Makanan Sedap dan Murah Shah Alam - Nasi Bukit Padang Jawa

Tuesday 5 September 2023

Makanan Sedap dan Murah Shah Alam - Nasi Bukit Padang Jawa


Waktu zaman belajar dulu, kalau jumpa tempat makan dengan makanan yang sedap lagi murah, kat situlah yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar tak kira siang atau malam. Kalau dibuka sampai ke tengah malam, lagi lah ramai orang suka. 

Zaman belajar kan belum ada duit sendiri, duit poket datang dari ibu bapa yang beri duit belanja. Nak minta lebih malu atau takut susahkan mereka, yang mana boleh jimat tu kita jimat lah. Kalau setiap hari nak makan makanan di kedai hipster, duit sebakul pun habis. Tapi duit RM1 laa.. Kalau RM50 sebakul, lama juga boleh bertahan.


Makanan Sedap dan Murah Shah Alam


Nasi goreng pilihan ramai

Sebenarnya Ai tak tahu pun kewujudan kedai makan Nasi Bukit di Padang Jawa ni. Coco yang tunjuk pada Ai memandangkan dia ternampak di media sosial. Ai tak adalah teruja sangat nak pergi sebab bukan sejenis makan banyak. 

Tapi bila dah pergi, Ai boleh katakan kedai ni boleh pergi jauh. Rasa nasi goreng dia mengimbau zaman Ai belajar kat Kuantan dulu. Alaa... nasi goreng yang ada rasa kicap tu. Simple je rasa dia. Korang pernah rasa ke tak? Pergi lah rasa sebelum dia terlalu famous. Tak larat nak beratur nanti. Hehehe!

Ada macam-macam pilihan menu makanan

Menu makanan di Nasi Bukit Padang Jawa ni ada pelbagai. Juling juga lah mata nak pilih makanan apa yang nak dimakan. Menu utama dia adalah hidangan nasi dari nasi putih sampai lah nasi goreng. Cakap nak nasi goreng apa, hampir semua ada! 

Akhirnya kami pilih untuk makan Nasi Goreng Seafood, Nasi Goreng Ayam Merah dan Char Kuew Teow. Tiga menu sahaja untuk lima orang. Makanan je kongsi, air order sorang satu. Segala jenis laici lah kami order. Ada air laici, sirap laici dan bandung laici. 

Makanan Sedap dan Murah Shah Alam

Makanan Sedap dan Murah Shah Alam

Satu pinggan untuk empat orang

Kenapa makan berlima tapi order tiga je? Sebab satu pinggan dia besar dan membukit. Sebab tu namanya Nasi Bukit. Itu pun siap bawa balik sebab tak habis. Orang kedai tu pun dah tahu memang ramai tak habis, jadi dia dah siapkan polisterin untuk bungkus bawa balik. Ambil je di sebelah kaunter tanpa rasa segan silu. 

Satu pinggan nasi goreng boleh makan berempat! Kalau korang kaki makan mungkin satu hidangan boleh makan untuk dua ke tiga orang. Tapi kalau korang boleh habiskan satu pinggan seorang, korang memang dahsyat lah. Mana korang simpan nasi tu?

Makanan Sedap dan Murah Shah Alam

Harga makanan paling murah

Memang berbaloi-baloi! Sebenarnya Ai tak pasti berapa harga setiap pinggan nasi goreng yang dihidangkan. Untuk dua pinggan nasi goreng, satu pinggan char kuey teow dan 5 cawan air, semuanya berharga RM62 di mana Ai rasa sangat murah sebab dapat makan makanan dengan kuantiti boleh kenyang dari tengahari sampai malam.

Kalau dicongakkan, seorang dalam RM12 lebih. Ok lah tu, makan kenyang sampai malam. Siap ada lebihan untuk panaskan keesokan hari. Memang jimat kalau niat nak berjimat. Nak lagi jimat? Masak lah sendiri nasi goreng. Tapi ingat, sotong tak murah ye.

Makanan Sedap dan Murah Shah Alam

Cara nak order


Tak perlu fikir-fikir, duduk je di meja makan diam-diam. Nanti akan ada pekerja yang datang ke meja bawa menu. Kalau dia tak datang, korang panggil lah. Macam tak biasa pula kan. Lepas makan kalau tak habis, boleh ambil polisterin di sebelah kaunter. Nak bayar pun kena pergi di kaunter. 

Bawa kipas mini!


Perhatian kepada yang tak tahan panas, siap-siap bawa kipas mini dari rumah. Kalau tak, memang berkicap! Kalau rasa-rasa nak kena ada air-cond sebiji, korang makan je lah kat tempat lain. Tak perlu makan di Nasi Bukit Padang Jawa tu. Tempat tu bukan untuk level-level pelanggan yang nak servis dan persekitaran tip top. 

Tempat letak kereta pun ikut nasib je letak di tepi-tepi jalan. Kalau kereta penuh, jauh lah korang kena jalan. Tapi demi sepinggan nasi, Ai rela jalan jauh. Asalkan tak kena beratur panjang, itu je yang Ai kurang sanggup! Ye laa, perut dah lapar kena beratur pula. Boleh bertukar jadi 'mak kau hijau' tau.

Walau macam mana pun, untuk jangkan masa panjang pemilik kedai kenalah pertimbangkan untuk cuba kurangkan kepanasan tu. Ai husnuzon, masa pergi tu kipas dia rosak. Nasib baik tengah mendung nak hujan waktu tu.

Lokasi


Lokasi Nasi Bukit adalah di Padang Jawa. Korang guna Waze atau Google Maps, mesti sampai. Insya-Allah tak sesat.

Alamat: Lot 641, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.


 

Makanan sedap dan murah di Shah Alam


Kesimpulannya, kalau korang nak makan makanan yang sedap, murah dan mengenyangkan di Shah Alam, Ai syorkan korang pergilah ke kedai makan Nasi Bukit ni. Harga dia sangat-sangat murah untuk kuantiti yang banyak macam tu. Mungkin ada yang tak percaya. Korang boleh pergi dan rasai sendiri pengalaman makan di sana. 

Makanan Sedap dan Murah Shah Alam

Amaran keras! Kalau tak makan banyak, jangan ngada-ngada nak pergi sorang. Takut tak habis, bungkus bawa balik, lepas tu beku dalam peti sejuk. Sampai masa buang. Kan dah membazir. Membazir itu amalan syaitan! Tapi kalau nak jimat banyak, inilah tempatnya.

Baca juga: Rendang Hitam

4 comments:

  1. pernah dengar tapi tak pernah jejak lagi. hahaha. kampung padang jawa ni dekat sangat dengan rumah. semenjak motor dah tersadai memang dah jarang makan2 dekat kg padang jawa. maklumlah semua orang bawa motor/ kereta macam takde otak hahaha. jadi nak pergi situ naik kereta macam stress tau. tapi padang jawa memang terkenal dengan street foodnya.

    ReplyDelete
  2. kueteow tu nampak menggoda sungguh.

    ReplyDelete
  3. dah lama tau psl tmpt ni teringinnnnnn nak gi. tp tu laa bla smpi sn x teringat lgsg adehhh

    ReplyDelete
  4. nak kena try la bila ke sana ,banyak betul portion dia ....

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D