RESIPI MUDAH : CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG PALING MUDAH DAN SEDAP

Thursday, 1 April 2021

RESIPI MUDAH : CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG PALING MUDAH DAN SEDAP


  Assalamualaikum and hye readers.




Ai memang peminat cendawan. Lebih-lebih lagi dalam tom yam. Sedapnya! Tapi selalu tak letak kalau masak tom yam sebab malas nak pergi beli. Tapi akhir-akhir ni Ai suka pula makan cendawan goreng. Ai pernah kongsikan resipi cendawan goreng sebelum ni menggunakan cendawan cendawan tiram. Entri kali ni Ai nak kongsikan resipi cendawan goreng enoki pula. Mudah dan cepat. Pasti sedap! Kalau tak percaya, cuba lah buat.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/resipi-mudah-cendawan-inoki-goreng-tepung.html


Bahan-bahan


1. 3 paket cendawan inoki
2. 1 biji telur
3. Tepung bestari
4. Minyak masak secukupnya


Cara-cara


1. Potong akar cendawan kemudian cuci bersih-bersih. 
2. Carik-carik cendawan ikut besar mana yang korang nak.
3. Bancuh tepung bestari jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
4. Pecahkan telur dan salut pada cendawan. 
5. Salut pula tepung yang sudah dibancuh tadi pada cendawan. Salut nipis je, jangan bagi tepung tebal sangat pada cendawan nanti jadi cekodok sebab cendawan berair dan tak nampak bentuk cendawan.
6. Goreng menggunakan minyak yang panas.
7. Toskan dan sedia untuk dihidang.


P/s : Makan cendawan goreng cicah dengan sos pencicah Chef Wan, fuhhh sedap!




aisyaismail

17 comments:

  1. yes tepung bestari!!! wajib untuk sedapkan segala gorengan bersalut tepung! "D

    ReplyDelete
  2. betul cendawan goreng pun sedap!

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa..
    tp kan bla smpi kt pasaraya cendawan tiram jg yg sy capai utk goreng hahaha

    ReplyDelete
  4. trringin nak makan tapi takdak geng 😂😂😂

    ReplyDelete
  5. mudah tp sedap. isteri sy selalu buat...

    ReplyDelete
  6. suka cendawan jugak! sedap jugak digoreng ye :)

    ReplyDelete
  7. Menu favourite gak ni. Mana nak cari sos chef wan tu? Tak pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos chef wan tu buat sendiri je. Sos ala-ala chef wan.

      Delete
  8. saya dah cuba...mmg sedap sangat!!

    ReplyDelete
  9. wak pon suka makan cendawan goreng., krispy je kann., ;p

    ReplyDelete
  10. Sedapnya cendawan goreng rangup. Buat kudapan petang syok ni.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D