LEBIH MUDAH TUNAIKAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE PERBANKAN AMBANK

Wednesday, 28 April 2021

LEBIH MUDAH TUNAIKAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE PERBANKAN AMBANK


 Assalamualaikum and hye readers.




Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-16 umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Tahu-tahu je dah hari yang ke-16. Bulan Ramadan ini adalah bulan di mana umat Islam berlumba-lumba nak membuat kebaikan dan antara kebaikan itu adalah dengan bersedekah. 



Zakat Fitrah juga adalah salah-satu sedekah dan diwajibkan pada bulan Ramadan. Korang dah bayar Zakat Fitrah ke belum? Kalau takut terlupa nanti, eloklah disegerakan. Kepada yang masih belum tahu, Zakat Fitrah boleh dibayar secara atas talian.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/lebih-mudah-tunaikan-zakat-fitrah-melalui-online-perbankan-ambank.html


Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah adalah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan yang beragama Islam dan berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 


Kadar Zakat Fitrah

"Satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.70kg beras atau sama nilai dengannya."


Syarat-syarat wajib Zakat Fitrah

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta.
  2. Anak yang lahir sebelum terbenamnya matahari dan hidup selepas terbenamnya matahari hari terakhir di bulan Ramadan.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenamnya matahari hari terakhir di bulan Ramadan dan kekal beragama Islam.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenamnya matahari hari terakhir di bulan Ramadan.

https://www.aisyaismail.com/2021/04/lebih-mudah-tunaikan-zakat-fitrah-melalui-online-perbankan-ambank.html

Waktu menunaikan Zakat Fitrah

    1. Waktu Wajib

        Apabila terbenamnya matahari akhir Ramadan sehingga terbitnya matahari 1 Syawal.
    

    2. Waktu Afdal

        Sebelum sembahyang sunat Hari Raya.

    3. Waktu Sunat

        Sepanjang bulan Ramadan.

    4. Waktu Makruh

        Selepas selesai sembahyang hari raya dan sebelum terbenam matahari 1 Syawal.

    5. Waktu Haram

        Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.


Lebih mudah tunaikan Zakat Fitrah melalui online perbankan Ambank

Di kala negara kita sedang dilanda wabak COVID-19 ni, orang ramai digalakkan untuk membayar zakat secara atas talian sahaja. Salah satu bayaran atas talian yang boleh diguna pakai adalah bayaran secara online melalui perbankan Ambank. 

https://www.aisyaismail.com/2021/04/lebih-mudah-tunaikan-zakat-fitrah-melalui-online-perbankan-ambank.html

Tunaikan dengan lebih mudah dan pantas melalui online banking Ambank. Dan yang paling penting korang boleh bayar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tak perlu tunggu kaunter zakat dibuka.


Jom Zakat Cashless sepanjang bulan Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan bermula daripada 13 April sehingga 12 May, Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Jom Zakat Cashless bersempena dengan kempen Pay Smart Stay Smart. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM15,000! Cara untuk sertai hanya dengan 3 langkah mudah.

3 langkah mudah

  1. Tunaikan zakat anda melalui platform online banking, online eZakatpay, online channel, online @banch, mobile banking, ATM machine ataupun e-Wallet. 
  2. Imbas kod QR untuk mengisi borang atau klik sahaja link http://bit.ly/zakatcashless2021.
  3. Daftar e-Zakat Online di ezo.zakatselangor.com.my.
Mudah sangat kan? Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan berkomputer dan dipantau oleh juruaudit Lembaga Zakat Selangor. Pemenang akan dihubugi oleh Lembaga Zakat Selangor melalui panggilan telefon terkini yang direkodkan di dalam sistem Lembaga Zakat Selangor. 

https://www.aisyaismail.com/2021/04/lebih-mudah-tunaikan-zakat-fitrah-melalui-online-perbankan-ambank.html

https://www.aisyaismail.com/2021/04/lebih-mudah-tunaikan-zakat-fitrah-melalui-online-perbankan-ambank.html


Info lanjut :
https://www.zakatselangor.com.my/

Tunai zakat anda di :
https://fpx.zakatselangor.com.my/

Facebook : Zakat Selangor | Instagram : Zakat Selangor

Telefon :
1 300 88 4343

https://www.aisyaismail.com/2021/04/lebih-mudah-tunaikan-zakat-fitrah-melalui-online-perbankan-ambank.html





aisyaismail

10 comments:

  1. bayar online je eh? sha pun taktahu sbb abah yang bayarkan hehe

    ReplyDelete
  2. jamni nk bayar zakat kene buat promosi cabutan bertuah erk., untungla., huhuhu

    ReplyDelete
  3. jom cashless. tq ingatkan bayar zakat

    ReplyDelete
  4. Senang guna zakat cashless ni, tak payah beratur panjang

    ReplyDelete
  5. Banyak perbankan yang kita boleh guna skrg nie utk bayar zakat.. semakin mudah dan cepat..

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah dah bayar zakat kat masjid sg buloh

    ReplyDelete
  7. sekarang semua bank ada servis ni. nak ngan tak nak jer kan .

    ReplyDelete
  8. dah bayaq awai...takut lupa..tak pe..next time cashless..

    ReplyDelete
  9. segalanya dah mudah sekarang ni... kalau x byr jg x tau laa...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D