August 2017 - Aisya Ismail

Thursday, 31 August 2017

SETIA KE HUJUNG NYAWA

11:30 6
SETIA KE HUJUNG NYAWA
Assalamualaikum and hye readers~


First of all, ai nak ucapkan Happy National Day to all Malaysian!!

Pada yang belum tahu tu, suka ai nak bagitahu, ai ni sejenis makhluk tuhan yang setia tau. Bukan dalam bab-bab relationship je setia. Dengan barang pun ai setia.


Selain dari sayang yang teramat nak tukarkan barang lama dengan yang baru, ai pun malas nak cari ganti apa-apa sahaja barang ai. Pendek kata, selagi boleh guna ai guna. Dah tak boleh guna, hahh time tu lah baru sibuk nak mencari. Suka last minute kan.


Antara barang yang ai sayang sangat nak tukar tu, of course lah handphone ucuk acam kesayangan ai tu. Bukan handphone je, accessories dia sekali ai memang susah sangat nak tukar. Even screen protector dah kelabu pun ai malas nak tukar.

Hari tu masa tengah dating ngan encik husband, tiba-tiba encik husband cakap nak singgah kedai Ustaz dekat PKNS. Nak tukar casing dan tempered glass baru katanya. Ai pun ok lah. Encik husband suruh tukar ai punya sekali, but jawapan biasa 'tak payah lah, ok lagi ni'. Padahal sayang sangat nak tukar.


Pada yang tak tahu, kedai Ustaz ini adalah kedai accessories handphone tau. Bukan kedai handphone.





Encik husband : I nak tukar tempered glass.
Promote           : *Tengok hanphone encik husband kemudian amik tempered glass kat rak*
Encik husband : How much ye satu?
Promoter          : RM3 *pantas tangan pasangkan tempered glass*.
Me                   : Excuse me, how much?
Promoter          : *Tengok list harga* RM3.
Me                   : Tukarkan saya punya sekali.
Encik husband : *palm face* 


RM3 tau, RM3. Diulangi RM3! Mau tak terkejut terus tukar. Lepas tukar tu terus handphone ai berubah wajah macam handphone baru. Clear screen handphone ai, ceria hati ai. Dah tukar tempered glass ni, tak tahu lah bila lagi ai akan tukar accessories handphone.


Kalau korang nak beli accessories handphone yang murah-murah, ai suggested korang pergilah kedai Ustaz tu. So far yang ai tahu tiga kedai Ustaz di Damansara, PKNS dan Mara Digital. Murah-murah sangat. Casing cantik-cantik pun banyak yang tak sampai rm10. Tapi kalau macam bateri handphone tu, elakkan lah beli yang murah-murah. Takut lebih memudaratkan handphone korang je nanti.

Tuesday, 29 August 2017

KENAPA FASHION?

11:30 36
KENAPA FASHION?
Assalamualaikum and hye readers~


Kenapa fashion?

Kenapa fashion?

Kenapa Fashion?


Pernah suatu ketika dulu, ai penat dengan soalan 'kenapa fashion?'. Sana-sini orang tanya ai 'kenapa fashion?'


Masa sekolah dulu, ai memang nak sangat masuk kelas aliran account. Nak jadi accountant or guru account lah kononnya. Minat sangat bidang account ni walaupun ai belum tahu satu apa pun pasal account. Dan ai nak sangat jadi cikgu.


Gambar hasil carian di google.
Seperti yang ai harapkan, yes! ai dapat masuk kelas aliran perakaunan. Tapi kan, minat tu berubah secara tiba-tiba bila ai amik subject pendidikan seni sebagai subject tambahan. Ai tak hebat melukis pun. Malah nak live sketching pun ai tak reti. Tapi ai dah mula minat pada designing. Hasilnya semasa apply upu, semua pilihan ai adalah art and design dan accounting pilihan terakhir. 


