SEMOGA SEGALA YANG LEBIH BAIK DI TAHUN 2021

Friday, 29 January 2021

SEMOGA SEGALA YANG LEBIH BAIK DI TAHUN 2021


 Assalamualaikum and hye readers.




Rindu nak baca entri baru Ai tak? Ai harap adalah yang rindu ya. Itu tandanya Ai tak adalah syok sendiri menulis dalam blog kesayangan ni. Bukannya Ai tak nak menulis, tapi kekangan masa buat Ai tak berkesempatan nak menulis. Kalau ada apa-apa idea, Ai hanya catatkan di dalam buku nota kecil yang Ai bawa ke mana-mana sahaja.



Walaupun ini bukan entri pertama yang Ai terbitkan pada tahun 2021, tapi ini adalah entri pertama yang Ai tulis pada tahun ini. Ya selepas 29 hari di tahun baru, barulah Ai jenguk blog Ai ni. Dah nak masuk bulan Februari pun. Boleh tak Ai nak ucapkan selamat tahun baru? Hahaha, tak payah lah. Dah lambat!



Tahun 2021 ni, Ai masih macam tahun lepas. Tak ada apa perbezaan sangat. Masih berharap COVID-19 segera berakhir agar kita dapat hidup yang normal kembali. Masih bekerja di tempat yang sama di mana Ai bersyukur sangat-sangat Ai masih mempunyai pekerjaan. Tapi kalau COVID-19 masih berterusan, Ai tak pasti di mana kedudukan Ai kelak. Semoga dijauhkan dengan perkara-perkara yang tak diingini.


https://www.aisyaismail.com/2021/01/semoga-segala-yang-lebih-baik-di-tahun-2021.html


Oh ya, tahun ni Ai cuba untuk mulakan hidup yang sihat. Nak bersenam dan makan makanan yang sihat supaya Ai sentiasa sihat. Buat masa ni Ai dah mulakan dengan kurangkan makan nasi dan lebihkan makan sayur. Malam Ai cuba makan sebelum pukul 7. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam lah. Senaman Ai cuba mulakan perlahan-lahan. Naik turun tangga dulu lah. Tapi satu je masalah Ai, Ai tak boleh nak tinggalkan snek. Hurmmm.



Seperti tahun-tahun yang lepas, Ai harap tahun ni Ai semakin rajin untuk menulis dalam blog ni supaya korang boleh baca entri Ai banyak-banyak. Ada lagi satu harapan Ai pada tahun ni. Tapi Ai tak nak kongsikan dengan korang. Kalau Ai dah berjaya dapat apa yang Ai harapkan, baru Ai akan cerita. Korang tolong doakan Ai berjaya memperoleh segala apa yang Ai hajati ok. 





aisyaismail

32 comments:

  1. Ok, harap tercapai hasrat. Amin.

    ReplyDelete
  2. sama la kita. smoga ada smngat untuk terus update blog. rajin. hehe

    ReplyDelete
  3. Semua tercapai segala impian Ai untuk tahun ni. Aaaminnn

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam
    Mudah2an segala impian akan tercapai di tahun 2021 ini

    ReplyDelete
  5. Semoga apa yang Ai harapkan tu, akan tercapai. Amin. Selamat menjalani hidup yang lebih sihat. Berusaha! :)

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru Ai..
    Semoga semuanya baik-baik sahaja tahun ini.. Aamiin..
    Ini link Shopee yang Ai minta tu..
    https://shopee.com.my/product/12609016/3738563035

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan kita semua untuk tahun 2021. Salam kenal dari saya Adib.

    ReplyDelete
  8. Amin Ai..mudah-mudahan terlaksana ye..take care!

    ReplyDelete
  9. amin2 mudah mudahakn kita semua bebas daripada covid 19. amin

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan segala urusan dan amin.. semoga covid cepat berlalu

    ReplyDelete
  11. good luck!!! musim covid ni ramai yg active bersenam.. dan sihat... hopefully u can do it too

    ReplyDelete
  12. semoga urusan tahun 2021 ni dipermudahkan..

    ReplyDelete
  13. insya allah aminnnšŸ‘šŸ‘

    ReplyDelete
  14. Semoga covid cepat berakhir. Semoga dipermudahkan sgala urusan kita tahun ini Aamiin..

    Done follow sini,. Jemput singgah n join segmen bloglist www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html

    MCO ni nak blogwalking je la. Ada byk mase..

    ReplyDelete
  15. Ameeen. Harap2 azam sy pun tcapai

    ReplyDelete
  16. amin semoga semua impian ai menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  17. ya semoga yg baik2 saja tahun ini.. inshaa Allah

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D