November 2019

Saturday 30 November 2019

ELAKKAN PERGADUHAN DI DALAM RUMAH TANGGA

November 30, 2019 16
ELAKKAN PERGADUHAN DI DALAM RUMAH TANGGA
Assalamualaikum and hye readers~



Bercinta memang seronok, apatah lagi buat pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Hati sentiasa berbunga-bunga riang nak menanti hari yang bahagia. Diraikan bak puteri dan putera. Inilah masanya orang nak manjakan korang. Sentiasa berdebar-debar nak bertukar status dari bujang kepada berkahwin.


Ai dah pernah lalui semua fasa percintaan itu. Daripada baru berkenalan, bercinta, bergaduh, putus, sambung balik, bertunang dan sekarang sudah pun berkahwin. Alhamdulillah. Bila dah berkahwin ni, perkara paling utama adalah menjaga rumah tangga. Ai mengimpikan hidup bahagia bersama Encik Husband sehingga ke syurga bersama anak-anak yang tersayang.


Gambar hasil carian di Google.com


Nak menjaga rumah tangga bukannya mudah. Dugaan sentiasa ada menyapa. Ai bukanlah hebat dalam ilmu rumah tangga ni. Kahwin pun baru setahun jagung. Sebab itu ai masih tercari-cari cara yang terbaik untuk menangani masalah rumah tangga untuk kekal menjadi isteri solehah yang tiada dua, tiga atau empat untuk Encik Husband.


Komunikasi

Dalam apa jua aktiviti yang melibatkan lebih dari seorang, perlu ada komunikasi. Korang tak boleh teka apa yang pasangan korang fikirkan dan begitu juga sebaliknya. Untuk tahu apa yang pasangan korang mahukan, pasangan korang kena beritahu. Barulah korang boleh memahami kehendak di antara satu sama lain.


Perlu bertolak ansur di dalam hubungan

Susahnya nak beralah. Tapi tak salah kalau kita turunkan ego untuk orang yang kita sayang. Tak salah juga nak beralah kalau kita tak buat salah. Kalau itu caranya untuk menjernihkan keadaan. Tapi janganlah setiap kali ada masalah, asyik satu pihak je yang nak kena beralah. Jadi masalah lain pula nanti. Ringankan hati untuk meminta maaf dan ringankan mulut untuk mengucapkan maaf.


Jujur untuk elak berlaku salah faham

Jangan menipu. Sekali menipu, mesti akan ada kali kedua, ketiga dan seterusnya. Sakit tau bila ditipu. Bila dah tak ada kejujuran, kepercayaan pada pasangan pun hilang. Bila tiada kepercayaan, apa lagi yang tinggal? Apa-apa yang korang lakukan, jangan sorok dari pasangan. Kalau ada buat silap berterus-teranglah dari awal. Elakkan salah faham dalam rumah tangga. Kalau nak kahwin lain pun berterus-terang. Tapi kalau pasangan korang terima atau tidak, korang kenalah terima juga.


Ilmu juga penting

Carilah ilmu selagi termampu kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu kita sesat. Pentingnya ilmu dalam apa jua keadaan. Jangan cari ilmu sesat pula. Berdosa. Cari ilmu yang bermanfaat supaya ilmu itu menjadi penyuluh jalan kita di dunia ini. Ilmu kan pelita hidup.


Tak salah untuk berkongsi kewangan

Selain daripada yang satu perkara tu, berkongsi adalah menyeronokkan. Jangan letakkan tanggungjawab kewangan sepenuhnya atas bahu suami kerana korang tidak  akan redha bila kena keluarkan duit untuk membantu suami.


