REMAJA DAN SOCIAL LIFE

Friday 18 August 2017

REMAJA DAN SOCIAL LIFE


Assalamualaikum and hye readers~


Sebelum ai memulakan entry hari ni, ai nak bagi nasihat sikit pada adik-adik yang masih di bangku sekolah tu. Kalau terbaca entri kak ai ni, ingat ni baik-baik ye. Belajar rajin-rajin dengan ikhlas. Selalu ingat mak baba, mama papa, mummy daddy, umi abi atau ibu ayah yang dah bersusah payah membesarkan kita dari kecil sampai lah sekarang.


Eh, apesal emo pula entri ai ni. Tak emo pun, pesanan ringkas dari kakak-kakak je.


Ai tahu lah, tak semua remaja tu sama. So, kalau korang baca dan korang tak sama langsung macam yang ai nyatakan, tak perlu nak sentap sampai membenci ok. Deal!






Ai ada seorang kenalan dekat. Tidaklah rapat tapi kenal lah. Tau juga lah mana asal usul dia. Kesian tau ai tengok parents dia, sangat percayakan dia. Selalu keluar dengan kawan-kawan and boyfriend. Bila keluar pula sampai lewat malam. Minta duit untuk shopping bukan main. Macam orang ada-ada tau.


Manalah ai tahu semua ni? Instagram kan ada. Budak-budak remaja lah yang paling active upload gambar di media social. And ai kenal parents nya. Ai tahu betapa mereka percayakan anak-anak mereka. Ai tak rapat pun dengan diorang ni, so tengok dari jauh je lah. Tapi dalam masa yang sama, rasa kesian bila parents yang terlalu percayakan anak-anak sampai tak kisah apa yang anak-anak buat di luar.


Cuba hari esok, kalau korang tak ada apa-apa aktiviti, korang pergi jalan-jalan dekat shopping mall ke, taman tasik ke, permandangan apa yang menarik perhatian korang? Kalau ai, perkara yang ai selalu tertarik adalah perangai dan keletah manusia sekeliling.


Manusia ni ada macam-macam ragam tahu tak. Yang buat perangai pelik-pelik itu yang sentiasa menarik perhatian ai. Kadang-kadang ai nampak ada keluarga bahagia, pasangan bergaduh, tak kurang juga yang berjalan keseorangan. Yang fesyen pelik-pelik tu jangan cakap lah. Tapi cukup lah sekadar ai memandang penuh minat dalam beberapa minit. Lepas tu, biar lah mereka dengan life mereka.





Korang perasan tak, dalam ramai-ramai orang yang berpusu-pusu di shopping mall tu, terlalu ramai remaja di luar sana yang menghabiskan masa melepak dengan kawan-kawan dan tak kurang juga yang 'berdating'. Seminggu ada tujuh hari. Apa salah nya nak keluar dengan kawan-kawan satu hari kan? Lima hari sekolah, satu hari duduk lah rumah diam-diam kan. Released tension katanya.


Ya, tak salah pun nak keluar bersuka ria dengan kawan-kawan, nak released tension. Tapi kan, dulu ai tak perasan pun masalah ni. Maybe sebab ai memang jenis yang duduk rumah je kot masa sekolah. Perangai tu terbawa-bawa sampai ai sambung study. Kalau tak ada yang mengajak, jarang ai ajak. Lagipun nak kena saving. Malu lah asyik minta duit kat mak baba.


Tapi ai mula perasan apabila ai berkerja sebagai Visual Merchandiser di Pavilion. Berkerja di dalam Pavilion, of course ai hari-hari pergi Pavilion tu. Acah-acah aku budak pavi sangat tau. Hakikatnya tak pun. Rezeki first job kat sana, ai accept dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dan bermula lah episod ai melepak hari-hari di shopping mall. 


Ehh! Ai kerja lah. Tak lepak pun. Hihihi!


Sepanjang ai bekerja di sana, weekdays keadaan masih terkawal. Bila tiba hujung minggu, amik kau macam sardin! Ramai nya orang berpusu-pusu masuk Pavilion. Dan tidak terkecuali adalah remaja yang ai dapat agak masih lagi bersekolah. Ai pun tak tahu kenapa mereka suka sangat lepak di Pavilion. Kadang-kadang tu muka yang sama ai nampak setiap minggu. Nak shopping, harga dalam Pavilion tu boleh tahan mahalnya. Takkan nak shopping kat Daiso je kot, satu barang rm5 before GST. 






