BAWAL VS SHAWL - Aisya Ismail

Monday, 21 August 2017

BAWAL VS SHAWL

Assalamualaikum and hye readers~


Siapa kat sini yang suka pakai bawal? Dan siapa pula yang suka pakai shawl? Soalan ni sudah semestinya ai tujukan kepada golongan gadis-gadis. Kalau yang golongan jejaka pun suka pakai bawal atau shawl, hurmmm sesuatu ye. Tapi tak salah kalau korang nak jawab korang suka tengok perempuan pakai bawal or shawl.


Minat gadis-gadis ni tak sama. Ada yang suka gaya ringkas, ada juga yang suka gaya extreme. Ai sendiri ada minat ai dalam bertudung. Ai suka gaya yang extreme! Yang lilit-lilit sampai jadi ayu-ayu gitu. Tapi since setiap kali follow tutorial tudung lilit-lilit ai mesti bertukar menjadi hantu bungkus, So ai memilih untuk gaya ringkas. Less is more than everything.


Bila pikir-pikir balik, niat tu, ai bertudung kerana apa? Eh ai tak kutuk yang pakai tudung lilit-lilit tau. As long as korang pakai tudung kemas, cantik, tak jadi hantu bungkus macam ai dan menutup aurat, why not kan? Yang paling penting korang tutup aurat.






Apa perbezaan bawal dan shawl ni? Berbeza sangat wakkk. Daripada bentuk, sampai lah cara pemakaiannya. Tapi gadis-gadis zaman sekarang makin kreatif, susah pula nak bezakan diorang pakai bawal or shawl. Ok, jom kita tengok apa perbezaan bawal dan shawl ni.


Bentuk

Bawal berbentuk segiempat sama atau bulat / full moon. Kalau ai ada jenama tudung satu hari nanti, ai akan pastikan ai jual full moon ni. Dah lama ai impikan nak ada full moon jenama sendiri tau.

Shawl pula berbentuk segiempat tepat atau separa bulat / half moon.

Cara Pemakaian

Bawal ni, kalau korang tak lilit-lilit pun boleh. Senang je, korang pin bawah dagu dah siap. Itu pun dah kira boleh settle. Boleh keluar berjalan-jalan. Tak payah nak adjust panjang tudung bahagian belakang lama-lama. Nak glamour sikit, sarungkan cincin pada juntaian tudung di bahagian hadapan. Kalau dulu-dulu, ai suka lah sarungkan cincin bf bagi. Sweet lah kononnya. Bila bergaduh, bf kemana, cincin pun entah ke mana.

Shawl korang tak boleh biarkan juntaian di bahagian hadapan. Buruk kot panjang sangat. And bahagian belakang mesti akan jadi pendek sangat. So bukan nak kena adjust bahagian depan je, bahagian belakang pun kena adjust juga ye. Kena selimpang kiri kanan atau satu bahgian sahaja. Nak bagi tudung tu maintain, pin kan kiri dan kanan. Ok dah cantik.

Tempoh Bersiap

Pakai bawal ni, memang tak perlu nak melilit bagai. Tapi, satu perkara yang harus korang ingat, time nak iron tu. Kena iron betul-betul. Tak boleh kedut-kedut. Bila lipat jadi tiga segi pun kena adjust baik-baik. Kalau tak, tak jadi lah muncung tajam di bahagian hadapan tudung. Boleh menjadi kemurungan satu hari tau kalau bahagian hadapan tudung tak menjadi..

Pakai shawl pun kena iron. Yang pakai material tak payah iron tu selamat lah. Tapi tak perlu iron teliti macam pakai bawal. Sebab shawl lebih senang nak bentukkan muncung tu.

Gantung

Hah, kalau pakai tudung sekejap je, mesti lah taknak cuci kan. Boleh pakai lagi. Ye lah, iron tudung, lepas tu pakai tudung pergi kedai. Lima belas minit kemudian dah balik. Kalau pakai cuci pakai cuci, mau sehari lima helai tudung guna. So, mesti lah gantung dulu kan.

Tudung bawal ni, kalau gantung tak boleh cabut pin. Kalau cabut nanti macam mana nak gantung. Takkan nak lipat-lipat pula kan. Mesti lah kedut-kedut, nanti kena iron balik untuk dapatkan muncung tajam tu. Tudung pun kalau selalu iron, lama-lama jadi lembik. Susah juga nak adjust nanti.

Untuk shawl, boleh je lipat dua lepas tu gantung pada hanger. Tak banyak songeh shawl ni. Kedut sikit-sikit tu boleh kira halal je.