First choice ai adalah Graphic Art and Design. Seriously ai sangat berharap untuk dapat bidang grafik ni. Minat habis lah! Macam biasalah, ai tak tahu pun bidang grafik tu macam mana. Yang ai tahu, design menggunakan komputer. Lepas tu habis belajar nak kerja dalam studio. Terlupa terus niat nak jadi cikgu tu. Heh! Suka sangat berangan tau.


Tapi tu lah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ai. Ai tak dapat pun bidang grafik. Malah, ai tak dapat pun apa-apa tawaran upu. Ai hanya dipanggil untuk interview sahaja di UiTM Lendu, Melaka. Oh kecewa sangat! Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan yang dah dapat tawaran, lagi lah sedih kan. Masa tu ai dah sambung form 6.


Ai adalah terima beberapa tawaran belajar lain di kolej dan universiti swasta. Tapi entah lah. Hati ni sedikit kecewa sebab tak dapat upu. Merajuk lah kononnya. Macam lah ada orang nak pujuk. Hahaha!


Gambar hasil carian di google.


Tak lama lepas ai sambung form 6, ai dapat tawaran dari Kolej Shahputra dalam bidang fashion. Kolej Shahputra ni sekarang dah rebrand oleh owner baru dan dikenali sebagai Widad College University. 


Ok, masa dapat tawaran tu, I feel like.... Fashion? Dah kenapa pula dapat tawaran bidang fashion pula ni? Menjahit langsung tak tahu. Cucuk benang pada jarum pun kena hisap-hisap benang lima enam kali. So, ai nak ignore pada mulanya. Tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba ai bagitahu mak baba, ai nak pergi belajar kat situ.


Guess what? Seperti yang ai jangka, semua orang terkejut ok! And sejak dari situ lah bermula nya soalan 'kenapa fashion?' 'why fashion?' 'kenapa?' 'kenapa?' 'kenapa??????'. Sampai ai pun dah mula question 'kenapa?' pada diri sendiri.


Bila dah lama-lama ai menceburi bidang fashion, ai mula faham kenapa ai ditakdirkan untuk ambil bidang fashion dan bukannya grafik. Kolej swasta pula tu. Bermati-matian nak masuk universiti tau. Tapi tulah.. Ai hanya mampu merancang, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk ai. 


Ai selalu berdoa untuk dapat belajar dalam bidang grafik, tapi ai dapat tawaran dalam bidang fashion. Ai tak menyesal pun sebab ada je subject computer design yang ai wajib amik. Haaa nampak tak? Kalau ai amik grafik belum tentu ai boleh belajar tentang fashion. Tapi bila ai amik fashion, ai bukan sahaja belajar tentang fashion, malah ai belajar tentang grafik, photography, shoe designing, metal and macam-macam lah. Syukur sangat-sangat.


Ai berdoa nak dapat masuk universiti. Tapi ai hanya dapat kolej swasta. It's ok, ai redha walaupun mula-mula dulu frust menonggeng. Sebab kolej swasta tu tiket ai dapat sambung ijazah ai di universiti tau. So akhirnya ai dapat juga sambung belajar di universiti. Alhamdulillah! Ada juga planning nak sambung master, tapi... tapi... belum tahu lagi bila nya. Hehehe!


Project akhir degree fashion show. Bangga lah juga Zahnita Wilson tengah famaous masa tu catwalk pakai baju ai.

Cikgu? Hurmm ni je lah yang niat yang ai rasa ai perlu kuburkan. Dulu masa ai choose fashion dan soalan 'kenapa fashion?' tu asyik berkumandang di corong telinga, ada juga yang bertanya dan suggest, kenapa tak apply maktab? Kan senang, boleh jadi cikgu terus. Tapi tu lah. Terlalu banyak yang ai kejarkan masa tu, dan tak semua yang kita kejarkan kita boleh dapatkan? Jangan tamak aisya! No no no tak baik. Ai dengan confident cakap, 'takpe nak masuk university dulu, lepas tu nak sambung DPLI or KPLI pula untuk jadi cikgu. Last-last tak terkejar pun. Lepas habis study, ai pun dah sweet 23 dan ai dah taknak sambung belajar sebab ai nak cari duit pula. Fuh! 


