P. Ramlee - Perjalanan Hidup Seorang Legenda Seni

Thursday 17 August 2023

P. Ramlee - Perjalanan Hidup Seorang Legenda Seni


Tahun ini genap 50 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, namun nama P.Ramlee masih segar di ingatan peminat filem-filem Melayu Klasik. Malah ramai yang tak pernah berjumpa terutamanya golongan muda, namun hanya dari fiilem-filem beliau sudah seperti cukup mengenalnya.


P. Ramlee, seorang ikon seni Malaysia yang tak ternilai. Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam dalam industri seni dan budaya negara. Kehidupan beliau penuh dengan pencapaian yang gemilang di dalam bidang lakonan, nyanyian, mengarah serta menulis lagu. 


Popularitinya bukan hanya di Malaysia sahaja, malah di seluruh Asia. Karya seni yang dibawakan oleh P. Ramlee terus memberikan inspirasi sehingga ke generasi hari ini. Filem-filem lakonan beliau masih ditayangkan di televisyen untuk tontonan kita semua.


Baca juga: Tonton teater di Encore Melaka


P. Ramlee


Kehidupan awal P. Ramlee

P. Ramlee, dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347 selepas khutbah Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dan Che Mah binti Hussein. Lahirnya beliau diberi nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Dek kerana susah nak menyebut Teuku Zakaria, neneknya telah memanggilnya dengan nama Ramlee. 


Sepanjang kehidupan beliau dipenuhi dengan pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang seni. P. Ramlee memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon radio sebelum masuk ke industri perfileman pada tahun 1948. Dengan bakat yang serba boleh, beliau cepat dapat mencipta nama melalui filem-filem seperti 'Bujang Lapok', 'Sumpah Orang Minyak' dan juga ' Pendekar Bujang Lapok'. 


Selain kemahiran berlakon, P. Ramlee juga dikenali sebagai komposer. Ciptaan lagu-lagunya masih dinyanyikan sehingga ke hari ini. Banyak lagu-lagu beliau yang Ai suka dan boleh nyanyikan semula seperti 'Bunyi Gitar', 'Malam Ku Bermimpi', 'Dendang Perantau', 'Engkau Laksana Bulan', 'Itulah Sayang' dan banyak lagi. Tapi nyanyi sendiri je lah, Ai kan pemalu orangnya. Hihihi! 


Kehadiran P. Ramlee bukan hanya meninggalkan kesan mendalam dalam dunia seni, beliau juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan sosial di Malaysia melalui pelbagai watak yang dimainkan. Beliau sering membawakan mesej-mesej tentang persahabatan, keadilan dan nilai-nilai kemanusiaan yang kekal relevan sehingga kini.


Zaman kanak-kanak dan persekolahan

P. Ramlee bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Ayahnya bekerja sebagai tukang kuih manis dan ibunya pula menjahit untuk menyara keluarga. Namun minatnya terhadap seni dan muzik telah muncul seawal usia remaja. 


P. Ramlee


Beliau mula menunjukkan bakat seni apabila menyertai pertandingan nyanyian di sekolah. Pada ketika itu, beliau telah menunjukkan bakat dalam mencipta melodi dan lirik lagu. Namun P. Ramlee tidak mendapat peluang pendidikan formal yang tinggi kerana batasan kewangan keluarganya. Namun itu bukan penghalang untuk beliau terus belajar dan berusaha.


Zaman persekolahan P. Ramlee adalah di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Rendah Francis Light di Penang. Walaupun tidak lama bersekolah di sana, beliau telah menonjolkan minat dalam lakonan dan muzik. Minatnya dalam bidang seni diteruskan setelah meninggalkan sekolah dengan menyertai kumpulan teater dan kelompok muzik tempatan.


Pada tahun 1948, P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita dalam bidang seni. Beliau telah menyertai program 'Bintang Malaya', sebuah program anjuran syarikat perfileman tempatan dan mula mencipta nama dalam bidang lakonan. Dari sinilah beliau bertemu dengan seorang pengarah filem terkenal, B.S. Rajhans yang menjadi mentor beliau dalam bidang seni perfileman. 


P. Ramlee terus belajar dan mengasah kemahirannya melalui pengalaman. Dari bukan siapa-siapa, P. Ramlee terus menempa nama di dalam bidang lakonan, nyanyian, pengarahan, penulisan dan juga muzik. Kecemerlangan beliau di dalam pelbagai bidang seni telah menjadikannya sebagai ikon yang tak ternilai dalam sejarah seni Malaysia.


