MUDAHNYA MEMBELI KEPERLUAN HARI RAYA MENGGUNAKAN APLIKASI F&N LIFE

Friday 30 April 2021

MUDAHNYA MEMBELI KEPERLUAN HARI RAYA MENGGUNAKAN APLIKASI F&N LIFE


 Assalamualaikum and hye readers.




Sejak akhir-akhir ini, kalau boleh semua benda Ai nak beli secara online. Malasnya nak keluar rumah. Maklum lah, Ai tak kuat nak tengok jumlah kes COVID-19 yang mencanak-canak naik. Ekoran kes COVID-19 ni, nak masuk kedai pun kena beratur panjang. Pasaraya, lagi lah panjang.



Mudahnya membeli keperluan hari raya menggunakan aplikasi F&N Life

Tak semua benda boleh dibeli secara online sebenarnya. Tapi, apa yang boleh dibeli secara online, buat apa nak susah-susah keluar rumah kan. Contohnya kalau nak beli barangan F&N. Ada aplikasi yang memudahkan korang untuk membeli dari rumah sahaja. Hanya pilih, bayar dan tunggu sahaja barang-barang sampai depan rumah.

https://www.aisyaismail.com/2021/04/mudahnya-membeli-keperluan-hari-raya-menggunakan-aplikasi-fn-life.html

Macam-macam barangan F&N boleh dibeli melalui aplikasi F&N Life ini. Cakap sahaja  nak apa, semuanya ada. Yang lebih menarik, banyak pek-pek jimat yang boleh dibeli semperna bulan puasa dan hari raya ni. Nak kepuasan membeli sambil berjimat, guna je aplikasi F&N Life ni. Nasib baik ada aplikasi F&N Life.



Cara membeli menggunakan aplikasi F&N Life

Korang jangan risau, mudah je nk membeli dengan menggunakan aplikasi F&N Life ini. Ai buka-buka sahaja aplikasi ini, tau-tau dah membeli dan dah bayar pun. Sekelip mata sahaja dah selesai. Kalau korang macam ragu-ragu nak meneroka aplikasi ini, korang ikut sahaja step-step di bawah.


        1.    Download aplikasi F&N Life di Apple Store untuk iphone atau Google Play untuk android.

        2.    Pergi ke 3 baris bertindih di bahagian atas sebelah kiri dan pilih 'our products'. Pilih lah apa yang korang nak. Semua produk F&N ada di situ.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/mudahnya-membeli-keperluan-hari-raya-menggunakan-aplikasi-fn-life.html

        3.    Kalau nak beli pek jimat dengan harga yang lebih murah, pilih dan klik 'gandakan ganjaran bersama F&N Life'. Korang pilih lah pek jimat apa yang korang nak. Ada pek yang dah siap sekali dengan paket raya.

        4. Klik 'buy now' dan kemudian klik 'add to cart'.

        5. Klik + untuk gandakan kuantiti produk dan - untuk kurangkan kuantiti produk.

        6. Klik gambar troli di bahagian atas sebelah kanan dan periksa barang-barang yang korang beli. Kalau semua dah ok, klik 'checkout'.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/mudahnya-membeli-keperluan-hari-raya-menggunakan-aplikasi-fn-life.html

        7. Periksa alamat penghantaran. Kalau ada promo kod boleh masukkan promo kod. Lepas tu klik 'confirm' dan kemudian 'pay now'.

        8. Korang boleh pilih cara bayaran dan lengkapkan butiran pembayaran seperti yang diminta.

        9. Tunggu lah barang korang sampai di depan pintu rumah.



Mudah sangat kan? Semudah ABC je. Nak membeli kena bijak, baru lah kita berpuas hati dengan hasil belian. Korang jangan risau, penghantaran pun pantas. Tapi, beli lah awal untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini daripada berlaku ya.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/mudahnya-membeli-keperluan-hari-raya-menggunakan-aplikasi-fn-life.html



Keberkatan Pek Penyayang

Bulan Ramadhan ini adalah bulan di mana orang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan untuk mendapatkan pahala. Korang boleh juga menderma melalui aplikasi F&N Life ini. 



Caranya sangat mudah. Di 'gandakan ganjaran bersama F&N Life' tadi, pilih 'keberkatan plus-plus'. Di situ korang boleh pilih lokasi sumbangan korang dan jumlah pek sumbangan dengan harga RM25 setiap pek. 


https://www.aisyaismail.com/2021/04/mudahnya-membeli-keperluan-hari-raya-menggunakan-aplikasi-fn-life.html

Di dalam setiap pek mengandungi:

  1. 1L 100PLUS Active
  2. 1.5L F&N Bandung
  3. 1L Sunkist Orange
  4. 1L Seasons Soya Bean
  5. 1L Magnolia UHT Full Cream
  6. 260g Sri Nona Ketupat
  7. 30 keping pelitup muka.


Nak buat kebaikkan pun sangat mudah dan berbaloi-baloi. Hanya tempah melalui aplikasi F&N dan tempahan korang akan sampai kepada lokasi sumbangan dengan selamat.


Menarik kan aplikasi F&N Life ni? Apa tunggu lagi, muat turun sekarang untuk membeli barangan F&N dengan mudah dan selamat. Hanya pilih, bayar dan tunggu barang belian korang sampai di rumah.




aisyaismail

12 comments:

  1. Akak dah lama tak beli sirap F&N tu. Dulu, rajin juga buat air bandung untuk berbuka. :)

    ReplyDelete
  2. emmm..dapnye kalau dpt mkn agar2 sirap selasih...

    ReplyDelete
  3. Hi, bt tahu f&n ad apps online hehe zmn ni semua nk online malas beratur 1 hal 😅

    ReplyDelete
  4. jamni semua dihujung jari jeeer 😅

    ReplyDelete
  5. wahhhh best niiii nak cuba jg lah!

    ReplyDelete
  6. p/s mohon respon ya ;-)

    https://aniesandyou.blogspot.com/2021/05/terima-kasih-kawan-kawan-terima-kasih.html

    ReplyDelete
  7. x perlu lg ke pasaraya. memudahkan n menjimatkan masa. zaman2 covid ni sebaiknya beli on9 aje.

    ReplyDelete
  8. bukan je bole membeli utk kita sdri, tp berkongsi dgn mereka yg memerlukan jg.bgus jg kan cr mcm ni ^_^

    ReplyDelete
  9. menyelerakan nya menu F&N diaaaaaaaaaaa terliur

    ReplyDelete
  10. itula skrng ni hujung jari je semua =)

    ReplyDelete
  11. Ini sudah bagus ni. Senang beli produk dalam syarikat yang sama dan ada delivery sendiri. baru tahu ni. Tq share AI :)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D