Since ai mula-mula pakai tudung dulu, ai memang memilih untuk pakai bawal. Senang dan mudah untuk dibentuk tau. Lagipun kalau tengok budak sekolah zaman dahulu, majoriti mengenakan bawal untuk bertudung. Jarang sangat lah nampak mereka mengenakan shawl. Shawl ni orang-orang dewasa je kot yang pakai dulu-dulu.


Bila shawl dah ada bermacam-macam pattern. Ai masih tak berminat dengan shawl. Kenapa? Sebab ai tetap rasakan lebih senang nak pakai bawal. Mudah dan ringkas. Ai pernah pakai pashmina, tapi tak lama. Sebab tebal, so tak semua tempat sesuai. Tapi, bila keluar chiffon shawl yang ai percaya mula difamouskan oleh Hanis Zalikha menerusi brand 'Cakenis', ai mula suka pakai shawl. Chiffon shawl ni tak leceh. Kadang-kadang ai tak iron pun. Nak bentukkan tudung tu lagi lah senang.


Tapi sekarang, bila keluar chiffon basic bawal, ai dah mula memilih untuk pakai bawal semula. Best kot. Tak payah nak iron beriya macam bawal-bawal sebelum ni. Material pun best, premium chiffon voile. Nak labuh, or pendek dua-dua pun cantik terbentuk. Hanya rm35 sehelai (additional rm10 postage). Kalau beli combo 3 pieces hanya rm100 and FREE POSTAGE. Korang taknak ke?


Kalau korang berminat dengan basic bawal ni, korang klik je mana-mana banner yang ada dalam entri ni. Atau korang boleh email ai di aisyaismail88@gmail.com. Senang sikit, cepat ai reply. Lelaki pun boleh order untuk yang tersayang. Jangan tunggu lama-lama tau. Takut warna yang korang nak sold out. Cepat-cepat order. 



BAWAL BASIC

- Bawal with round edge
- Black line/Silver finishing
- Material : Premium Chiffon Voile
- Size : 45" x 45"
- Washing Instruction : Hand Wash
- Price : RM35 sehelai (+ POSTAGE RM10)
- COMBO 3pcs for RM100 (FREE POSTAGE)








Warna-warna koleksi bawal basic.

21 comments:

  1. girls nowadays makin kreatif...lawa kaler bawal =)

    ReplyDelete
  2. bawal and shawl, dua-dua e'in suke.. :)

    ReplyDelete
  3. Adelia lagi suka shawl dari bawal. Kalau pakai shawl, tak payah dh nak risau kalau awning tudung tak jadi hehe

    ReplyDelete
  4. Im okay with shawl or bawal. But my go to is probably bawal. haha.

    ReplyDelete
  5. dua2 pun i pakai..ikut mood...kalau rajin nak melilit, i pakai shawl...kalau datang mood malas, mmg i pakai tudung syria sarung tu je...ekekek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ai tak pakai tudung syria tu.. macam tak masuk dengan muka ai..

      Delete
  6. I serba boleh, nak bawal, instant, shawl, semua i pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don,t know why ai rasa instant yang paling leceh nak pakai..

      Delete
  7. kite suka shawl sbb senang nak bentuk..dulu2 mmg pakai bawal tp selalu hangin sbb bentuk x ngam la...kembung2 la..ai is sempottt nak meniup... hahaha

    btw, thanks drop komen kat entry kite.. :)

    ReplyDelete
  8. Husniey sukaa shawl, hehe

    cantikkk tudung nii

    ReplyDelete
  9. Buat masa sekarang hakak pakai shawl yg ada je Ai... Malas nak tambah koleksi sebenarnya. Tak tau dah nak simpan mana. Bawal yg lama lama mmg banyak. Bawal yg ada sulam tepi tu hihi....mmg lama punya pesen tu tau...

    Anak anak ada jugaklah beli tudung 4 segi tu... tau ajelah anak dara kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dara dapat pula masih muda remaja, memang usia mereka nak melaram lah tu..

      Delete
  10. Hana pakai shawl aje sekarang, labuh dah tak nampak bentuk hadapan tu. kalau pakai bawal rasa insecure hehe. lagi pun ada shawl yg tak perlu pakai inner neck, plus point kat situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shawl sekarang dah macam-macam.. tapi ai malas lilit2.. g berjalan je pakai..

      Delete
  11. cantik gambar tudung RM 35 tuh, sungguh berseni

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D