Ai anggap sebab Pavilion dekat dengan transportation awam. Monorail kan dekat je. Tapi kenapa tak lepak je kat KLCC or Lot 10? Lagi dekat kan? Pavilion juga pilihan hati korang. Fikir positive je. Diorang tu suka toilet Pavilion and tak perlu bayar rm2 untuk selfie kat dalam tu. Tak pun memang remaja 'ada-ada'. Shopping kat Pavi, apa ada hal? Celah gigi je. Lain lah Starrhill.


Ada sekali tu, ai nak lunch dekat KFC. Sampai sana penuh dalam KFC tu dengan remaja-remaja ni. Ai dah nampak mereka dari kat atas lagi. Tak sangka waktu lunch kami sama. Suara mereka je dalam KFC tu. Diorang masuk dalam 10-15 orang, tapi yang makan hanyalah sepasang couple di tengah-tengah tanpa menghiraukan rakan-rakannya. Yang lain-lain menunggu dengan bergelak ketawa happykan diri. Maybe yang lain-lain ada bawa bekal or tak minat makan ayam lah tu.


And baru-baru ni ai pergi makan di McD. Nak Mc Cafe lah kononnya sambil menikmati burger baru tu. Sambil makan tu ai terdengar remaja meja sebelah berborak dengan suara yang macam nak bagi satu McD tu dengar. Tunggu kawan mereka tak sampai-sampai, diorang pun decide nak order dulu.

Remaja A: Burger kalau a la carte berapa ea?
Remaja B: Kalau a la carte rugi do. Baik kau beli set je.
Remaja A: Aku tak tau nak order apa.
Remaja C: Cepat lah kau nak apa?
Remaja A: Beli je lah apa-apa bawah rm10. Kalau lebih kau belanja lah.
Remaja C: Kitorang belikan kau air je
Remaja B dan C ketawa terbahak-bahak sambil tengok screen handphone.


Lepas kena gelak tu terus terdiam remaja A. Bukan ai nak gelakkan sekali, tapi as gadis remaja, jaga lah adab. Bercakap tu slow sikit. Jangan terjerit-jerit. Bila dah jadi macam tu, kan dah malu. Ai dengar, orang lain pun dengar. Nasib baik tak ada yang amik video dan viralkan je mereka berborak terjerit-jerit tu.


Ok lah, point ai kat sini, bukan nak mengumpat tau. Tak kisah lah korang nak 'dating' ke, lepak ke, taknak balik rumah ke, tapi jangan menipu dan susahkan hati ibu bapa. Penat diorang cari duit nak berikan kesenangan kat korang, tapi korang enjoy tak ingat dunia tak nak ajak parents korang yang dah penat cari duit tu. Kalau korang bergumbira atas keredhaan parents korang, bagus lah. Yang lain-lain tu sila jadikan golongan ini sebagai contoh. Dan satu lagi, jagalah adab ketika melepak tu. Orang sekeliling annoying, bukan suka. Note to myself juga. Tu je nak bagi tahu sebenarnya.

10 comments:

  1. lepak tempat high class glamor tu beza feel dia pon lain dgn lepak kat uptown je., hehe2

    ReplyDelete
  2. anak anak zaman sekarang lain perangainya dengan kami yang dulu dek kerana banyak unsur unsur yang tak baik ada di sekeliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kadang perangai dah elok dah dari kecil.. tapi bila berkawan dengan orang yang salah, terus berubah.

      Delete
  3. Remaja sekarang.. kadang2 mama tgk pun Rasa risau. Mcm terlalu awal diorg diberikan kebbasan. Ingat lagi dulu masa mula2 mama dtg lot 10 lebih kurang 10++ tahun lepas, terkejut sgt dgn Gaya Dan berapa sosialnya mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lagi mengejutkan, seawal sekolah rendah diorang dah berani keluar melepak dengan kawan-kawan di shopping mall..

      Delete
  4. Semoga kita menjadi contoh dan ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak ini. Akak risau juga dengan anak2 kat rumah ni. Yerla kan, akan ada certain age yang derang sangatlah clingy dengan kawan2 dari parents. InshaALLAh...terima kasih berkongsi. Akak akan jadikan ianya sebagai pedoman dan pengajaran.

    ReplyDelete
  5. bahaya kalau parents percaya sangat kat anak anak. my parents tak kisah kalau Hana nak keluar asalkan inform dan mesej bila dah sampai sana. parents kena perhati juga anak anak macam mana kat social media

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu.. nak bagi bebas boleh.. tapi kena pantau..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D