KENAPA FASHION?

Tuesday 29 August 2017

KENAPA FASHION?


Assalamualaikum and hye readers~


Kenapa fashion?

Kenapa fashion?

Kenapa Fashion?


Pernah suatu ketika dulu, ai penat dengan soalan 'kenapa fashion?'. Sana-sini orang tanya ai 'kenapa fashion?'


Masa sekolah dulu, ai memang nak sangat masuk kelas aliran account. Nak jadi accountant or guru account lah kononnya. Minat sangat bidang account ni walaupun ai belum tahu satu apa pun pasal account. Dan ai nak sangat jadi cikgu.


Gambar hasil carian di google.
Seperti yang ai harapkan, yes! ai dapat masuk kelas aliran perakaunan. Tapi kan, minat tu berubah secara tiba-tiba bila ai amik subject pendidikan seni sebagai subject tambahan. Ai tak hebat melukis pun. Malah nak live sketching pun ai tak reti. Tapi ai dah mula minat pada designing. Hasilnya semasa apply upu, semua pilihan ai adalah art and design dan accounting pilihan terakhir. 


First choice ai adalah Graphic Art and Design. Seriously ai sangat berharap untuk dapat bidang grafik ni. Minat habis lah! Macam biasalah, ai tak tahu pun bidang grafik tu macam mana. Yang ai tahu, design menggunakan komputer. Lepas tu habis belajar nak kerja dalam studio. Terlupa terus niat nak jadi cikgu tu. Heh! Suka sangat berangan tau.


Tapi tu lah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ai. Ai tak dapat pun bidang grafik. Malah, ai tak dapat pun apa-apa tawaran upu. Ai hanya dipanggil untuk interview sahaja di UiTM Lendu, Melaka. Oh kecewa sangat! Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan yang dah dapat tawaran, lagi lah sedih kan. Masa tu ai dah sambung form 6.


Ai adalah terima beberapa tawaran belajar lain di kolej dan universiti swasta. Tapi entah lah. Hati ni sedikit kecewa sebab tak dapat upu. Merajuk lah kononnya. Macam lah ada orang nak pujuk. Hahaha!


Gambar hasil carian di google.


Tak lama lepas ai sambung form 6, ai dapat tawaran dari Kolej Shahputra dalam bidang fashion. Kolej Shahputra ni sekarang dah rebrand oleh owner baru dan dikenali sebagai Widad College University. 


Ok, masa dapat tawaran tu, I feel like.... Fashion? Dah kenapa pula dapat tawaran bidang fashion pula ni? Menjahit langsung tak tahu. Cucuk benang pada jarum pun kena hisap-hisap benang lima enam kali. So, ai nak ignore pada mulanya. Tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba ai bagitahu mak baba, ai nak pergi belajar kat situ.


Guess what? Seperti yang ai jangka, semua orang terkejut ok! And sejak dari situ lah bermula nya soalan 'kenapa fashion?' 'why fashion?' 'kenapa?' 'kenapa?' 'kenapa??????'. Sampai ai pun dah mula question 'kenapa?' pada diri sendiri.


Bila dah lama-lama ai menceburi bidang fashion, ai mula faham kenapa ai ditakdirkan untuk ambil bidang fashion dan bukannya grafik. Kolej swasta pula tu. Bermati-matian nak masuk universiti tau. Tapi tulah.. Ai hanya mampu merancang, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk ai. 


Ai selalu berdoa untuk dapat belajar dalam bidang grafik, tapi ai dapat tawaran dalam bidang fashion. Ai tak menyesal pun sebab ada je subject computer design yang ai wajib amik. Haaa nampak tak? Kalau ai amik grafik belum tentu ai boleh belajar tentang fashion. Tapi bila ai amik fashion, ai bukan sahaja belajar tentang fashion, malah ai belajar tentang grafik, photography, shoe designing, metal and macam-macam lah. Syukur sangat-sangat.


Ai berdoa nak dapat masuk universiti. Tapi ai hanya dapat kolej swasta. It's ok, ai redha walaupun mula-mula dulu frust menonggeng. Sebab kolej swasta tu tiket ai dapat sambung ijazah ai di universiti tau. So akhirnya ai dapat juga sambung belajar di universiti. Alhamdulillah! Ada juga planning nak sambung master, tapi... tapi... belum tahu lagi bila nya. Hehehe!


Project akhir degree fashion show. Bangga lah juga Zahnita Wilson tengah famaous masa tu catwalk pakai baju ai.

Cikgu? Hurmm ni je lah yang niat yang ai rasa ai perlu kuburkan. Dulu masa ai choose fashion dan soalan 'kenapa fashion?' tu asyik berkumandang di corong telinga, ada juga yang bertanya dan suggest, kenapa tak apply maktab? Kan senang, boleh jadi cikgu terus. Tapi tu lah. Terlalu banyak yang ai kejarkan masa tu, dan tak semua yang kita kejarkan kita boleh dapatkan? Jangan tamak aisya! No no no tak baik. Ai dengan confident cakap, 'takpe nak masuk university dulu, lepas tu nak sambung DPLI or KPLI pula untuk jadi cikgu. Last-last tak terkejar pun. Lepas habis study, ai pun dah sweet 23 dan ai dah taknak sambung belajar sebab ai nak cari duit pula. Fuh! 


Kalau sekarang ai baru nak apply jadi cikgu masih layak tak? Hehehe! Kalau layak ai nak apply ni.


