DRAMA KOREA : HOTEL DEL LUNA - IU, YEO JIN GOO

Monday, 5 April 2021

DRAMA KOREA : HOTEL DEL LUNA - IU, YEO JIN GOO


 Assalamualaikum and hye readers.




Drama fantasi lagi korang! Hotel Del Luna lakonan IU dan Yeo Jin-goo ini telah ditayangkan sebanyak 16 episod di tvN pada Julai 2019. Drama ini merupakan cerita komedi hantu. Dari hujung tahun 2019 sehingga awal tahun 2020, drama ini cukup popular dibualkan di sosial media. Lebih-lebih lagi apabila Malaysia diumumkan PKP pada Mac 2020. Hotel Del Luna merupakan pilihan drama Korea untuk ditonton.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/drama-korea-hotel-del-luna-iu-yeo-jin.html


Sinopsis


Hotel Del Luna mengisahkan tentang hotel Del Luna yang penah juga dikenali sebagai "Guest House of The Moon".  Hotel Del Luna ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan misteri. Ini adalah kerana, tetamu-tetamu di dalam hotel tersebut adalah roh yang menunggu untuk dihantar ke alam selepas mati. 


Di hotel tersebut juga setiap tetamu boleh menggunakan khidmat untuk menunaikan hajat terakhir yang tidak sempat ditunaikan ketika mereka masih hidup. Malah, pekerja-pekerja di dalam Hotel Del Luna juga merupakan roh yang masih tidak tertunai hajat terakhir sebelum kematian mereka. 


Satu-satunya manusia yang bekerja di dalam hotel tersebut adalah pengurus hotel. Tugas pengurus hotel tersebut adalah untuk menguruskan hal-hal duniawi seperti bayaran tax, bil, jual-beli dan juga menjadi orang tengah antara roh dan manusia. 


Hotel Del Luna juga tidak boleh dilihat pada mata kasar manusia. Hanya roh dan mereka yang mempunyai kelebihan melihat roh sahaja dapat melihat hotel tersebut. Satu-satunya waktu manusia dapat melihat hotel tesebut adalah ketika malam bulan mengambang.


Hotel Del Luna yang terletak di Seoul itu dimiliki oleh seorang wanita cantik, Jang Man-wol (IU). Man-wol telah terperangkap di Hotel Del Luna kerana telah melakukan dosa yang besar beratus tahun dahulu. Selama beratus tahun melihat era dunia berubah wajah dan pekerja yang datang dan pergi, Man-wol akhirnya bertemu dengan ayah kepada Gu Chan-sung (Yeo Jin-goo)


Ayah Chan-sung merupakan seorang pencuri. Pada malam bulan mengambang, dia telah dikejar oleh polis dan secara tidak sengaja termasuk ke dalam Hotel Del Luna. Kerana cubaannya untuk mencuri di dalam hotel, dia telah ditangkap oleh Man-wol. Sebagai hukuman, anaknya yang masih kecil kena bekerja di dalam Hotel Del Luna selapas 20 tahun. Kerana takut dibunuh, ayah Chan-sung bersetuju dengan perjanjian tersebut. 


Ayah Chan-sung membawanya lari ke luar negara dan membesarkan Chan-sung menjadi seorang lelaki yang berjaya. Setelah kematian ayahnya, Chan-sung pulang semula ke Korea untuk bekerja di sebuah hotel terkemuka Korea. Namun dia telah bertemu dengan Man-wol yang menuntut janji ayahnya agar Chan-sung bekerja dengan Hotel Del Luna. Tugasnya adalah menjadi pengurus hotel dan menjadi orang yang akan menghantar Man-wol ke pintu alam selepas mati. Pada mulanya Chan-sung enggan, tapi akhirnya dia bersetuju untuk bekerja di situ.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/drama-korea-hotel-del-luna-iu-yeo-jin.html


Ulasan


Pada mulanya Ai ingatkan nama Hotel Del Luna bersempana dengan nama watak heroin, rupa-rupanya nama pokok luna yang ada di dalam hotel itu. Ada beberapa perkara yang Ai suka sangat dalam drama Hotel Del Luna ni. Yang paling menarik, banyak betul baju yang IU pakai. Hampir setiap babak baju dia bertukar.  Ada lah kurang lebih dalam 50 pasang baju cantik yang dia pakai. 


Lokasi-lokasi di dalam hotel pun cantik sangat. Tema di setiap bilik mengikut apa yang tetamu mahukan. Kolam renang dia paling gempak, sebesar lautan terus. Memang dalam mimpi lah nak dapat duduk dalam hotel macam ni di dunia yang nyata. 


Drama ini bukan drama yang hero dan heroin asyik nak ber'sweet-sweet' je. Dia lebih kepada nak menyelesaikan masalah hantu-hantu yang masih terkandas di dunia termasuk lah masalah Man-wol itu sendiri. Ai boleh katakan, Hotel Del Luna sangat berbaloi untuk ditonton.


P/S : Cantik-cantik baju yang IU pakai. Berkonsepkan vintage.




aisyaismail

18 comments:

  1. Best tau drama ni. Comel je IU dengan yeo jin go tu. Tak adalah scary mana hahaha sebab komedi hantu kan :D

    ReplyDelete
  2. akak layan drama ini dulu sebab ada IU heheeh, dan best serta tak mengecewakan, cuma bila ada antu yang seram tu tutup mata la sikit mujur hantu lain kira tak menyeramkan sangat hehehe

    ReplyDelete
  3. Layan juga cerita ni. boleh repeat lagi sekali ni

    ReplyDelete
  4. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  5. Belum terjebak terlayan drama ni lagi. Tapi memang trending drama ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu betul betul free baru marathon. sekarang masih sibuk. drama dah habis ni elok tengok marathon sekali habis :)

      Delete
  6. Betul2 best citer ni AI,sempat tgk sebelum ni tayangan kat tv3..follow dr awal smpai habis..byk giler episod heheee

    ReplyDelete
  7. sy tgk episod 1 je lps tu lupa trs hahahaha...

    ReplyDelete
  8. Drama ni tgk separuh saja. Haha

    ReplyDelete
  9. est citer ni tapi mama kureng ending dia. boleh buat lagi best. ttg baju IU tu mmg mama pun tgk cantik2 kan. dah le dia pun cantik

    ReplyDelete
  10. memang tak sabar nak tengok next episod masa on air masa tuu

    ReplyDelete
  11. Suka gila cite ni sbb nk tgk baju apa dia pakai hehe. Pasti komedi 3hantu tu. Last2 nangis tgk sad ending.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D