenis cheese kecuali cream cheese. Kuantiti ikut suka korang. Tapi jangan banyak sangat pula.




aisyaismail

11 comments:

  1. menu butter ni fav ank akak tp bkn chicken la..die suka udang

    ReplyDelete
  2. Nampak tempting sangat butter chicken tu. Sedapnya....

    ReplyDelete
  3. mana nak ku cari ganti gituw..lama tak jenguk! hye AI heheh.weh sedap nyaaa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Bau daun kari tu yg membangkit selera kan.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa! terus rasa lapar perut ni haha.
    Selamat berbuka puasa kejap lagi.

    ReplyDelete
  6. butter chicken! anak-anak suka menu macam ni..lama tak buat butter chicken..tq resepinya:)

    ReplyDelete
  7. fuhhh... sodap ni... ltk cheese ok x ni. bg buttercheese kan.. perghh.. tghr2 ni. hahaha

    ReplyDelete
  8. cheesy dan juicy sedapnya.. telan air liur jap

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D