DRAMA KOREA : I'M NOT A ROBOT - YOO SEUNG HO, CHAE SOO BIN

Tuesday 5 January 2021

DRAMA KOREA : I'M NOT A ROBOT - YOO SEUNG HO, CHAE SOO BIN


Assalamualaikum and hye readers.



Dah puas tengok drama fantasi Korea, kita tengok drama tentang robot pula. Tapi drama ni bukan macam Transformer atau Ultraman tau. Jauh sangat bezanya. Tak ada since lawan-lawan robot. Eh, ada sikit. Robot lawan orang jahat. Tapi lawan-lawan manja je. I'm Not a Robot telah ditayangkan di MBC pada Disember 2017 sebanyak 32 episod. Fuh, lama tu.




Sinopsis


I'm Not a Robot mengisahkan tentang Kim Min-kyu (Yoo Seung-ho) dan Jo Ji-ah (Chae Soo-bin) yang hidup dalam 2 dunia yang berbeza. Kim Min-kyu hidup serba mewah tetapi terpaksa mengasingkan diri daripada dunia luar kerana alahannya yang tidak boleh bersentuhan kulit dengan sesama manusia. Manakala Jo Ji-ah pula seorang gadis biasa yang menjual hasil-hasil ciptaan kreatifnya.


Min-kyu adalah ketua dan pemegang saham terbesar syarikat KM Financial yang diwarisi daripada ibu bapanya yang terkorban dalam kemalangan 15 tahun yang lalu. Dia kemudian dibesarkan oleh rakan kepada ayahnya, Hwang Do-won (Son Byong-ho) yang juga mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengannya, Hwang Yeo-chul (Kang Ki-young). Kedua-dua mereka turut bekerja dengan KM Financial. KM Financial juga memiliki pasukan Santa Maria yang diketuai oleh Professor Hong Baek-gyun (Um Ki-joon). Dalam diam, pasukan Santa Maria telah mencipta sebuah robot yang diberi nama Aji3 yang rupanya dibuat menyerupai bekas kekasih Baek-gyun iaitu Jo Ji-ah.


Yeo-chul dan ayahnya Do-won telah mengetahui tentang Aji3 dan berusaha untuk menjual pasukan Santa Maria kepada Bold Group. Martin, pemilik Bold Group ingin menjadikan Aji3 sebagai senjata. Baek-gyun ingin menghantar Aji3 kepada Min-kyu agar Santa Maria tidak dijual kepada Bold Group. Namun secara tidak sengaja Aji3 telah rosak kerana terkena setitis air. Baek-gyun menawarkan 10juta won kepada Ji-ah supaya menyamar sebagai robot sementara dia dan kumpulannya membaiki Aji3.


Ulasan


Ok lah drama ni best untuk ditonton. Boleh santai-santai tengok musim PKPB ni. Tapi lama sangat sampai 32 episod. Ada waktu Ai cepatkan sebab nak cepat habis. 


P/S : Comelnya Chae Soo-bin.




aisyaismail

15 comments:

  1. drama nie best.. kalau ikutkan npk sangat Ji-ah tu org.. tp Min-kyu tak perasan btui.. hehe.. kelakar part jatuh cinta ngn robot.. dia pun keliru

    ReplyDelete
  2. alahai comei nyaaa..tak boleh tgk korea, nanti bila dah tengok x boleh nak berenti haha

    ReplyDelete
  3. ada nampak aritu kat IG. tp tgk sikit je laa...sy igt drama baru rupanya bukan

    ReplyDelete
  4. Sampai 32 episod tu! Ni kalau bosan masa PKP boleh marathon ni 😊

    ReplyDelete
  5. Lawak dramanya. Aien dah tengok tapi tak pernah buat review. Haha

    ReplyDelete
  6. teringin nak tgk tapi tak leh start nanti tergendala semua benda hahahahah

    ReplyDelete
  7. kaki kdrama juga ye aisya heheee

    ReplyDelete
  8. Pelik alahan dia tak boleh bersentuhan kulit dengan sesama manusia. Banyak pulak episod dia. kalau movie boleh layan ni :)

    ReplyDelete
  9. Ooo.. Ai pun layan drama korea juga, ye. :)

    ReplyDelete
  10. Comel pula bila manusia menyamar jadi robot..

    ReplyDelete
  11. alamak lama juga tu 32 episod. tapi kalau drama dia mmg best maka berbaloi la

    ReplyDelete
  12. lamanya nk tgk episod byk betul. haha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D