"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN

Friday, 18 December 2020

"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


 Assalamualaikum and hye readers.




Entri sebelum ni Ai ada cerita yang Ai takut sangat nak cabut gigi kan. Alhamdulillah, berjaya juga cabut gigi tu walaupun Tuhan je tahu betapa nak tercabutnya jantung Ai sebab cuak sangat. Apatah lagi bila Ai nampak peralatan yang akan digunakan terhidang di depan mata. Kalau korang tak faham hujung pangkal entri kali ni, korang boleh klik sini untuk baca cerita sebelumnya.


"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Temu janji di KP Dental Place


Selepas 5 hari berjuang menghabiskan antibiotik, Ai pun serahkan diri di KP Dental Place. Macam biasa, Coco setia menemani isteri dia ni. Temu janji dengan doktor gigi pada pukul 9 malam, tapi kami sampai awal 15 minit. Nak panaskan badan sebelum berjuang. Ok lah 15 minit awal. Kalau awal sangat takut Ai ubah fikiran sementara nak tunggu pukul 9 tu.



Jantung Ai memang berdegup laju masa tunggu tu. Kalau amik tekanan darah, silap hari bulan boleh naik sampai 200. Ai hanya mampu istighfar banyak-banyak sampai Coco cakap 'takut sangat awak ni'. Ya, memang lah takut. Kalau tak takut, setiap 6 bulan sekali mesti Ai akan buat pemeriksaan gigi.


"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Kurang lebih pukul 9 nama Ai dipanggil. Ai masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Kali ni bukan Doktor Fauzan, tapi Doktor Farhana. Kecewa sikit sebab Ai dah tanamkan dalam hati yang Doktor Fauzan boleh cabut dengan baik. Tiba-tiba tukar doktor, tak sempat nak korek dan tanam balik semangat baru. Tapi tak apalah Ai tawakal. Selawat dan istighfar banyak-banyak.



Doktor Farhana ni ok rupanya. Lembut je bercakap. Dia buat Ai rasa tenang sikit. Bila Ai terlalu gementar, dia tanya nak Coco masuk tunggu kat dalam tak. Memang Ai tak nak lah. Setahun tak habis Coco membahan Ai nanti kalau tengok proses cabut gigi tu.



"Achievement unlock!" Berjaya cabut gigi setelah sakit bertahun-tahun


Sebelum cabut gigi, Doktor Farhana bius Ai 2 kali. Bila dah rasa kebas-kebas tu, doktor mulakan kerjanya. Tapi masih rasa sakit lagi. Sampai Ai tertepis tangan doktor. Maaf Doktor Farhana, saya tak sengaja. Nasib baik dapat doktor baik. Disebabkan masih sakit, doktor suntik bius sekali lagi. 3 kali Ai kena bius! 3 kali weyh... hampir pitam Ai kat dalam tu.



Setelah bius kali ketiga, Ai dah tak rasa sakit proses cabut gigi tu. Hanya rasa macam gigi ditolak-tolak sahaja. Tapi cuak tu tetap ada. Siap ada nurse gosok-gosok bahu Ai nak bagi Ai bertenang. Hahaha! Tak smpai 5 minit gigi Ai dah siap dicabut. 


"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Pantang larang selepas cabut gigi


Darah banyak keluar. Tapi tu perkara yang normal. Kalau tak berdarah, itu yang tak nomal. Keturunan apa tak ada darah? Doktor Farhana letak ubat dan suruh Ai gigit kapas yang perlu ditukar setiap 30 minit. Sebelum keluar, Doktor Farhana bagitahu pantang-larang selepas cabut gigi selama 24 jam. 


  • Tak boleh makan/minum yang panas-panas
  • Tak boleh berkumur
  • Tak boleh meludah

Bab makan minum tu Ai ok, tapi kalau tak boleh berkumur dan meludah macam mana nak gosok gigi? Doktor suruh telan je air liur. Rasa darah sikit-sikit tu biaasa katanya. Ok lah doktor, asalkan sakit ni cepat baik, ku turutkan lah. Ai pasrah je.


Year End Sale di KP Dental Place


Selesai semua, Ai bayar bil dan balik. Ai dibekalkan MC selama sehari dan paint killer sepapan. Kalau selepas bius dah hilang, boleh lah makan paint killer bila rasa sakit. Jumlah bil Ai setelah ditolak diskaun "Year End Sale" adalah sebanyak RM127. 


Murah ke mahal? Ok kot. Kalau nak murah boleh pergi ke klinik kerajaan. Bayar RM1 je. Jimat RM126. Hihihi! Ai bukan kekwat taknak pergi klinik kerajaan tau. Tapi Ai tak rasa doktor klinik kerajaan nak layan Ai punya ketakutan terlampau nak cabut gigi tu. Susah Ai nak terangkan macam mana rasa takut tu. Macam anxiety mungkin.


Selesai dah proses mencabut gigi seorang Aisya Ismail. Ni kira salah satu pencapaian dalam hidup Ai juga. Syukur Alhamdulillah Ai dah makan sebelum cabut gigi sebab Ai langsung tak ada selera selepas tu. Ai tukar kapas setiap 30 minit sebab darah masih ada dan banyak. 


