Daun Kesum: Resepi Laksa Yang Pasti Sedap Menggunakan Daun Kesum

Friday 25 August 2023

Daun Kesum: Resepi Laksa Yang Pasti Sedap Menggunakan Daun Kesum


Dalam banyak-banyak laksa, laksa yang paling sedap pada Ai adalah laksa yang dimasak menggunakan daun kesum. Bukan setakat rasa yang memikat, baunya pun harum. Sumpah sedap. 

Minggu lepas Ai balik ke rumah Mak Baba. Macam biasalah masalah orang-orang perempuan ni, 'nak masak apa'. Mak Ai cadangkan untuk masak laksa. Ai ok je, cuma belum ada pengalaman masak laksa. Sepantas kilat Mak Ai turunkan resepi yang pasti sedap. 

Korang kena cuba resepi laksa menggunakan daun kesum ni sebab kesedapannya tiada tandingan. Gittuwww hehehe! Jangan tanya ni laksa apa, Ai tahu masak dan makan sahaja. Tapi mungkin laksa Penang.


Daun Kesum

Bahan-bahan 

Untuk rebusan

1. 1 paket laksa
2. 5 ekor ikan kembung 
3. Air secukupnya
4. 3 biji telur

Untuk kisar

1. 1 senduk cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut selera)
2. 3 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 batang serai (kalau kurus guna 2 batang)
5. 1 inci halia

Untuk kuah

1. Air rebusan ikan
2. 5 keping asam keping
3. 1 ikat daun kesum
4. 2 batang bunga kantan
5. Garam sekukupnya
6. Serbuk perasa jika perlu

Untuk hiris

1. 1 biji bawang besar
2. Setengah biji timun
3. 2 batang kacang panjang
4. 3 biji limau kasturi
5. Taugeh
6. Daun salad

Cara masak laksa menggunakan daun kesum


Daun kesum

1. Mula-mula rebus ikan kembung dalam periuk atau kuali. Air jangan banyak sangat, cukup untuk tenggelamkan ikan sahaja.
2. Setelah ikan masak, asingkan isi dari tulangnya. Kisar ikan hingga lumat menggunakan air rebusan tadi. Tulangnya buang ke dalam tong sampah atau buat lah apa korang nak buat. Jangan tak buat apa-apa je.
3. Kisar bahan  kisar kemudian masukkan ke dalam periuk bersama isi ikan yang telah dikisar dan baki air rebusan tadi serta asam keping. Jika terlalu pekat, tambah air mengikut kepekatan kuah yang korang suka.
4. Hiris bunga kantan mengikut ketebalan yang korang nak. Batang dia Ai tak ambil. Masukkan ke dalam periuk. Jangan lupa daun kesum. Itu paling utama tau. Masukkan daunnya sahaja. 
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukupnya bersama serbuk perasa jika nak. Kalau tak nak tak perlu letak.
6. Rebus laksa dan telur. Kemudian hiris bahan-bahan untuk dihiris tadi dan susun cantik ke dalam pinggan.
7. Siap laksa yang pasti sedap menggunakan daun kesum!

Kuantiti bahan mengikut selera

Sebenarnya kuantiti bahan ikut juga selera korang. Ada orang suka ikan lebih, ada orang suka masam, ada orang suka kuah banyak, ada orang suka masin dan ada orang suka hirup kuah sahaja. Kuantiti bahan yang Ai senaraikan ni ikut kesedapan tekak Ai dan Ai pasti korang pun akan rasa sedap juga. Ditambah dengan rasa dan aroma daun kesum tu, confirm licin!

Daun kesum boleh dimakan


Daun kesum

Ini ada juga orang yang tak tahu tau, daun kesum boleh dimakan. Ianya diletakkan dalam makanan bukan hanya untuk rasa, bau atau sekadar hiasan, tapi boleh dimakan. Jangan risau, sedap. 

Dulu pun Ai tak makan, sebab Ai tak nak cuba. Bila dah rasa, sedap rupanya. Tapi bergantung kepada cara masakan. Tak sedap lauk tu, maka daun kesum otomatik jadi tak sedap pada tekak Ai yang sedikit manja ni.

Kegunaan daun kesum

Umum tahu bahawa daun kesum sering digunakan di dalam masakan. Ia juga boleh dimakan mentah sebagai ulam atau menjadi penyedap masakan seperti laksa, nasi kerabu, asam pedas dan tom yam. 

Minyak kesum pun ada tau, digunakan sebagai aromaterapi dan untuk merawat kelemumur. Lepas ni tak payah beli syampu kelemumur dah, guna daun kesum je. Murah pun murah, hehehe! 

Dalam perubatan tradisional pula, daun kesum digunakan dalam tonik selepas bersalin dan untuk rawatan penghadaman. Kalau untuk demam campak tu bukan daun kesum tau, tapi daun bambu.

Khasiat daun kesum

Daun kesum merupakan salah satu herba yang memiliki pelbagai manfaat dan kegunaan. Dari kajian farmakologi menunjukkan daun kesum mempunyai khasiat seperti berikut.

1. Anti-oksidan
2. Pengoksidaan LDL
3. Anti-radang dan anti-mikrob
4. Meningkatkan penghadapan dan anti-ulser
5. Membantu sistem imuniti badan
6. Mengelakkan kerosakkan makanan

Daun kesum juga telah dijalani kajian klinikal dan mendapati:

1. Membantu daya ingatan
2. Melegakan tekanan mental
3. Meningkatkan daya tumpuan
4. Pengaktifan otak


Kesimpulannya


Daun kesum

Daun kesum adalah tumbuhan yang memiliki pelbagai fungsi dalam pemakanan. Dalam dunia moden yang semakin mengalami perubahan, penggunaan daun kesum tak pernah menurun. Siap ada buku mengenai daun kesum iaitu 'The Wonders of Kesum'. Beli lah kalau korang nak baca tentang daun kesum dengan lebih mendalam.

Ai dah mula terfikir nak buat projek tanam daun kesum secara besar-besaran ni. Manalah tahu daun kesum jadi tanaman yang mahal harganya satu hari nanti, kaya lah Ai! Hehehe! Berangan kan tak salah. Jangan lupa cuba resepi ni tau. Pasti memenuhi selera korang. Insya-Allah.

Baca juga: Cafe Markisar

3 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D