Assalamualaikum and hye readers.
Selamat tinggal Shoe City Malaysia. Selepas 6 tahun bersama Shoe City Malaysia dan selepas 8 tahun bersama bos yang sama, akhirnya Ai terpaksa melepaskan tempat kerja yang Ai suka. Sampai di sini sahaja jodoh kita.
Pada sesetengah orang, 6 dan 8 tahun itu sekejap je. Ada lagi yang dah berkhidmat dengan tempat kerja mereka sampai berpuluh tahun lamanya. Tapi pada Ai, pengalaman dan ilmu yang Ai dapat di tempat kerja lama sangatlah tak ternilai harganya. Bukan senang Ai seorang yang cepat bosan nak bertahan di suatu tempat selama itu.
Pertama kali kerja di dalam pejabat
Ai kenal bos Ai, Mr Kan semasa temuduga dalam 8 ke 9 tahun yang lepas. Pekerjaan pertama Ai di dalam pejabat. Sebelum itu Ai bekerja di dalam studio yang terletak di dalam Parkson Pavilion. Atas dasar percaya, pagi Ai temuduga, petang itu HR dah telefon bagi berita gembira. Tak sempat nak sampai rumah. Terus boleh pergi shopping baju kerja.
Walaupun banyak cakap-cakap belakang yang Ai dengar tentang bos Ai, Ai tenang-tenang je. Sebab Ai tak nampak bos Ai teruk pun. Baik je. Pada Ai, biasalah cerewet-cerewet bos tu. Nama pun bos kan. Ada ke bos yang tak cerewet? Hahaha! Ai ok lagi kalau cerewet selagi tak kacau dan menyusahkan Ai.
Ai masih ingat lagi masa bos ajak Ai ikut dia ke syarikat baru. Terharu! Dan mesti lah Ai ikut. Gaji pun ok. Hahaha! Selama 6 tahun bersama dalam turun naik syarikat, akhirnya pada September 2021 Ai buat keputusan untuk tinggalkan Shoe City Malaysia. Sedih! Sob sob!
Selamat tinggal Shoe City Malaysia
Disebabkan Covid-19, macam kebanyakan syarikat lain, Shoe City Malaysia juga terkesan. Shoe City Malaysia buat keputusan untuk berpindah ke tempat yang susah untuk Ai nak ikut. Hahaha! Jauh wooo! Walaupun di KL je. Habis masa kat atas jalan raya je nanti.
Bos ada bagi pilihan untuk Ai bekerja dari rumah. Tapi sampai bila? Dah lah Ai ni sejenis yang tak boleh nak bekerja dari rumah. Sekejap-sekejap boleh lah. Dalam jangka masa panjang, buntu kepala ni. Nasib baik ada blog tercinta ini dan Coca Design. Adalah duit tabung untuk dikorek selama tak bekerja. Huhuhu! Dan nasib baik juga ada Coco yang sentiasa support apa yang Ai nak buat.
Kalau ikutkan, bulan Oktober adalah bulan terakhir Ai bersama dengan Shoe City Malaysia. Hadiah hari jadi tu. Kena berhenti kerja. Huhuhu! Tapi atas kertas, hari terakhir Ai adalah pada bulan November. Baik tak bos? Mestilah baik. Staff favourite kan. Ecehhh!
Semoga Shoe City Malaysia terus maju
Sedih memang sedih. Tapi dah tertulis jodoh Ai dengan Shoe City dan bos tak panjang. Haaa kalau korang nak cuba nasib kerja di Shoe City Malaysia, cuba email resume korang. Mana tahu masih ada lagi kekosongan tempat Ai tu. Kriteria yang diperlukan, korang kena sentiasa bersedia dengat kejutan-kejutan yang terkejut. Tu je. Hehehe!
Tahun 2022 ini, Ai berharap Shoe City Malaysia terus berjaya dan berjaya. Ai pun dah mula bekerja di tempat yang baru. Alhamdulillah. Banyak ilmu dan pengalaman baru. Buat masa ni, Ai selesa di tempat baru ini. Harap-harap ini adalah pekerjaan yang Ai nak dan minat supaya Ai boleh kerja di sini sampai tua. Hahaha!
aisyaismail