Tempat Menarik Di KL: Muzium Negara Lokasi Pengumpulan Sejarah Yang Wajib Dikunjungi

Wednesday 30 August 2023

Tempat Menarik Di KL: Muzium Negara Lokasi Pengumpulan Sejarah Yang Wajib Dikunjungi


Sempena hari kemerdekaan negara Malaysia esok, Ai nak kongsikan tentang tempat menarik di KL iaitu Muzium Negara tempat pengumpulan sejarah yang wajib dikunjungi. Esok kan cuti umum, boleh lah korang plan nak cuti-cuti di Muzium Negara. Belajar tentang tinggalan sejarah di Malaysia. 


Selepas bertahun-tahun lamanya, dapat juga Ai jejakkan kaki sekali lagi ke Muzium Negara. Tak banyak pembaharuan, tapi kalau boleh nak pergi ke sana selalu. Mungkin sebab Ai memang minat dengan sejarah. Atau lebih tepat lagi, Ai suka tengok barang-barang lama dan antik.


Baca juga: Bangunan pelik dan unik di dunia


Tempat Menarik Di KL


Sejarah Muzium Negara

Salah sebuah tempat menarik di KL, Muzium Negara telah dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor yang sebagiannya telah roboh ketika Perang Dunia Kedua. Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 


Pembinaan Muzium Negara dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada Ogos 1963. Rekabentuk Muzium Negara direka berdasarkan seni bina istana Raja-Raja Melayu dan masyarakat tempatan. Dinding di bahagian hadapannya dihiasi dengan 2 buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Italy. 


Banggunan Muzium Negara ini juga merupakan bangunan kerajaan pertama yang menggunakan ciri-ciri seni bina Melayu Tradisional dan telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada 11 Ogos 2015.


Objektif Muzium Negara diwujudkan adalah untuk menjalankan aktivti seperti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala warisan sejarah negara. Mempamerkan bahan artifak warisan negara bagi tujuan pendidikan selain menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan negara. 


Tempat Menarik Di KL


Muzium Negara telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang ketiga iaitu Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang kini menjadi tempat menarik di kl untuk dikunjungi.


Galeri Muzium Negara

Tak pelik pun ia menjadi salah sebuah tempat menarik di kl kerana tak bosan dan banyak perkara yang boleh dipelajari di sini. Dalam muzium ini terdapat 4 galeri tetap yang mana setiap galeri mempamerkan tinggalan sejarah yang berlainan. 


Galeri tetap ni maksudnya memang tak akan berubah-ubah. Korang pergi hari ni sama, esok sama, tahun depan sama, sepuluh tahun akan datang pun mungkin sama. Yang berlainan adalah, pihak muzium akan naik taraf dari semasa ke semasa.


Galeri A: Sejarah awal

Setiap perjalanan pasti ada awalnya. Di galeri A, korang dapat melihat sejarah proses pembentukan muka bumi serta menghayati hidup masyarakat yang terawal hidup di muka bumi menerusi tinggalan sejarah seperti artifak yang dipamerkan. Masyarakat awal ini terdiri daripada zaman Paleolitik, Hoabinh serta Neolitik. 


Tempat Menarik Di KL


Galeri B: Kerajaan Melayu

Di galeri ini pula korang dapat melihat sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan Melayu terutama yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Galeri ini juga memfokuskan kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan tamadun Melayu Islam rantau ini.


Tempat Menarik Di KL

Tempat Menarik Di KL


Galeri C: Era Kolonial

Sejarah yang biasa kita pelajari adalah sejarah penjajahan kolonial yang berlaku di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan ia ada dipamerkan di galeri ini. Tak lengkaplah kalau tak ada pemeran tentang era kolonial ni. Antara kuasa-kuasa asing yang pernah menjajah negara ini adalah Portugis, Belanda, British dan Jepun. 


Tempat Menarik Di KL

Tempat Menarik Di KL


Galeri D: Malaysia kini atau era moden

Malaysia kini pun dah ada dalam pameran di Muzium Negara? Ehhh bukan... bukan... Ini bukan potal Malaysia Kini yang korang selalu baca tentang berita tu dan bukan juga mempamerkan tentang isu-isu semasa yang terkini. 


Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan pelbagai kaum yang berlatar belakangkan kepelbagaian fahaman politik. Galeri ini juga mempamerkan pencapaian negara selepas kemerdekaan sehingga pembentukan Malaysia pada 1963 dan juga masa kini.


Tempat Menarik Di KL

Tempat Menarik Di KL


Lee Kwang Soo di Muzium Negara

Salah satu sebab menjadikan Muzium Negara sebagai tempat menarik di KL adalah, Lee Kwang Soo ada dalam muzium tu. Hehehe! Jangan serius sangat! Ai gurau je. Masa Ai pergi hari tu, Ai terkejut tau tengok patung yang pakai pakaian negeri Sarawak sangat menyerupai Lee Kwang Soo. Kalau korang nak selfie dengan Lee Kwang Soo tapi tak mampu atau tak ada masa nak ke Korea, boleh lah cari dia di Galeri D bahagian pakaian etnik di Malaysia.


Tempat Menarik Di KL


Pameran di luar bangunan

Kawasan muzium ni sangat luas. Setiap sudut digunakan dengan baik untuk mempamerkan tinggalan sejarah negara Malaysia. Di kawasan pekarangan muzium juga memaparkan pelbagai artifak menarik dan mempunyai nilai estetika tersendiri seperti jenis pengangkutan, kenderaan, struktur semula jadi dan buatan manusia serta senjata dan arca. Ada juga dewan yang mempamerkan sejarah emas dan perlombongan.


Tempat Menarik Di KL


Waktu melawat

Muzium Negara dibuka pada setiap hari dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Waktu terakhir pembelian tiket adalah pada pukul 4.30 petang. Tapi Ai sangat syorkan korang datang pagi sebab ada banyak masa nak explore kawasan muzium yang besar tu. Ia ditutup pada hari Isnin pertama setiap bulan, hari raya pertama dan kedua Aidilfitri dan hari raya pertama Aidiladha. Jangan lah korang datang waktu dia tutup pula. Hari-hari lain dibuka seperti biasa.


Harga tiket

Tiket boleh dibeli di sebelah pintu masuk utama Muzium Negara. Kat tangga yang tinggi tu, naik-naik terus jumpa kaunter tiket.

Harga warganegara Malaysia

Dewasa: RM2

Warga emas dan OKU: RM1

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah: Percuma

Pelajar berpakaian seragam sekolah: Percuma

Ahli International Council of Museums (ICOM): Percuma


Harga bukan warganegara Malaysia

Dewasa: RM5

Kanak-kanak 6 - 12 tahun: RM2

Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: Percuma

Ahli International Council of Museums (ICOM): Percuma


Tempat Menarik Di KL


Perhatian! Tiket hanya boleh dibeli secara tunai di kaunter tiket Muzium Negara sahaja dan tiada pembelian secara online. Tunjukkan MyKad atau MyKid di kaunter tiket sebagai bukti korang adalah warganegara.


Etika di muzium

Kalau ada etika tu bermakna kena lah ikut. Kita pergi tempat orang jangan bawa perangai tempat sendiri. Kalau korang rasa tak boleh nak ikut etika, duduk rumah diam-diam. Eh teremo pula, hehehe!

1. Elakkan daripada menyentuh barang pameran dan melakukan sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kerosakan kepada barang pameran.

2. Dilarang merokok!

3. Boleh ambil gambar. Korang boleh je bawa kamera DSLR sekalipun, tapi tanpa flash. Untuk fotografi khas dan rakaman filem juga dibenarkan tapi perlu ada surat rasmi. Permohonan boleh dihantar kepada Unit Sumber Manusia, Jabatan Muzium Negara.

4. Makanan, minuman, haiwan peliharaan, bahan letupan atau sebarang objek berbahaya dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam muzium.


Wajib berpakaian sopan!