Kalau sekarang ai baru nak apply jadi cikgu masih layak tak? Hehehe! Kalau layak ai nak apply ni.


Walaupun cita-cita untuk jadi cikgu tu masih dalam hati, tapi ai tetap happy berkerja sebagai visual merchandiser. Seronok! Dalam masa yang sama, ai buat freelance sewing and designing. Nampak tak, semua yang ai belajar dulu ai gunakan sebaiknya. Hahaha! Sikit demi sedikit ai mula faham dengan matlamat hidup ini. Bukan apa yang kita minat sekarang, tapi apa yang kita nak buat akan datang.


Main point ai bukan nak bagitahu ai dah berjaya ke, ai belajar apa ke. Bukan, semua pun bukan. Just nak sharing pada adik-adik yang belum tahu lagi hala tuju masa depan. Belajar rajin-rajin. Fikirkan apa yang korang nak kemudian pilih betul-betul apa bidang yang korang nak ceburi. Jangan jadi macam ai tau. Tak tahu apa yang ai nak dalam hidup ini. Tapi alhamdulillah, jalan yang ai pilih tu tak salah.


Dan lagi satu. Jangan sesekali suka sesuatu bidang tu sebab orang lain suka. Sukakan sesuatu bidang tu sebab korang yang suka.


 Fuhh panjang lebar ai membebel. Ok dah penat. Jumpa lagi di next entri ok. See yaa 😉

Sunday, 27 August 2017

WHY SHOPEE WHY?! *CRYING*

11:30 47
WHY SHOPEE WHY?! *CRYING*
Assalamualaikum and hye readers~


Tak tahu lah nak sedih ke nak marah atau nak kecewa. 


Haritu ai ada survey-survey backpack from a few website. Ai dah lama tak keluar window shopping, busy sangat yang melampau. Sebab tu ai pilih untuk cari di website. Memang nak guna sangat lah sebab beg ai yang sekarang ni dah rosak. 


So nak dijadikan cerita, masa ai blogwalking blog sendiri, iklan adsense time tu tunjukkan backpack from Shopee. Yes! Ai memang cari design yang lebih kurang macam tu. Tanpa berlengah, ai pun terus pergi ke website Shopee since ai tak boleh nak klik iklan sendiri kan. Never mind. Bukan susah pun nak masuk website Shopee. Lagipun ai memang dah ada account Shopee sebab belikan breast pump untuk adik ai yang baru bersalin hari tu.


Friday, 25 August 2017

MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST

11:30 25
MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST
Assalamualaikum and hye readers~


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Klik banner untuk join.

Due Date : 21st - 31st August 2017

Wednesday, 23 August 2017

SUSHI KING BONANZA BERBALOI-BALOI

11:13 13
SUSHI KING BONANZA BERBALOI-BALOI
Assalamualaikum and hye readers~


Alhamdulillah, ai berkesempatan untuk join Sushi King bonanza kali ni. Ai ni suka gila Sushi King. Tapi sushi nya je. Menu lain ai kurang berminat.


Nak makan sushi sahaja banyak-banyak, memang ai rasa tak berbaloi dengan harga. Sebab tu ai selalu tidak melepaskan peluang untuk menikmati Sushi King sewaktu bonanza. Dengan rm3.18 every plate, ai rasa ok lah berbanding normal price yang ada sampai rm6 satu plate kan? Tapi kalau peminat tegar sushi tu tak ada masalah dengan harga.


Tuesday, 22 August 2017

FAST FOOD OHHH FAST FOOD

14:30 35
FAST FOOD OHHH FAST FOOD
Assalamualaikum and hye readers~


Ai yakin, semua sedia maklum yang fast food ni tidak elok untuk diamalkan. Apatah lagi untuk dijadikan amalan pemakanan untuk anak-anak kecil. No no no! Say no to fast food please. Eceh!! Tetapi fast food ni ramai penggemar tau. Say no macam mana pun, restaurant fast food diluar sana tetap penuh dengan pelanggan.