Karya seni yang popular

Antara karyanya yang terkenal adalah filem 'Bujang Lapok', sebuah komedi yang mengisahkan kehidupan tiga sahabat yang mencuit hati penonton. Selain itu, 'Pendekar Bujang Lapok' juga merupakan sebuah filem yang memukau penonton dengan gabungan aksi komedi. Kalau tanya Ai, banyak lah filem-filem serta lagu-lagu P. Ramlee yang Ai suka. Tengok berulang kali pun tak jemu, antaranya adalah 'Musang Berjanggut' dan 'Do Re Mi'.


P. Ramlee


Antara filem-filem lakonan dan arahan P. Ramlee

1. Sumpah Orang Minyak (1955)

2. Penarik Beca (1955)

3. Anakku Sazali (1956)

4. Istana Menanti (1956)

5. Hang Tuah (1956)

6. Bujang Lapok (1957)

7. Sarjan Hassan (1958)

8. Pendekar Bujang Lapok (1959)

9. Nujum Pak Belalang (1959)

10. Musang Berjanggut (1959)

11. Ali Baba Bujang Lapok (1960)

12. Antara Dua Darjat (1960)

13. Seniman Bujang Lapok (1960)

14. Bujang Lapok Kembali Daa (1961)

15. Ibu Mertuaku (1962)

16. Labu Labi (1962)

17. Pulau Pinang (1963)

18. Gelora (1963)

19. Tiga Abdul (1964)

20. Madu Tiga (1964)

21. Bidasari (1965)

22. Do Re Mi (1966)

23. Laksamana Do Re Mi (1966)

24. Raja Bersiong (1968)


Antara lagu-lagu ciptaan dan nyanyian P. Ramlee

1. Hujan Di Tengahari (1952)

2. Bunga Melor (1956)

3. Mengapa Derita (1956)

4. Azizah (1956)

5. Bujang Lapok (1957)

6. Bisikan Hati (1957)

7. Joget Malaysia (1957)

8. Bujang Lapok (1957)

9. Nak Dara Rindu (1957)

10. Bisikan Hati (1957)

11. Jangan Tinggal Daku (1957)

12. Getaran Jiwa (1957)

13. Rimba Bara (1958)

14. Tunggu Sekejap (1958)

15. Malam Bulan Di Pagar Bintang (1959)

16. Dendang Perantau (1959)

17. Nujum Pak Belalang (1959)

18. Pertemuan (1959)

19. Raja Bersiong (1960)

20. Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1964)

21. Madu Tiga (1964)

22. Do Re Mi (1966)

23. Labu Labi (1967)


P. Ramlee


Tentang keluarga dan rumahtangga

P. Ramlee telah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu bersama Junaidah Hari (17 September 1947), tetapi menemui kegagalan. Perkahwinan kedua beliau bersama Noorizan Mohd. Noor (6 Februari 1955), seorang kerabat diraja negeri Perak juga gagal. Akhir sekali adalah perkahwinannya bersama Saloma (21 November 1961) dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya. 


P. Ramlee dan Saloma mencipta karya seni yang hebat dan tidak pernah dilupakan oleh penonton. Hubungan mereka sangat erat dan berkongsi kejayaan serta cabaran bersama. Namun perkahwinan mereka juga penuh dugaan termasuk di dalam industri seni. Walau bagaimanapun hubungan mereka tetap teguh sehingga ke akhir hayat.


Anak-anak

P. Ramlee mempunyai 2 orang anak kandung, 3 orang anak tiri dan 5 orang anak angkat. Anak-anaknya banyak membantu dalam kerja seni sebagai penyanyi latar dan pelakon tambahan di dalam filem-filem arahannya.


1. Mohd Nasir, anak kandung bersama Junaidah 

2. Arfan, anak kandung bersama Junaidah 

3. Abdul Rahman, anak tiri bersama Junaidah

4. Norma, anak tiri bersama Noorizan

5. Armali, anak tiri bersama Saloma

6. Sazali P. Ramlee, anak angkat

7. Betty, anak angkat

8. Zakiah @ Zazaloma anak angkat

9. Sabaruddin @ Badin, anak angkat

10. Salfarina @ Dian P. Ramlee, anak angkat berketurunan Cina yang juga merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia.


