PELBAGAI PETUA UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN

Monday 8 February 2021

PELBAGAI PETUA UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN


  Assalamualaikum and hye readers.




Sebelum wujudnya teknologi yang canggih, kehidupan seharian manusia tidak lari dengan petua-petua yang telah diguna pakai sejak zaman orang-orang yang terdahulu. Sampai sekarang pun masih ada yang selesa untuk mengamalkan petua-petua di dalam kehidupan seharian. Ada petua yang benar-benar membantu dan ada juga petua yang hanya dimomokkan untuk mengelakkan kita dari melakukan sesuatu.



Korang percaya tak pada petua? Tak semua orang percaya kan? Lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi moden yang ada sekarang. Masing-masing ada pilihan untuk memilih teknologi mahupun petua lama. Asalkan ianya logik dan tak memudaratkan. Ok, Ai nak kongsikan petua-petua yang boleh korang cuba di rumah. 



Pelbagai petua untuk kehidupan seharian


Atasi masalah uban dengan kelapa tua

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Ambil sebiji kelapa tua yang telah diparut. Perah parutan kelapa tersebut dan ambil santannya. Kemudian didihkan santan tersebut sehingga mengeluarkan minyak. Tuang di dalam botol dan rendam bersama halba. Sapukan sedikit pada rambut setiap hari macam memakai serum rambut. Uban akan hilang dan rambut akan kembali hitam. In syaa Allah.


Hilangkan bau hanyir pada daging

Sewaktu membasuh beras, tadah airnya di dalam bekas. Air basuhan beras tersebut gunakan untuk membasuh daging pula. Basuh sehingga daging menjadi putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging akan hilang serta-merta.


Bunga cengkih menghalau lalat

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Jangan keliru antara bunga cengkih dan bunga lawang ya. Bunga cengkih sebatang kecil-kecil manakala bunga lawang ada berkelopak. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan di dalam mangkuk berisi air.  Letak di atas meja dan lalat tidak akan datang mengganggu. Ai tak pernah cuba petua ini tapi kejap lagi Ai nak cuba.


Elakkan mulut berbau dengan minyak zaitun

Berkumur dengan minyak zaitun pada setiap malam sebelum tidur dan pada waktu pagi sebaik sahaja bangun tidur. Minyak zaitun berfungsi untuk menyerap bakteria punca bau mulut. Jangan lupa bancuhkan dengan air supaya tidak terlalu likat.


Atasi masalah sakit gigi dengan bunga cengkih

Bunga cengkih ni memang banyak kegunaan ya. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan gigit menggunakan gigi yang sakit. Atau boleh juga tumbuk atau kisar sehingga menjadi serbuk. Titiskan sedikit air dan sapu pada gigi yang sakit. Tapi seeloknya jumpa doktor gigi terus.


Garam dan limau hilangkan bau hanyir ikan

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Petua ni memang setiap rumah gunakan untuk hilangkan bau hanyir pada ikan. Hanya lumurkan garam dan limau pada atau lemon pada ikan selepas disiang dan biarkan seketika. Limau yang boleh digunakan hanya limau kasturi, limau nipis dan limau purut sahaja. Jangan guna limau mandarin atau limau bali pula ya.


Elakkan tidur berdengkur dengan minum susu

Ambil 7 biji badam dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas susu. Minum setiap hari sebelum tidur. Amalkan sehingga dengkur korang hilang.


Teh cina membantu mengilatkan barang kemas

Rendam barang kemas di dalam teh cina yang telah dibancuh semalaman. Bilas dan keringkan menggunakan kain yang bersih.


Hilangkan bau pada bekas makanan

https://www.aisyaismail.com/2021/01/pelbagai-petua-untuk-kehidupan-seharian.html

Rendam beberapa helai surat khabar di dalam bekas makanan yang berbau dan biarkan selama beberapa jam. Surat khabar tersebut akan menyerap bau bekas.



Ada di antara petua-petua di atas yang korang pernah cuba tak?  Jujur Ai katakan, kalau melibatkan pemakanan atau dalaman Ai lebih memilih untuk berjumpa dengan yang pakar. Tapi kalau luaran, Ai tak ada masalah untuk mencuba. Macam yang Ai katakan tadi, selagi ianya logik dan tidak memudaratkan, kenapa tidak untuk mencuba.





aisyaismail

16 comments:

  1. smua petua ni penting utk kehidupan seharian :)

    ReplyDelete
  2. amboiii macam2 ha petua dia heheheh

    ReplyDelete
  3. Terpaling banyak digunakan petua hilangkan bau hanyir ikan. Baru tahu teh boleh kilatkan emas. boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. Alaaa..tips hilangkan semut xde ke..hahaaa..stress tgk semut kat dapur..

    ReplyDelete
  5. Cengkih pun boleh hilangkan semut dkt almari atau atas meja makan. Sis dah cuba, menjadi.

    ReplyDelete
  6. nice tips AI.. memang guna tips2 ni. ada yg belum pernah cuba

    ReplyDelete
  7. terima kasih untuk petua yang dikongsikan

    ReplyDelete
  8. sekali sekala manjakan diri apa salahnya

    ReplyDelete
  9. Sy percaya dgn petua tp tu la, malas nak amalkan 😂😂😂

    ReplyDelete
  10. Petua sakit gigi, letak bunga cengkih tu memang betul. Suami akak pernah buat. Yang halau lalat tu, boleh akak cuba nanti. Mekasih share, Ai.

    ReplyDelete
  11. petua2 ni menunjukkan org dulu2 x belajar tggi tp pemahaman mrk terhadap benda sekeliling sgt tggi

    ReplyDelete
  12. banyak petua2 ni, duduk kg petik je atau ambil je free.. sini di KL kena cari kat kedai2 .. anyway semua petua2 ni bagus untuk amalan harian

    ReplyDelete
  13. nak cuba la Teh cina membantu mengilatkan barang kemas tu

    ReplyDelete
  14. sakit gigi pakai bunga cengkih tu selalu buat n alhamdulillah sekarang gigi sudah tidak selalu sikit^^

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D