Bila bius dah semakin berkurang, Ai cepat-cepat paksa mata ni untuk tidur. Taknak rasa sakit kononnya. Tapi pukul 2 Ai terjaga juga sebab sakit sangat. Hahaha! Ai cuba tak nak makan paint killer yang doktor bekalkan. Alhamdulillah selepas tu Ai dapat tidur semula dengan nyenyak. Sekarang gusi Ai dalam proses nak sihat balik. In syaa Allah.

"ACHIEVEMENT UNLOCK!" BERJAYA CABUT GIGI SETELAH SAKIT BERTAHUN-TAHUN


Cabut gigi di KP Dental Place


Ok, kalau korang nak cabut gigi dengan tenang, korang cubalah pergi ke KP Dental Place yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Betul-betul atas dobi di sebelah De Art Hotel. Dari doktor sampai ke orang yang jawab telefon baik je. Tak bosan jawab soalan yang tak masuk akal. Boleh buat temujanji dulu ya. Nak pilih doktor pun boleh.


KP Dental Place, Seksyen 7 Shah Alam
03-58822620


Lagi satu, selepas cabut gigi baru Ai perasan, klinik tu cantik. Hahaha. ruang menunggu dia macam kat rumah. Nanti kalau Ai dah ada semangat balik, Ai nak cuba rawatan lain pula di situ. Nak minta doktor yang sama juga. Harap-harap masa semangat Ai dah datang, doktor masih lagi baik macam hari tu.




aisyaismail

24 comments:

  1. Alhamdulillah dapat doktor baik.
    Bolehlah buang fobia pergi klinik gigi.
    Harap pergi selepas ini tidak takut sangat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selesai. Harap tak sakit lagi lepas ni. :)

    ReplyDelete
  3. x bole ludah n kumur.. seriusla huhu
    sy pun ada plan mau cabut gigi ni

    ReplyDelete
  4. Moga lepas ni dah tak sakit gigi lagi.

    ReplyDelete
  5. huhu..akak pun ada masalah sama..masih takut ni nak g dental..

    ReplyDelete
  6. memang seram nk jumpa doc gigi dr umur 6 thn. ya ampun sampai skrg mcm tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah Masih ada Gigi.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, yeay. Kuat dan berani juga akhirnya. uishh lama tu peram sakit bertahun tahun. Bius pun sampai 3 kali. Saya pun pengalaman cabut gigi tu sampai kena jahit tak boleh dilupakan. seram!

    ReplyDelete
  9. Finally, lepas cabut mmg sakit, tapi lepas luka cabu tu dah baik.. sure rasa cabut gigi tu plg worth it kan

    ReplyDelete
  10. Ye cabut gigila paling takut.. Hahaha.. Nak berishkan gigi pun kadg cuak. Tapi kene pergi juga

    ReplyDelete
  11. Memang ngeri kalau cabut gigi makanya banyak orang yang sakit gigi takut giginya dicabut

    ReplyDelete
  12. uii dapat merasai kesakitn gg itu..huhu
    bersabarla ye
    eh klinik dkt sek.7 s.alam je ye..ohh dekatla dgn uma yaya sini..bole tinjauuu ni..hih

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Murah tu, Ai. Akak dulu kena sampai RM900, cabut gigi geraham bongsu. Huuu...

    ReplyDelete
  14. tak tahu n tak nak saya cabut gigi haha
    woo really scary, i can't imagine

    ReplyDelete
  15. wah congrates berjaya gak cabut. gigi yg sakit tu kalau lepas cabut mmg lega sgt2 oo

    ReplyDelete
  16. bab cabut gigi mmg ramai yg takut tp kalau sakit tkleh biar lama..sbb nanti tk bole wat kj..tkbole nk mkn..tk bole tido....alhamdulillah dh berjaya cabut tu

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah. Selesai urusan sakit gigi. Tahniah, Ai! Berjaya atasi rasa takut, seram, cuak semua tu.

    ReplyDelete
  18. Seram la pulak nak cabut gigi.. Kita pun derita sakit gigi jugak skrg tp still on off

    ReplyDelete
  19. tahniah buat diri kak sebab berani heheh saya blum sedia lagi. nak cabut. 2 gigi bongsu tpksa cabut . xsanggup lagi hahah selagi boleh tahan. btw salam kenal . da follow #403

    ReplyDelete
  20. sama laaa kite pun takut cabut gigi hehe

    ReplyDelete
  21. akhirnya...tahniah ai.. :-)
    Sisyat dulu takut gak dengan dentist, tapi lepas pakai braces, nak x nak mmg kena ngadap jugak la tiap2 bulan..hehe

    ReplyDelete
  22. dulu sy suka tampal gg dr cabut, pastu suka cabut dr tampal 😂😂😂

    ReplyDelete
  23. skrg dah ok kan? alhamdulillah... ada je doc kerajaan yg ok. tp kena buat appointment laa...bkn walk in....

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D