Saling bantu-membantu

Sama juga macam kewangan tadi, suami jangan letakkan tanggungjawab kerja rumah itu sepenuhnya atas bahu isteri. Baik suami mahupun isteri, kudrat tu ada hadnya. Sama-sama berkerja sama-sama cari duit untuk hidup. Walaupun isteri seorang surirumah, isteri tetap ada kerjanya di rumah sepanjang suami keluar bekerja. Bila sama-sama ada dirumah, buat kerja sama-sama. Kurang lah bergaduh tentang siapa yang bekerja lebih. Tapi kalau isteri tak buat apa-apa, tapi cukup bulan tunggu duit dari suami, lepastu merungut macam-macam itu tak kena ini tak kena, korang carilah jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam yang ai tulis di awal entri tadi, ai ni tak hebat dengan ilmu rumahtangga. Banyak gaduh dan selisih faham juga. Merajuk tu baik ai mahupun Encik Husband memang dah tak terkira lah. Sebab kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Tapi kami cuba dan cuba untuk perbaiki hubungan agar menjadi lebih baik. Korang semua doakan lah kebahagiaan kami hingga ke jannah. Aamiin!




aisyaismail

Thursday 28 November 2019

CARA JADIKAN GAMBAR DI BLOG MOBILE FRIENDLY

November 28, 2019 13
CARA JADIKAN GAMBAR DI BLOG MOBILE FRIENDLY
Assalamualaikum and hye readers.





Korang ada tak masalah gambar dalam blog tak mobile friendly? Bila tengok di pc atau laptop ok je, tapi bila tengok di skrin telefon jadi panjang-panjang. Buruk terus gambar walaupun gambar asal pun tak adalah lawa pun. Hahaha!


Sebelum ni ai tak perasan pun sebab ai memang jarang sangat belek-belek blog dari skrin telefon sebab ai rasa tak puas. Mujur Kak Azni bagitahu. Kalau Kak Azni tak bagitahu, sampai ke sudah ai tak akan tahu. Terima kasih Kak Azni sebab tegur. Nanti korang jangan lupa baca blog http://modernmumthingy.com/ tau. Banyak info yang Kak Azni tulis dalam tu.


Lepas diberitahu, ai tengok sendiri memang jadi panjang-panjang semua gambar. Nak godek sendiri memang sampai kesudah lah tak jadi apa. Akhirnya Pak Cik G juga yang jadi penyelamat. Hasil carian di google.com, sebab kepada masalah ai adalah resolusi gambar tak sesuai dengan template yang ai gunakan. Resolusi terlalu besar sebab tu dia jadi memanjang bila tengok melalui skrin telefon. Nasib baik ada jalan penyelesaian. Macam mana tu?


Senang je. Korang log in blog dan pergi ke theme. Kemudian klik edit HTML. Lepas tu korang cari kod ]]></b:skin> di ruangan HTML tu. Nak mudah cari, korang tekan Ctrl F lepas tu masukkan kod tadi. Bila dah jumpa, korang salin kod di bawah dan letakkan di atas kod ]]></b:skin> tadi. Lepas tu klik save theme. Siap!

.post-body img {
max-width:100%;
height:auto;



}





Senang kan? Haa lepas dah siap tu bolehlah semak blog korang melalui telefon masing-masing. Kalau tak berubah tu mesti ada kesilapan di mana-mana. Korang kena semak balik betul tak kod yang korang letak tu. Sebagai contoh tengok dalam bulatan merah dalam gambar di atas. Oh ya, cara ini hanya untuk blogspot sahaja tau. Selamat maju jaya kawan-kawan.




aisyaismail

Tuesday 26 November 2019

9 IDEA BELI HADIAH UNTUK PENGANTIN BARU

November 26, 2019 15
9 IDEA BELI HADIAH UNTUK PENGANTIN BARU
Assalamualaikum and hye readers.



Nak masuk musim cuti persekolahan ni, banyak lah jemputan perkahwinan yang ai terima. Terutama sekali daripada kawan-kawan dan sepupu-sepupu yang nak mengakhiri zaman bujang mereka. Tahniah ai ucapkan pada korang yang akan berkahwin dalam masa yang terdekat ini.


Gambar dari website Ikea.