Muzium Negara tak tetapkan apa yang korang kena pakai, tapi mestilah berpakaian yang sopan. Itu biasa bila pergi ke tempat-tempat yang macam ni. Kalau berpakaian tak mengikut etika, kena halau jangan nak viralkan pula nanti dan jangan pertikaikan kenapa orang tu boleh pakai macam tu tapi kau tak boleh. Beza dia, nasib orang tu baik sebab terlepas tapi kau tak. Mudah! Eh teremo lagi pula.


Tempat Menarik Di KL


Kemudahan awam

1. Kafetaria
2. Kerusi roda
3. Lawatan berpandu dan aktiviti mengikut temujanji
4. Berhampiran dengan pengangkutan awam seperti MRT dan bas
5. Ruang letak kereta berbayar
6. Auditorium dan Dataran Muzik untuk disewa


Kedai cenderamata

Tempat wajib kalau ke tempat lawatan sudah tentu kedai cenderamata. Korang boleh beli barangan seperti pakaian, penanda buku, beg, alat tulis dan macam-macam lagi sebagai kenang-kenangan. nak bagi sebagai hadiah pun banyak pilihan. Tapi korang kena faham harganya tak sama macam harga barang yang korang beli di luar.


Cara ke Muzium Negara

Ada pelbagai cara untuk ke Muzium Negara. Ai lebih suka naik kenderaan awam, rasa macam pelancong yang datang ke Malaysia pula. 



Cara Aisya Ismail

Naik LRT sampai KL Sentral, kemudian pergi ke laluan MRT dan keluar di pintu berhampiran Muzium Negara. Dah sampai. Tak perlu jalan kaki panas-panas. Tapi pastikan korang ada kad TnG sebab charge 80 sen akan dikenakan. Kalau korang tak suka cara Ai, boleh guna cara yang lain.


Bawa kenderaan sendiri

Untuk korang yang tak suka jalan kaki, kawasan tempat letak kereta berbayar ada disediakan. 


Bas

Naik bas RapidKL No. 115 dengan bayaran RM2 sehari untuk KL City Shuttle dari KL Sentral. Atau korang boleh naik bas Hop-on Hop-off. Duduk bahagian atas tau. Acah-acah ada di London!


KTM Komuter dan Putra LRT

Turun di KL Sentral dan jalan kaki dalam 500 meter ke Muzium Negara mengikut susur jalan yang ditetapkan dan papan tanda yang disediakan. Kalau ikut dengan betul, insya-Allah tak sesat. Kalau nak senang, korang ikut je cara Ai kat atas tu.


Tempat Menarik Di KL


MRT

Selain kenderaan sendiri, Ai rasa ini yang paling mudah.


Lokasi menarik berhampiran

Nama pun tempat menarik di kl, kawasan sekitarnya mestilah menarik juga. Sebab tu kena datang pagi, banyak benda korang wajib explore. Antara lokasi menarik yang ada di sekitarnya seperti Taman Tasik Perdana, Taman Burung dan Taman Rama-Rama. 


Lawatan secara berkumpulan

Sebarang awatan berkumpulan daripada sekolah atau universiti perlulah dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh lawatan melalui surat bertulis yang diemelkan kepada tourmuziumnegara@gmail.com atau hubung 03-2267111 untuk info lanjut.


Cita-cita yang tk kesampaian

Dulu Ai pernah bersekolah dekat dengan Muzium Negara. Tak adalah dekat sangat, tapi budak-budak kan memang rajin berjalan kaki. Itu Ai lah, korang Ai tak tahu. Ai memang rajin pergi ke muzium tu sebab masuk kan percuma. Keluar masuk keluar masuk pun tak apa. Ai juga pernah bercita-cita nak bekerja dalam muzium. Mesti seronok duduk kat muzium hari-hari boleh tengok Lee Kwang Soo. Hehehe!


Tempat Menarik Di KL


Dalam banyak-banyak tempat menarik di KL, Muzium Negara adalah salah satu lokasi yang korang wajib pergi! Terutama pada hari kebangsaan esok. Semoga cuti korang bermanfaat dengan ilmu-ilmu sejarah negara.


Baca juga: Tempat menarik Ipoh

Baca juga: Bangi Wonderland

2 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D