PERGI JEPUN BALIK HARI - TAMAN PERSAHABATAN SELANGOR-JEPUN, SHAH ALAM

Thursday 8 April 2021

PERGI JEPUN BALIK HARI - TAMAN PERSAHABATAN SELANGOR-JEPUN, SHAH ALAM


 Assalamualaikum and hye readers.




Tarikan baru di Shah Alam. Nak pergi ke Jepun, tak tahu bila akan dapat pergi. Dapat jalan-jalan di taman ala-ala Jepun pun jadi lah. Jepun juga kan.

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html


Pergi Jepun balik hari - Taman Persahabatan Selangor-Jepun, Shah Alam

Taman Persahabatan Selangor-Jepun ini telah dibuka secara rasminya pada 12 Mac yang lepas. Sepatutnya ia dibuka lebih awal dari tarikh tersebut. Namun kerana PKP yang telah dilaksanakan, taman ini terpaksa dibuka lewat daripada tarikh yang asal.

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html


Sebelum Ai pergi melawat kawasan taman ini, Ai memang dah dengar akan kepadatan pengunjung di taman ini. Tempat tarikan baru kan. Ai cuba datang seawal pukul 8.30 pagi dengan harapan tak ramai orang sangat. 



Usaha tu dah ada, tapi malangnya taman dibuka pada pukul 10 pagi. 1 jam setengah awal Ai sampai! Nasib baiklah hari Ahad, boleh lah Ai jalan-jalan di Pasar Karat sementara nak tunggu pukul 10.



Dalam pukul 10.30 pagi Ai sampai semula di Taman Persahabatan Selangor-Jepun. Mak aiiiii, ramainya orang! Hahaha! Ai lewat 30 minit je pun. Tapi tidaklah seramai kalau datang di sebelah petang. Rajin semua orang tu keluar pagi-pagi. Bersiap cantik-cantik pula tu. Mungkin mereka ada hala tuju lain selepas itu. Ai rajin keluar pagi je, bersiap memang malas.



Tarikan di Taman Persahabatan Selangor-Jepun

Taman yang berkeluasan 242.7 meter persegi itu dahulunya adalah Dataran Bunga Raya. Mungkin kerana tidak lagi menjadi tarikan pengunjung, dataran tersebut terpilih untuk dibaik pulih menjadi Taman Persahabatan Selangor-Jepun. 

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html


Pada Ai, taman ini tidak lah besar sangat. Dalam 30 minit Ai dah habis melawat satu taman. Kalau yang jenis jalan-jalan sambil jeling-jeling je, mungkin 15 minit dah habis. Tapi rugi lah kalau jeling-jeling je. Banyak tempat yang cantik untuk bergambar di dalam taman ini. Lorong pokok-pokok buluh yang korang suka bergambar di Jepun tu pun ada. Lokasi yang orang tak henti-henti bergambar. 



Masuk adalah percuma

Apa yang lebih menarik, taman ini adalah kawasan berpagar. Pagar buluh, cantik. Walaupun berpagar, kemasukan adalah percuma. Tapi tak tahu lah kalau akan datang pihak taman akan kenakan caj untuk melawat. Buat masa ini adalah percuma.

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html

https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html


Tapi sayang lah, ada beberapa kawasan yang dihias dengan batuan kecil-kecil. Cantik memang cantik. Tapi disebabkan kawasan itu dibolehkan orang ramai untuk memijaknya, batu-batu kecil tersebut jadi berselerak dan bercampur. Yang terkeluar dari tempat sepatutnya pun ada. Pihak taman seharusnya melarang tempat tesebut dari dipijak untuk mengekalkan kecantikan tempat itu. Ini Pendapat Ai lah.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/pergi-jepun-balik-hari.html


Kalau korang sangat sukakan negara Jepun atau teringin nak ke Jepun tetapi masih belum kesampaian, korang pergi lah ke Taman Persahabatan Selangor-Jepun dahulu. Taman dibuka setiap hari daripada pukul 10 pagi sehingga 7 malam. 



Panas-panas kan badan sebelum korang betul-betul dapat ke Jepun. Daripada tak dapat pergi langsung. Hahaha!





aisyaismail

18 comments:

  1. Cantikkkkkk! Boleh la pergi sini sebab nak pergi jepun tak tahu bilanya kannnn boleh pergi hahaha

    ReplyDelete
  2. wahh chuanteknyerrr..

    ade org jual sushi x dlm tuuh? 🍥🍥🍣🍣🍣

    ReplyDelete
  3. kalau buleh rentas negeri memang la nak pergi gak ke sana..

    ReplyDelete
  4. Huwaaa..kenapa tak boleh rentas negeri lagi. menarik betul tempat ni. kalau nak pergi japanese village bukit tinggi pahang macam jauh. Boleh lah pergi jepun shah alam dekat sikit. Banyak tempat boleh posing sakan ni.

    ReplyDelete
  5. cantik jugak la kan, boleh feeling-feeling Japan :)

    ReplyDelete
  6. Bestnyeee dah pergi jepun..walau kat selangor..fefeling gituu haaa :)

    ReplyDelete
  7. disebabkan x dpt g jepun thn lps so bolehlah terjah sini amik feeeelllll hahhahaha

    ReplyDelete
  8. yaya baru nak pergi minggu lepas tp xde rezeki, hujan lebat masa tu..huhu
    tgok la nti lepas puasa kalau ade rezki melawat...hehe

    ReplyDelete
  9. Waaah?? Lokasinya bagus banget , untuk tiket masuknya berapa ya kalau boleh tahu ?

    ReplyDelete
  10. Cantiknya taman jepun ni dh sama mcm kt jepun.

    ReplyDelete
  11. baru tahu akan kewujudan taman ini. terima kasih rakan blogger

    ReplyDelete
  12. Ok juga tu, ada taman macam di Jepun. :)

    ReplyDelete
  13. kat shah alam ke ni. ala aritu mcm ada ternampak signboard. mama pun x sampai lagi ni

    ReplyDelete
  14. ala apa ni tak boleh rentas negeri T.T

    ReplyDelete
  15. Cantiknya taman nie.. setahu Fiza ada stu je dekat Bukit Tinggi itu pun tak bsar..yg nie lagi besar, best bergambar..

    ReplyDelete
  16. dah pegi hari tu hehehe ni semua AI punya psl laa hehehe

    https://aniesandyou.blogspot.com/2021/04/ke-taman-persahabatan-selangor-jepun.html

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D