Masalah besar bila dapat jemputan perkahwinan selain boleh pergi atau tidak, sudah semestinya nak pilih hadiah apa untuk pasangan pengantin. Nak beli barang ini takut pengantin tak suka, nak beli barang itu, takut pengantin tak guna. Tapi percayalah, korang bagi apapun pengantin akan suka. Guna tak guna tu belakang cerita.


Nak beli hadiah pun tak susah, korang boleh pergi je ke mana-mana pasar raya yang besar seperti Aeon, Parkson dan Sogo, Ikea dan sebagainya. Mesti korang rambang mata punya lah. Nak lagi senang? Korang beli je atas talian. Yang penting korang hanya perlu sediakan duit dan beli awal. Jom ai kongsikan idea apa yang korang boleh belikan sebagai hadiah untuk pengantin baru.


Kelengkapan Dapur


Gambar dari website Ikea.

Pengantin baru sahaja nak memulakan kehidupan yang baru, memasak penting untuk memikat perut suami. Kelengkapan di dapur sudah semestinya suatu keperluan. Harganya juga boleh didapati dengan sangat berpatutan. Kelengkapan dapur termasuklah barangan seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk, sudip, sudu dan garfu.


Bekas Rempah / Bekas Pasta


Gambar hasil carian di Google.com

Ramai orang ingat bekas rempah dan pasta adalah hadiah yang remeh. Tapi korang tahu tak, kalau pengantin seorang yang sukakan hiasan di dapur, hadiah ini sangat berguna tau. Bekas rempah dan pasta adalah salah satu penyeri di dapur. Sekarang dah ada banyak rekaan untuk bekas ini. Cantik-cantik dan hanya tinggal untuk dipilih sahaja.


Gambar Kanvas


Gambar dari website Ikea.

Gambar atas kanvas ni tengah 'in' sekarang. Pilihlah gambar-gambar yang tidak keterlaluan tetapi cantik dan menarik. Tulisan atau ayat-ayat suci pun sangat menarik untuk dijadikan hiasan dinding. Kalau nak tempah pun dah ada banyak tempat untuk ditempah. Tinggal nak korang pilih je.


Barangan Elektrik


Gambar hasil carian di Google.com

Hadiah ini paling disukai oleh pengantin baru. Nak beli sendiri mahal, macam-macam pula tu nak dibeli. Bila dapat pada hari yang bahagia, bertambah-tambah bahagialah pengantin baru. Barangan elektrik yang sering dijadikan hadiah seperti mesin pengisar, periuk nasi, cerek elektrik dan seterika. Vacuum pun ada juga dijadikan sebagai hadiah. Yang lebih mahal dan disukai ramai adalah ketuhar dan ketuhar gelombang mikro. Nak lagi seronok, bagilah televisyen, mesin basuh ataupun peti sejuk. Tapi yang mahal sangat selalunya diberikan oleh orang yang rapat ataupun perkongsian beramai-ramai.


Cadar 'Comforter'


Akemi Uchi

Nampak mudah, tetapi cadar salah satu hadiah yang sesuai untuk pasangan pengantin baru. Pilihlah cadar dengan corak yang sederhana supaya sesuai dengan apa sekali konsep dan warna bilik pengantin. Lebih mudah jika berikan cadar yang tidak bercorak dan warna yang masuk dengan semua warna. Dan yang paling penting, tak perlulah cadar yang berambu ramba macam zaman mak-mak kita kahwin dahulu. Takut pengantin baru tak suka.


Tiket Kapal Terbang


Traveloka

Hadiah ini selalunya diberikan kepada pengantin baru yang rapat dengan kita. Pasti mereka seronok dengan hadiah ini. Tak payah keluarkan duit penerbangan untuk berbulan madu. Kan dah jimat untuk pengantin baru yang dah banyak keluarkan duit untuk majlis mereka. Tempah awal untuk dapatkan harga yang lebih murah.


