RESIPI MUDAH : AYAM KOREA PALING MUDAH DENGAN SOS KOREA ADABI

Sunday, 21 February 2021

RESIPI MUDAH : AYAM KOREA PALING MUDAH DENGAN SOS KOREA ADABI


 Assalamualaikum and hye readers.




Ramai tak pembaca blog Ai ni yang minat menu Ayam Korea? Selalunya ayam ni bahagian kepak ataupun peha ayam yang comel-comel. Harga pun boleh tahan. Sekarang korang dah boleh buat sendiri di rumah tau. Senang sangat dengan menggunakan Sos Korea Adabi. Pilih lah bahagiam ayam yang mana pun korang suka. Apa yang penting, lebih menjimatkan daripada beli di luar.

https://www.aisyaismail.com/2021/02/resipi-mudah-ayam-korea-paling-mudah.html


Resipi mudah Ayam Korea paling mudah dengan Sos Korea Adabi


Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam

2. Sos Korea Adabi

3. 1/2 sudu kunyit

4. 3 sudu tepung beras

5. 1 biji telur

6. Minyak masak 

7. Sedikit bijan


Cara-cara

1. Gaul ayam dengan telur dan garam dan biarkan sebentar.

2. Salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak panas. Tepung jangan tebal. Biar nipis-nipis je.

3. Setelah ayam masak, keluarkan dari kuali ke dalam bekas lain. Masukkan sos Korea Adabi dan gaul sehingga sebati. Kalau suka pedas letak lah lebih. Tapi kalau tak suka pedas letak sedikit je. Asalkan merah je dah cukup. Hehehe!

4. Taburkan bijan. Siap untuk dihidang.



P/s : Ai tak gunakan bijan sebab Ai tak suka.





aisyaismail

23 comments:

  1. Simple je kan..suka gak sos korea ni..nak buat macam ni la lepas ni

    ReplyDelete
  2. Akak pernah cuba buat, guna sos korea adabi. Rasa pedas sangat, untuk anak-anak. Sebab akak beli yang paket, akak letak satu paket. Hehe, lain kali kena guna half je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak makan pedas guna sikit je. Asal ada warna and rasa tu.

      Delete
  3. sedapnya tengok..bahan pula muddah.

    ReplyDelete
  4. kak azni tak peranh try yang nih.. selalu beli yang gojuchang jer.. tapi nnt nak trylah jugak

    ReplyDelete
  5. Alamak, kenapa baru tahu adabi ada sos korea ni. Nak p carilah juga. senang nak masak ayam korea ni.

    ReplyDelete
  6. pedas sgt Aisya ooi..shida xleh tahan ^_^
    nak mkn boleh tp kena sedia susu sebelah hahaa

    ReplyDelete
  7. Betul betul.. Guna sos korea adabi memang sedap! Senang mudah dan sedap

    ReplyDelete
  8. huaa klu pedas sngt mmg takleh tahan tapi kan, suka ayam mcm ni, sbb sedap

    ReplyDelete
  9. wow! baru tahu ada sos Korea. Bolehlah lepas ni saya cari kat kedai

    ReplyDelete
  10. Tak rasa lagi.. Tapi ramai ckp pedas.. Hehehe

    ReplyDelete
  11. wahhh.. kite selalu pakai sos samyang tu.. nanti boleh try yang ni

    ReplyDelete
  12. pedas ya? abis laaa mmg x merasa laa sy sbb x mkn pedas��

    ReplyDelete
  13. Saya suka Ayam goreng Korea ni. Ada sos ni senang nak buat sendiri. Thanks share. Nampak sos ni kat kedai hari tu tapi ragu-ragu lagi nak beli. Haha

    ReplyDelete
  14. ada nampak dlm shopee tp tak beli pun..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D