Apa itu fast food? Fast food ni adalah makanan segera yang mudah didapati dan nikmati dengan penuh kenikmatan. Kalau kita tengok, sekarang macam-macam jenis fast food ada di pasaran. Pilih je nak yang macam mana. Ayam? Burger? Kek? Mee? Macam-macam lah. Of course kebanyakkannya sedap-sedap belaka.


Gambar hasil carian di Google.

Monday, 21 August 2017

BAWAL VS SHAWL

11:00 21
BAWAL VS SHAWL
Assalamualaikum and hye readers~


Siapa kat sini yang suka pakai bawal? Dan siapa pula yang suka pakai shawl? Soalan ni sudah semestinya ai tujukan kepada golongan gadis-gadis. Kalau yang golongan jejaka pun suka pakai bawal atau shawl, hurmmm sesuatu ye. Tapi tak salah kalau korang nak jawab korang suka tengok perempuan pakai bawal or shawl.


Minat gadis-gadis ni tak sama. Ada yang suka gaya ringkas, ada juga yang suka gaya extreme. Ai sendiri ada minat ai dalam bertudung. Ai suka gaya yang extreme! Yang lilit-lilit sampai jadi ayu-ayu gitu. Tapi since setiap kali follow tutorial tudung lilit-lilit ai mesti bertukar menjadi hantu bungkus, So ai memilih untuk gaya ringkas. Less is more than everything.


Bila pikir-pikir balik, niat tu, ai bertudung kerana apa? Eh ai tak kutuk yang pakai tudung lilit-lilit tau. As long as korang pakai tudung kemas, cantik, tak jadi hantu bungkus macam ai dan menutup aurat, why not kan? Yang paling penting korang tutup aurat.



Sunday, 20 August 2017

PERKARA WAJIB BUAT JIKA MAHU KURUS

11:54 13
PERKARA WAJIB BUAT JIKA MAHU KURUS
Assalamualaikum and hye readers~


Perempuan mana yang taknak kurus? Ada ke? So far gadis-gadis yang ai kenal semua nak kurus. Tak ada pun yang nak besar. Kecuali lah kalau dia dah terlalu kurus. Itu pun dia cuma nak berisi sikit je. Sebab tak nak nampak macam tulang bergerak.


Kalau ada pun yang selesa berbadan besar, tapi setakat besar tu je lah. Cuba kalau berat dah mencecah 89. 'Tak apa. I'm fine, I memang suka badan besar ni. I memang ternak lemak-lemak untuk nampak comel'. Esok dia timbang, naik 2kg terus pucat muka. Nak turunkan berat badan. Tapi lepas tu, nampak makanan, lupa terus pasal berat badan.


Hasil carian di Google.


Nampak tak mainan psikologi? Dia bukan taknak kurus atau selesa dengan badan dia yang besar. Tapi dia tidak boleh mengelak dari makanan.

Friday, 18 August 2017

REMAJA DAN SOCIAL LIFE

11:30 10
REMAJA DAN SOCIAL LIFE
Assalamualaikum and hye readers~


Sebelum ai memulakan entry hari ni, ai nak bagi nasihat sikit pada adik-adik yang masih di bangku sekolah tu. Kalau terbaca entri kak ai ni, ingat ni baik-baik ye. Belajar rajin-rajin dengan ikhlas. Selalu ingat mak baba, mama papa, mummy daddy, umi abi atau ibu ayah yang dah bersusah payah membesarkan kita dari kecil sampai lah sekarang.


Eh, apesal emo pula entri ai ni. Tak emo pun, pesanan ringkas dari kakak-kakak je.


Ai tahu lah, tak semua remaja tu sama. So, kalau korang baca dan korang tak sama langsung macam yang ai nyatakan, tak perlu nak sentap sampai membenci ok. Deal!



