FAST FOOD OHHH FAST FOOD - Aisya Ismail

Tuesday, 22 August 2017

FAST FOOD OHHH FAST FOOD

Assalamualaikum and hye readers~


Ai yakin, semua sedia maklum yang fast food ni tidak elok untuk diamalkan. Apatah lagi untuk dijadikan amalan pemakanan untuk anak-anak kecil. No no no! Say no to fast food please. Eceh!! Tetapi fast food ni ramai penggemar tau. Say no macam mana pun, restaurant fast food diluar sana tetap penuh dengan pelanggan.


Apa itu fast food? Fast food ni adalah makanan segera yang mudah didapati dan nikmati dengan penuh kenikmatan. Kalau kita tengok, sekarang macam-macam jenis fast food ada di pasaran. Pilih je nak yang macam mana. Ayam? Burger? Kek? Mee? Macam-macam lah. Of course kebanyakkannya sedap-sedap belaka.


Gambar hasil carian di Google.


Tidak dinafikan, fast food ni ada kelebihan di dalam beberapa faktor. Akan tetapi, kelebihan itu akan dihantui dengan keburukan juga. Jom kita tengok apa kelebihan fast food ni.

Menjimatkan masa
Dah nama pun fast food, mesti lah pantas kan. Bila pantas, makanan pun dengan segera terhidang. Sebab itu lah ramai beri alasan 'masa' adalah punca utama mereka memilih fast food. Tapi, cuba masuk time orang ramai. Beratur sampai ke pintu. Berjanggut ok nak tunggu giliran dapat order tu. Time tu kita boleh lihat seorang demi seorang customer keluar. Malas nak tunggu.

Sedap
Fast food mana yang tak sedap? Cuba cakap. Tak tahu lah kan kalau memang ada fast food yang tak sedap.

Murah
Ye ke murah? Boleh lah. Seketul burger boleh dapat rm3. Tapi macam sama je dengan harga sepinggan nasi bujang. Lagi mengenyangkan. Eh.. sekarang ni ai nak sebut pasal kebaikan ke keburukkan? *think*


Ok, itu dari segi kelebihan. Apa pula dari segi keburukkannya?

Menggemukkan
Ya, menggemukkan. Sebab tu lah orang yang mengamalkan diet yang seimbang tidak makan fast food. Tak percaya? Cuba korang letak kanak-kanak yang mengamalkan fast food dan yang tidak mengamalkan fast food duduk sebelah-menyebelah. Korang akan dapat lihat dengan jelas buktinya. Dan jika ini berterusan, tidak mustahil jika anda akan mengalami masalah obesiti.

Kandungan kolestrol dalam badan bertambah
Kita sedia maklum, kebanyakkan fast food mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan juga berminyak. Kalau kita beli ayam segera, cuba kopek ayam tu. Lemaknya banyak bukan? Malahan kita boleh lihat takungan minyak didalam ayam yang telah digorang itu. Kalau rajin, boleh lah lap minyak itu terlebih dahulu

Diabetes
Penyakit ini berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan. Kandungan gula di dalam air segera dan air bikarbonat sangat lah tinggi. Dan ini boleh menjadi punca kepada penyakit diabetes. Fast food selalunya sudah menyediakan satu set makanan berserta dengan minuman sekali. Sayang pula nak buang air tu.

Kanser
Takutnya! Takkan lah makan fast food boleh sampai menghidap kanser. Yes! Kandungan perisa atau lebih dikenali sebagai MSG di dalam fast food boleh menyebabkan kanser.


Nampak tak? Lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada pengambilan makanan segera ni. Tapi, jangan lah korang boikot terus fast food ni. Sedap kot! Lagipun kalau korang tak makan, macam mana diorang nak buat sales kan. Cuma jangan lah mengamalkan pemakanan fast food ni. Sesekali tu tak apa. Bila diamalkan, itu yang terjadi perkara-perkara seperti dia atas.


Ai nasihatkan perbanyakkan lah makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, oat, sayur-sayuran even nasi pun bagus sebenarnya. Cuma, janganlah ambil di dalam kuantiti yang berlebihan. Ai suka makan timun, tomato dan salad. Kadang-kadang ai jadikan tiga sayur ini sebagai dessert atau pun snek. Dulu ai tak suka salad, lama-lama dah terbiasa. Sedap pula.


Hasil carian di google.