Walaupun cita-cita untuk jadi cikgu tu masih dalam hati, tapi ai tetap happy berkerja sebagai visual merchandiser. Seronok! Dalam masa yang sama, ai buat freelance sewing and designing. Nampak tak, semua yang ai belajar dulu ai gunakan sebaiknya. Hahaha! Sikit demi sedikit ai mula faham dengan matlamat hidup ini. Bukan apa yang kita minat sekarang, tapi apa yang kita nak buat akan datang.


Main point ai bukan nak bagitahu ai dah berjaya ke, ai belajar apa ke. Bukan, semua pun bukan. Just nak sharing pada adik-adik yang belum tahu lagi hala tuju masa depan. Belajar rajin-rajin. Fikirkan apa yang korang nak kemudian pilih betul-betul apa bidang yang korang nak ceburi. Jangan jadi macam ai tau. Tak tahu apa yang ai nak dalam hidup ini. Tapi alhamdulillah, jalan yang ai pilih tu tak salah.


Dan lagi satu. Jangan sesekali suka sesuatu bidang tu sebab orang lain suka. Sukakan sesuatu bidang tu sebab korang yang suka.


 Fuhh panjang lebar ai membebel. Ok dah penat. Jumpa lagi di next entri ok. See yaa 😉

36 comments:

  1. layak je ai kalau nak apply jadi cikgu tu. belajar tak pernah mengenal usia :)

    ReplyDelete
  2. awak jadi blogger yang berjaya jelah...

    ReplyDelete
  3. Sha pun cita2 dlu nak jd cikgu, alhamdulilah tcapai hajat wlupn sbagai cikgu tadika hihi..

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. bukan senang nak senang.. ;)

    ReplyDelete
  5. sebenarnya impian Momi dulu nak jadi Fashion Designer, tapi family tak berapa setuju dan saya decide untuk jadi Graphic Designer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. means situation kita terbalik lah? hehehe

      Delete
    2. Tahniah. Moga maju jaya dlm bidang yg di ceburi ke peringkat yg lebih tinggi.

      Delete
  6. Tahniah! kalau serius boleh berjaya dan mewah.
    Industri fesyen di Malaysia sekarang pun hebat berdaya saing ramai juga designer Malaysia dah berjaya hingga ke luar negara.

    ReplyDelete
  7. Tak masuk local u n study my private U x semestinya tak hebat kan

    ReplyDelete
  8. Tak kisah apa kita buat janji bentu tu elok dan minat yang mendalam ia akan menjadi In Sha Allah..

    ReplyDelete
  9. betul..setuju.. semua yang kita belajar dulu , ada gunanya untuk kehidupan akan datang..ilmu tu bukan sesuatu yang sia-sia..

    ReplyDelete
  10. Betul setuju sangat.. do it with your passion :)

    ReplyDelete
  11. congratss on your achievement babe!!

    ReplyDelete
  12. apa pon yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita. syukur

    ReplyDelete
  13. setuju... saya pun ambil Masscomm atas dasar minat dan alhamdulillah, setakat ni enjoy dengan kerja saya. hihi... nice sharing!

    ReplyDelete
  14. rabia cikgu tadika/transit dan taska..tahun ni insyaAllah sambung diploma penjagaan n pendidikan awal kanak2

    ReplyDelete
  15. hehhee bila masuk u memang biasa bidang yg kita nak tu yg kita xdpt.

    ReplyDelete
  16. Ika cita-cita nak jadi accountant . Skrang dlm process step by step take acca paper.

    ReplyDelete
  17. Wahhh tahniah tahniah. Bukan senang nak masuk industry fashion kalau tiada pendidikan fashion. Jadi teruskan berkarya! Good luck!

    ReplyDelete
  18. Erm... dulu nk sambung ambil kejuruteraan kimia, tapi terkandas dekat STPM... Masuk U, buat business... tapi masa dekat u, dah belajar IT sikit2...

    Then masa belajar dapat offer jd programmer...

    Now.. dok rumah, jaga anak je... hahhaha

    ReplyDelete
  19. wowwww! zahnita pakai tu dear, tahniah! macam ai pulak, dulu minat gila bidang fesyen ni, masa sekolah teknik ambik bidang pengajian pakaian n masa politeknik apply fashion tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii dapat mekanikal tekstil,hahahahahhahaha..sedih dan still terima tawaran tu and rupanya tu adalah killer course sebenarnya.. maka redha la jawab dia,kihkih,,, apapun, tahniah dear...still sempat tu kalau nak apply jadi cikgu, inshaAllah rezeki tu kan dari Allah. Yang penting kita kena usaha,hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kalau ada rezeki akan apply soon..

      Delete
  20. Tahniah awak! Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi :)

    ReplyDelete
  21. selamat belajar. semoga dapat 1st class n jadi pereka fesyen berjaya gitu!

    ReplyDelete
  22. Thank you semua yang mendoakan yang baik-baik dan memberi kata-kata semangat..

    ReplyDelete
  23. Teringat kenangan nak apply upu..bila amik kira nasihat org ramai, if nak apply datu subject tu letak dia pilihan no 2..sbb kata ya pilihan satu tak mungkin dpt la konon nya..so saya letak la mass comm no 2 dan medical imaging(xray) yg pertama..amik science stream tapi nak masuk mass comm..hahaha sudah2 bila keluar result, dapat yg 1st choice huhu tapi tulah Allah dah susun cantik dah..berserah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sebenarnya ikut rezeki masing-masing..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D