Lampu berdiri


Gambar dari website Ikea

Kalau korang nak bagi hadiah yang berat tetapi tak mahal sangat, apa kata korang pilih lampu berdiri. Lampu jenis ini boleh didapati dengan harga bawah rm100. Pilih yang sesuai dengan apa jua konsep rumah. Pasti pengantin baru seronok dengan hadiah korang.


Baucer Hadiah


Gambar hasil carian di Google.com

Susah sangat nak buat keputusan nak cari hadiah apa, korang bagi je baucer hadiah. Biar pengantin baru pilih dan beli sendiri apa yang mereka mahu. Baucer hadiah ni korang boleh beli di Ikea, Aeon, Parkson dan banyak lagi. Korang pergi dekat bahagian customer service, mesti ada.


Duit


Gambar hasil carian di Google.com

Dulu ai memang suka beli hadiah untuk pengantin baru. Pada ai, dapat hadiah tu seronok. Tapi sekarang ai lebih suka bagi duit je dengan harapan duit tu dapat membantu mereka memulakan kehidupan baru. Chewahhhh. Padahal bagi duit paling mudah. Tak perlu nak fikirkan hadiah apa untuk diberi. Hahaha! Kalau korang sejenis pemalas nak berfikir macam ai, bagi duit adalah jalan yang terbaik. Tapi jujur ai katakan, masa ai kahwin ai paling gembira dapat hadiah duit.


Ok tak 9 idea yang ai bagi ni? Dah boleh buat keputusan korang nak beli apa untuk bakal pengantin baru? Kalau korang ada idea lain, korang boleh juga kongsikan di ruangan komen. Sama-samalah kita berkongsi idea. Mana tau dapat membantu ramai orang yang sedang kebuntuan memilih hadiah untuk majlis perkahwinan.




aisyaismail

Friday 8 November 2019

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BUAT WANITA BERHIJAB

November 08, 2019 18
TIPS PENJAGAAN RAMBUT BUAT WANITA BERHIJAB
Assalamualaikum and hye readers.



Masalah kegatalan kulit kepala dan rambut yang tidak sihat sering menghantui wanita-wanita yang berhijab. Tapi ini bukan alasan untuk tidak berhijab tau. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kenapa perlu 'free hair' jika ada penyelesaian untuk kegatalan kulit kepala?





Bebaskan rambut

Bebaskan bukan bererti korang tak perlu berhijab. Ramai yabg tidak tahu bahawa rambut juga bernafas. Jadi, kalau boleh bila di rumah lepaskan rambut dari ikatan. Biarkan rambut korang bebas. Kalau korang tak selesa rambut korang akan berterbangan ditiup angin, ikatlah rambut tapi jangan ketat-ketat. Atau korang sepit je guna penyepit rambut. Nak lagi mudah? Potong lah rambut menjadi pendek. Dah banyak fesyen rambut pendek yang menarik.


Pilih jenis syampu yang sesuai

Pemilihan syampu sangat-sangatlah memainkan peranan yang penting. Pilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan bukannya syampu yang popular. Syampu yang selalu keluar iklan di tv belum tentu sesuai dengan kulit kepala korang. Kalau korang sesuai dengan syampu murah, pakailah syampu murah. Kalau korang sesuai dengan syampu mahal tapi tak mampu, cuba syampu lain yang korang mampu.


Pastikan rambut kering

Sebelum mengenakan hijab, pastikan rambut korang betul-betul kering. Keringkan guna pengering rambut atau guna kipas pun boleh. Kalau suka keringkan secara semulajadi, cuci rambut awal atau malam. Berhijab dengan rambut yang basah boleh menyebabkan rambut korang rosak, berbau hapak, kegatalan kulit kepala dan tudung korang juga akan berbau kepam.


Fabrik hijab yang sesuai

Fabrik hijab juga memainkan peranan yang penting. Pilih fabrik yang ringan dan ada pengaliran udara agar rambut korang dapat bernafas di dalam hijab. Fabrik inner juga penting ye. Bukan fokus pada hijab semata-mata. Pilih inner yang tidak ketat agar kepala korang berasa selesa.