Oh ye, ai ada tips untuk penggemar fast food ni. Ai tak ingat baca kat mana, tapi boleh lah cuba. Banyakkan minum air. Tapi plain water tau. Jangan minum air manis pula.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

My lunch for today. I'm sorry for betraying my article. 😢

35 comments:

  1. Memang fast food ni terpaksa ambik sesekali juga sebab tu la, tak sempat, selain sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. ai time kerja ni bila busy sangat memang terus pilih kfc or dominos terus.

      Delete
  2. fast food sedap! i paling suka burger king...hehe...

    ReplyDelete
  3. kalau dah kelaparan tahap kebulur, memang memilih fast food, seriously cepat dari order nasi goreng kg sepinggan XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul laa tu.. tu belum lagi kedai nasi goreng kampung ramai orang.

      Delete
  4. Tulah pasal Ai....walaupun byk buruk dari baik tp kita tetap layan jugak. Acane tu?
    Nampaknya kena hadkan pengambilan jugaklah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaa betul tu.. tapi sesekali je tak apa lah kot. hehehe

      Delete
  5. Fast food ni memang sgt cepat dan mudah..tp kalau sayangkan diri, haruslah ambilnya berpada-pada kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ya ya.. tapi tulah.. susah nak cakap no to fast food..

      Delete
  6. saya peminat fast food jugak tapi x kerap makan sana..maybe sebulan sekali jerr..hihiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu.. untuk kesihatan tak elok..

      Delete
  7. Hehehe..tadi dalam kereta otw balik from amik anak2 ade hati nak pegi makan fast food. Tapi lawan tetap lawan. Sebab dah masak kat rumah. Fuh...selamat. Actually, kitaorg pun makan. Tapi once in a while lah. Ikutkan tekak ni..especially bebudaks..memang tak sihat lah jawabnya. Kena kawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tak apa.. Jangan selalu.. Selalu tu yang jadi bahaya..

      Delete
  8. sha selalu ambik fast food sebab dia memudahkan dan melazatkan haha tapi tulah keburukkan dia kan :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. keburukkan dia jangka masa panjang..

      Delete
  9. Memang sedap fast food. tapi bila fikir cons dia, terus tak jadi nak beli hahaha sekali sekala boleh la kuikui

    ReplyDelete
  10. Need to reduce my fast food intake already. Indeed not good for health.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh. of course you need to reduce it.. for your healthy..

      Delete
  11. Kalau jumpa iklan tu, rasa macam nak makan dengan kertas-kertas tu sekali. Tapi bila fikir tentang kesan dia, tak jadi nak beli. Tapi, sekali sekala tu makan jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. sampai kertas sekali nak makan tau..

      Delete
  12. I is diet..tp sesekali i makan gak fast food yg abg burger jual kat tepi jalan depan umah ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bagus lah.. i ni tak kuat nak diet tau.. all about nafsu

      Delete
  13. Wakakakak i suka ni tapi sekali sekala boleh jer jangan makan selalu kalau 3 bulan sekali ok macma saya ehhh..

    ReplyDelete
  14. not a fan of fast food tp bulan ni byk makan burger. help me. :'D

    ReplyDelete
  15. wahhhh sedapnya... blh hancur diet mcm ni.

    ReplyDelete
  16. Ramai yang tak nampak apa berlaku bila makan fast food. Ruby hari tu buat analisis darah. Tengok darah kita secara live. Efek dari fast food yang 3 tahun sudah ruby stop pun ada lagi. ruby berhenti fast food masa usia 27 tahun, sekarang 30 tahun dah. Terus insaf. Nampak darah berasid, pastu ada makanan tidak hadam masuk dalam darah. blood sel tak bulat sangat. sel darah putih tak double size dari darah merah. Sekarang memang eat clean lah. Makanan yang ada expired date tu ruby avoid dr makan. Satu keluarga kena amalkan pemakanan sihat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh best nya.. ai belum cukup kuat nak makan makanan sihat all the time.. nafsu nafsu..

      Delete
  17. I jarang makan fast food. Usually home cooked or freshly cooked at restaurant. Bab fast food tu, bila travel la, I makan. Nak senang, nak cepat. LOL

    ReplyDelete
  18. fast food tu makanan emergency,ekekekekekekek :P

    ReplyDelete
  19. Sesekali akak layan gak..sebab terjebak dengan iklan..anak-anak pun suka

    ReplyDelete
  20. Dulu zaman bujang, selalu je layan fast food.. itu je yang sudi buat delivery ke ofis kita...

    Pernah satu ketika, breakfast, lunch dan dinner makan McD je... T-T Sebab keliling ofis, non-halal punya kedai hahahaha

    ReplyDelete
  21. haha, very tricky to bail clicks!
    i love it!

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D