Thursday, 17 August 2017

PEMENANG BFF CONTEST DAN SENARAI PESERTA

11:35 22
PEMENANG BFF CONTEST DAN SENARAI PESERTA
Assalamualaikum and hye readers~


Kalau korang belum lupa, last month ai ada buat satu contest iaitu BFF contest. Pada mulanya ai ingatkan hanya dalam enam or tujuh orang peserta sahaja yang akan join contest ni. Al-maklumlah, blog ai ni tak ramai pun pengunjung. Hehehe. But alhamdulillah, 18 orang peserta telah join contest ini. Thanks to all of you yang join contest ni. Ai akan masukkan dua orang pemenang berserta tiga lagi peserta yang terpilih ke dalam senarai blog list ceritaaisyaismail. Tak tahu lagi sampai bila.. =D


Ok, atas bantuan beberapa orang juri lain, kami telah sepakat untuk memilih pemenang yang telah dipilih ini. Kalau nak cerita pasal pahit manis bersama BFF ni, ai sure semua peserta ada cerita dan kenangan yang deep dengan Bff masing-masing. Dan semua kenangan tu menarik pada ai. Jadi kami telah memilih berdasarkan penceritaan yang menarik pada kami. Kepada peserta yang tidak berjaya, next time cuba lagi tau.


Dan pemenangnya adalah..............................................................

Wednesday, 16 August 2017

BENDI GORENG CILI DAG DIG DUG

12:03 13
BENDI GORENG CILI DAG DIG DUG
Assalamualaikum and hye readers~


Ingat tak masa ai update resipi sup ayam teratai layu di tasik madu, ai ada cakap nak kongsikan resipi bendi goreng cili? Mempersembahkan, Bendi goreng cili dag dig dug. Favorite ai ni. Semua resipi yang ai kongsi adalah favorite ai. Hehehe!


Sangat membuka selera kan?

Tuesday, 15 August 2017

SUP AYAM TERATAI LAYU DI TASIK MADU

11:30 18
SUP AYAM TERATAI LAYU DI TASIK MADU
Assalamualaikum and hye readers~


Dah fikir ke nak masak apa hari ni? Ai suggest masak yang simple-simple je. Tapi kalau korang nak masak yang berat-berat, it's up to you. Ai suggest je. Hehehe!


Ok, ai nak kongsikan resipi sup ayam teratai layu di tasik madu. Dulu malas betul nak masak sup. Alasan susah. Sup remeh. Padahal senang gila kot! Nak dengan taknak je.


Nampak menyelerakan tak 😋

Monday, 14 August 2017

BESTFRIEND FOREVER CONTEST BY AI TAMAT!

00:00 7
BESTFRIEND FOREVER CONTEST BY AI TAMAT!
Assalamualaikum and hye readers~


Contest yang ai buat dah tamat. Thank you kepada semua peserta yang join. Terima kasih juga kepada blogger-blogger yang tak putus-putus bagi semangat pada ai. Thank you so much! Dalam masa terdekat ni ai akan umumkan pemenang beserta senarai peserta. 


Ok ai nak blogwalking and baca semua entri peserta dulu. Stay tuned ya!


Sunday, 13 August 2017

TAHUKAH ANDA? #2

11:00 13
TAHUKAH ANDA? #2
Assalamualaikum and hye readers~

TAHUKAH ANDA?


Wednesday, 9 August 2017

RINDU SEKOLAH

11:30 28
RINDU SEKOLAH
Assalamualaikum and hye readers~


Masa godek-godek facebook tadi, ramai kawan-kawan zaman sekolah ai update status. Berjemaah pula hari ni. Diorang dah plan nak update sama-sama kot. Penat tau nak like semua status. Ai ni memang pemurah dengan like tau. Kalau kat instagram tu, lagi laju ai like. Rugi lah siapa tak kawan dengan ai. Hohoho! 


Yang kuning ada ghost tu logo apa?