Gaya hijab yang sesuai

Bergayalah mengikut kesesuaian diri, tempat dan tema. Pilih gaya yang paling sesuai dengan korang. Tak perlulah pakai tudung berlapis-lapis di dalam cuaca yang panas. Simple kan kemas dan mudah. Nak bersiap pun cepat je.


Nak berhijab dan bergaya dengan hijab tak susah. Nak jaga rambut dan kulit kepala juga tak susah. Yang susahnya kalau tak ada usaha nak buat semua itu. Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri kita sebaik yang mungkin. Untuk keselesaan diri sendiri dan juga orang yang berada di sekeliling.




aisyaismail

Monday 4 November 2019

NAK MAJLIS KAHWIN YANG SIMPLE TAPI MERIAH

November 04, 2019 17
NAK MAJLIS KAHWIN YANG SIMPLE TAPI MERIAH
Assalamualaikum and hye readers~



Impian majlis perkahwinan ai adalah yang simple sahaja. Simple ni pada ai ada tiga kategori iaitu simple pada bajet, simple pada majlis atau kedua-duanya sekali. Simple yang ai nak adalah simple pada majlis. 


Bukan lah ai maksudkan ai nak majlis yang ala kadar, tetapi lebih kepada majlis yang tidak sarat dengan banyak perkara. Tak cukup tiga hari tiga malam nak habiskan majlis. Tapi akhirnya? Hahaha! Hati manusia ni memang cepat berubah-ubah pun.




Simple pada bajet

Tak salah pun kalau nak berjimat. Kalau kemampuan korang setakat itu, korang buat lah sekadar yang termampu. Majlis perkahwinan ni tak wajib pun untuk diraikan secara besar-besaran. Orang lain tahu korang dah kahwin pun dah cukup.


Kalau korang hanya mampu sekadar untuk majlis akad nikah, teruskan dengan hanya majlis akad nikah. Kalau korang tak mampu untuk adakan majlis, korang boleh je nikah di pejabat agama. Pilihan terletak di tangan korang. Jangan kata tak ada duit tak boleh kahwin tau. Yang penting tanggungjawab korang selepas pernikahan itu.


Simple pada majlis 

Ini memang impian ai dari dahulu. Majlis yang simple tetapi penuh dengan kemeriahan. Simple maksud ai, majlis diadakan hanya dalam masa satu hari. Nikah pagi dan bersanding petang. Baju dan pelamin cukuplah yang sederhana tetapi cantik dan orang akan ingat sampai tua. 


Senang kata, majlis yang tidak terlalu megah tetapi kemanisannya diingati oleh semua yang hadir. Chewahhhh! Akhirnya, ai ikut juga cara orang lama-lama dalam keluarga ai. Joget lambak, tol, berinai semua ada. Sebab ai nak rasa semua tu di majlis sendiri. Hahaha!


Simple pada bajet dan majlis

Ini lebih kepada nak berjimat sebenarnya. Macam ai katakan tadi, kalau kemampuan korang setakat itu, tak ada majlis yang gah pun tak ada siapa yang nak marah. Betul tak? Kalau korang mampu, tapi masih tak mahu buat majlis perkahwinan yang beresepsi bagai, itu pun hak korang yang orag lain tak perlu nak pertikaikan.


Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun ai dan Encik Husband mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah! Walaupun impian untuk adakan majlis yang simple pada majlis tetapi meriah tak kesampaian, kami tetap tak berlebih-lebih untuk majlis yang gah. Yang penting, tak buat pinjaman peribadi di bank.




Terima kasih semua yang dah pernah bersusah-payah tolong ai dan Encik Husband untuk merealisasikan majlis perkahwinan kami baik majlis di sebelah ai mahupun majlis sebelah Encik Husband. Eh! Macam baru habis majlis pula kan nak berterima kasih bagai.


Selamat ulang tahun perkahwinan Husband!




aisyaismail