P. Ramlee


Penghujung hidup P. Ramlee

Pada hari Selasa, 29 Mei 1973, P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada usia 44 tahun akibat sakit jantung. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak menyifatkan pemergiaan P. Ramlee sebagai satu kehilangan tokoh seni yang terulung dan sukar dicari ganti.


Penghargaan dan anugerah

1. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN0 sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1963 dan menjadikan beliau sebagai bintang filem Melayu pertama menerima anugerah pingat tertinggi negara.


2. Dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuang Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.


3. Turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan yang membawa gelaran 'doktor' pada 2005.


4. Diberi penghormatan dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Anumerta) (DA (P)) oleh Pemerintah Negeri Sarawak pada 2009 yang disampaikan oleh anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.


5. Sebuah pawagam telah diberi nama Pawagam P. Ramlee dan dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 1973. Pawagam yang dilmiliki oleh Rumpun Filem Melayu dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris ini telah beroperasi di Jalan Tuaku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


P. Ramlee


6. Namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee yang dahulunya adalah Jalan Parry di tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada 1982. Di Kuching, Sarawak juga terdapat sebatang jalan yang diberi nama Jalan P. Ramlee.


7. Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-57 pada 22 Mac 1986, kediaman terakhir beliau di Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P.Ramlee. Pustaka ini telah dibuka kepada umum secara rasmi sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau terhadap industri seni tanah air.


7. Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pada 2007, P. Ramlee dipilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dalam menaikkan nama negara di mata dunia.


8. Kisah hidup beliau telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk 'P. Ramlee The Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi' pada tahun yang sama.


9. Sebuah filem dokumentari arahan Suhaimi Baba tentang hikayat hidup beliau telah dsiarkan di The History Channel pada 2010.


P. Ramlee


10. Google Malaysia telah memberikan penghargaan kepada P. Ramlee sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-88 pada 22 Mac 2017 dengan mengabadikan beliau dalam bentuk imej Doodle yang dipaparkan di bahagian depan enjin carian Google.


11. Kentucky Fried Chicken (KFC) telah memperkenalkan Burger P. Ramlee pada 2021 yang menggabungkan KFC Zinger dengan makanan kegemaran beliau, Nasi Kandar.


12. Fahrenheit dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan pameran khas yang diberi nama Galeri P. Ramlee di pusat beli-belah itu dari 14 April 2022 sehingga 31 Julai 2022. Pameran ini mempamerkan banyak gambar bersejarah serta riwayat hidup beliau dalam bisdang seni sehinggalah pakaian yang pernah digunakan dalam film dan pertunjukkan pentas.


Ramai orang berpendapat, kenapa nak bagi anugerah setelah ketiadaan beliau? Kenapa tak beri je waktu beliau asih hidup? Pada Ai, semasa hidup P. Ramlee dah menerima terlalu banyak anugerah dan penghargaan. Apabila beliau masih menerima penghargaan selepas pemergiannya, itu menandakan semasa hayatnya telah berbakti kepada negara dan namanya masih diingati sehingga kke hari ini. 


Telefilem Saloma di Astro First

Salah satu telefilem Yang Ai suka adalah 'Saloma', sebuah karya Melissa Saila. Sebuah telefilem yang mengisahkan tengtang kehidupan Saloma dari kecil sehingga ke tua. Di dalam Telefilem ini juga ada diselitkan serba sedikit tentang P. Ramlee yang berkahwin dengan Saloma dan serba sedikit tentang karya beliau.


P. Ramlee


Kesimpulan kepada kehidupan P. Ramlee mencerminkan semangat gigih dan tekad beliau untuk mencapai kejayaan dalam dunia seni. Walaupun berasal dari latar belakang yang sukar, namun nama beliau mampu melonjak naik melallui bakat dan usaha gigihnya. Bukan hanya sekadar menjual rupa semata-mata. Nama P.Ramlee kekal relevan sehingga ke hari ini dan mungkin tak akan pernah dilupakan.


Baca juga: JNT Johor

Baca juga: Buah tangan untuk orang meninggal

6 comments:

  1. Cuya sejak kecik2 lagi minat P.Ramlee.. bila keluar je tv mesti Cuya jerit.. "Lamli! Lamli! "
    hahahhaaha

    ReplyDelete
  2. Seniman tiada ganti.. Filem2 nya tetap disukai bukan sahaja generasi lama tapi generasi baru juga..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D