TERJATUH HATI DENGAN JENAMA L'OCCITANE!

Wednesday 17 February 2021

TERJATUH HATI DENGAN JENAMA L'OCCITANE!


 Assalamualaikum and hye readers.




Dah lama Ai teringin nak pakai produk dari jenama L'Occitane ni. Bila lalu sebelah kedai dia, bau harum semerbak tak boleh dibawa berbincang. Bila baca review memang ramai yang berikan review yang baik-baik. Paling Ai nak, sabun mandi. Tapi bila tengok harga, nanti-nanti lah. 



Setiap kali nak beli kena fikir 44 kali dulu barulah boleh buat keputusan nak beli atau tidak. Itupun keputusan lebih cenderung ke arah tak payah beli. Bak kata Coco, kalau nanti-nanti teringin lagi tu tandanya memang betul-betul nak. Masa tu baru kita beli.  Hahaha!



Ye lah, sayang nak keluarkan duit untuk produk yang berharga beratus-ratus. Tapi kita tak tahu lagi produk tu sesuai atau tidak dengan kulit kita. Kalau sesuai tak apa, tapi kalau tak sesuai? Dah jadi satu pembaziran. Nak jual balik pun belum tentu ada yang nak.



Kalau dah namanya rezeki memang tak ke mana. Ai tak sangka Ai dapat juga merasa gunakan produk jenama L'Occitane ni. Bukan 1 tapi 3 produk terus. Sabun, syampu dan serum. Alhamdulillah!



Terjatuh hati dengan jenama L'Occitane


L'Occitane's Immortelle Reset Oil-In-Serum

https://www.aisyaismail.com/2021/02/terjatuh-hati-dengan-jenama-loccitane.html


Lepas pakai beberapa hari je dah terus terjatuh cinta dengan Immortelle Reset Oil-In-Serum ni. Serum ni tak melekit macam kebanyakkan serum yang  Ai cuba. Itu yang makin suka. Rasa selesa je bila nak sapu pada kulit muka. Bau dia pun sedap je. Tak rimas semsa dan selepas pakai. Bangun pagi pun sedap je pegang kulit muka. Oh ya, pakai Immortelle Reset Oil-In-Serum ni selepas toner dan sebelum serum. Kira pre-serum lah.


L'Occitane's Intensive Repair Shampoo

https://www.aisyaismail.com/2021/02/terjatuh-hati-dengan-jenama-loccitane.html


Syampu ini membersihkan rambut Ai dengan baik. Lembut je rambut selepas dicuci. Kulit kepala pun rasa sejuk dan ringan je. Syampu ini mengandungi 5 pati minyak dan banyak bahan semulajadi untuk menjadikan rambut segar, bersih dan bebas minyak. Bila pakai tudung, kenalah manjakan rambut lebih sedikit supaya rambut tak kepam. Memang penting untuk memilih syampu yang sesuai.


L'Occitane's Almond Shower Oil

https://www.aisyaismail.com/2021/02/terjatuh-hati-dengan-jenama-loccitane.html


Di antara ketiga-tiga produk ini, Almond Shower Oil ni yang Ai paling suka. Bau sabun ni boleh buat Ai tidur lena tau. Hahaha! Wangi macam di spa. Kulit pun rasa lembut je. Memang Ai rasa macam nak mandi tiap-tiap jam. Sabun ini diperbuat daripada minyak badam semulajadi. Dia macam minyak. Dah nama pun Almond Shower Oil kan. Tapi bila kena air texture dia terus berubah jadi milky. Hilang terus minyak tadi. Guna sedikit je pun tetap berbuih. Memang rasa puas lah mandi.



Untungnya pakai produk mahal ni sebab tak payah guna dengan banyak dalam setiap penggunaan. Guna sikit-sikit je. Jadi produk boleh lah tahan berbulan-bulan. Tapi jangan sikit sangat, tak berkesan pula nanti. Tapi bila nak beli balik, kena fikir 44 kali balik. Hahaha!



Sekarang Ai dah kena buat tabung untuk produk-produk penjagaan kulit. Baru lah tak terasa sangat nak beli produk jenama mahal-mahal ni. 



Untuk pengetahuan korang, Ai tak dibayar oleh L'Occitane untuk tulis review di blog ni tau. Review ni jujur dan ikhlas dari Ai. Memang Ai betul-betul sukakan hasil dari pemakaian setiap hari. Benda yang Ai suka, Ai kongsilah. Dan sekarang Ai baru mencuba produk Eucerin pula untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Kalau ok, nanti Ai akan kongsikan juga ya.



P/s : Sebutan L'Occitane yang betul adalah LO-CI-TAN.





aisyaismail

39 comments:

  1. wahhh mesti berbunga2 hati bila sudah dapat produknya ya hehe

    p/s macam best ja produknya^^

    ReplyDelete
  2. Samalah teringin hendak cuba tapi belum ada rezeki. Insya Allah satu hari. Amin.

    ReplyDelete
  3. Paling penting selamat digunakan dan serasi.

    ReplyDelete
  4. Shower oil tu akak pernah bau... memang wangi!

    ReplyDelete
  5. Thank you ye, Ai, share produk bagus. Kalau ada manfaat pada kita, apa salahnya, beli mahal sikit.

    ReplyDelete
  6. kak azni pun ada set trial kit tu. mmg best .. tapi nak beli berdarah hahahah

    ReplyDelete
  7. Mcm menarik je dari gaya review AI ni..kalau wangi shida suka..lg suka kalau bau dia tahan lama :)

    ReplyDelete
  8. anak dara yg sorg tu guna L'Occitane's Intensive Repair Shampoo...mmg sesuai dgn dia katanya...bila dah tak kerja ni mmg telan air liur jugak la nak capai kat rak produk ni..hehe

    ReplyDelete
  9. kalau dah fall in love dgn satu2 jenama tu, mmg habis la haha

    ReplyDelete
  10. selalu kalau produk nya harga 'emas' ni mesti terbaik..tapi itu le, macam Ai cakap kena pikir 44 kali sebelum nak beli..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Kalau tak kena dengan muka x jadi gak.

      Delete
  11. wahhh ada org dh jatuh hati dgn loccitane la..wahhh

    ReplyDelete
  12. wahh macam best pulak yg serum tu

    ReplyDelete
  13. syampu tu, sesuai utk semua jenis rambut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nak kata. Tapi L'Occitane ada dua jenis syampu je kalau tak silap.

      Delete
  14. Macam menarik je..pernah bau kakak kita pakai..sedap bau dia

    ReplyDelete
  15. Me too, i love their Almond Shower Oil and has been using it for so many years.

    ReplyDelete
  16. Boleh tak nak cakap tak pernah terbau apa apa produk dari L'Occitane. Bestnya dapat L'Occitane produk yang diidamkan tu. Teringin pulak nak bau wangian shower oil L'Occitane tu.

    ReplyDelete
  17. L'Occitane memang best. ada pakai losyen tgn, lembut betul lps pakai. jenama lebih kurang kiehl's. dua2 suka!

    ReplyDelete
  18. i pon da terjatuh cinta dengan product loccitane ni. semua kawan i punye pasal. asalnye nak cari scrub badan kat body shop,but yang i nak da xde so die suggest loccitane punye. so akhirnye terbeli almond shower oil,almond scrub paste and perfume terre de lumiere die. serius semua bau die sedap. dpt free sample shampoo.lepas ni nak beli shampoo die plak. btw almond oil tu pakai sekali almond scrub paste mashaaAllah die punye bau bapak best.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D