INI YANG MALAS BILA DAH MULAKAN

Thursday 25 February 2021

INI YANG MALAS BILA DAH MULAKAN


 Assalamualaikum and hye readers.




Dah lama Ai tak terjebak layan drama atau filem Korea. Seingat Ai, kali terakhir Ai layan dalam hujung tahun 2019. Maknanya dah setahun lebih. Drama apa pun Ai dah tak ingat. Ai mula berhenti layan drama dan filem Korea sebab Ai nak fokus pada Runningman. Hahaha! Lama-lama Ai mula bosan, dan malas nak layan Korea terus.



Kalau nak diikutkan, banyak drama-drama Korea yang Ai nak tengok. Tapi mood nak tengok tu tak sampai lagi. Ai ni sejenis kalau tengok, kena tengok sampai habis terus. Kalau tak, mula lah tertanya-tanya apa jadi seterusnya. 


https://www.aisyaismail.com/2021/02/ini-yang-malas-bila-dah-mulakan.html


Walau drama Melayu sekali pun Ai akan tengok bila dah beberapa episod ditayangkan. Baru lah syok marathon terus. Pandai-pandai lah cari secara atas talian. Lepas tu bila dah habis, mula lah itu tak kena ini tak puas hati. Ada je yang Ai nak komen. 



Ini yang malas bila dah mulakan

Baru-baru ni Ai tengok drama melayu. Tengok di iQIYI. Habis je drama tu, iQIYI bagi cadangan drama-drama Korea pula. Ai cuba dah nak pejam mata je. Tapi ternampak pula drama Tale of the Nine Tailed. Sebagai peminat cerita-cerita dongeng, Ai tertarik untuk baca sinopsis drama tersebut. Dan disebabkan Lee Dong Wook heronya, Ai tertengok juga. 



Nasib baik drama menarik. Lepas habis drama tu sambung pula drama lain. Lepas tu sambung lagi. Diam tak diam, dah beberapa siri drama Ai habiskan. Haaa.. sebab itulah Ai tak boleh mulakan tengok drama Korea ni. Sebab nanti susah nak berhenti. Hahaha!



Memandangkan Ai dah mula terjebak semula dengan drama-drama Korea, apa kata korang cadangkan drama-drama yang menarik dan wajib untuk Ai tonton. Filem pun ok. Ciri-ciri yang Ai suka mestilah tak bosan, ada lawak-lawak sikit dan tak ada kisah cinta terhalang oleh keluarga. Jangan cadangkan drama yang terlalu fokuskan kisah cinta tau. Lagi satu ciri penting, watak-watak dia kena cantik, kacak dan tak kayu.





aisyaismail

27 comments:

  1. Lama juga tidak tengok drama baru. Jadi tiada hendak cadangkan. Hehe, saya sekarang lebih pada baca buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat ada orang cadangkan Mr Queen. Teringin tengok siri itu. Ia memenuhi ciri-ciri yang Ai sebut.

      Delete
    2. Ok nanti Ai cari. Hehehe thank you.

      Delete
  2. Betul tu. Sebab tulah saya jauhkan diri dari drama bersiri. Dah start tengok tak boleh berhenti

    ReplyDelete
  3. Hheheheh welcome to the club... peminat drama korea

    ReplyDelete
  4. Hihi..bila dah terjebak tu memang tak dapat nak tolong. Pastu dia berjangkit ke drama lain lak :)

    ReplyDelete
  5. Bismillah. Kalau nak tengok drama korea nih list yang WAJIB tengok! Make sure stand by tissue HAHAHAHA

    1. Scarlet Heart Ryeo
    2. Descendant of the Sun
    3. Strong Girl Boon Soon
    4. Start-up
    5. Flower of Evil
    6. 18 Again
    7. It's okay not to be okay
    8. Goblin (ada Lee Dong Wook juga)

    Harap membantu untuk lagi tak boleh stop hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah siap ade list lg! terbaik!

      Delete
    2. Thank you thank you. 4,5,6,7 belum tengok lagi.

      Delete
  6. Cinderella's Stepsister. Cerita lama, tahun 2010. Tapi best. Ada 20 episode je, Ai. :)

    ReplyDelete
  7. betull.. dh terjebak susah nk tinggal. haha

    ReplyDelete
  8. Memang dh terjebak kn . heeh drama korea best

    ReplyDelete
  9. saya pun mcm tu juga.... sbb tu kena buat benda lain supaya benda ni tak melarat. hahaha

    ReplyDelete
  10. baru ni layan kat netflix 16 episod. title die uncanny counter

    ReplyDelete
  11. Shida pun kalau boleh xnak mulakan hehehee ^_^

    ReplyDelete
  12. hahaha.. itu simptom biasa. hehehe saya pun mampu tengok movie je. kalau terjebak dalam drama mmg tak boleh nak berhenti.hehehe

    ReplyDelete
  13. Hahaha betul tu. Once dah terjebak, memang susah nak berhenti 😊

    ReplyDelete
  14. i tak tgk Korean, tapi if u ask for Thai or Japanese , i have tons of list to recommend

    ReplyDelete
  15. haha sama la kita. mama pun dah terjebak balik selepas lebih 10 tahun x layan

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D