PERKARA WAJIB BUAT JIKA MAHU KURUS

Sunday 20 August 2017

PERKARA WAJIB BUAT JIKA MAHU KURUS


Assalamualaikum and hye readers~


Perempuan mana yang taknak kurus? Ada ke? So far gadis-gadis yang ai kenal semua nak kurus. Tak ada pun yang nak besar. Kecuali lah kalau dia dah terlalu kurus. Itu pun dia cuma nak berisi sikit je. Sebab tak nak nampak macam tulang bergerak.


Kalau ada pun yang selesa berbadan besar, tapi setakat besar tu je lah. Cuba kalau berat dah mencecah 89. 'Tak apa. I'm fine, I memang suka badan besar ni. I memang ternak lemak-lemak untuk nampak comel'. Esok dia timbang, naik 2kg terus pucat muka. Nak turunkan berat badan. Tapi lepas tu, nampak makanan, lupa terus pasal berat badan.


Hasil carian di Google.


Nampak tak mainan psikologi? Dia bukan taknak kurus atau selesa dengan badan dia yang besar. Tapi dia tidak boleh mengelak dari makanan.


Zaman serba canggih sekarang, bermacam-macam cara yang kita boleh lakukan untuk kurus.

  • Senaman
  • Makan ubat kurus
  • Makan supplement
  • Diet tak nak makan nasi
  • Diet tak nak makan langsung
  • Minum air suam hari-hari

Nampak tak, banyak betul cara nak kurus ni sebenarnya. Tapi, tahu tak, tak semua cara yang kita buat tu mendatangkan hasil dan tidak memudaratkan. Kawan ai pernah makan set produk untuk kurus. Jenama agak popular, tapi selepas consume beberapa bulan, terus warded seminggu sebab masalah buah pinggang. Nasib baik tak serius tau.


Jadi apakah perkara wajib tu? Nak tau.. nak tau.. Hahaha! Ok lah, perkara tu mestilah kaedah pertama di dalam senarai di atas. SENAMAN! Nak kurus dan sihat, senaman lah selalu. Jadikan amalan. Boleh nak makan ubat kurus (tak digalakkan kerana risiko kemudaratan), nak diet tak nak makan, nak makan buah sepanjang hari, atau apa-apa je lah. Yang penting senaman. Diulang sekali lagi, S.E.N.A.M.A.N.


Hasil carian di Google


Kalau tak ada masa nak senaman, jangan risau. Korang kerapkan berjalan kaki dan naik turun tangga. Hujung minggu pergilah bersantai-santai di taman tasik. Memang lah penat. Nak jalan kaki, nak naik tangga. Tapi nak bersenam tak ada masa, ini jelah caranya. Kalau ada anak tu, jangan jadikan anak satu masalah tau. Anggap anak tu salah satu kaedah bersenam.


Ai ni jenis tak boleh nak tolak makanan. So dulu ai berisi sikit. Bila ai kerja, asyik kena berjalan je. Jalan lagi banyak dari duduk tau. Bayangkan, berat ai drop sampai 38kg. Makan banyak tak ikut diet pun still drop. Bayangkan lah kalau ai ikut diet yang seimbang.


Lepas tu, bila ai ada rezeki bekerja dalam office, berat badan ai naik terus back to normal. Malah, pernah lebih dari tu tau. Ai diet, tapi tak boleh pergi jauh pun berat tu. Mana tak nya, makan macam biasa, kerja mengadap pc and kadang-kadang store visit. Itu pun sekejap je. Senaman? Out! Ai jadi malas. Tapi baru-baru ni ai macam mendapat kesedaran, ai kena berusaha juga rajinkan diri untuk bersenam. Bukan niat nak kurus tau. Ai nak sihat, and kurus tu bonus. Ehehehe.

Marilah sama-sama kita jaga kesihatan dengan bersenam. Semoga semua pembaca yang sedang membaca di sini sentiasa sihat dan dijauhi dari segala penyakit. Aamiin!


P/s : Kita selalu obses nak cantik, tapi kita selalu terlupa untuk nak sihat.

13 comments:

  1. Betul tu, kena bersenam ..
    Mrs Pip pun baru dpt kesedaran nak bersenam semula ...
    Ouch....malas, tp nak sihat punya pasal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah mrs pip.. ai cuba nak consisten jogging..

      Delete
  2. Saya pulak nak tambah berat badan.
    Belum berjaya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurus sangat lah ni? cuba bersenam sambil amalkan protein..

      Delete
  3. Lagi satu cara nak hilangkan berat badan dengan mudah adalah dengan mengetahui berapa kalori dalam badan yang kita perlukan. Kemudian, food intake tu wajib kurang daripada kalori yang diambil. Senaman juga penting. Sebab nak mantain hidup sihat kan. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. makan tak beringat punca-punca naik berat badan.

      Delete
  4. teringin nak menambah berat.biar gebu2 comel

    ReplyDelete
  5. setuju..kalau nak kurus..mmg kene buat senaman & jaga pemakanan..tp

    senaman yang x blh dibuat ialah senaman mulut..bahaya....kakakak

    ReplyDelete
  6. nak turun berat memang kena guna cara yg sihat. kebetulan pula Hana share my weight loss journey :) kalau boleh memang kena elak ubat kurus dan supplement tu melainkan ada nasihat doktor

    http://haruno-hana.blogspot.com/2017/08/710love-note-how-i-lost-10kg-in-2-months.html

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D