Satu-satu status ai baca. Ada yang update nak kahwin, dah dapat baby, nak keluar makan durian malam ni, tengah baca novel, eh macam-macam lah. Lepas tu stalk komen-komen pula. Silent reader lah katakan. Kalau rasa boleh mencelah, ai celah. Kalau tak, teruskan jadi silent reader.

Monday, 7 August 2017

FOOD MEGA FESTIVE

10:37 14
FOOD MEGA FESTIVE
Assalamualaikum and hye readers~


Apa khabar semua? Harap-harap yang bekerja hari ni jangan nak feeling-feeling Monday blues tau. Nanti bos nampak muka lemau je, terbantut niat dia nak naikkan gaji bulan depan. Hehehe.


Siapa kat sini suka makan durian? Angkat tangan cepat. Ai suka makan durian, tapi atas sebab-sebab tertentu, ai slow down dulu makan durian. Siapa pula yang pergi 'Kendurian' last weekend tetapi kecewa tak dapat makan durian? Angkat tangan tinggi-tinggi! Nasib Baik ai tak planning nak makan durian tau.



Saturday, 5 August 2017

BOLEH KE LELAKI DAN PEREMPUAN MENJADI KAWAN BAIK?

11:30 16
BOLEH KE LELAKI DAN PEREMPUAN MENJADI KAWAN BAIK?
Assalamualaikum and hye readers~


Haihhh! Hari tu di Malaysia meletup-letup kisah artis yang bergelar suami berscandal dengan artis bujang. Sebelum tu pun ada banyak kisah scandal dengan suami orang ni. Kesian isteri kat rumah tu. Eh eh eh! Ai tak nak komen pun pasal diorang. None of my business. Ecehh. Tapi betul lah, ai malas komen sebab ai tak tahu cerita sebenar di antara both side walaupun dah nampak siapa salah siapa benar. Lagipun cerita dah basi kan?


Thursday, 3 August 2017

HAHAHA! HEHEHE! HIHIHI! HOHOHO! HUHUHU!

10:30 27
HAHAHA! HEHEHE! HIHIHI! HOHOHO! HUHUHU!
Assalamualaikum and hye readers~


Ai nak tanya ni. Korang annoying tak kalau orang asyik guna perkataan hahaha, hehehe, hihihi, hohoho, huhuhu dalam messege ke, whatsapp ke?? Annoying tak.


Her : (image) You, yang mana cantik? 
Him: Dua-dua pun cantik. Hehehe!
Her : (image) I suka yang ni.
Him: Cantik. Huhuhu

Her : (image) You sedap lah tembikai ni.
Him: Huhuhu!


Tuesday, 1 August 2017

BARU TAHU HOTEL SENTRAL MELAKA BEST!

11:30 23
BARU TAHU HOTEL SENTRAL MELAKA BEST!
Assalamualaikum and hye readers~


Suka bercuti di Melaka tak? Actually dari kecik-kecik pun ai teringin nak pergi Melaka. Sebab apa? Kawan-kawan ai suka sangat pergi Melaka, ai pun nak lah. Kalau ada school trip ke Melaka tu, excited bagi surat kat mak baba dengan harapan dapat pergi. Tapi hampa. Mak mesti cakap 'nak buat apa? Kita baalik kampung pun kat Melaka juga'.


Favorite I dengan encik husband jalan belakang banggunan tu!

Hampa je rasa bila mak tak bagi pergi. Tapi memang betul. Kalau trip ke tempat lain ok je boleh pergi. Tapi, kalau Melaka memang tak dapat. Sampai lah kami sekeluarga berpindah ke Melaka, masih lagi ai tak dapat nak explore Melaka tu. Yelah, siapa yang nak melayan bawa berjalan kan. Mak baba PJJ masa tu. Nak keluar dengan kawan-kawan? Oh sangat susah! But ai ok je duduk rumah. Apa ada hal. Tipu lah tak keluar langsung. Nak keluar dengan siblings ok je.