MINAT TAPI MALU

Thursday 25 April 2019

MINAT TAPI MALU


Assalamualaikum and hye readers~



Ai percaya, ramai je orang di luar sana yang mempunyai minat atau hobi yang melampau terhadapat sesuatu benda. Contohnya seperti mengumpul lego, kumpul hello kitty, panjat gunung, cipta resepi baru, menyanyi, menari, menulis dan bermacam-macam hobi yang ada di dalam dunia ini. Tidur pun salah satu hobi juga.


Ramai yang ada minat, tetapi malu untuk berterus-terang akan minatnya. Mereka malu jika orang lain tidak menyokong apa yang mereka minat. Pada ai, selagi tidak membazir dan tidak menyusahkan orang lain, teruskanlah minat dan hobi korang tu. Menyesal nanti sebab tak ikutkan apa yang kita mahukan.


Sejak kebelakangan ini ai suka main dan kumpul lego. Suka main tu dah lama, tapi ai malas nak beli sebab lego kan mahal. Tapi sejak tahun lepas, ai dah mula rajin beli lego dan main untuk mengisi masa lapang. Beli yang kecik-kecik je untuk puaskan minat sendiri. Bila anak buah ai datang, dia pon join sekali main lego. 





Korang tahu tak yang minat atau hobi tu boleh ditukarkan untuk menjadi pendapatan tetap atau sampingan? Minat yang seperti suka menjahit, memasak, menulis, melukis, menyanyi dan sebagainya. Kalau korang betul-betul minat dalam sesuatu perkara, mesti korang mampu untuk menjana pendapatan melaluinya. Tapi kalau minat main lego, belum boleh lah nak buat duit. Melainkan ai borong lego dengan harga pukal dan jualnya semula. Ada ke orang yang nak beli?


Dari dulu ai minat menulis, tapi ai tak mahu jadikan menulis itu sebagai pekerjaan kerana untuk sampai ke tahap itu ai perlu belajar penulisan termasuk lah sastera. Walaupun ai seorang yang berminat dengan benda-benda tradisional, tetapi sastera bukan lah minat ai. Lagipun tak semestinya minat itu perlu dijadikan kerjaya. 


Ai mula menulis di dalam blog bila mula mengenal blog. Kalau ai nak tulis ai tulis, kalau tak mahu ai tak tulis. Sejak 2015 makin rajin pula ai menulis di dalam blog dan lama kelamaan satu-persatu bayaran ai terima hasil dari penulisan ai. Alhamdulillah! Bila tabung adsense nak penuh pula ea? Hahaha!


Minat ni tak boleh nak dipaksa. Kalau dah tak suka tu, makin dipaksa makin kita jadi stress. Tapi ai percaya kalau kena dengan caranya, kita boleh buatkan seseorang itu berminat akan sesuatu. Bukan dengan paksaan kerana minat tak akan datang tanpa kerelaan hati. Biar apa orang nak kata asalkan diri sendiri happy.




aisyaismail

14 comments:

  1. waaa....lego...mne lagi pic lego2 lain??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh mana awak tau ada gambar lain? stalker saya ye?

      Delete
  2. haha,comel lego dia. Betul tu ai,macam ina lah.Ina bisnes,jual macam-macam lastnya berhenti berjual.Sebab tak minat.Jual semua suka-suka.Duit dapat,tetapi penat yarabb. Huhhh. Sakit badan tau.. Dan sekarang,memang minat menulis melalui penulisan digital aje.Itu yg kena dengan jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. kalau tak minat memang tak jadi apa.

      Delete
  3. dulu, dari minat baking akhirnya buat duit dengan tempahan brownies dan kek lapis...tapi tahun ni kene slow down sikit sebab nak fokus pada study...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh bestnya.. Pandai baking and pandai belajar.

      Delete
  4. Minat kepada sesuatu yang boleh kita capai dan mampu laksanakan.
    Minat bukan paksaan atau pembaziran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzaa. Macam bercucuk tanam, ai ta minat so tanaman selalu tak menjadi. Ada kena mengena tak?

      Delete
    2. ye, bila ada minat baru ada kesungguhan

      Delete
  5. Hobi salah satu terapi juga kan. Janji tak melekakan kita.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D